Sinchew Daily News
13 Disember 2011 (Selasa)
Tajuk: GodFather VS Pemberontak
Penulis:
Lim Sue Guan
DAP
pulau Pinang tahun ini menggunakan slogan “negeri Pulau Pinang-harapan Malaysia”
sebagai slogan utama mereka, apa yang menyinggung perasaan ialah isu dalaman
parti semakin meningkat, menyebabkan seluruh rakyat negara ini melihat DAP
berlaku perbalahan dalaman yang ketara.
Isu “GodFather”
bukan berlaku secara tiba-tiba kerana ia sudah terpendam lama yang akan terdedah
dan menular, ia tidak mungkin berlaku hanya dengan perkataan “pemberontak dan
GodFather” yang terus menjadi kecoh yang begitu besar, di dalamnya sudah tentu
tidak boleh ada dua kepala dalam sesuatu tempat, kerana dalam hasil sumber politik ia akan berlaku pembahagian yang
tidak sama rata dan bercanggah.
Pengerusi
DAP Karpal Singh pada bulan September tahun ini mencadangkan, menghadkan calon
PRU akan datang tidak boleh bertanding 2 kerusi sekali gus, iaitu kerusi
parlimen dan kerusi DUN untuk calon yang sama, di mana pemimpin Pakatan Rakyat
yang menjawat jawatan Menteri besar ataupun ketua menteri tidak dihadkan untuk
bertanding 2 kerusi itu, contohnya seperti Lim Guan Eng.
Cadangan
Karpal Singh itu semata-mata mahu lebih ramai
orang-orang baru dapat ambil bahagian dalam pertandingan kerusi,
sebaliknya telah memberi kesan kepada beberapa pemimpin, termasuk timbalan
ketua menteri II Pulau Pinang Dr. Ramasamy a/l Palanisamy.
Dr.
Ramasamy a/l Palanisamy pernah menjadi pensyarah di UKM selama 25 tahun, pada
tahun 2005 beliau masuk DAP. Pada PRU 2008 beliau sebagai calon baru yang
diperkenalkan, bertanding kerusi Parlimen di Batu Kawan berdepan dengan Koh Tsu
Koon, dan diterima juga untuk bertanding kerusi DUN Perai, akhirnya pada
Tsunami politik itu beliau menang kerusi Parlimen dan kerusi DUN kedua-duanya,
dan menjadi kaum India yang pertama menjawat jawatan timbalan ketua menteri di
Negara ini.
Apabila
memegang jawatan tinggi, beliau mempunyai hasil sumber dalam politik yang
banyak, sudah tentu beliau punyai pengikut yang ramai. Dalam akhbar Tamil Nisan Dr. Ramasamy a/l
Palanisamy memberitahu, pada PRU akan datang beliau akan bertanding kerusi
perlimen dan kerusi DUN, dan akan mencadangkan 3 lagi wanita kaum India dalam
parti untuk bertanding dalam PRU akan
datang.
Mencadangkan
3 kaum wanita India bertanding, hanya semata-mata beliau mahu mendapat lebih
ramai penyokong, ini adakah satu keperluan dalam politik; tetapi Dr. Ramasamy
a/l Palanisamy telah umumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen
dan kerusi DUN, menyebabkan karpal Singh kurang senang, dengan itu Karpal Singh
memberi amaran bahawa pemimpin dalam parti tidak boleh melanggar keputusan
jawatankuasa pusat dan menjadi “askar pemberontak”; selepas itu Dr. Ramasamy
a/l Palanisamy membidas, parti bukan sahaja perlu hapuskan “askar Pemberontak”
malah perlu hapuskan “GodFather”.
Dr.
Ramasamy a/l Palanisamy dilahirkan sebagai ahli pendidik, mungkin beliau kekurangan
pengetahuan dalam berpolitik, beliau tidak boleh memberi banyak janji-janji
kepada penyokong sendiri, supaya pada belakang hari tidak dapat menjawabnya dan
tidak dapat kotakannya.
Isu
“GodFather” semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan
penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan.
Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan
yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat
pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.
Tetapi
pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan
perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh,
Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima
dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut
mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak
tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.
Jika
dilihat dari reaksi perbualan kedua belah pihak, boleh dilihat mereka mahu
ketengahkan Karpal Singh dan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy yang telah memberi
sumbangan besar kepada kaum India di Pulau Pinang, di mana Dr. Ramasamy a/l
Palanisamy lebih menyerlah dalam kedudukan sebagai “Big Brother”, beliau bijak dalam berkata-kata dan mempunyai
pengaruh dari hasil sumber politik.
Sebaliknya
Barisan Nasional lebih bergembira apabila melihat mereka membuka pekung di dada
mereka sendiri, seterusnya pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis
di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan isu duit kontraktor dan
duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat, ini akan menjadi isu dan
bahan penting bagi pihak BN untuk dipergunakan pada PRU akan datang.
Kaum
India bukan semudah itu dalam Tsunami PRU 2008, baru sahaja mendapat menikmati
kedudukan kuasa dalam politik yang begitu tinggi, sepatutnya dihayati dan
dijaga dengan baik, tetapi oleh kerana sesuatu kepentingan, kedua-dua belah
mata telah kabur, mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya akan menjadi
kosong.
















0 Komen:
Post a Comment