| LEBIH 62,300 DENGAR VISI AKHRAM DALAM RANCANGAN TV INI |
VIDEO MOB.TV
Saya baharu menerima WhatApps ini http://brojinggo.blogspot.com/2013/10/pemilihanumno-khairy-bersedia-untuk.html dari rakan blogger lama saya. Apabila saya membuka blog Akhram, saya dapati ianya berkaitan dengan isu ini http://thoughtsintangents.blogspot.com/2013/09/pergerakkan-pemuda-lari-dari-halatuju.html.
Khairy Jamaluddin (KJ) membentangkan KPInya sepanjang beberapa tahun sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan fokus kepada BN Youth Job Fair dan pelbagai aktiviti yang dibanggakannya. Satu perkara yang KJ perlu ingat, statistik PRU13 menunjukkan pengundi-pengundi Cina khususnya hampir 90% tidak mengundi UMNO dan BN.
Perdana Menteri betul apabila bercakap tentang tsunami Cina. Ianya memang betul. Jika anda ke program di ILMU baru-baru ini, isu ini telah dijawab dengan sangat jelas.
Saya sedar BN Youth Job Fair berjaya meramaikan orang, berjaya mengumpul anak muda, tetapi khususnya anak muda Cina, mereka tidak mengundi UMNO dan BN!
Mengapa tidak saja buat UMNO Youth Job Fair. Lihatlah keberanian Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir sehingga mengganggu tidur Teresa Kok. Lihatlah pembentangan Pelan Ekonomi Bumiputera DS Najib, mengecutkan perut Lim Kit Siang dan mereka yang sewaktu dengannya.
Tahun depan, apa kata buat UMNO Youth Job Fair. Berikan kepada MCA melaksanakan BN Youth Job Fair!
Manakala Akhram membangkitkan isu-isu di bawah ini...
"Setelah menapak ke 10 negeri setakat ini dalam usaha
memahami masalah Pemuda di peringkat Cawangan, suatu yang jelas terbukti
adalah ramai di kalangan Pemuda, terutama sekali dari golongan lebih
berpengalaman, merasa gelisah tentang halatuju kita. Ramai yang
menimbulkan isu-isu perlaksanaan seperti terlihat pada projek BL1M,
tetapi dalam keselesaan berteh-tarik, isu halatuju pasti timbul.
Ramai tidak memahami kenapa Pemuda pada peringkat pusat
begitu membisu walaupun dalam isu yang membabitkan akidah ummah seperti
tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh pendakwah agama lain! Bukankah
tugas Pemuda untuk mempertahankan hak umat Islam di negara kita ini
selain dari memajukan Agenda Melayu kehadapan? Kalau bukan, apakah
halatuju yang ingin dibawa oleh kepimpinan Pemuda yang sedia-ada?
Inilah sebabnya kebanyakan perwakilan Pemuda yang sempat
bertemu-bual agak sedia untuk menerima wadah Hidup Melayu! Tiada yang
salah tentang wadah tersebut. Ia sesuai walau pada zaman ini
kerana ia wadah perjuangan parti UMNO, yakni Persatuan Kebangsaan MELAYU
Bersatu.
Perwakilan Pemuda gembira ada yang saya ingin menumpukan diri
serta Pemuda ke arah perjuangan Agenda Melayu, bukan seronok beraktiviti
sahaja dengan rakan-kongsi Barisan Nasional."
Nota: saya mendapat khabar KJ memberi perhatian tentang cadangan saya ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/debat-akhramsyah-sanusi-vs-khairy.html. Anda semua bersetuju kah?












5 Komen:
HIDUP MELAYU BILA DIPEKIK2KAN DITEMPIK2KAN BERBUNYI SANGAT APOLOGETIK..! SEOLAH2 MELAYU ITU SUDAH MATI SEMUANYE..!
TAPI KALAU BETUL2 NAK MELAUNGKAN HIDUP MELAYU DEPAN KARPAL SINGH KE DEPAN KIT SIANG DENGAN GUAN ENG KE MOLEK JUGA..!
Jentayu terkejut tersedar yang dia tidur dan bermimoi bawah katil pulak dahi terantuk papan katil diatas . Tu yang biul dah jadi ahli autar belit. Ur article seems not from your heart as you are a pupet with a master controlling your minds. Article kau cuma nak redakan penyokong Akhram
62,300 pendengar - berapa ekoq pengundi?
Apabila dia menuliss dia memberi tekanan kerana dia menulis bawa aspirasi NAjib..bahasa senang bahasa mudah dia bawa mesej Najib spy Hisham mendapat laluaan mudah!! Betultak tuan Azhari?
Post a Comment