KEKECEWAAN TUN M, KESILAPAN ANWAR DAN PERLANTIKAN TPM

on Friday, May 8

Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin speaks to United States President Donald Trump.  - Pic source: Facebook/ts.muhyiddin
PM TSMY sedang bercakap dengan Presiden Trump,USA
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih bertungkus-lumus memerangi pendamik Covid-19. Rakyat pula kelihatan tidak sabar untuk keluar daripada mimpi buruk PKP. Kerajaan masih perlu menyediakan lebih banyak dana untuk memastikan putaran ekonomi negara tidak terhenti.

Di arena politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) diasak isu undi tidak percaya dan undi percaya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjelang sidang sehari parlimen pada 18 Mei 2020

Agak pelik, DS Anwar Ibrahim (Anwar) yang mengetuai PH tidak terkedepan dalam isu ini, sebaliknya Tun Dr. Mahathir (Tun M). Saya melihat, keadaan ini menggambarkan PH tidak bersatu.

Berbalik kepada isu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), sehingga kini sudah lebih 60 hari Perdana Menteri TSMY belum melantik TPM. TSMY kelihatan masih berkayakinan tinggi kepada Menteri-Menteri Kanan serta menteri-menteri yang lain.

Jika kita melihat ke belakang, Tunku Abdul Rahman melantik sahabat sepengajiannya di London, Tun Abd. Razak (1957-1970). Ketika itu, negara kita sedang berhadapan banyak ancaman keselamatan negara dari dalam dan luar. Sebagai negara baharu merdeka, perlantikan TPM telah memudahkan kerja-kerja Tunku Abdul Rahman. 

Tun Razak merupakan TPM paling lama dalam sejarah Malaysia, mungkin kerana mereka sudah serasi sejak sama-sama belajar di London.

Semasa Singapura masih berada dalam Malaysia, jawatan TPM menjadi rebutan antara MCA dan PAP. Apabila LKY mengetahui ura-ura Tunku Abdul Rahman mahu melantik Tan Siew Sin sebagai TPM2, LKY berkejar ke Kuala Lumpur dan mereka berbincang mengenainya di Bukit Fraser, jika saya tidak silap. 

Akhirnya, Tunku tidak jadi melantik Tan Siew Sin sebagai TPM kerana tekanan oleh LKY sebaliknya Tan Siew Sin dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Semasa Tun Abdul Razak mengambilalih kepimpinan negara, jawatan TPM diberikan kepada Tun Dr. Ismail Abd. Rahman(1970-1973). Selepas Dr. Ismail meninggal dunia jawatan TPM diberikan kepada Tun Hussien Onn (1973-1976). Kedua-dua tokoh ini berasal dari Johor.

Kemudiannya apabila Tun Hussien Onn menjadi Perdana Menteri, jawatan TPM juga kosong hampir 50 hari sebelum melantik Tun M (1976-1981) walaupun nama-nama lain seperti Tengku Razaliegh, Musa Hitam, Ghafar Baba dan Harun Idris lebih senior. 

Apabila Tun M menjadi Perdana Menteri pada 1981, jawatan TPM kosong selama 55 hari sebelum Tun Musa Hitam (1981-1986) dilantik. 

Apabila Tun Musa Hitam meletak jawatan, jawatan TPM kosong selama 47 hari yang kemudiannya Tun M melantik Tun Ghaffar Baba (1986-1993) seorang guru lulusan Maktab Perguruan Tanjung Malim.

Pada tahun 1993, jawatan TPM kosong paling lama iaitu selama 128 hari sebelum Anwar dilantik (1993-1998).

Manakala, Tun M juga mengambil masa 68 hari untuk melantik Tun Abdullah Badawi (1999-2003) ke jawatan TPM.

Kekecewaan Tun M
Sebenarnya, kekecewaan Tun M bukan bermula semasa DS Najib. Permulaan kekecewaan Tun M ialah semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri pada penggal kedua. Ia dinyatakan oleh Tun M melalui surat kepada saya pada tahun 2010.

Pak Lah juga mengambil masa lebih 2 bulan untuk memilih Najib (2004-2009) sebagai TPM. 

Ketika Najib menjadi Perdana Menteri, dua TPM iaitu TSMY(2009-2015) dan DS Zahid Hamidi (2015-2018). 

Manakala, apabila Tun M menjadi Perdana Menteri kali kedua, jawatan TPM kosong 12 hari sebelum beliau memilih DS Wan Azizah (2018-2020).

Kesilapan Anwar
Sebenarnya Anwar telah melakukan kesilapan besar ketika peluang keduanya muncul pada tahun 2018. 

Dalam PRU14, PH menggunakan logo PKR. Sepatutnya apabila PH memenangi PRU14, Anwar boleh terus menjadi Perdana Menteri melalui cara-cara yang diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Apabila Tun M dilantik menjadi Perdana Menteri, saya sudah dapat membaca Anwar tidak akan berjaya dalam percubaan kedua ini, walaupun kaki kanannya sudah berada di pintu masuk pejabat Perdana Menteri. Tekaan saya benar, apabila Kerajaan PH bertukar kepada PN.

Jika Anwar masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat, atau masih mengharapkan bantuan politik Tun M, saya lihat sukar kepada Anwar apatah lagi mood negara sekarang tidak berpihak kepada PH. 

Jawatan TPM
Oleh itu, dengan situasi sekarang, saya fikir TSMY perlu melantik seorang atau dua TPM untuk membantu beliau menguruskan negara. 

TSMY tidak boleh terlalu lama membiarkan dirinya bersendirian menghadapi cabaran politik dan sosioekonomi di peringkat nasional dan global.

Perlantikan jawatan TPM dengan kadar segera akan memberi 2 implikasi penting. Pertama ianya akan menguatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan dan kedua ianya akan membantu TSMY di dalam kekacuan parti PPBM.

Perbualan telefon dengan Presiden Trump, Amerika Syarikat semalam (8/4/2020) merupakan penanda aras di peringkat nasional dan global, menggambarkan keyakinan TSMY menerajui Malaysia tidak lagi boleh dipertikaikan. 

Ia selari dengan jawapan saya semasa ditemubual oleh astro awani semasa pembentukan kabinet TSMY di https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=1490165481161342

Selamat membaca.
#KekalDudukDalamRumah

9.4.2020
Putrajaya.








4 Komen:

mahligaiseni said...

Kalau DSAI ke depan, dikatakan DSAI tamak. Apabila DSAI tidak ke depan, dikatakan DSAI silap. DSAI tidak ambil peluang pada 2018 dikatakan DSAI tak pandai. Malang sungguh insan bernama DSAI, semua yang dibuatnya walaupun itu sebenarnya berakhlak, dikatakan salah. Inilah dunia...

Anonymous said...

Dah di penghujung karier. Raykat dah bosan dgn gelagat manusia gila kuasa.
Bersara jer lah...

Anonymous said...

isu masyarakat islam di pulau pinang pon tak mampu bersuara pada dap, ada ati lagi nak jadi pm. bersara je la

Anonymous said...

Najib sindir Mahathir: PH pun boleh jatuhkan Muhyiddin dengan SD

Bekas perdana menteri Najib Razak meminta Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan senarai akuan bersumpah (SD) yang mencukupi bagi menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pemimpin PH tidak perlu membawa usul ke Parlimen tetapi memadai dengan mengemukakan SD seperti mana dilakukan Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan Menteri Besar Mukhriz Mahathir di Kedah.

"Untuk tumbangkan Mukhriz di Kedah, PN serah 23 SD Adun. Lalu kesemua 36 Adun disuruh menghadap Sultan Kedah hari ini.

"Kenapa PH tak buat (perkara) serupa untuk tumbangkan PM8 Sebenarnya, tak payah buat undi tidak percaya di Parlimen. Contoh depan lobang hidung anaknya kena tendang dalam gaung buat bodoh bangang tak nampak. Dasar bacol lidah bercabang... puiiiii..!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung