Kemelut
politik dalam Pakatan Harapan (PH) antara DS Anwar dengan Tun Dr. Mahathir
sampai kemuncak semalam apabila Tun M mencadangkan DS Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri mewakili PH.
Walaupun
kita tahu ia bersifat wayang politik, namun itu cukup menggambarkan kemarahan
Tun M ke atas Anwar sudah tidak dapat dibendung lagi.
Tun M
juga tidak lagi berselindung supaya DS Mukhriz diletak sebagai Timbalan Perdana
Menteri 2, manakala Anwar sebagai TPM1. Bagi saya, meletakkan Anwar sebagai
TPM1 suatu penghinaan politik kepada Anwar.
Kepakaran
politik global, pengalaman dan kesengsaraan politik Anwar adalah di jawatan
Perdana Menteri, bukan di jawatan TPM. Namun, salah Anwar juga kerana Anwar
tidak belajar daripada pengalaman 1998.
Selepas
Anwar dibebaskan daripada penjara 2004, berduyun-duyun tokoh global menemuinya.
Antaranya almarhum BJ Habibie, almarhum Gus Dur, Sheikh Taha Jabir Al-Alwani,
Dr. Jamal Barzinji (IIIT), Presiden ICS Gareth Evans, Pengerusi FNF Dr. Otto
Graf Lambsdoff, Dekan Universiti Johns Hopkins, Profesor Jessica, Timbalan SU
Pertahanan USA, Paul Wolfowitz dan banyak lagi. Di Amerika Syarikat, Anwar
menjadi rebutan pemimpin-pemimpin utama seperti Cohen, Douglas H. Paal, Dr.
Surin Pitsuwan (Thailand), Dr. Shibley Telhami (Univeristy Maryland), Kofi
Annan (PBB), Robert E. Rubin dan banyak lagi.
Jika
Anwar jadi PM, kita boleh bayangkan berapa banyak pelaburan akan masuk dari
dunia barat Amerika dan eropah. Saya tidak jelas diplomatik Anwar dengan dunia
timur di China, Jepun dan Korea. Kekurangan ini boleh dimanafaatkan melalui DS
Najib Razak yang mempunyai hubungan sangat akrab dengan China, negara-negara
Arab dan rantau Balkan.
Najib
Saya
beberapa kali mencadangkan supaya Anwar bekerjasama dengan Najib yang lebih
jujur dalam perhubungan politik mereka berdua. Baca ulangan di layar ini
Anwar-Najib
Anwar
perlu melupakan propaganda politik memburukkan reputasi Najib kerana ianya serupa
bagaimana reputasi Anwar diburukkan pada tahun 1998.
Tun M
sendiri sudah melupakan propagandanya
memburukkan DAP parti rasis dan merugikan orang Melayu. Saya melihat, tindakan Tun M bermastautin di PH
membolehkannya kontrol DAP dan matlamat akhirnya Kerajaan PN bertambah kukuh.
Politik
Najib sangat clear dan jelas, sokongan UMNO dan Muafakat Nasional kepada
Kerajaan PN ini hingga PRU15 sahaja. Semasa atau selepas PRU15, belum
ditentukan bentuk kerjasama baru di antara MN dengan PN.
Maka,
Najib juga boleh membantu Anwar dalam menjayakan cita-citanya. Najib masih muda
berbanding Anwar. Najib sudah menjadi PM hampir 10 tahun dan masih boleh
menjadi PM. Jika Najib boleh menyokong mengukuhkan kedudukan kerajaan PN hari
ini, mengapa tidak kepada Anwar?
Jika
semasa rekonsiliasi dahulu (2013), Najib berbesar hati bersetuju memberikan
jawatan TPM kepada Anwar, saya fikir kali ini Najib boleh memberikan sesuatu
yang lebih besar lagi dalam usaha menyelesaikan kemelut dan kesengsaraan Anwar
berhadapan Tun M.
Pada
tahun 2018, Anwar bekerjasama dengan Tun M berhadapan musuh politik yang sama iaitu
Najib. Tahun ini pula, apa salahnya Anwar bergabung dengan Najib berhadapan
musuh politik yang sama?
Tun M
pernah menyatakan, dalam politik tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang
kekal. Kesilapan strategi Anwar, semua musuh politiknya dikekalkan.
Kebijaksanaan Tun M, musuh politiknya dijadikan kawan ketika kawan lamanya
bertukar seteru.
Kepada
Anwar, pilihan dan waktu semakin terhad. Pengorbanan PKR memberikan persetujuan
menggunakan logo PKR semasa PRU14 dahulu tiada nilai apabila Anwar semakin
diketepikan.
Sebenarnya, jika Anwar bijak, pada bulan Mei, 2018 lagi Anwar boleh menjadi PM kerana semua orang bertanding atas logo PKR, malangnya Anwar alpa ketika itu.
Sebenarnya, jika Anwar bijak, pada bulan Mei, 2018 lagi Anwar boleh menjadi PM kerana semua orang bertanding atas logo PKR, malangnya Anwar alpa ketika itu.
Persoalan
Anwar perlu fikirkan sekarang, jika Tun M boleh melupakan propaganda konon DAP
parti rasis dan berbahaya kepada orang Melayu, kenapa Anwar tidak boleh
melupakan propaganda politik yang memburuk-burukkan Najib ?
Fikir-fikirkanlah.
Selamat
Berhari Minggu.
Putrajaya.
28 Jun,
2020.








