Saya terkejut dan tidak bersetuju dengan artikel terbaharu
Datuk Zainuddin Maidin (Zam) yang bertajuk MEMANG BENAR MELAYU PUN PENDATANG.
Zam menyatakan bahawa “Memang benar Melayu
adalah juga pendatang seperti yang didakwa oleh wakil Gerakan Johor Tan Lai
Soon di mesyuarat perwakilan parti itu hari ini tetapi Melayu adalah pendatang
paling awal yang terkuat, berani dan bijak dan kerana itulah mereka menjadi sultan
dan raja yang dihormati dari sejak sejarah awal negara ini”.
Kenyataan itu sangat tidak tepat kerana Gugusan
Kepulauan Melayu atau Nusantara Melayu yang hari ini terdiri daripada Malaysia,
Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, Siam (Thailand), Burma pada zaman
sebelum penjajahan merupakan Kerajaan-Kerajaan yang besar, gagah dan
bertamadun.
Zam silap jika berfikiran penjajah dengan menyimpulkan
Melayu Sumatera yang berhijrah ke Tanah Melayu sebagai pendatang Indonesia ke
Malaysia. Pada masa itu tidak ada pasport dan tidak ada sistem penjajah seperti
kastam, imigresen dan polis moden. Pada zaman dahulu ianya disebut sebagai
lawatan kerajaan, lawatan persahabatan, lawatan perdagangan dan ianya tidak
disebut sebagai kedatangan orang asing (atau pendatang).
Zam harus mengkaji beberapa buku-buku sejarah dan kebudayaan khususnya oleh A. Samad Ahmad dengan lebih teliti.
Zam seterusnya berkata, “benar seperti kata Lee Kuan
Yew, Perdana Menteri Singapura bahawa mereka berasal dari Lanun tetapi apabila
orang Cina datang untuk mencari rezeki di Tanah Melayu mereka terpaksa
menyembah lanun-lanun ini yang sudahpun menjadi raja dan sultan”. Nampaknya
sekali lagi Zam berfikiran barat centric dengan mempercayai bulat-bulat istilah
lanun.
Istilah Lanun itu adalah ciptaan penjajah Barat. Dalam
kebudayaan Melayu ianya tidak dipanggil Lanun sebaliknya ianya disebut
Pahlawan, Hulubalang, Pejuang, kerana mereka memiliki kapal-kapal yang besar, mereka menghalau
kapal-kapal penjajah lalu penjajah barat menggelar mereka Lanun. Lalu ditulis
dalam diari pelayaran mereka kononnya Lanun menghalang mereka, walhal merekalah
sebenarnya perompak besar.
Kita mesti menolak tafsiran Zam yang terbaharu ini. Saya tidak pasti jika anda juga bersetuju dengan Zam.
Seorang wartawan tidak sepatutnya mentafsir kisah sejarah dari sudut kewartawanan! Dalam isu ini, Zam bukan orang yang tepat untuk mengulas isu ucapan perwakilan parti Gerakan. Saya tidak bersetuju dengan ulasan terbaharu Zam.









1 Komen:
Saya juga tidak bersetuju dgn Zam, dia mamak asal India, dia bukan Melayu Nusantara sebab tu dia kata Melayu juga pendatang...kalau merujuk kepada dirinya sendiri memang betullah...
Post a Comment