JIKA NAJIB DISCHARGE NOT AMOUNTING TO ACQUITTAL, AKAN BERUBAHKAH POLITIK NASIONAL?

on Sunday, May 17

Hari ini saya mahu mengulas beberapa isu penting politik negara khususnya yang melibatkan mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Anggaplah pandangan saya ini sebagai sambungan kepada pandangan-pandangan saya di Malaysiakini sebelum ini. 

Saya bersetuju dengan kenyataan Najib bahawa jika Pakatan Harapan (PH) meneruskan pelbagai projek mega seperti ECRL, MRT2, MRT3, RTS, keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Lebuhraya PanBorneo dan sebagainya mungkin PH akan terus memerintah kerana rakyat akan survive dengan adanya pekerjaan dalam projek-projek mega itu. 

Malangnya, PH telah tergesa-gesa menghentikannya, menyambung semula selepas mengubahsuai pelan asal dan mengecilkan projek-projek tersebut yang akhirnya ia terganggu dan tidak lagi berjalan dengan sempurna. Di situlah silapnya kerajaan PH. 

Oleh kerana PH baharu dan 'kebaruan' dalam kerajaan perseketuan, sesetengah mereka menggambarkan negara ini baharu terlepas daripada penjajahan Kolonialis. PH seolah-olah baharu hendak membina negara ini semula seolah-olah segalanya kosong seperti tahun 1957 dahulu. Meminjam sana-sini, menjual sana-sini dengan alasan negara kekurangan wang, walhal fundemental ekonomi negara sangat kukuh.

Apabila PH ditebuk oleh ahli-ahli mereka sendiri, kerajaan persekutuan akhirnya bertukar kepada Pakatan Nasional (PN). Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin mewarisi pendamik Covid-19 dengan tenang. TSMY mengumumkan pakej ransangan bernilai RM250 Billion, suatu angka yang mengejutkan kerana sebelumnya rakyat dimomokkan oleh PH kononnya negara tiada wang. 

Rakyat tertanya-tanya dari mana RM250 Billion itu sedangkan kerajaan PN tidak pergi ke Jepun, China, Singapura dan Brunei untuk meminjam wang? Rakyat mula curiga.

Apabila Riza Aziz dibebaskan tanpa dilepaskan (Discharge Not Amounting to Acquittal) beberapa hari lepas, ia menjadi penanda bahawa ada sesuatu yang tidak beres dengan tuduhan-tuduhan berkaitan syarikat pelaburan 1MDB. Najib menjawab dengan sangat berhati-hati kepada Tun M. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Parlimen) Dato' Takiyuddin turut meminta supaya Tun M jangan hikpokrit.

Ketua Pendakwa Raya, Gopal Sri Rampal masih lagi lantikan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas. Keputusan membebaskan ini menunjukkan ada sesuatu yang perlu dijelaskan mantan Tommy Thomas. SPRM pula mengeluarkan kenyataan yang membuatkan Tommy Thomas semakin marah. Kenapa marah SPRM? SPRM hari ini bukan orang politik untuk menyebelahi sesiapa.

Ini menggambarkan ada sesuatu yang tidak jelas telah berlaku dan ianya menjurus kepada fitnah ke atas Najib sekeluarga. Pendedahan perbualan telefon oleh mantan Ketua Pengarah SPRM politikus Lathefa Koya tempohari bukan sahaja gagal memalukan Najib, sebaliknya ianya menjadi bahan bukti untuk membersihkan Najib sekeluarga. 

Apabila Riza dibebaskan, ianya bukti jelas bahawa perniagaan syarikat 1MDB wujud, keuntungan dan kerugian wujud, pembayaran dan perjanjian penyelesiaan hutang wujud, dan penglibatan pelabur-pelabur UAE juga wujud. Semasa saya di Dubai, saya juga mendengar pelaburan IPIC dalam syarikat 1MDB walaupun saya tidak memahaminya.

Akhirnya, kerajaan PH gagal memenjarakan Najib. Ada pihak begitu yakin Najib akan menghuni penjara Sungai Buloh, saya fikir keterlampauan itu telah dijawab oleh Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT pada hari ini. Lihatlah, satu demi satu negeri telah bertukar kerajaan. 

Saya tidak hairan jika kerajaan Sabah turut bertukar, kerana di Sabah aktiviti wakil rakyat melompat ke sana ke sini sudah menjadi perkara biasa sejak sekian lama.

Semasa di Amerika Syarikat, dalam majlis meraikan duta-duta luar negara, Presiden Trump telah menelefon Najib untuk menjemput Najib melawat Amerika Syarikat. Hubungan baik Amerika Syarikat-Malaysia memberi kesan besar dalam banyak isu-isu diplomatik seperti isu di Laut China Selatan. 

Hari ini, hubungan baik itu berterusan apabila Presiden Trump bercakap dengan PM TS Muhyiddin Yassin. Cara ini baru betul, berurusan dengan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat & China perlu dimanafaatkan, bukan dibermasalahkan.

Jepun hari ini bukan Jepun tahun 1990an. Benar dulu Jepun datang ke Malaysia melabur secara besar-besaran, membawa banyak masuk syarikat-syarikat besar termasuk anak-anak syarikat mereka yang akhirnya menghasilkan peluang pekerjaan di kilang-kilang Jepun di Lembah Klang. 

Tidak cukup pekerja tempatan, kilang-kilang terpaksa berkempen mempelawa orang-orang Sabah bekerja di kilang-kilang mereka. Tidak cukup juga, akhirnya kerajaan terpaksa mengambil pekerja-pekerja dari Bangladesh dan Vietname.

Namun, Jepun hari ini tidak lagi dengan cara itu. Mereka lebih kepada penggunaan teknologi tinggi, tidak menggunakan banyak pekerja kerana semuanya dijalankan oleh robot, sistem komputer dan teknologi canggih. Apabila PM Tun M ulang-alik ke Tokyo untuk meminjam bon samurai, saya rasa Jepun tidak lagi hormat kepada negara kita. 

Antara budaya orang Jepun ialah apabila kita bertemu mereka pada tahun 1990, mereka akan bantu apabila kita meminta bantuan. Apabila kita bertemu sekali lagi 30 tahun kemudian, mereka akan bertanya apa hasil kamu sekarang. Jika mahu meminjam semula, maka mereka tidak lagi menghormati kita. Sebab itu, di Jepun amat kurang orang meminjam dengan bank.

Masalah yang dihadapi 1MDB serupa sahaja apa yang dialami Perwaja, Bakun, Bank Bumiputera, Proton yang setiap tahun memerlukan bantuan Kerajaan, dan lain-lain projek mega. Kita hanya perlu pengurus syarikat yang Patriotik, bukan pengurus syarikat yang berpengalaman sahaja.

Jika Najib dilepaskan seperti Riza ianya kerana pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan sepenuhnya penglibatan Najib dalam permasalahan pengurusan 1MDB. 

Sebenarnya, mana-mana Perdana Menteri biasanya akan menjalankan tanggungjawab memantau dan menasihati syarikat-syarikat strategik Kerajaan supaya ia berada di landasan yang tepat untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Kerajaan terpaksa menubuhkan syarikat untuk berniaga kerana Kerajaan tidak boleh berniaga.

Kredibiliti SPRM dan AGC hari ini sangat meyakinkan. Najib bukan lagi Perdana Menteri, Najib tidak berada dalam sistem kerajaan. Maka, jika Najib dibebaskan seperti Riza, ianya kerana kegagalan pihak pendakwaan membuktikan sepenuhnya penglibatan Najib dalam pertuduhan-pertuduhan itu.

Ramai orang berfikir seseorang Perdana Menteri itu boleh mengarahkan Mahkamah untuk membebaskan seseorang yang didapati bersalah. Najib sebenarnya tidak pernah mencampuri urusan Mahkamah. Sebab itu semasa Najib menjadi Perdana Menteri, banyak kes yang melibatkan Kerajaan atau individu yang berada dalam Kerajaan kalah di mahkamah.

Pada tahun 2017, orang kepercayaan Anwar meminta saya menyampaikan kepada Najib supaya membebaskan Anwar daripada penjara Sg. Buloh. Katanya Anwar sudah tua dan kesihatan tidak seperti dulu lagi. Saya terangkan kepadanya itu bukan cara Najib. Najib bukan Hakim dan Najib bukan orang yang boleh mengarahkan Hakim membebaskan Anwar. Namun, atas dasar kemanusiaan, Najib boleh memastikan kebajikan Anwar di dalam tahanan diberi perhatian.

'Kekal Duduk Dalam Rumah"

Putrajaya.
17.052010

KEKECEWAAN TUN M, KESILAPAN ANWAR DAN PERLANTIKAN TPM

on Friday, May 8

Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin speaks to United States President Donald Trump.  - Pic source: Facebook/ts.muhyiddin
PM TSMY sedang bercakap dengan Presiden Trump,USA
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih bertungkus-lumus memerangi pendamik Covid-19. Rakyat pula kelihatan tidak sabar untuk keluar daripada mimpi buruk PKP. Kerajaan masih perlu menyediakan lebih banyak dana untuk memastikan putaran ekonomi negara tidak terhenti.

Di arena politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) diasak isu undi tidak percaya dan undi percaya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjelang sidang sehari parlimen pada 18 Mei 2020

Agak pelik, DS Anwar Ibrahim (Anwar) yang mengetuai PH tidak terkedepan dalam isu ini, sebaliknya Tun Dr. Mahathir (Tun M). Saya melihat, keadaan ini menggambarkan PH tidak bersatu.

Berbalik kepada isu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), sehingga kini sudah lebih 60 hari Perdana Menteri TSMY belum melantik TPM. TSMY kelihatan masih berkayakinan tinggi kepada Menteri-Menteri Kanan serta menteri-menteri yang lain.

Jika kita melihat ke belakang, Tunku Abdul Rahman melantik sahabat sepengajiannya di London, Tun Abd. Razak (1957-1970). Ketika itu, negara kita sedang berhadapan banyak ancaman keselamatan negara dari dalam dan luar. Sebagai negara baharu merdeka, perlantikan TPM telah memudahkan kerja-kerja Tunku Abdul Rahman. 

Tun Razak merupakan TPM paling lama dalam sejarah Malaysia, mungkin kerana mereka sudah serasi sejak sama-sama belajar di London.

Semasa Singapura masih berada dalam Malaysia, jawatan TPM menjadi rebutan antara MCA dan PAP. Apabila LKY mengetahui ura-ura Tunku Abdul Rahman mahu melantik Tan Siew Sin sebagai TPM2, LKY berkejar ke Kuala Lumpur dan mereka berbincang mengenainya di Bukit Fraser, jika saya tidak silap. 

Akhirnya, Tunku tidak jadi melantik Tan Siew Sin sebagai TPM kerana tekanan oleh LKY sebaliknya Tan Siew Sin dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Semasa Tun Abdul Razak mengambilalih kepimpinan negara, jawatan TPM diberikan kepada Tun Dr. Ismail Abd. Rahman(1970-1973). Selepas Dr. Ismail meninggal dunia jawatan TPM diberikan kepada Tun Hussien Onn (1973-1976). Kedua-dua tokoh ini berasal dari Johor.

Kemudiannya apabila Tun Hussien Onn menjadi Perdana Menteri, jawatan TPM juga kosong hampir 50 hari sebelum melantik Tun M (1976-1981) walaupun nama-nama lain seperti Tengku Razaliegh, Musa Hitam, Ghafar Baba dan Harun Idris lebih senior. 

Apabila Tun M menjadi Perdana Menteri pada 1981, jawatan TPM kosong selama 55 hari sebelum Tun Musa Hitam (1981-1986) dilantik. 

Apabila Tun Musa Hitam meletak jawatan, jawatan TPM kosong selama 47 hari yang kemudiannya Tun M melantik Tun Ghaffar Baba (1986-1993) seorang guru lulusan Maktab Perguruan Tanjung Malim.

Pada tahun 1993, jawatan TPM kosong paling lama iaitu selama 128 hari sebelum Anwar dilantik (1993-1998).

Manakala, Tun M juga mengambil masa 68 hari untuk melantik Tun Abdullah Badawi (1999-2003) ke jawatan TPM.

Kekecewaan Tun M
Sebenarnya, kekecewaan Tun M bukan bermula semasa DS Najib. Permulaan kekecewaan Tun M ialah semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri pada penggal kedua. Ia dinyatakan oleh Tun M melalui surat kepada saya pada tahun 2010.

Pak Lah juga mengambil masa lebih 2 bulan untuk memilih Najib (2004-2009) sebagai TPM. 

Ketika Najib menjadi Perdana Menteri, dua TPM iaitu TSMY(2009-2015) dan DS Zahid Hamidi (2015-2018). 

Manakala, apabila Tun M menjadi Perdana Menteri kali kedua, jawatan TPM kosong 12 hari sebelum beliau memilih DS Wan Azizah (2018-2020).

Kesilapan Anwar
Sebenarnya Anwar telah melakukan kesilapan besar ketika peluang keduanya muncul pada tahun 2018. 

Dalam PRU14, PH menggunakan logo PKR. Sepatutnya apabila PH memenangi PRU14, Anwar boleh terus menjadi Perdana Menteri melalui cara-cara yang diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Apabila Tun M dilantik menjadi Perdana Menteri, saya sudah dapat membaca Anwar tidak akan berjaya dalam percubaan kedua ini, walaupun kaki kanannya sudah berada di pintu masuk pejabat Perdana Menteri. Tekaan saya benar, apabila Kerajaan PH bertukar kepada PN.

Jika Anwar masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat, atau masih mengharapkan bantuan politik Tun M, saya lihat sukar kepada Anwar apatah lagi mood negara sekarang tidak berpihak kepada PH. 

Jawatan TPM
Oleh itu, dengan situasi sekarang, saya fikir TSMY perlu melantik seorang atau dua TPM untuk membantu beliau menguruskan negara. 

TSMY tidak boleh terlalu lama membiarkan dirinya bersendirian menghadapi cabaran politik dan sosioekonomi di peringkat nasional dan global.

Perlantikan jawatan TPM dengan kadar segera akan memberi 2 implikasi penting. Pertama ianya akan menguatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan dan kedua ianya akan membantu TSMY di dalam kekacuan parti PPBM.

Perbualan telefon dengan Presiden Trump, Amerika Syarikat semalam (8/4/2020) merupakan penanda aras di peringkat nasional dan global, menggambarkan keyakinan TSMY menerajui Malaysia tidak lagi boleh dipertikaikan. 

Ia selari dengan jawapan saya semasa ditemubual oleh astro awani semasa pembentukan kabinet TSMY di https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=1490165481161342

Selamat membaca.
#KekalDudukDalamRumah

9.4.2020
Putrajaya.








Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung