Bendera USA Ketika Saya Melalui Sebuah Desa Kecil Dalam Perjalanan Dari NY ke Ohio |
Sebelum
saya meneruskan tulisan ini, satu persoalan besar perlu bermain dalam minda
kita ialah berapakah level Patriotisme anda?
Kajian
lepas menunjukkan level Patriotisme rakyat Malaysia berada di tahap sederhana
iaitu pada mata 3 dan 4 daripada markah penuh 5.
Sebenarnya,
ada banyak aspek perlu dilihat sebelum menilai tahap patriotisme. Namun, saya
mahu mencubit perasaan anda daripada satu aspek yang kelihatan kecil sahaja,
iaitu bendera nasional Jalur Gemilang.
Baru-baru
ini saya menulis teks kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Saya katakan
kepadanya bandaraya Kuala Lumpur kurang patriotik.
Apabila
orang luar masuk ke Kuala Lumpur, mereka mungkin berbangga atau takjub dengan
bangunan pencakar langit seperti bangunan berkembar KLCC serta bangunan baru
PNB dan Tun Razak Exchange.
Sebenarnya,
bandaraya Kuala Lumpur tipikalnya hampir serupa sahaja seperti bandaraya lain
seperti Jakarta, Manila, Bangkok dan Singapura. Tidak ada kekaguman yang
mendalam jika ianya serupa sahaja.
Namun,
jika kita menjejaki bandaraya lain seperti
Washington, New York, Ankara atau Beijing kita akan terpesona dan kagum
mendalam melihat bendera nasional mereka berkibar megah walaupun di kala hujan
turun dengan lebat.
Sebaliknya,
di Kuala Lumpur tidak nampak bendera nasional Jalur Gemilang berkibar megah,
mempersona dan memberi kekaguman yang mendalam. Jalur Gemilang di tiang utama di
Dataran Bandaraya KL kelihatan agak kecil dan sekali pandang tidak memberi
kesan yang mendalam kepada rakyat. Mungkin kecilnya Jalur Gemilang itu maka
kecil jugalah kesannya kepada segelintir rakyat Malaysia tidak memberi kesan kepada kekaguman yang mendalam.
Kedua,
apabila hujan turun kebanyakan Jalur Gemilang tidak lagi berkibar atau melekat
kerana basah. Barangkali kualiti Jalur Gemilang itu dibuat daripada kain murah
dan tidak berkualiti.
Semasa
di Amerika Syarikat, saya terpegun kerana ketika hujan saya menyaksikan bendera
Amerika Syarikat masih berkibar megah dan bunyi kain berkibar-kibar boleh
didengar ketika ditiup angin hujan.
Ketiga,
saya perhatikan tiang bendera utama di bandaraya KL juga agak rendah, kurus,
kecil dan warnanya pudar. Berbanding di Ankara dan Washington, kita boleh lihat
daripada jauh bendera nasional berkibar megah. Apabila dekat, kita perhatikan
tiangnya diukir indah dan warnanya tidak dibiar pudar.
Jika
daripada aspek bendera nasional pun kita sudah kurang semarak,
bagaimanakah kita hendak menyemarakkan semangat Patriotisme melalui bendera
Jalur Gemilang jika kita tidak bersungguh-sungguh?
Ingatlah
kepentingan bendera di kala zaman perang dahulu. Di medan perang, sahabat Nabi
bersungguh-sungguh mempertahankan bendera pasukan, tidak membiar ia jatuh di
tanah.
Mereka
berusaha menaikkan dan mengibarkannya, jika tangan luka, mereka pertahankan
gunakan tangan sebelah, jika luka lagi dipertahankan guna lengan demi
menunjukkan semangat perjuangan pasukan mereka masih ada dan tidak tewas.
Sebagai
kesimpulan, saya ingin mencadangkan supaya setiap ibu negeri dan bandaraya
utama negara kita, perlu ada mercu tanda nasional identiti.
Satu-satunya
mercu tanda yang boleh dilihat dari jauh ialah bendera Jalur Gemilang yang
berkibar di atas sebatang tiang yang gagah perkasa. Ia tidak lusuh ketika
hujan, ia tidak pudar apabila didekati sebaliknya ia sentiasa berkibar megah,
indah dan menusuk jiwa kita sedalam-dalamnya.
Itulah
jua maksud Patriotisme iaitu Cinta yang mendalam kepada Negara yang satu.
Putrajaya
14 Ogos
2020.
2 Komen:
Apa cerita yang menterbalikkan bendera, sudahkah diambil tindakan mahkamah?
Hand Sanitizer Murah Malaysia
https://handsanitizerkl.blogspot.com/
Post a Comment