2. Soalnya, semasa buat Papan Tanda Tulisan Mandarin ada runding dengan PAS ke? Semasa buat Petisyen kurangkan Volume Azan di Selangor ada runding dengan PAS ke? Semasa buat Konsert Jilat kenapa pulaukan PAS? Kertas kerja nak besarkan Gereja di Selangor sama besar dengan Masjid ada bagitahu PAS ke? Semasa umumkan Estate Khinzir terbesar di Selangor ada panggil Dr. Hassan Ali ke? Semasa Jual Arak secara Terbuka di Penang tak ingat PAS ke? Bantahan PAS guna iklan ARAK di Selangor kenapa tak dengar?
3. Soalnya,Perpaduan Islam lebih penting daripada DAP, Perpaduan Melayu lebih Penting daripada DAP. Kalau DAP boleh memalukan Sultan Perak ( Raja kita ), tidak mustahil Haji Hadi dan ulama-ulama PAS pun dia ketepikan. Perhatikan YB DAP di Johor, nasib baik Raja Johor halau keluar dari dewan. Bagaimana YB-YB DAP di Penang yang tak pakai baju Istiadat, baju yang merupakan salahsatu lambang bangsa Melayu? Kalau mereka boleh kata...LANGKAH MAYAT SAYA JIKA MAHU TUBUH NEGARA ISLAM...buat apa PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Selama-lamanya PAS tak akan dapat dirikan negara ISlam selagi berada bersama-sama dengan DAP.!
4. Ingatlah penipuan mereka...pada tahun 1965, Lee Kuan Yew menangis teresak-esak di depan TV bila Tunku keluarkan Singapura daripada MAlayasia...esoknya, bulan seterusnya, tahun-tahun seterusnya Lee KUan Yew dan Singapura langsung tak pandang Malaysia. Hari ini dah dapat Pulau Batu PUteh, sekarang nak tuntut pula EEZ. Mereka tak akan puashati.
5. Anwar 1970 dengan Anwar 2008 sudah jauh berbeza. Lihatlah sendiri. Dulu berdemonstrasi bantah Iklan bukan Bahasa Melayu di Kuala Lumpur, hari ini DAP buat Tulisan Mandarin di Penang , Anwar make do no je...dah kaya raya, DAP buat Petisyen kurangkan Volume Azan di Selangor, Anwar diam je... Anwar hari ini Berjuang nak jadi PM bukan nak tolong kita rakyat miskin.Dulu Anwar pejuang Melayu hari ini nak hapuskan DEB ( Tanpa DEB jangan mimpi kita orang Melayu boleh hidup senang!), Apa-apa yang Anwar buat hari ini Semuanya untuk Kepentingan Dirinya, Keluarganya dan Kroni-kroninya...bayangkanlah Anak + Bini + Dia juga nak jadi Ahli Parlimen. Dulu tuduh Tun M Kronisme, ne Nak Cakap Apa Pula? Mana dia ada Jawapan, sebab dia tahu dia salah.
6. Bloggers yang ProAnwar seperti Malaysia Today melukiskan Hj Hadi sebagai Penjenayah dan Syaitan. Pernah kita dengar Anwar marah Malaysia Today kenapa lukis gambar Hj Hadi macam Syaitan. Kickdefella yang ProHusam pula gambarkan Nasharuddin Mat Isa ( Timbalan Presiden PAS) lagi teruk... Husam memanglah tak setuju Muzakarah/Muqabalah sebab takut jawatan dia hilang, Husam pun dah dibawa melancong ke Dubai bersama-sama Anwar,
7. DI ATAS semua fakta di atas, marilah kita menyokong Muzakarah/Muqabalah ini demi Perpaduan umat Islam/Melayu di Malaysia.

Arab Saudi, Iran, Venezuela, Algeria murah berbanding Malaysia...Daripada fakta ( The Economist/Mei ) negara-negara tersebut mengeluarkan 10Juta tong sehari, Iran sahaja 5Juta tong Sehari, Venezuela dan Algeria 2.5 Juta tong sehari...tetapi Malaysia pula hanya 700,000 Tong Sehari. Kedua, tempoh masa minyak mereka boleh dikeluarkan masih lama, contohnya Saudi 60 tahun, Venezuela 30 tahun, Iran pun berpuluh-puluh tahun tetapi Malaysia dijangka habis minyak pada tahun 2015 yang mana ketika itu Petronas sudah mula mengimport minyak. Rakyat kita 27 Juta dan bertambah ramai, sedangkan negara-negara tadi pula hanya sedikit juta sahaja ( dapatkan maklumat dari EPU/Goldman Sachs/Morgan Stanley)







