Amanat Lee Kuan Yew: To Keep Singapore Going
Tanah Melayu: Kanak-Kanak Awal Merdeka 1957
Kereta YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia 1957
Nostalgia : BN menang 51 daripada 52 kerusi
Pilihanraya semakin dekat, di mana-mana kawasan ramai hendak menjadi calon. Namun, rakyat semakin bijak, pendidikan yang mereka miliki menjadikan mereka peka kepada keadaan. Baik di dalam DAP, PKR, PAS, UMNO dan BN, semuanya bekerja keras. Perdana Menteri DS Najib memerlukan 2/3 majoriti untuk menjayakan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya dari segala aspek Jasmani, Emosi, Rohani & Intelektual (JERI).
Amanat Lee Kuan Yew dalam memoirnya yang terkenal itu, kalau PAP hendak memerintah dengan berkesan dan berjaya, PAP mesti menghapuskan semua musuh-musuh PAP, jangan benarkan mereka bernafas, sekali mereka mengkritik kerajaan saman mereka, jika mereka berdemo tangkap mereka, gunakan ISA, kalau sesiapa menulis yang buruk mengenai PM Singapura saman dan penjarakan mereka, jangan beri ruang pembangkang bernafas walau sehasta. Inilah syarat-syarat jika mahu Singapura maju. Jangan beri peluang pembangkang berdiri". Jika mahu kerajaan kuat, pembangkang mesti dilemahkan ke tahap paling lemah. Jika hendak melihat Singapura berjaya, pembangkang mesti dilemahkan dengan apa cara sekalipun. Inilah antara minda dan pengertian-pengertian yang disampaikan oleh Lee Kuan Yew dalam buku memoirnya itu". Di Malaysia Bagaimana? Bacalah dan tafisrkan minda Lee Kuan Yew di Memoir Singapura : Lee Kuan Yew). Adakah Lim Guan Eng sedang menggunakan cara yang sama di Pulau Pinang? Anda fikirlah sendiri. Sempatkah Singapura bercantum dengan Malaysia semula selepas PRU13? Adakah Lee Kuan Yew akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13 selepas gagal pada awal tahun 1960an dahulu?
Anda yang menjadi pengundi akan menentukannya!
















2 Komen:
SAUDARA NI PRO UMNO@BN KAN...KAN..KAN...
Keris Tumpul : Ini bukan soal UMNO ke, PAS ke ? Ini soal keselamatan negara. Ini soal rancangan pihak asing mahu mengambilalih kuasa politik negara kita. Ini soal maruah Agama, Bangsa dan Negara ! KT, matanglah sikit pemikiran kamu tu !
Post a Comment