KISAH NAJIB SELAMATKAN PESAKIT KANSER LIMFOMA HODGKIN TAHAP 4, PESAKIT MAHU JUMPA NAJIB UCAP TERIMAKASIH

on Wednesday, July 1

Sekitar tahun 2015, seorang kakitangan kerajaan murung setiap kali datang kerja. Rambut sering tidak bersikat, seringkali terganggu masa kerja berlari-lari ke sana ke sini kerana isterinya disahkan menghidap kanser limfoma hodgkin tahap 4. Bayangkan jika ahli keluarga anda tiba-tiba dimaklumkan oleh doktor menghidap kanser tahap 4, apakah perasaan anda ketika itu?

Sebagai kakitangan awam, gaji pegawai yang baharu meningkat naik bukanlah tinggi, sekadar cukup menyara keluarga di samping membayar ansuran kereta, rumah dan hutang-hutang lain.

Dia penjawat awam yang sangat mahir dan bijaksana, namun apabila isterinya menghidap kanser Limfona Hodgkin tahap 4, dunia menjadi kelam-kelabu. Seluruh anggota badan jadi lemah-longlai tidak bermaya.

Hari-hari pertama, dia membawa isterinya ke hospital kerajaan mendapat rawatan kanser. Disiplinnya tinggi membawa isterinya mengambil rawatan kemo. Namun selepas kemo kali ke 3, isterinya dalam keadaan nazak dan tidak lagi mampu meneruskan kemo pusingan ke 4. Selepas pembedahan tempurung kepala dan radioterapi, sahabat saya sudah hampir putus asa.

Melihat isterinya terlantar di hospital tidak bermaya, malah kelihatan nazak menjadikan dirinya semakin hari semakin tidak bermaya. Anak-anaknya masih kecil lagi terpaksa ditinggalkan di rumah. Berlari ke tempat kerja, berlari ke rumah, berlari ke hospital. Itulah rutin hidupnya setiap hari yang menyesakkan hati saya jua.

Najib

Doktor pakar yang merawat isterinya membuat cadangan untuk membeli ubat imunoterapi dari luar negara. 

Doktor pakar memberitahu 1 dos ubat berharga lebih kurang RM14,400.00! Terduduk sahabat saya itu! Di mana nak cari wang? Menitis lagi air mata seorang suami. 

Doktor pakar mencadangkan sekurang-kurangnya minima 8 dos diperlukan, bermakna wang yang diperlukan sebanyak RM115,200.00 ! Hati dan jiwa bagai diperah kesakitan memikirkan wang sebanyak itu.

Akhirnya permohonan dibuat kepada Kerajaan. Surat permohonan dibentang kepada Najib selaku Perdana Menteri dengan permohonan sebanyak RM115,200.00 untuk 8 dos ubat yang diperlukan itu. Semuanya dipohon melalui prosedur dan tatacara Kerajaan.

Selepas dibentangkan di depan Najib, dengan hidayah, taufik dan inayah Allah SWT, Najib bukan sahaja meluluskan 8 dos tetapi 16 dos ubat kanser yang bernilai RM230,400.00 . Mungkin Najib berfikir, dos selebihnya untuk kegunaan rakyat lain yang memerlukan pula.

Alhamdulillah, isteri sahabat saya itu sudah sihat walafiat. Sahabat saya itu pun sudah berpindah ke beberapa jabatan kerajaan, di mana kali terakhir saya bertemu, rambutnya sudah kemas bersikat, senyumannya semakin indah dan prestasi kerja semakin mantap.

Itulah sekelumit kisah Najib. Jika Najib terbaca kisah ini, sahabat dan isterinya serta anak-anaknya ingin sekali bertemu Najib untuk mengucapkan terima kasih.

Kepada penjawat awam, ketahuilah walau apapun kedudukan kita di dalam kerajaan, JPA sentiasa menjaga kebajikan kita dan keluarga kita.  Kedua, inilah sekelumit kisah mulia Najib dan banyak lagi sebenarnya yang tidak diketahui rakyat Malaysia. 

2 Komen:

Anonymous said...

Menangis mengenangkan seseorang yg difitnah dan dicaci hanya kerana rakus politik sebenarnya adalah seseorang yg begitu mulia.
Semoga Allah terus melindungi Najib dari kekejaman manusia yg gila kuasa dan semoga Najib terus tabah.

Anonymous said...

ESOK PADA RAKYAT SINGAPURA, MELAYU SINGAPURA ESOK PRU SINGAPURA PASTIKAN PARTI PAP LINGKUP ATAU KURANGKAN MAJORITY 2/3.
CELAKALAH PAP PARTI MILIK KELUARGA LEE KWAN YEW DI SINGAPURA

Lee Hsien Yang, adik kepada Perdana Menteri Singapura dan ahli parti pembangkang Parti Kemajuan Singapura berjumpa pengundi dalam kempen hari ini.

Rakyat Malaysia kena faham Singapura adalah pusat fitnah Malaysia di Asia Tenggara.

Badan penyelia bursa S'pura sedang menyiasat syarikat berkaitan Mirzan Mahathir : Apa kaitan kes ini dengan Malaysia PH dn DAP..!?

Ia sangat mudah difahami dan dianalisa kenapa Singapura bongkar kes ini sekarang..
Sebab politik Malaysia tidak stabil dan jarum halus adu domba Singapura melalui DAP kian mengancam di Malaysia

Singapura abang pada parti DAP masih mahu campur tangan hal hal di Malaysia. Melalui DAP jarum halus Singapura tetap mahu campurtangan hal ehwal di Malaysia.

10 parti pembangkang memanfaatkan semua platform yang dibenarkan dalam situasi pandemik COVID-19 untuk kempen masing-masing, sebelum hari mengundi pada Pilihan Raya Umum Jumaat ini.

Dalam kes anak Tun kerajaan Singapura sengaja mengeluarkan isu syarikat anak Mahathir supaya Tun tunduk dengan kemahuan politik DAP supaya bergabung dengan Anwar untuk jatuhkan PN.

Chin Tong dari DAP dapat didikan dan dana dari kerajaan Singapura.

Ini rekayasa game dari Singapura nak fitnah dan adu dombakan puak PH vs PN di Malaysia..!

Perancangan DAP gunakan abang besarnya di Singapura untuk membantu rancangan DAP sambil membatu apikan dan mengucar kacirkan politik di negara ini...

Dalam masa yang sama di Malaysia Skandal Forex dimainkan oleh Anwar sambil memalitkan nama Najib.Anwar Sambut Baik Gesaan Najib skandal forex dibuka semula.

Fitnah dajjal Singapura Celaka..!! DAP dan Brother dalam mencaturkan politik di Malaysia perlu dihentikan.

Sementara Parti Tindakan Rakyat (PAP) di pimpin oleh abangnya sebagai Perdana Menteri Singapura berhempas pulas memastikan waris pengasas Parti PAP Lee Kwan Yew menang PRU kali ini.

Suka atau tak aku kena tulis dan sebarkan Celakalah Singapura..!! Semoga Parti PAP berkubur di Singapura kali ini.

Pada rakyat Singapura selamatkan Singapura dari kerajaan super kroni nepotisme dan super kiasu ini.

Kesemua GLC dan anak syarikat milik kerajaan Singapura dikuasai oleh saudara mara kroni Lee Kwan Yew rakyat marhaen Singapura hanya jadi hamba dan berkerja untuk keluarga Lee Kwan Yew.

Celakalah Parti PAP dan hancurlah kerajaan fitnah Lee Kwan Yew kali ini.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung