Surat Terbuka kepada YB-YB Sabah,
Assalamualaikum WW dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah di atas kemenangan
anda, kepada yang tewas tahniah juga kerana menjadi seorang pemimpin yang
demokratik dan berjiwa besar.
Keputusan rasmi telah pun dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia (SPR) dengan kedudukan Warisan (29), Perikatan Nasional
(17), Barisan Nasional (14), Parti Bersatu Sabah (7), Bebas (3), Parti Keadilan
Rakyat (2) dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu UPKO (1).
Keputusan ini tidak jauh beza dengan Pilihanraya Negeri
Sabah 2018 di mana gabungan BN sepatutnya membentuk Kerajaan negeri Sabah
tetapi suara demokrasi rakyat dinafikan oleh adegan lompat.
Persoalannya, apa lagi yang Tuan Yang Teramat Mulia Sabah
mahu tunggu? Jalankanlah dan jangan rosakkan proses perlantikan Kerajaan baharu
yang telah dipilih oleh rakyat.
Gabungan parti-parti PN, BN dan PBS sudah cukup untuk
membentuk Kerajaan Negeri.
Mana-mana
parti tidak perlulah mengusahakan adegan beli-membeli wakil rakyat lagi kerana
ia perbuatan yang tidak demokratik, menyusahkan rakyat dan negeri, dan sangat
tidak Patriotik.
Bukan itu sahaja, pembangunan negeri terganggu, perjalanan
urusan Kerajaan negeri cacamerba, urusan kewangan dan bajet pembangunan tidak
dapat disalurkan, pertukaran jawatan-jawatan yang sangat kerap dalam Kerajaan
merosakkan halatuju pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Cukup-cukuplah melompat sana sini. Wakil-wakil rakyat yang
telah menang atas tiket parti masing-masing, belajarlah menjadi wakil rakyat
yang dihormati. Kembalilah kepada rakyat di kawasan masing-masing, berkhidmat
kepada mereka yang telah memilih anda.
Kerajaan baharu yang mempunyai kesinambungan dengan
Kerajaan pusat di Putrajaya ini bakal menyaksikan proses pembangunan fizikal
dan ekonomi bergerak lancar. Sudah sampai masanya projek-projek besar seperti
PAN Borneo dipercepatkan. Sedarilah, jalanraya utama di Sabah masih bertaraf
tahun 60an dan 70an di Semenanjung Malaysia.
Kita tidak boleh salahkan Kerajaan
pusat selama-lamanya, tetapi kita harus koreksi diri kita sendiri betapa
politik yang keterlaluan dan tidak demokratik di Sabah menjadikan kita mundur.
Saya berharap TYT Sabah akan meneruskan proses pembentukan
Kerajaan baharu dengan segera. Proses memilih Kerajaan baharu sudahpun
diadakan, banyak wang dilaburkan dalam pilihanraya ini.
Pada PRU18, UMNO menang paling banyak kerusi iaitu (54),
berbanding PKR (47), DAP (42), PAS (18), PBB (13), Amanah (11) dan Warisan (8).
Saya telah menelefon orang kanan Najib di Jabatan Perdana Menteri, apakah Najib
mahu menerima kekalahan atau mengusahakan gabungan baharu? Beliau menyatakan,
kita kena terima takdir Allah SWT dan Alhamdulillah Najib menyatakan beliau
seorang yang demokratik dan menerima kekalahan tersebut.
Begitu jugalah sepatutnya DS Shafie Apdal, walaupun dalam
PRN Sabah semalam memenangi 29 kerusi, tetapi ianya tidak mencukupi untuk
membentuk Kerajaan negeri. Maka janganlah diusahakan mempengaruhi wakil-wakil
rakyat lain supaya melompat untuk mencukupkan jumlah. Wakil-wakil rakyat pula
janganlah terhegeh-hegeh menjual maruah dan prinsip gara-gara dijanji pelbagai
perkara.
Nasihat saya, hormatilah proses demokrasi yang telah
dilaksanakan oleh rakyat. Berhentilah adegan lompat-melompat. Gabungan PN+BN+PBS
yang telah diketahui sebelum PRN sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bentuklah
Kerajaan negeri dengan segera supaya rakyat Sabah boleh meneruskan kehidupan
dengan aman dan harmoni.
1 Komen:
AKSI LOMPAT TUNGGU AKSI ATOK
KALAU ATOK PM KATAK DAG LOMPAT
TAPI INI PM SELATAN YG BENTUK
INSYALLAH KAKI KATAK DAH DI IKAT
KIKIKIKIKI...
CALON HARAPAN ATOK PINTU KE SG BULOH MAKIN TERBUKA LUAS... PRK LAGI NNPK GAYA NIHH
kikikiki
Post a Comment