 |
| Jasa DS Hishammuddin Orang Pertama Menerpa Berjaya Menenangkan Tun Dr Mahathir |
1. MANA' (KETURUNAN)
SESEORANG pemimpin itu ada asal-usul keturunannya. Baka kepimpinannya, darah kepimpinannya. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi, ada yang berterusan dan ada yang tak berterusan. Semuanya ditentukan oleh Allah SWT.
Kita tidak usah pergi jauh sangat, kita ambil contoh-contoh di dalam negara. Lim Kit Siang mempunyai Lim Guan Eng. Karpal Singh mempunyai Gobind Singh, Dato' Nik Aziz mempunyai Nik Amar, DS Anwar Ibrahim mempunyai Nurul Izzah, Tun Dr. Mahathir Mohamad memiliki Dato Mukhriz, dan banyak lagi contoh.
 |
| Tekun Mendengar |
2. TIDAK TERBURU-BURU/KETENANGAN
Sebab itulah DS Hishammuddin tidak terburu-buru, tidak menyergah, tidak mengherdik, tidak berkasar. Cara-cara itu bukan cara DS Hishammuddin.
Seseorang rakyat biasa dari mana pun keturunan, Melayu, Cina, India, Ceylon, Arab dan sebagainya, jika berjumpa DS Hishammudin di pasaraya, tidak ada ketakutan, tidak ada ketakutan untuk datang bersalam dan bertanya khabar. Sebabnya mudah, DS Hishammuddin telah dilatih untuk menjadi pemimpin yang disayangi oleh seluruh rakyatnya. Pernah anda mendengar DS Hishammuddin mengangkat tangannya untuk memukul rakyatnya?
Pernahkah anda mendengar DS Hishammuddin turun di tengah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur dan menjadi "polis trafik" seketika, pernahkah anda melihat DS Hishammuddin membeli barang dapur di supermarket biasa, begitulah segelintir kisah-kisah dirinya yang menjadikan dirinya rakyat kepada rakyat.
Negara kita yang pelbagai ini, tidak boleh ditadbir oleh orang yang terburu-buru, keras dan menakutkan rakyat. Rakyat perlu selesa kepada kepimpinan.
 |
| Menghormati Pandangan |
3. PENGALAMAN DALAM PARTI
Semasa krisis politik dan krisis ekonomi di negara kita pada tahun 1997 dan 1998. DS Hishammuddin tidak pernah menyindir Tun Dr. Mahathir akan hal-hal Kronisme, Korupsi dan Kolusi konon (KKN). Ada pemimpin yang naik ke pentas dan menghentam Tun Dr. Mahathir kerana terpedaya dengan arahan dan mimpi-mimpi DS Anwar ketika itu.
Sebaliknya, DS Hishammuddin muncul di tengah-tengah kegawatan dan kemelut di saat-saat Tun Dr. Mahathir memerlukan sokongan yang kuat. Ini adalah jasa dan sumbangan DS Hishammuddin yang sangat besar nilainya.
Jika tidak, barangkali UMNO yang ada hari ini lain rupanya!
 |
| Gambaran Disenangi Disayangi |
4. PENGALAMAN DALAM KERAJAAN
Tidak dinafikan bahawa DS Hishammuddin telah melalui beberapa kementerian dengan lancar dan penuh mahabbah.
Dari Kementerian MITI (Setiausaha Parlimen) Kementerian Belia & Sukan, Timbalan Menteri Kementerian Perindustrian Utama, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri dan terbaru Kementerian Pertahanan di samping Kementerian Pengangkutan (memangku). DS Hishammuddin hanya perlu melalui satu dua Kementerian lagi untuk melengkapkan pengalamannya sebelum memimpin negara kita.
Saya menjangka, beliau kini perlu memimpin Kementerian Kewangan antara Kementerian kanan selepas Kementerian Pertahanan.
 |
| Mewarisi Kebijaksanaan Dato' Onn Jaafar |
5. KEBIJAKSANAAN
Kita boleh membuat pelbagai interpretasi tentang kebijaksanaan. Jika anda melihat perjalanan politik DS Hishammuddin, beliau naik setangga demi setangga. Bermula sebagai perwakilan biasa di Bahagian Batu Pahat jika saya tidak silap (pertengahan 1993/95), menaiki tangga Pemuda dan Naib Presiden dengan cara yang halus dan telus.
Beliau tidak berebut, beliau tidak menyakiti hati Presiden Tun Dr. Mahathir, Pak Lah hinggalah kepada DS Najib Tun Razak. Beliau tidak menyindir kepimpinan dan paling penting beliau rela tidak "popular" asalkan rakyat dan negara ini hidup aman dan damai.
.jpg) |
| Mewarisi Ketenangan Tun Hussien |
6. KEYAKINAN KEPIMPINAN TERTINGGI
Di atas keyakinan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu dengan melantik DS Hishammuddin ke pelbagai jawatan, begitu juga keyakinan yang ditunjukkan oleh Pak Lah. Jika anda tidak mahu mengira keyakinan yang diberikan oleh DS Najib Tun Razak tidak mengapa tetapi keyakinan Perdana Menteri memberikan tugas memangku Kementerian Pengangkutan sepatutnya kita semua fahami dengan mata hati yang terbuka.
DS Najib menang tanpa bertanding di sebalik desas-desus Ku Li akan lawanlah, TS Muhyiddin kononnya akan lawanlah tetapi semua itu adalah khobar-khobar angin belaka.
Adakah DS Najib memaksa anda memilih DS Hishammuddin? Tidak bukan, jawapannya ialah kita semua mahu mengekalkan "keamanan" dalam UMNO dengan mengekalkan apa-apa yang telah diyakini oleh kepimpinan utama negara kita.
 |
| Dari Allah Kita Datang... |
7. TAKDIR ALLAH SWT
Sesungguhnya, Allah SWT yang meletakkan DS Hishammuddin mewarisi legasi kepimpinan negara ini sejak zaman datuk-datuk kepada DS Hishammuddin lagi.
Siapakah kita mahu menidakkan kuasa Allah SWT? Siapakah kita mahu menafikan takdir Allah SWT?
Siapakah kita mahu mempersoal lagi mempertikai apa yang Allah SWT telah aturkan kepada hamba-hambanya.
Allah SWT yang menjadikan DS Hishammuddin seorang yang tenang, tidak terburu-buru dan gemar memberikan nasihat kepada rakyatnya. Allah SWT yang memberikan hidayah kepadanya supaya berilah jalan, berilah peluang, berilah amaran dahulu, usahlah berkasar, usahlah berlaku kejam, usahlah menunjuk kesombongan. Semua itu Allah SWT yang memberi petunjuk dan hidayah! Maka, tiada keraguan lagi bukan.
Tapi ada yang mentafsirkan ianya sebagai amaran, ketahuilah label itu adalah agenda DAP, agenda musuh-musuh negara untuk membunuh karektor kepimpinan negara kita dengan meletakkan label-label seperti itu. Tun Dr. Mahathir dilabel Maha Firaun, Pak Lah dilabel Mr. Flip Flop begitu juga DS Najib dilabel bermacam-macam, namun negara kita terus maju ke depan, rakyat terus maju ke hadapan. Di manakah di dalam negara kita ini ada kebuluran?
Walhal amaran itu sebenarnya adalah nasihat yang paling berhemah dan paling bertolak-ansur tahap tertinggi daripada DS Hishammuddin. Bukankah agama kita menyeru kepada nasihat-menasihati!
Nota: Saya pun tidak tahu apakah DS Hishammuddin membaca artikel-artikel saya selama ini. Saya tidak pernah berhubungan dengan beliau.
Kepada yang belum membaca ini silakan http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/10/ds-hishammuddin-bayar-harga-yang-mahal.html