2. Pada 5 Jan 2009, Pakatan Rakyat mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi mendapatkan keadilan bagi pihak Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009. Akkhirnya Pakatan Rakyat berjaya dengan desakan mereka itu, di mana atas kepentingan awam, keadilan kepada awam, kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk mendapatkan dan memberikan keadilan kepada mendiang dan keluaarga mendiang.
3. Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bangga, menulis di dalam blognya bahawa, "Setelah saya mendedahkan klip video Lingam kepada orang ramai kira-kira tiga bulan yang lalu, kerajaan kini telah mengumumkan keanggotaan dan terma rujukan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat rasuah kehakiman". Baca seterusnya di http://anwaribrahimblog.com/2007/12/14/pendedahan-klip-penuh-video-lingam-berikutan-penubuhan-suruhanjaya-diraja/
4. Isu yang terbaru sekarang, apakah tidak perlu didesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja?. Dalam dua isu di atas, Pakatan Rakyat mati-matian mendesak kerajaan menubuhkan Siasatan DiRaja, mengapakah kali ini menentang penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja?
5. Sebenarnya elok ditubuhkan kerana, jika Suruhanjaya Siasatan DiRaja berpihak kepada DSAI, maka ianya akan memberikan kelebihan kepada mereka di dalam PRU kelak.









0 Komen:
Post a Comment