Jumlah
Kes COVID-19 di negeri Sabah semakin hari semakin meningkat. Namun begitu,
sangat mengejutkan kita semua kerana Kerajaan negeri Sabah meneruskan juga PRN Sabah
tatkala pendemik virus Covid-19 semakin meningkat dengan kluster baharu di
Kunak, Lahad Datu dan Tawau.
Persoalannya,
adakah kita menunggu lebih ramai lagi akan dijangkiti dan membawa kepada risiko
kematian baru kita hendak bertindak? Melihat kepada suasana kempen, ternyata majoriti penyokong parti yang terlibat gagal mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Rakyat tidak boleh
disalahkan kerana kempen politik sukar dikawal. Undang-undang denda RM1000.00 jelas
tidak ditakuti dan tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.
Ketika penamaan calon, kelihatan ramai tidak memakai pelitup muka, hand senitizer diabaikan,
peraturan jarak 1 atau 2 meter tidak diendahkan, apatah lagi pengambilan suhu badan
tidak dilakukan secara menyeluruh.
Jika
Kerajaan khususnya kerajaan negeri Sabah bertanya pakar keselamatan dan kesihatan,
jawapan yang diterima ialah PRN Sabah lebih baik ditangguhkan demi keselamatan
rakyat di negeri Sabah.
PRN
Sabah ini sudah pasti akan meningkatkan risiko jangkitan yang tinggi kepada golongan yang berisiko tinggi seperti golongan tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik
seperti kencing manis, obesiti, penyakit jantung dan sebagainya.
Harus diingat, banyak penyebar
Covid-19 adalah di kalangan orang muda yang biasanya tidak mempunyai simptom dan
tidak mustahil mereka akan menyebarkan penyakit ini semasa mereka berkempen.
Suruhanjaya
Pilihan Raya mengumumkan sebanyak RM186 juta anggaran peruntukan Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sabah kali ini. Wang ini sepatutnya digunakan untuk pembangunan negeri
Sabah dan membantu rakyat Sabah berhadapan krisis ekonomi semasa pandemic
Covid-19 ini. Namun, kegilaan dan kerakusan politik tidak memikirkan perkara ini, sebaliknya
nafsu politik lebih diutamakan.
Mereka
yang menggadai nyawa rakyat Sabah memberi gambaran level Patriotisme mereka sangat
rendah. Salah satu sifat Patritosime yang penting ialah berusaha tidak
menyusahkan rakyat sebaliknya membina negara ini dengan melindungi rakyat
daripada mara bahaya.
Walaupun pencalonan yang ramai di sesetengah DUN menunjukkan sistem demokrasi hidup subur tetapi jika ianya mengundang risiko keselamatan, kita yang waras sepatutnya dapat mengelakkannya.Pencalonan tidak terkawal contohnya di sesetengah DUN jumlah calon mencecah 8 atau lebih calon. Jika semua calon ini berkempen dan berceramah dengan melibatkan ramai kumpulan rakyat, maka risiko penularan wabak Covid-19 sudah pasti akan meningkat.
Kesimpulan, isu keselamatan ini akhirnya kembali kepada kesugguhan rakyat jua kerana kita tidak boleh lagi bergantung harap kepada politikus. Kerakusan politik sangat sukar dikawal oleh undang-undang.
Di ambang Hari Malaysia 16 September 2020, sepatutnya Kerajaan negeri Sabah lebih matang dan lebih bijak ketika berhadapan krisis keselamatan rakyat.
Semangat patriotik sepatutnya dipupuk dan diamalkan oleh Kerajaan negeri, barulah rakyat dapat mencontohi dan mengamalkannya.
Jika Kerajaan negeri Sabah pun memandang enteng isu keselamatan rakyat, maka usahlah dihukum rakyat dengan undang-undang yang akan menambah kesusahan dan keperitan hidup mereka.
0 Komen:
Post a Comment