JAWATAN PM, HANYA NAJIB BOLEH BANTU ANWAR

on Monday, June 29

Gambar lama ketika Najib mengunjungi Anwar di hospital
Gambar lama ketika Najib mengunjungi Anwar di hospital

Kemelut politik dalam Pakatan Harapan (PH) antara DS Anwar dengan Tun Dr. Mahathir sampai kemuncak semalam apabila Tun M mencadangkan DS Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri mewakili PH.

Walaupun kita tahu ia bersifat wayang politik, namun itu cukup menggambarkan kemarahan Tun M ke atas Anwar sudah tidak dapat dibendung lagi.

Tun M juga tidak lagi berselindung supaya DS Mukhriz diletak sebagai Timbalan Perdana Menteri 2, manakala Anwar sebagai TPM1. Bagi saya, meletakkan Anwar sebagai TPM1 suatu penghinaan politik kepada Anwar.

Kepakaran politik global, pengalaman dan kesengsaraan politik Anwar adalah di jawatan Perdana Menteri, bukan di jawatan TPM. Namun, salah Anwar juga kerana Anwar tidak belajar daripada pengalaman 1998.

Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara 2004, berduyun-duyun tokoh global menemuinya. Antaranya almarhum BJ Habibie, almarhum Gus Dur, Sheikh Taha Jabir Al-Alwani, Dr. Jamal Barzinji (IIIT), Presiden ICS Gareth Evans, Pengerusi FNF Dr. Otto Graf Lambsdoff, Dekan Universiti Johns Hopkins, Profesor Jessica, Timbalan SU Pertahanan USA, Paul Wolfowitz dan banyak lagi. Di Amerika Syarikat, Anwar menjadi rebutan pemimpin-pemimpin utama seperti Cohen, Douglas H. Paal, Dr. Surin Pitsuwan (Thailand), Dr. Shibley Telhami (Univeristy Maryland), Kofi Annan (PBB), Robert E. Rubin dan banyak lagi.

Jika Anwar jadi PM, kita boleh bayangkan berapa banyak pelaburan akan masuk dari dunia barat Amerika dan eropah. Saya tidak jelas diplomatik Anwar dengan dunia timur di China, Jepun dan Korea. Kekurangan ini boleh dimanafaatkan melalui DS Najib Razak yang mempunyai hubungan sangat akrab dengan China, negara-negara Arab dan rantau Balkan.

Najib

Saya beberapa kali mencadangkan supaya Anwar bekerjasama dengan Najib yang lebih jujur dalam perhubungan politik mereka berdua. Baca ulangan di layar ini Anwar-Najib

Anwar perlu melupakan propaganda politik memburukkan reputasi Najib kerana ianya serupa bagaimana reputasi Anwar diburukkan pada tahun 1998.

Tun M sendiri  sudah melupakan propagandanya memburukkan DAP parti rasis dan merugikan orang Melayu. Saya melihat,  tindakan Tun M bermastautin di PH membolehkannya kontrol DAP dan matlamat akhirnya Kerajaan PN bertambah kukuh.

Politik Najib sangat clear dan jelas, sokongan UMNO dan Muafakat Nasional kepada Kerajaan PN ini hingga PRU15 sahaja. Semasa atau selepas PRU15, belum ditentukan bentuk kerjasama baru di antara MN dengan PN.

Maka, Najib juga boleh membantu Anwar dalam menjayakan cita-citanya. Najib masih muda berbanding Anwar. Najib sudah menjadi PM hampir 10 tahun dan masih boleh menjadi PM. Jika Najib boleh menyokong mengukuhkan kedudukan kerajaan PN hari ini, mengapa tidak kepada Anwar?

Jika semasa rekonsiliasi dahulu (2013), Najib berbesar hati bersetuju memberikan jawatan TPM kepada Anwar, saya fikir kali ini Najib boleh memberikan sesuatu yang lebih besar lagi dalam usaha menyelesaikan kemelut dan kesengsaraan Anwar berhadapan Tun M.

Pada tahun 2018, Anwar bekerjasama dengan Tun M berhadapan musuh politik yang sama iaitu Najib. Tahun ini pula, apa salahnya Anwar bergabung dengan Najib berhadapan musuh politik yang sama?

Tun M pernah menyatakan, dalam politik tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal. Kesilapan strategi Anwar, semua musuh politiknya dikekalkan. Kebijaksanaan Tun M, musuh politiknya dijadikan kawan ketika kawan lamanya bertukar seteru.

Kepada Anwar, pilihan dan waktu semakin terhad. Pengorbanan PKR memberikan persetujuan menggunakan logo PKR semasa PRU14 dahulu tiada nilai apabila Anwar semakin diketepikan. 

Sebenarnya, jika Anwar bijak, pada bulan Mei, 2018 lagi Anwar boleh menjadi PM kerana semua orang bertanding atas logo PKR, malangnya Anwar alpa ketika itu.

Persoalan Anwar perlu fikirkan sekarang, jika Tun M boleh melupakan propaganda konon DAP parti rasis dan berbahaya kepada orang Melayu, kenapa Anwar tidak boleh melupakan propaganda politik yang memburuk-burukkan Najib ?

Fikir-fikirkanlah.

Selamat Berhari Minggu.

Putrajaya.


28 Jun, 2020.


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung