Showing posts sorted by relevance for query jusuf kalla. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query jusuf kalla. Sort by date Show all posts

EKSKLUSIF: RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA

on Sunday, June 16

PERTEMUAN EKSKLUSIF SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA DI JAKARTA
Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. 

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. 

Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. 
 
Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
 
Tekanan Washington 
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. 

Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.

Bersambung...




SURAT PERJANJIAN ANWAR-JUSUF KALLA-DS NAJIB

on Monday, June 17

Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada "Surat Perjanjian" oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla. 

Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman.

SIAPA BUAT SURAT PERJANJIAN
Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. 

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. 

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13.  Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!

Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib!

TUDUHAN KEPADA NAJIB
Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani "Perjanjian" itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibatmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama.

Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit.

Jika anda bertanya saya, apakah Anwar sedang memerangkap DS Najib, saya tidak boleh menjawabnya kerana ianya niat Anwar. Saya percaya anda boleh memahaminya.

KENAPA SAYA MEMBELA DS NAJIB
Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah.

Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar.

Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain.

Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri. 

Kekecewaan dan "kemarahan" Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri!

Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya :  





Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib "Selamat Maju Jaya". Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah "keputusan demokrasi". Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman.

JUSUF KALLA ITU MANUSIA LUAR BIASA, APAKAH DIJAGAIN MALAIKAT ATAU WALI

on Thursday, April 3

Pertama kali saya berjabat salam dengan bapak Jusuf Kalla, mantan Wakil Persiden Indonesia sesi 2004-2009 iaitu pada tahun 2007 ketika Jusuf Kalla menerima gelar Doktor Honoris Caucas dari Universiti Malaya. Saya datang bukan sebagai wakil pejabat pemerintah, saya datang sebagai rakyat biasa-biasa, mahu mendengar ucapan bapak Jusuf Kalla, karena sudah lama saya mahu mendengar pidatonya.

Kemudiannya saya berpeluang berbicara agak panjang dengan bapak Jusuf Kalla. Ternyata bapak Jusuf Kalla seorang pendengar yang baik, pemberi pendapat yang ikhlas, dan yang paling terpenting ialah bapak Jusuf Kall bisa membedakan di antara kepentingan peribadi dengan kepentingan negara (national interest).

Di halaman rumah peribadinya saya kira, di Jakarta Selatan, kebetulan tidak begitu jauh daripada rumah keluarga saya di Prapanca. Kelihatan warga apa sahaja, berjalan kaki, bersepeda, warung biasa-biasa gitu, semuanya lancar berusaha tanpa adanya halangan mahu pun ketakutan. Ini suatu kondisi yang luar biasa, karena biasanya orang-orang besar agak susah didekati rumahnya apatah lagi orangnya. Tapi tidak kepada bapak Jusuf Kalla.

Apakah Jusuf Kalla Dijagain Malaikat Atau Wali Allah SWT?
Dua para di atas itu hanyalah pembuka bicara saya sahaja. Yang ingin saya bicara sebenarnya suatu rahsia, sesuatu yang sangat luar biasa yang saya tidak pernah tulis di mana-mana.

Pada masa itu, saya tidak ingat tanggalnya, tetapi ianya berlaku pada bulan Juni, 2013. Saya pun tidak tahu bagaimana harus saya mulakan di sini.

Ianya begini, pada hari Sabtu, berlaku suatu peristiwa yang luar biasa, sangat-sangat luar biasa di dalam rumah saya begitu. Apakah peristiwa itu, saya tidak mahu ceritakan di sini, kecuali jika ianya perlu. Sudah tentu bahan buktinya peristiwa itu saya simpan.

Saya berbincang dengan keluarga saya apakah sebenarnya di sebalik peristiwa itu? Saya terfikir semula, rupa-rupanya sehari dua yang lalu saya ada menyinggung perasaan bapak Jusuf Kalla, sudah pasti juga keluarganya rasa tersinggung. Namun begitulah, sebagaimana saya sebutkan di atas tadi, bapak Jusuf Kalla jika sesuatu perkara itu lebih baik kepada kepentingan negara, lebih baik kepada majoritas rakyat apatah lagi ummah, saya melihat bapak Jusuf Kalla  bisa saja dengan tuntas melupakan kepentingan dirinya sendiri.

Maksud saya, apakah bapak Jusuf Kalla itu dijaga oleh malaikat? atau dijaga oleh wali-wali? Karena mana mungkin suatu peristiwa yang luar biasa boleh terjadi begitu-begitu sahaja. Pasti ada yang keluarbiasaan. Pasti bapak Jusuf Kalla seorang kurniaan Tuhan untuk bangsanya.

Sehingga di saat ini, saya masih tertanya-tanya, bapak Jusuf Kalla itu luarbiasa sekali firasat dirinya, bapak Jusuf Kalla itu luarbiasa sekali kesinggungannya, luarbiasa sekali marahnya, luar biasa sekali jika sakit hatinya, luar biasa sekali jika tersinggung hatinya. 

Karena semuanya itu bisa sampai kepada kita walaupun kita nun jauh beribu-ribu batu di antara Jakarta dengan Kuala Lumpur. Kita bisa diperlihatkan keluarbiasaan itu di depan mata. Maha Besar Allah SWT yang menunjukkan tanda-tanda itu.

PILPRES INDONESIA 2014
Selanjutnya, apabila sudah tiba masanya Pilpres Indonesia bulan April ini, saya memberanikan diri saya untuk mendedahkan kisah ini. Sebelumnya, sudah tentu warga Indonesia lebih bijak dan lebih tahu siapa calon Presiden dan calon Wakil Presiden yang sesuai untuk negara besar Indonesia.

Saya hanya menyatakan, seandainya bapak Jusuf Kalla itu terbukti seorang yang luar biasa, bukan luar biasa daripada pandangan mata kasar sahaja, terpilih sebagai calon wakil Presiden Indonesia, mengapa tidak sokong saja bapak Jusuf Kalla. Rakyat Indonesia harus mengambil peluang di atas keluarbiasaan bapak Jusuf Kalla ini untuk membantu Presiden Indonesia mengemudi negara besar ini. Karena negara besar seperti Indonesia ini harus diketuai oleh seseorang yang berjiwa besar, merakyat sifatnya apatah lagi kalau dia memiliki tanda-tanda yang sangat luar biasa!

Sampai usai ini, saya belum ada jawapan apakah bapak Jusuf Kalla dijagain oleh Malaikat atau wali-wali Allah? Saya pun tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapapun, juga kepada bapak Jusuf Kalla sendiri tidak tahu akan hal ini. Karena saya sendiri tidak berkesempatan ketemu dengannya. Hanyasanya, saya terfikir, sudah sampai masanya saya mendedahkan hal ini sesuai dengan Pilpres Indonesia yang berlangsung sekarang.

Terserah kepada rakyat Indonesia mahu pilih siapa, karena sudah pasti mereka lebih mengetahuinya. Saya hanya membuka minda, agar supaya rakyat Indonesia bisa memikirkannya.

Salam sore.










CARA BERITA HARIAN MANUPULASI KENYATAAN JUSUF KALLA

on Sunday, June 30



Pengalaman saya bertemubual, mewawancara atau bualbicara dengan tokoh-tokoh negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad (2012), Tun Abdullah Ahmad Badawi (2008)  Pehin Sri Taib Mahmud (2013), Tun Abd. Rahman Yakub (2008), SS Mufti Perak Tan Sri Harrusani Zakaria (2009), dan banyak lagi memberikan saya pelbagai pengalaman yang penting yang saya kongsikan kepada pembaca. 

Namun, pengalaman bertemu berbualbicara dengan pemimpin besar luar negara yang pertama kepada saya ialah dengan Bapak Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia, memberikan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya.

Pada hari Jumaat dua hari yang lalu (28.06.2013), saya terkejut apabila diberitahu artikel saya di dalam portal merdeka-online telah dipetik oleh beberapa akhbar khususnya akhbar Berita Harian. Walaupun saya telah menulisnya sudah agak lama, namun saya tidak menyangka ianya akhirnya begitu diminati. Barangkali kerana beberapa hari sebelum itu, DS Najib banyak bercakap tentang Rekonsiliasi Nasional ataupun Perpaduan Nasional.


Cara Berita Harian
Walau bagaimanapun, saya berpendapat khususnya akhbar Berita Harian meletakkan tajuk (front-page) dan head-line yang berbeza dengan tajuk asal di dalam portal merdeka-online sebagai bersifat manupulatif serta melampaui tatasusila etika kewartawanan. 

Kepada sesiapa yang biasa membaca tulisan saya, biasanya tulisan saya mempunyai maksud yang mendalam, yang orang biasa perlu mendapatkan penerangan lanjut saya untuk mereka memahaminya. Kerana jika hanya di”copy-paste” mengikut kehendak editorial masing-masing, sudah tentu maksud murninya akan lari. Perumpamaannya, jika seekor Singa ditukar kepalanya dengan kepala Buaya, maka apakah bentuk binatang itu dari atas ke bawah. 

Rakan yang membantu saya di Jakarta turut memberi respon kepada saya supaya saya membetulkan kesilapan yang saya lakukan. Saya rasa ada kebenarannya dan saya mesti menghormatinya, terutama saya harus akui ianya bukan wawancara secara rasmi, lebih tepat ianya boleh disebut sebagai perbualan dan kunjungan hormat kepada Bapak Jusuf Kalla.

Kesilapan saya mengubah konsep perbualan itu kepada wawancara adalah kesilapan besar saya, namun barangkali kerana saya berfikiran ianya lebih baik jika diangkat statusnya menjadi bentuk wawancara, menyebabkan saya menukarkannya kepada bentuk wawancara dalam tajuk artikel saya.

Perkara kedua, saya barangkali juga terlepas pandang bahawa dalam perbualan itu Bapak Jusuf Kalla menyebut supaya kita harus menyelidikinya, kita harus mengkajinya, supaya mendapat kebenarannya terutama hal-hal dana asing. Maknanya Bapak Jusuf Kalla tidaklah secara direct berkata Anwar diberikan dana asing sekian banyak jumlahnya, ianya perlu diterangkan supaya dapatan itu diselidiki dan disiasat lagi. Namun begitu, gambaran di muka hadapan akhbar Berita Harian sangat tidak tepat, kerana ianya telah memberi persepsi yang berbeza, khususnya kepada Bapak Jusuf Kalla.

Satu perkara yang mendesak saya menulis artikel tersebut ialah akibat daripada provokasi DS Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negara terhadap kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat. Pertemuannya dengan Presiden Indonesia di Bali, pertemuannya dengan wartawan Indonesia dan rancangannya untuk mengadakan Himpunan Black Out 505 pada 22.6.2013 yang baru lalu. Semua itu mendesak dalam fikiran saya, apakah saya harus berdiam diri sahaja tidak membantu Kerajaan saya, negara saya dan Perdana Menteri negara saya?

Dengan tujuan supaya pengikut-pengikut DS Anwar berhenti daripada membuang masa berdemo dan berkhemah di padang Merbok, supaya mereka sedar ianya perbuatan yang sia-sia kerana walaupun DS Anwar menolak keputusan PRU13, tetapi pada masa yang sama DS Anwar menerima juga keputusan PRU13 di mana beliau datang ke parlimen, makan dan bermesra dengan DS Najib dan seterusnya mengangkat sumpah. 

Chegu Bard pun tersangat marah kepada wakil rakyat pakatan yang mengangkat sumpah di parlimen seolah-oleh beliau merasa teraniaya dengan Himpunan Blackout 505 yang dia menjadi antara koordinator utamanya.
Maka saya tidak ada pilihan, melainkan menulisnya. Alhamdulillah tidak ramai yang hadir dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok, bukanlah saya kata kerana disebabkan tulisan itu, sekurang-kurangnya saya harus membantu kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat ini. 

Sebetulnya, kehadiran saya ke rumah Bapak Jusuf Kalla untuk meminta kebenarannya supaya satu wawancara eksklusif di antara wartawan-wartawan elit dari Malaysia boleh diadakan bersamanya. Namun, masa tidak menyebelahi saya, kerana ketika saya bertemu Bapak Jusuf Kalla, beliau juga sedang bersiap-siap untuk ke luar negara. Ternyata Bapak Jusuf Kalla seorang negarawan yang bernilai tinggi, bilamana walaupun beliau punya masa yang tersangat pendek ketika itu, namun Bapak Jusuf Kalla sanggup menerima kehadiran saya.


Tanpa Persetujuan
Tindakan akhbar Berita Harian memetik artikel dan gambar saya di dalam merdeka-online adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan saya. Sudah pasti nilai berita itu sangat tinggi, kerana tidak mungkin ianya menjadi head-line dan liputan penuh mukasurat dalam Berita Harian. 

Saya pun hairan bagaimana Berita Harian begitu berminat mengambil tulisan saya kerana kali terakhir artikel saya disiarkan oleh Berita Harian kira-kira 14 tahun dulu (1999).

Oleh itu, saya berharap akhbar Berita Harian akan menyiarkan semula artikel saya ini tanpa mengubah satu perkataan pun. Jika ianya terlalu panjang, pengatur susun atur huruf harus bijak menyesuaikannya. 

Apabila Berita Harian khususnya memetik artikel saya, tetapi mengubah organisasi karangannya, saya fikir ianya perilaku yang tidak kena. Ketua Pengarang akhbar ini perlu menjawabnya. Mereka mungkin perlu hadir seminar Konvensyen Geneva mengenai kewartawanan. Perbuatan mengubah organisasi karangan menyebabkan ketibaan makna sesebuah artikel itu berubah keseluruhannya seperti yang saya maksudkan di atas iaitu “jika seekor Singa ditukar kepalanya dengan kepala Buaya, maka apakah bentuk binatang itu dari atas ke bawah”. 

Saya sudah tentu boleh berkata kepada akhbar Berita Harian, “sila tarik balik artikel yang dicopy-paste itu” dan “saya membantah” cara ianya dipersembahkan. 


Rekonsiliasi Nasional
Bapak Jusuf Kalla adalah satu-satunya individu yang layak membantu akan hal Rekonsiliasi Nasional. Peranannya tidak dibatasi oleh sempadan negara. Agama Islam merentasi seluruh dunia. Tidak ada tokoh dalam negara yang mampu melakukannya. Kita harus berterima kasih kepada Bapak Jusuf Kalla, kerana ini adalah tuntutan agama Islam. 

Rekonsiliasi adalah tuntutan fardu yang dituntut oleh agama kita melakukannya. Firman Allah S.W.T. maksudnya: 'Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertakwallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.' (Al-Anfal : 61).

Saya agak kecewa kerana akhbar besar seperti Berita Harian menyiarkan artikel saya yang tidak disusun sepenuhnya mengikut yang asal dan ada yang berubah maksud asal kenyataan Bapak Jusuf Kalla. Matlamat akhir dari kenyataan Bapak Jusuf Kalla adalah perpaduan orang Melayu (pihak Anwar-pihak Najib) dan khususnya umat Islam, tetapi cara berita yang telah disiarkan khususnya oleh akhbar Berita Harian akan menjauhkan lagi proses rekonsiliasi ini.

Saya hendak memetik kenyataan Ahli Parlimen Indonesia, Bapak AM Fatwa yang banyak membantu untuk menjayakan pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla, katanya, “demi untuk perpaduan umat Islam saya anggap tugas ini sebagai tuntutan fardu yang sangat dituntut”. Jika orang seberang ingin melihat perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara kita, saya rasa terharu mengapakah kita masih hendak tuduh-menuduh, jatuh-menjatuhkan dan sebagainya. 

Saya harap akhbar Berita Harian menumpukan berita-berita ke arah Perpaduan Nasional dan Rekonsiliasi Nasional yang kini menjadi keutamaan Perdana Menteri kita, kerana Pilihanraya sudah berlalu, keputusan sudah ada, orang-orang Cina walau berbeza parti, jauh terkedepan dalam konteks perpaduan bangsa mereka. Mengapa kita tidak?

TAHNIAH DARI MALAYSIA KEPADA JUSUF KALLA, NAIB PRESIDEN INDONESIA

on Wednesday, July 23

PERTEMUAN SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA TAHUN LALU (2013)
Di Indonesia, badan rasmi penyelenggara pemilu Pilpres Republik Rakyat Indonesia, iaitu General Elections Commission (KPU) menetapkan pasangan Joko Widodo lebih popular dipanggil Jokowi dan Jusuf Kalla ditabal sebagai pemenang Pilpres 2014 dengan perolehan suara 70.997.833 (tidak termasuk undi dari luar negara).
Pasangan Capres Joko Widodo "Jokowi" dan Jusuf Kalla mengungguli perolehan suara Pemilu Presiden 2014 dengan perolehan 70,6 juta suara atau 53,15% dari total 132.896.420 suara. Jokowi unggul di 23 provinsi, manakala Prabowo unggul di 10 provinsi dengan perolehan 62,2 juta suara atau 46,85%.
Dengan demikian, Jokowi dan Jusuf Kalla diisytihar sebagai pemenang Pilpres dan akan ditetapkan sebagai Presiden dan Wakil Presiden RI periode 2014-2019. 
Saya bagi pihak Editorial Merdeka-Online.com mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Jokowi dan Jusuf Kalla di atas kejayaan tersebut. Saya yakin pengalaman Jusuf Kalla yang pernah menjawat Naib Presiden RI periode sebelumnya bisa menjadi keuntungan yang besar kepada rakyat dan negara besar Indonesia.
Saya juga yakin Jusuf Kalla yang masih mengetuai Kepala Umum Majlis Masjid Indonesia dan Pertubuhan Palang Merah Indonesia bisa merapatkan golongan agamawan dengan Presiden Indonesia yang baru. Makanya tidak timbul lagi keraguan kepada rakyat Indonesia isu-isu dalam pilpres kononnya Jokowi kurang mendapat golongan partai-partai Islam. Ianya pasti akan kembali bersatu karena hubungan Jusuf Kalla kepada partai-partai Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Indonesia adalah baik sekali.
Di samping itu, saya juga optimis hubungan persaudaraan negara Malaysia dengan Indonesia akan lebih baik lagi karena kita sedia maklum Jusuf Kalla mempunyai ramai penyokong dan peminat di Malaysia, apatahlah lagi Jusuf Kalla mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. 
Kepada rakyat Indonesia, bersatulah sebagaimana moto hebat anda iaitu "Indonesia Satu". Kalau di Malaysia, kami ada "1 Malaysia".
Sumber : Kompasiana/KPU


BUAL BICARA PENUH JUSUF KALLA

on Sunday, June 23



Bapak Jusuf Kalla, Mantan Naib Presiden Indonesia
Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat "a sense of belonging". Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya. 

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa. 

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik. 

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman). 

Inilah gentleman's agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.


ISU PENIPUAN PILIHANRAYA
MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, "Kamu sudah gila?" mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505
MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.  Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON
JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari "Polis Washington" supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU
JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013.








PILPRES 2014: JUSUF KALLA TOKOH FAVORIT DI MALAYSIA

on Thursday, January 2

Gendrang politik di Indonesia menjelang tahun baharu 2014 semakin kencang gara-gara Pilpres dan Wapres negara Indonesia tidak berapa lama lagi. 

Walaupun calon-calon semuanya dilihat memiliki kelebihan masing-masing namun saya berfikiran kematangan Jusuf Kalla khususnya sebagai mantan Wapres harus diambil kesempatan dengan penuh kebijakan oleh rakyat Indonesia. 

Sementara itu, saya sendiri tidak menafikan servei yang sudah banyak dibuat oleh media dan centre of study di Indonesia yang kelihatannya memberi fokus kepada Gabenor DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi), di mana namanya sekarang kelihatan semakin meroket tinggi.

Apa pun begitu, beberapa nama senior yang masih berkemampuan seperti Megawati Sukarnoputri, Aburezal Bakrie, Jusuf Kalla dan Praabowo Subianto tidak harus diketepikan.

Kondisi Malaysia-Indonesia
Dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia yang sememangnya amat akrab sejak sebelum penjajahan Belanda dan British lagi sebenarnya. Dalam zaman sekarang ini pula, kita harus memandang hubungan dua negara nusantara ini dalam konteks yang lebih luas, khususnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Malaysia tidak boleh mengenepikan perkembangan poitik di negara Indonesia khususnya selepas era 1998. Kita harus sedar, Indonesia semakin maju ke hadapan selepas itu khususnya di dalam hal-hal politik dan ekonominya. 

Kita harus sedar, selepas negara China dan India, saya sangat yakin negara Indonesia akan menjadi negara ekonomi ketiga terbesar di Asia. Bukannya Singapura. Makanya, kita harus bersedia untuk terus menjadi saudara yang diyakini dengan negara besar Indonesia ini.

Sebagai contoh, di dalam bidang ekonomi negara kita amat-amat memerlukan tenaga kerja dari Indonesia khususnya di dalam bidang perladangan, industri dan sebagainya. Di negeri Sabah sahaja, jika semua pekerja ladang kelapa sawit dari Indonesia dihantar pulang dalam 7 hari sahaja, kita akan kerugian berjuta-juta ringgit.

Namun begitu, potensi ladang kelapa sawit di Indonesia sendiri sudah begitu mengatasi pengeluaran sawit di Malaysia. Walaupun di Kalimantan, Riau dan Sumatera terdapat banyak syarikat-syarikat besar dari Malaysia yang melabur dalam bidang perladangan sawit, ianya menunjukkan bahawa Indonesia kini menjadi amat penting kepada ekonomi negara Malaysia.

Tidak kira lagi jasa Indonesia yang memberi ruang kepada CIMB Niaga dan Maybank Indonesia untuk beroperasi di Indonesia, walhal ketika itu bank-bank dari Singapura khususnya peneraju Temasek Holding turut bermati-matian untuk memasuki pasaran perbankan di Indonesia. Malahan, merek AirAsia dari Malaysia pernah berura-ura hendak memindahkan pejabat urusannya di Jakarta suatu masa dahulu. 

Begitu juga di dalam hal-hal pendidikan, kita tidak harus lupa bilamana pendidik-pendidik dari Indonesia telah membantu membuka Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada awal tahun 1970 dahulu. Pelajar-pelajar perubatan kita juga sudah berada di Universitas Padjajaran, Bandung, Universitas Sultan Hasanuddin dan sebagainya. Sebaliknya, jika kita ke Univerisiti Malaya dan UKM, kita akan dapati ramai pelajar-pelajar dari Indonesia melanjutkan pelajaran Master dan PhD mereka.

Kini, Malaysia dan Indonesia saling memerlukan di dalam pelbagai bidang. Kita tidak lagi berasa kekok untuk menggunakan khidmat jurulatih badminton dari Indonesia seperti Rexy Mainaky dan Paulus Firman. Begitu juga tidak lagi pelik apabila Safie Sali bermain di Liga Indonesia.

PilPres Indonesia 2014
Saya tidak bermaksud untuk campurtangan dalam politik di Indonesia, hanya kita berdiskusi dari sudut pandangan kita orang Malaysia. Sudah tentu pandangan itu ada kekurangannya kerana kondisi dan kehendak rakyat Indonesia tidak kita rasai denyut nadinya sepanjang masa.

Adalah tidak adil saya terus memberi jempol mati, jika saya hanya beberapa kali sahaja mengunjungi Jakarta dan sebagainya.

Saya hanya ingin memberi pandangan bahawa rakyat Indonesia bisa memberi harapan yang menggunung kepada Jusuf Kalla yang berpengalaman malah teruji di dalam pemerintahan Indonesia semasa menjawat Wapres mahupun di internasional. 

Sebagai negara tetangga, Jusuf Kalla amat akrab, disenangi dan dikagumi di Malaysia. Secara peribadi, saya melihat Jusuf Kalla memiliki kualitas yang diperlukan oleh negara Indonesia khususnya dalam konteks hubungan persaudaraan Malaysia-Indonesia.

Kepada pemilih Indonesia di negara Malaysia, anda bebas memilih sesiapa sahaja, tetapi mengapa tidak kepada Jusuf Kalla.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis.






DS NAJIB TUN RAZAK - JUSUF KALLA - ANWAR IBRAHIM

on Monday, May 20

ULASAN PRU13: Sebab utama DS Anwar Ibrahim (Anwar) terutamanya menangguhkan persaraan politiknya sebagaimana dua kali dijanjikannya ialah katanya masih ada lagi perkara yang belum selesai hendak diselesaikannya. Perkara itu disebut oleh Anwar sebagai berlakunya penipuan dalam PRU13.

Kononnya kemenangannya telah dirampas oleh pihak kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mampu merampas kemenangan Anwar, lebih baik kerajaan merampas kemenangan di Gelang Patah, Permatang Pauh atau di Marang. Tetapi semua orang tahu kerajaan tidak mampu merampas kemenangan sesiapa pun sebab itulah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lainnya boleh menang. Jika kerajaan boleh merampas kemenangan negeri pula, sudah tentu kerajaan boleh merampas kerajaan negeri Selangor tetapi rakyat masih memilih Pakatan Rakyat. 

Kepimpinan PAS dan Pemimpin Asing Senada
Walaubagaimanapun, kemarahan Anwar ini sangat-sangat berbeza dengan suara kepimpinan PAS seperti Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Kerajaan PAS Kelantan, Pengerusi Perhubungan PAS Terengganu dan ramai lagi yang bersuara lembut dengan mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, malah mereka menerima kekalahan mereka sebagai takdir.

Di luar negara, pemimpin-pemimpin asing seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri Singapura, Presiden China, Perdana Menteri Palestin, Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri Australia, Thailand dan banyak lagilah memberikan ucapan tahniah. Malahan, Presiden Barrack Obama secara mengejut menelefon DS Najib untuk mengucapkan tahniah dan seterusnya memaklumkan akan hadir ke Kuala Lumpur untuk persidangan Global hujung tahun ini.

Di samping itu juga, negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang membentuk kerajaan masing-masing sebagai satu tanda mereka menerima dan mengiktiraf keputusan PRU13. Jika mereka menolaknya, sudah tentu mereka akan memulaukan pembentukan kerajaan di negeri masing-masing.

Himpunan-himpunan selepas PRU13, walaupun bertujuan mengajak rakyat bangun menjatuhkan kerajaan, namun saya lihat ianya bersifat sementara sahaja. Majoriti rakyat pastimenolaknya. Ianya adalah kerana Anwar tidak dapat menerima kekalahan, termasuklah mereka yang tewas seperti Saifudin Nasution dan Mat Sabu oleh kerana kalah maka mereka menghabiskan masa mereka dengan membantu Anwar memanaskan pentas-pentas himpunan.

Rakyat Malaysia Majoriti Senyap
Majoriti rakyat Malaysia sukakan keamanan, kedamaian dan kesenangan supaya mereka boleh hidup bahagia, boleh mencari rezeki di mana di Malaysia anda boleh menjadi lebih kaya daripada sesiapa sahaja asalkan anda rajin berusaha. Mereka mahukan keamanan supaya boleh menghantar anak-anak mereka bersekolah, nelayan dan pekebun gembira menjual hasil mereka, penjual kereta boleh bergembira kerana dapat menjual kenderaan mereka 10 atau lebih dalam sebulan.

Rakyat mahu hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum untuk bersama keluarga, beristirehat dengan tenang dan melancong dalam negara dengan gembira. Tidak ada demo sana demo sini yang merosakkan kegembiraan rakyat, yang menyebabkan macet, kekotoran di sana-sini yang menjelekkan mata memandang. Si anak melawat keluarga di kampung, dusun atau sahabat handai yang sudah lama ditinggalkan. Mereka yang melanjutkan pelajaran boleh berdiskusi dengan aman dan selesa di dalam kampus tanpa sebarang gangguan.

Fasa Selepas PRU13
Semasa pertarungan bapak Jusuf Kalla dengan SBJ di Indonesia, kedua-dua mereka menerima keputusan yang kalah dan yang menang, begitu juga Barrack Obama dan Mitt Romney kedua-duanya, begitu juga di Jepun, Australia dan Filipina. Kenapa tidak di Malaysia?

Fasa seterusnya selepas PRU13 ialah parti-parti yang menang akan menubuhkan kerajaan masing-masing di peringkat negeri dan persekutuan. Maka rakyat kembali bersatu untuk bekerja dengan lebih tekun menjayakan diri masing-masing, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Fasa berpolitik sudah tamat sebenarnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah mula memanggil mereka yang berjaya untuk ditemuduga, Matrikulasi dan Pusat Asasi di Universiti sudah mula menerima pelajar awal Jun ini, manakala syarikat-syarikat bisnes mula berurusan dengan pihak Kementerian dan Perbendaharaan untuk mempercepatkan urusan tuntutan kerja mereka, pemandu Teksi menunggu nama mereka ditemuduga untuk urusan permit teksi individu bagi yang belum memilikinya, workshop mula menerima kereta untuk dibaikpulih, peperiksaan semakin dekat, konvokesyen semakin dekat, bulan Ramadan pun sudah mampir.

Maksud saya mudah, Anwar patut berhenti demo. Perkara ini sudah terlalu lama menjadi kebiasaan Anwar sejak awal tahun 1970 lagi ketika berpiket kerana kurangnya penggunaan bahasa Melayu di iklan-iklan kedai di sekitar Kuala Lumpur ketika itu. Sudah lebih 40 tahun Anwar berdemo, kini berdemo untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika kita membaca buku mengenai Saidina Umar Abdul Aziz, dalam satu bab dalam buku itu dinyatakan bahawa Umar Abdul Aziz menentang bentuk cara demonstrasi untuk mencapai kekuasaan. Umar Abdul Aziz menyerahkan kepada Allah SWT akan takdir hidupnya dengan memberikan sumbangan yang besar kepada pemerintah-pemerintah sebelumnya, dan akhirnya dia terpilih pula sebagai Khalifah di negara Islam. Lim Guan Eng pada tahun 2008 menyebut contoh Saidina Umar Abdul Aziz ini, Anwar Ibrahim patut malu dengan sindiran Lim Guan Eng ini.

Bagaimana mengurus Anwar?
Mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, telah bertandang ke Kuala Lumpur pada 5/5/2013 untuk bertemu Anwar kemudiannya pada 7/5/2013 bertemu DS Najib dengan tujuan untuk mendamaikan mereka berdua.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Bapak Jusuf Kalla yang sebenarnya kawan lama Anwar dan juga satu kuturunan bangsa dengan DS Najib (Bugis). Dalam hal ini, Senator Ezam tidak bersetuju dengan cara Bapak Jusuf Kalla.

Bagi saya, hanya rakyat Malaysia boleh menidakkan cara Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui proses jalanan.  Anwar memberi info kurang tepat kepada orang ramai kononnya mereka memperolehi majoriti popular dengan 5.6 juta undi berbanding diperolehi BN dengan jumlah 5.3 juta undi, selebihnya pula milik Calon-Calon Bebas dan Undi Rosak. Kena kira juga walaupun mereka Calon Bebas!  Anwar sengaja tidak melihat hal ini dan tidak hendak mengulas angka 133 dan 89. 

Jika anda melihat statistik PRU13, sebenarnya undi popular PR ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Selangor sahaja, yakni di kawasan majoriti Cina yang memberi sokongan kepada DAP. Bukannya di seluruh negara pun, lima negeri sahaja pun.

Di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pahang, Perlis dan Terengganu majoriti popular dimenangi oleh BN iaitu 9 negeri.

Maka, kita jangan terpedaya dengan mainan angka di pihak Anwar. Tetapi sebenarnya, kemenangan 133 kerusi sudah cukup untuk menutup mulut 89 angka.

Saya tidak hairan jika Anwar boleh mengumpul 60 ribu di Pulau Pinang, 20 ribu di Seremban, 30 ribu di Johor atau katanya 100 ribu di Kelana Jaya. Saya tidak akan hairan kerana jentera di belakang kepada semua himpunan itu ialah DAP dan ya juga oleh PKR. Jumlah pengundi dalam PRU13 baru-baru ini melebihi 10 juta orang, malah rakyat Malaysia sudah mencecah 30 juta, saya fikir lebih ramai rakyat Malaysia menolak demonstrasi atau himpunan seperti itu, hanya merekaini silent majority yang tidak suka hiruk-pikuk.

Pada saya, biarkan dia meluahkan kekecewaannya di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman membolehkan mereka berhimpuan sesuka hati mereka, dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi esok pun tidak mengapa, atau sambung saja 48 jam tanpa henti menjeritlah, cakaplah apa sahaja di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman membenarkan. 

Hanyasanya jika berlaku perkara yang bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah tindakan akan diambil sebagaimana ke atas Adam Adli di bawah Akta Hasutan kerana menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalanan. Apakah pihak keselamatan akan berpeluk tubuh sahaja jika berlakunya ancaman dan hasutan. Jika di Amerika negara Demokrasi kebangggan Anwar, anda sudah pasti boleh mengagak nasib orang seperti Adam Adli, oh Amerika jauh sekali, baiklah kalau di Singapura apakah agaknya nasibnya?

Sedangkan minggu lalu, Kerajaan Singapura menangkap 21 rakyat Malaysia yang berhimpun menentang keputusan PRU13 dengan 3 orang daripada mereka ditarik balik pass kebenaran bekerja di Singapura! Mana-mana negara akan mengambil tindakan tegas ke atas rakyatnya yang melanggar undang-undang, saya yakin jika Anwar pun menjadi PM akan turut bertindak tegas ke atas mereka yang melanggar undang-undang keamanan, bukan begitu?

Kesimpulan
Benar kata Azmin Ali, ini negara kita maka marilah kita bernegara dengan bijaksana. Kalau begitu, makanya yang menang teruskan tanggungjawab, yang kalah bermuhasabalah. Lihatlah bagaimana Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim kalah terok pada tahun 2008 di Baling tetapi boleh menang besar pada tahun 2013.

Di Putrajaya ketika PRU13, jika dilihat kepada poster, banner, bendera, risalah, sms dan ceramah Husam Musa saya kira Husam Musa sudah boleh menang mengatasi Tengku Adnan. Namun, silent majority biasanya tidak suka menunjuk-nunjuk sokongan mereka, akhirnya Husam Musa tumbang bergaya dengan majoriti besar kepada Tengku Adnan. Kemudian lebih malang lagi, Husam tidak dilantik sebagai exco Kerajaan Kelantan. Lebih malang lagi Husam tidak hadir semasa majlis persaraan Dato Nik Aziz Nik Mat. Lebih malang lagi Husam memberi sedikit tekanan kepada MB Kelantan mengenai hal projek-projek ketika dia berkuasa dan lesen pembalakan.

Kabinet sudah dibentuk, rakyat Sabah dan Sarawak mendapat hadiah yang paling besar di mana 25 Menteri dan Timbalan Menteri dilantik dari kedua-dua negeri tersebut. Inilah hadiah atas sokongan yang kuat, dan inilah masa untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak. Saya yakin rakyat di Sabah dan Sarawak akan menikmati pembangunan yang lebih besar selepas ini. Rakyat di Sabah dan Sarawak hendaklah tidak melepaskan peluang ini.

Kini, sudah sampai masanya kita bekerja.Lupakan seketika hal-hal PRU13, mari kita bersama-sama membangunkan negara kita mengikut bidang kepakaran anda masing-masing.




 










Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan