Mereka semakin sedar dengan musuh sebenar itu, parasit sebenar itu semuan sudah sedar, Melayu DAP yang keluar itu, dia sudah sedar musuh sebenar, Presiden sebuah parti Islam juga sudah sedar, Exco ini juga sudah sedar musuh sebenar, seorang mantan Timbalan Presiden juga sudah sedar, semua mereka sudah sedar dan kembali, kembali mendaulatkan Islam, kembali ke landasan sebenar perjuang umat Islam, mereka semua mufaraqah, mereka semua menjauhi diri mereka dari bapa segala parasit, parasit yang mahu mengubah negara ini, parasit yang mahu menukar total negara ini, bapa parasit itu hanya mempunyai 3 huruf sahaja. Sedarlah...
BAPA SEGALA PARASIT 3 HURUF
Abu Syifa on Wednesday, February 29
Mereka semakin sedar dengan musuh sebenar itu, parasit sebenar itu semuan sudah sedar, Melayu DAP yang keluar itu, dia sudah sedar musuh sebenar, Presiden sebuah parti Islam juga sudah sedar, Exco ini juga sudah sedar musuh sebenar, seorang mantan Timbalan Presiden juga sudah sedar, semua mereka sudah sedar dan kembali, kembali mendaulatkan Islam, kembali ke landasan sebenar perjuang umat Islam, mereka semua mufaraqah, mereka semua menjauhi diri mereka dari bapa segala parasit, parasit yang mahu mengubah negara ini, parasit yang mahu menukar total negara ini, bapa parasit itu hanya mempunyai 3 huruf sahaja. Sedarlah...
BUGIS SABAH DIIKTIRAF
Abu Syifa on Tuesday, February 28
![]() |
| SIRI ETNIK SABAH : BUKU TERBARU BUGIS SABAH |
DI SABAH, masyarakat Bugis masih tidak diiktiraf
sebagai Bumiputera, atau lebih tepat Bumiputera Islam Sabah. Jika di
Semenanjung Malaysia, sama ada orang Bugis, Jawa, Banjar, Arab dan seumpamanya
semuanya dikategori sebagai Melayu dan mereka dikategorikan juga sebagai
Bumiputera.
YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, adalah
keturunan Bugis dari Wilayah Goa, Sulawesi Selatan. Apakah bezanya dengan
keturunan Bugis dari Wilayah Goa juga yang kini sudah bermastautin beratus
tahun di Sabah, tetapi masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera Sabah? Jika
Kerajaan Negeri Sabah tidak dapat mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai
Bumiputera Sabah, apakah bermakna mereka juga mempersoalkan keturunan Bugis
Perdana Menteri kita?
Mari kita buka buku Sejarah. Seorang sarjana Belanda,
telah menulis di dalam tesisnya mengenai Pentadbiran Awal Belanda di Borneo,
menulis, bahawa wilayah-wilayah Tawau hingga ke Semporna pernah diperintah dan
ditadbir oleh dua bangsa yang utama iaitu suku Bajau di kawasan Semporna dan
suku Bugis di wilayah Tawau. Katanya, kerajaan Penjajah Belanda terpaksa
memohon izin Penggawa Bugis di Tawau sebelum mereka bertapak, berniaga dan
berurusan. Peristiwa ini berlaku sebelum British menjajah North Borneo lagi.
Seorang lagi sarjana Cina dari Singapura, dalam tesis
Sarjananya "The North Borneo"
menulis bahawa pendatang-pendatang China telah datang ke Pantai Barat Sabah
membuka tanah untuk membuat ladang-ladang sayur. Akhirnya anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang
tidak pernah dikaji oleh SAPP yang asyik mempersoal orang lain?
Semasa UMNO Sabah mula-mula bertapak di Sabah, penulis
yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Pertama Bombalai, Tawau, Sabah
telah memasukkan usul dalam Mesyuarat Cawangan dan Bahagian supaya masyarakat
Bugis, Banjar, Tidung, Suluk, Bajau dan sebagainya yang beragama Islam, yang
bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu supaya diiktiraf sebagai
Melayu dan digazetkan oleh Kerajaan Sabah sebagai Bumiputera.
SENGAJA
DISALAH FAHAM
Istilah pendatang asing atau pekerja asing atau warga
asing memang wujud di mana-mana di dalam dunia. Di Sabah orang Cina yang sudah
menjadi Warganegara Malaysia memanglah berbeza dengan orang Cina yang baru
sampai dari Taiwan, Hongkong, China ataupun dari Cina Indonesia.
Samalah juga bahawa orang India yang sudah menjadi
Warganegara Malaysia sudah tentulah berbeza dengan orang India yang baru sampai
dari Chennai, Malbari, Mumbai dan Kalikat.
Begitu juga orang Suluk yang sudah lama menetap di
Sabah menjadi warga Sabah memanglah berbeza dengan orang Sulu Filiphina yang
baru setahun dua sampai di Sabah. Samalah juga orang Jawa, Banjar atau Bugis
yang sudah hidup menetap di Sabah (Pantai Timur Sabah) sebelum British dan
sebelum Belanda sampai di Sabah, tentulah berbeza dengan orang Jawa, Banjar
atau Bugis yang baru sehari dua sampai di Sabah.
Walaupun dari bangsa yang sama, tetapi negara mereka
berbeza. Samalah juga dengan orang Melayu Patani dengan orang Melayu Kelantan,
sama bangsanya, sama agamanya, sama bahasanya tetapi berlainan kerakyatan.
UMNO Sabah mesti menyelesaikan masalah ini kerana
berlaku penindasan yang tidak sepatutnya berlaku. Kita ambil contoh dalam aspek
pekerjaan, terdapat ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan berketurunan Bugis di
Sabah tidak dapat berkhidmat di Sabah kerana kekeliruan persepsi yang disengajakan
ini. Dato' Osman Jamal, Pengarah Tanah Negeri Sabah yang juga Presiden Komuniti
Bugis Sabah (PKBS), Datuk Dr. Patawari Patawe, Mantan Pembantu Menteri Kerajaan
Negeri Sabah seorang pakar perubatan terkenal di Asia Tenggara, Saudara Samsul
Alang Hamsah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, sebelum itu lagi mantan
Pembantu Menteri Belia Sabah zaman Perikatan PBS-USNO YB Tuan Hj Said Senang,
mantan YB Kunak Datuk Salim Bacho, atau lebih jauh lagi OKK di Tawau Datuk
Zainal Kerahu, YB Datuk Muis Picho YB Pulau Sebatik, dan banyak lagi
individu-individu Bugis Sabah yang memberi perkhidmatan kepada negeri Sabah
dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Bagaimanakah kedudukan
mereka dalam konteks perbincangan ini? Sumbangan dan jasa mereka kepada pembangunan
negeri Sabah sejak sebelum Sabah merdeka bukanlah sedikit.
Mengapakah UMNO Sabah yang menjadi tulang belakang
Kerajaan BN Sabah tidak dapat mengiktiraf mereka sebagai Bumiputera Sabah?
Masyarakat Bugis yang tidak dilahirkan di Sabah, mereka datang dari Indonesia
kerana diambil sebagai pekerja memang sahlah bukan warganegeri Sabah, itu sudah
jelas samalah kesnya dengan orang China yang baru sampai dari negara asalnya.
Apakah YB Datuk Bung Mokhtar Raden boleh disamakan dengan suku kaumnya yang
baru sampai dari Indonesia? Sudah tentu berlainan bukan. Bagaimana dengan
latarbelakang Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP?
Penulis berharap Kerajaan Negeri Sabah lebih terbuka
dan profesional dalam menyelesaikan isu ini. Data dan kajian yang lebih telus
mesti dibuat untuk mengkategori hal-hal ini. Jika Kerajaan Persekutuan mengiktiraf
masyarakat Bugis Sabah sebagai entiti Melayu, mengapa Kerajaan Negeri tidak
seiringan dengan dasar Kerajaan Persekutuan ini?
Penulis membangkitkan perkara ini kerana penulis juga
menyokong RCI di Sabah dengan syarat yang sememangnya layak janganlah
dipersoalkan, sebaliknya akuinya dan menerima yang layak itu. Yang sememangnya
tidak layak dan bukan warganegeri Sabah, sememangnya tidak layaklah walaupun
satu rumpun. Dengan cara ini sahajalah barulah isu-isu berbangkit boleh
diselesaikan dan seterusnya kita membangunkan negeri Sabah dengan lebih hebat.
Anda mungkin ada pendapat yang berbeza. Yang jelas
Sejarah tidak akan menipu! Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963 sahaja.
Bagaimana sejarah Sabah sebelum merdeka, 100 tahun sebelum merdeka. Bacalah
tesis PhD oleh Lee Ong Leong, Sarjana Univerisiti Singapore, mengesahkan
kewujudan Mayarakat Bugis di Sabah dalam kajiannya sebelum tahun 1958 (Sabah
hanya Merdeka pada 16 September 1963) bertajuk "The North Borneo"
dari Universiti Singapura, yang menerangkan dengan panjang lebar Demografi,
Sosiopolitik dan Sosioekonomi Sabah sebelum tahun 1800 Masehi. Dia menyebut
orang Bugis sudah menjadi Penggawa (Ketua Daerah) di Tawau pada tahun 1770-an!
Selamat Membaca. Buku itu ada di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan di Arkib
Negara Kuala Lumpur.
YB Datuk Lajim Okin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang
juga Timbalan Menteri Persekutuan (sebelum berhenti) dalam perjumpaan dengan
penulis sangat mengiktiraf Bugis Sabah, malah dalam wawancara beliau dengan
akhbar Utusan Malaysia setahun yang lalu, beliau juga menyebut sumbangan orang
Bugis Sabah. YB Datuk Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dalam ucapannya
yang saya hadiri turut menghargai sumbangan masyarakat Bugis kepada pembangunan
negeri Sabah. Kerajaan Negeri Sabah bilakah pula akan mengiktiraf masyarakat
Bugis Sabah sebagai Bumiputera Sabah?
*Oleh kerana artikel ini dibaca lebih 30,000 pembaca
dan melibatkan lebih 300 komentar saya mengemaskini ejaan, ayat dan nama tanpa
mengubah artikel asalnya. Saya nasihatkan tuan/puan/saudara/saudari memberi
komentar secara baik. Sama ada setuju atau tidak itu perkara kedua. Yang
penting ialah pandangan-pandangan yang bernas. Terima kasih. (Asal pada
28.2.2012)(kemaskini kedua 07.01.2013) (jumlah terkini 14.04.2014)
PERTEMUAN 10 MATA UMNO-PAS
Abu Syifa on Thursday, February 16
Salam Jumaat.
Jentayuabaka melihat beberapa pihak khususnya anak muda tidak mengetahui sejarah UMNO-PAS, sehingga timbul tuduhan sinis kononnya UMNO sangat beria-ia hendakkan PAS di dalam konteks Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.
Sebenarnya usaha ini bukanlah baru, jika sejarah disingkap semula, Pertemuan 10 mata antara pemimpin tertinggi UMNO-PAS sudahpun dimulakan pada tahun 1986 lagi. Ketika itu, UMNO baru sahaja menang setahun Pilihanraya Umum. Antara wakil PAS ialah Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, dan jika tidak silap Cikgu Mustapha Ali (ketika itu Ketua Pemuda PAS). Di pihak UMNO pula, ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DS Anwar Ibrahim (Ketua Pemuda UMNO).
Sejarah ini membuktikan bahawa, Rancangan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS pada zaman Pak Lah yang lalu bukan sesuatu yang baru, dan bukanlah kerana UMNO terdesak. UMNO sebagai sebuah parti dianggap bapa kepada orang Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini tetap dengan sikapnya sering berlapang dada dan besar hati.
Walaupun Rancangan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di bawah teraju Haji HAdi Awang, YB Nasharudin Mat Isa, Cikgu Mustapha Ali sekali lagi, Dato' Dr Hassan Ali, juga terlibat YB Sallehudin Ayub jika penulis tidak silap, semuanya tersekat oleh ketidaksetujuan beberapa pihak yang pro-Anwar, pro-DAP dan Pro-Pakatan Rakyat di dalam PAS, namun penulis lihat kebijaksanaan Haji Hadi Awang, ialah dengan membawa usaha-usaha ini di luar PAS.
Maksud penulis, usaha ini diteruskan di luar kepimpinan PAS, maka itu kita lihat Dato Dr Hassan Ali dan YB Nasharudin Mat Isa semakin aktif di luar PAS. Sebabnya sangat mudah, mereka sudah tidak diikat lagi dengan konsep wala' yang tidak tepat penggunaannya (ini kata Ustaz Kazim Elias).
Haji Hadi Awang pun sedikit-sedikit mencubit paha TGNA dan mem'brooom' DS Anwar Ibrahim di dalam Blog beliau.
Semuanya ini kita kena faham , jalan ke arah perpaduan memang berliku.
Selamat membaca.
MENTERI BESAR KELANTAN YANG BARU
Abu Syifa on Monday, February 6
PERDANA MENTERI telah menyebut PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sehingga April,2013. Fokus rakyat kini menjadi semakin laju memandang beberapa perubahan besar telah berlaku baik di dalam BN mahupun PR.
Kenyataan TGHaji Hadi seminggu lalu untuk tidak bertanding di dalam PRU13 dan menyerahkan nasibnya kepada parti PAS amat-amat mengejutkan, khususnya kepada kepimpinan PKR dan DAP. Di dalam PAS sendiri, berita itu menimbulkan konflik yang lebih besar. Walaupun usaha-usaha yang dilakukan oleh Kepimpinan PAS berjaya memujuk TGHaji Hadi untuk kembali bertanding di dalam PRU13, namun pengumumannya yang lebih awal sudah menjadi hak pembaca. Ianya tidak boleh dipadamkan.
Penulis ingin memberi fokus kepada Kelantan (kemudian kepada Selangor, Kedah dan Pulau Pinang). Kehadiran YTM Tengku Razaliegh (Ku Li) di dalam Mesyuarat UMNO sehari dua yang lepas memberikan gambaarn yang jelas bahawa Ku Li masih setia dengan UMNO, cuma kita faham semangat UMNO yang ada di dalam jiwaraga Ku Li adalah semangat UMNO Tunku Abd Rahman, semangat UMNO Tun Abdul Razak di mana kedua-dua pemimpin ini memberikan sentimental value kepada Ku Li. Barangkali isu AMANAH sebuah NGO yang diketuainya itu sebagai pemanis pemasam politik sahaja.
Penulis yakin, seperti juga DSP Pairin Kitingan, Ku Li juga tidak akan mengulangi sejarah lamanya ketika Semangat 46 dahulu. Pengorbanan Ku Li kepada UMNO dan kepada PAS sememangnya besar. Ku Li diterima dan berguna kepada UMNO dan PAS, atau pun disimpulkan dengan mudah, Ku Li sangat penting kepada rakyat Kelantan.
Isunya kepada penulis ialah kepada ketua-ketua kumpulan di dalam UMNO Kelantan ini. Beberapa nama yang dikatakan memiliki kumnpulan penyokong-penyokong yang besar iaitu Dato' Mustapha Mohamed, Datuk Awang Adek, Tan Sri Anuar Musa, Ku Li dan mungkin ada satu dua nama lagi.
Maksud penulis, di kalangan mereka ini, kenapa tidak buat satu ketetapan di pihak UMNO Kelantan, bahawa sekiranya UMNO Kelantan menang di dalam PRU13 UMNO Kelantan Sebulat Suara akan melantik Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan. Ini yang gagal dilaksanakan oleh UMNO Kelantan. Anda mesti ingat tidak semua Ahli Republikan Menyokong Romney sebagai Presiden Amerika akan datang, tetapi selepas pemilihan Presiden di dalam Republikan, yang menentang Romney pun akhirnya akur juga jika beliau menang Presiden Amerika mengalahkan Obama.
Kita tahu bahawa pihak PAS telah menggunakan Ku Li dalam tuntutan Royalti Minyak Kelantan. Kita tahu Ku Li juga menuntut Royalti Minyak Kelantan ini diberikan terus kepada rakyat Kelantan. Ku Li telah diberi peluang berucap di hadapan ahli-ahli PAS, di dalam stadium majlis PAS, maka mengapa UMNO Kelantan tidak mahu berkorban dengan memberikan pengiktiran kepada pemimpin veteran ini.
Penulis yakin, YAB Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak tidak mempunyai halangan di dalam hal ini, kerana seringkali penulis tekankan bahawa DS Najib Ingin Menjadi PM yang terbaik di dalam hidupnya. DS Najib ingin menjadi PM yang terbaik di dalam sejarahnya, kepada semua pihak pembangkang dan penyokong beliau. Penulis yakin, DS Najib ingin menjadi PM yang menggembirakan semua rakyatnya dan menikmati kesenangan, kemakmuran sebagaimana arwah ayahnya menjadi PM. Apakah UMNO Kelantan belum membaca Minda Kesederhanaan PM kita? Penulis yakin, DS Najib tidak gembira dengan polemik, konflik dan cha keting yang berpanjangan.
Anda mungkin tidak bersetuju dengan penulis, tetapi inilah idea yang tidak menarik, yang tidak anda suka agaknya, tetapi penulis perlu menulis perkara ini. Apa jua idea, yang penting kejayaan.Selamat membaca.











