
1. Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.
"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.
"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakui pada yang benar,".
2. Sepatutnya sebagai parti yang memakai pakaian atas nama agama Islam, perkara yang ditimbulkan oleh Nik Abduh itu tidaklah berlaku.
Oleh kerana ia berlaku, maka apakah PAS ini benar-benar mengamalkan ajaran Islam atau hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik? Banyak persoalan lain, apakah mereka tidak cukup tarbiah? Ini bukan kali pertama Nik Abduh menyelar ahli PAS, malah Nik Abduh pernah menggelarkan penasihat ayahnya sebagai penasihat .....
3. Sebagai sebuah jemaah politik, UMNO dan PAS sama-sama tidak rela kesucian agama Islam dipermain-mainkan oleh sesiapa pun baik MCA, GERAKAN, DAP, PKR dan sebagainya.
4. Bagaimana sukarnya PAS melaksanakan dasar-dasar negara Islam, Undang-undang Hudud di negeri-negeri Pakatan sekarang ini, begitulah juga cabaran UMNO yang terus berusaha melaksanakan syiar Islam secara berhemah dan bijaksana.
5. Dr. Hassan Ali melihat dan mengalami betapa sukarnya melaksanakan cita-cita Islam bersama DAP dan PKR. Lalu DR. Hassan Ali melihat kepada UMNO yang pernah menaikkan namanya. Dr. Hassan Ali melihat hanya dengan UMNO , PAS boleh melaksanakan perundangan Islam.
6. Terdapat tuduhan bahawa Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS hanya mainan politik UMNO . Terdapat tuduhan blogers, akhbar dan media memanupulasi cerita ini.
Jika begitu, siapa boleh menafikan ada pertemuan Tertinggi antara kepimpinan PAS dengan UMNO untuk merundingkan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS?
Siapa boleh menafikan Dr. Hassan Ali, Hj. Mustapha Ali, Nasharudin dll telah bertemu dengan Kepimpinan Tertinggi UMNO ?
Barangkali hanya masa akan menentukan Dr. Hassan Ali akan menjawat Menteri Besar Selangor, dan DS Hj Hadi Awang Menteri Penuh...Memang jalan perpaduan tidak mudah...













