UTUSAN BORNEO: KOMBINASI ORANG LAMA-BAHARU KABINET KERAJAAN SABAH DISIFATKAN MANTAP

on Thursday, October 22

KOTA KINABALU: Pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri yang melibatkan kombinasi menteri-menteri berpengalaman dan mewakili komposisi pelbagai kaum disifatkan sebagai sebuah pasukan yang sangat mantap.

Penganalisis politik dan kerajaan, keselamatan negara, patriotisme dan pembinaan negara bangsa, Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri menyifatkan gabungan pemimpin terlibat dilihat cukup menarik untuk memastikan keberkesanan fungsi Kerajaan Negeri.

“Gabungan ini menarik kerana sudah pasti Kerajaan dapat berfungsi dengan baik kepada rakyat,” katanya, semasa diminta mengulas lantikan Kabinet baharu di sini, semalam.

Dr Al-Azharri turut memuji langkah Ketua Menteri mengkuarantin diri sendiri demi mengelak penularan COVID-19 sebagai contoh baik, malah suatu permulaan yang menarik dan bijak daripada Ketua Menteri baharu dan wajar diberikan pujian.

Mengulas lanjut, beliau percaya gabungan pemimpin baharu dan lama, belia dan wanita serta golongan profesional itu juga mampu membawa sinar baharu untuk rakyat Sabah.

“Namun saya suka mengingatkan kepada kerajaan baharu ini bahawa rakyat semakin celik dan bijak, malah sudah melalui banyak kerajaan semenjak merdeka pada 1963.

“Antaranya, Kerajaan USNO, BERJAYA, PBS, UMNO, WARISAN dan terbaharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), justeru kerajaan ini perlu mempunyai iltizam tinggi.

“Khususnya, membawa pembangunan termasuk menyambung semula projek PANBorneo supaya rakyat dapat menikmati kemudahan jalanraya setaraf di Semenanjung,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga perlu meletakkan fokus utama sekarang untuk memastikan rakyat Sabah boleh meneruskan kehidupan harian ketika kerisauan penularan Covid-19.

Pada masa sama, beliau percaya Kerajaan Sabah mesti membuktikan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan penting untuk memastikan dana persekutuan dapat diagihkan dengan mudah dan segera.

Menyentuh pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik dari PAS (Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan) pula, beliau menyifatkannya senario baharu arena politik negeri ini.

“Lebih-lebih lagi dengan kebimbangan sesetengah pihak kononnya PAS akan membawa budaya politik yang bertentangan dengan budaya masyarakat di negeri ini,” katanya.

Dr Al-Azharri percaya ADUN Dilantik PAS profesional dan anak jati Sabah yang maha mengetahui sensitiviti unik masyarakat tempatan berbeza dengan di Semenanjung. 

Malah, beliau menyifatkan PAS sudah semakin memahami sosiopolitik Sabah, serta turut terlibat aktif dalam aspek sosial dan pendidikan, termasuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir, tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya.

Menyentuh hal berkaitan, pelantikan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee sebagai ADUN Dilantik mematikan isu ketiadaan wakil rakyat mewakili masyarakat Cina.

“Pengalaman Teck Lee sebagai Ketua Menteri kita percaya akan membolehkan beliau memenuhi keresahan dan keperluan masyarakat cina dalam era kerajaan baharu,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2020/10/09/kombinasi-orang-lama-baharu-kabinet-kerajaan-negeri-disifatkan-pasukan-yang-mantap

  •  oleh 
  • PRU15,JIKA BERSENDIRIAN UMNO TAK AKAN JADI KERAJAAN

    on Saturday, October 10



    Umno risks repeating its misfortune in the last general election if it ditches the Perikatan Nasional (PN) coalition, analysts say in the wake of suggestions by some party leaders that the Malay party could go it alone in the coming polls to return to power.
    (Malaysia Now) – They say parties which support Prime Minister Muhyiddin Yassin’s leadership have no choice but to acknowledge his popularity and remain in the ruling coalition, to ward off a challenge by Pakatan Harapan (PH).
    “There is an impression within Umno that it can be strong on its own. This impression arose following its winning streak in by-elections such as the recent polls in Slim,” Hisommudin Bakar, who heads independent research firm Ilham Center, said referring to Umno’s latest by-election victory in Perak.
    That seat, he told MalaysiaNow, was already an Umno stronghold, similar to other constituencies where the party had won by-elections since losing power in 2018.
    He added that the Malay vote would be split if Umno decided to work without PN, thereby giving PH the advantage.
    In 2018, PH succeeded in toppling the Barisan Nasional (BN) government, largely on the back of strong support from the non-Malays.
    But the coalition with Umno and PAS in three-way fights for nearly all the seats caused a split in the Malay vote, which worked to PH’s advantage.
    Realising this, Umno and PAS, the country’s largest Malay-based parties, inked the Muafakat Nasional alliance to strengthen political unity among the Malays.
    This cooperation bore fruit in a series of by-elections including in Cameron Highlands, Rantau, Kimanis, Semenyih, Tanjung Piai and Slim where they emerged victorious.
    Pollster Merdeka Center agreed that PH would profit if PN was divided.
    “It will be difficult for Umno if it doesn’t join forces with PN because the competition might become like it was in GE14,” said the centre’s executive director Ibrahim Suffian, referring to the three-cornered fights that took place in the 2018 general election.
    Another analyst said while Umno had been the dominant party under BN rule, in the current PN government it merely played a supporting role.
    “In the context of politics and government, Muhyiddin is the head of PN and he leads the PN administration,” Al-Azharri Siddiq Kamunri told MalaysiaNow.
    He said Umno president Ahmad Zahid Hamidi is a “follower because Umno is one of the parties that support the PN government”.
    “So Zahid has to understand that and follow protocol,” Al-Azharri added.

    Blog Archive

    Dilema Melayu Sabah

    Buku Penulis

    Bakal Diterbitkan

    Yayasan Pendidikan Islam

    Buku Tun Mahathir

    Pengunjung