( TERBUKTI CARA INI BERKESAN DI MANEK URAI )1. MOMENTUN sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada UMNO telah dibuktikan dalam PRK Bukit Gantang apabila 65% pengundi Melayu menyokong calon UMNO.
Kemudian momentum itu dibuktikan lagi semasa PRK Manek Urai, apabila orang Melayu menafikan Keegoan Pengarah Pilihanraya PAS apabila dengan bangganya menetapkan PAS sudah menang majoriti lebih 2,000 Undi.
Namun, Allah SWT telah memberi peringatan kepada mereka apabila undi majoriti seperti di hujung tanduk apabila PAS kalah kepada UMNO di saluran mengundi dan pusat mengundi.
2. Di Permatang Pasir, penulis ingin memberi cabaran atau lebih mudah disebut KPI supaya Calon BN saudara Rohaizad mesti bertemu semua pengundi di Permatang Pasir. Tidak kira ahli PAS atau pengundi atas pagar.
3. Pengalaman dan rekod di Manek Urai dan Bukit Gantang bahawa tidak semua ahli PAS menyokong calon mereka. Dan proses pengundi-pengundi atas pagar terutama pengundi muda kembali mengundi BN semakin ketara.
4. Maka itu, baik pemuda wanita dan puteri UMNO, baik calon BN mahupun Ketua Bahagian UMNO dan AJK Bahagian, sesiapapun petugas UMNO di Permatang Pasir mesti bertemu setiap satu pengundi Permatang Pasir. Inilah KPI yang kita tetapkan.
5. Semasa bertemu, terangkan janji-janji PRU mereka yang tidak mampu dipenuhi, jelaskan isu-isu fitnah dengan menjawab secara fakta, bawa fakta sama ada gambar, cd dan apa sahaja sebagai bukti kebenaran berpihak kepada BN. Terangkan Lakonan-Lakonan Dr Hassan Ali cuma mahu meraih simpati pengundi Islam agar tidak lari .
6. Perlu juga ditambah rancangan-rancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat BN. Ingatlah pesan YAB Perdana Menteri, berikan rakyat fakta yang sebenarnya, jika salah mengaku kesalahan itu dan terangkan langkah susulan yang sedang dibuat.
7. Penulis optimis,jika trend Bukit Gantang dan Manek Urai berterusan, dan petugas-petugas parti di Permatang Pasir menambah sedikit lagi sentuhan peribadi mereka seperti di Manek Urai, mengapa tidak Permatang Pasir kembali kepada BN. Maka ambillah peluang di atas perubahan rakyat yang kembali menyokong BN dalam PRK Permatang Pasir ini.
Ingatlah pesan YAB Perdana Menteri, jika mahu menang buatlah cara nak menang.









6 Komen:
tidak semua orang pas mengundi pas,
tidak semua mca,gerakan,ppp dan mic mengundi BN,
itulah hakikat di prk bukit gantang
tak seme orang pas undi pas, tapi pas jugak yg menang, ek. mcm mana la klu seme org pas ngundi pas? harus tercirit umno.
setuju dgn idea sedara, kalau nak menang buat cara nak menang, cabaran kpd calon bn itu tepat sekali
Kerajaan BN kalau berjanji kena buat walaupun kalah.sebab BN ada peruntukan. PR berjanji dan menang tak buat rakyat akan cakap" macam mana nak buat...duit pusat pegang" jadi BN kena buat untuk PRU yang akan datang.Waktu sekarang rakyat sedang memerhati BN dan PR...kena gaya BN makan besar PRU nanti....percayalah...
tak seme orang pas undi pas, tapi pas jugak yg menang,hehehe tempat banyak pengundi bukan melayu boleh la pas menang,kalau majoriti pengundi melayu mcm kat manek urai tercirit juga pas nak menang.nasib baik ada anwar tolong support ceramah
http://cupingmerah.blogspot.com/2009/08/pemuda-mca-tolak-hudud.html
Post a Comment