Showing posts with label PATRIOTIK MALAYSIAKU. Show all posts
Showing posts with label PATRIOTIK MALAYSIAKU. Show all posts

HUGUAN SIOU BUGIS SABAH

on Saturday, August 19

Gambar Majlis Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS) Bersama KM Sabah
Edisi Khas Sabah. 
Huguan Siou merupakan ketua tertinggi dalam etnik Kadazan-Dusun. Di Sabah, dengan lebih 35 etnik dan 236 sub-etnik, setiap etnik mempunyai ketua yang diterima majoriti mewakili mereka.

Etnik Bugis Sabah juga perlu ada Huguan Siou untuk menjadi wakil rasmi kepada kerajaan. Satu-satunya NGO Bugis Sabah yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan ialah Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) di mana PKBS berada di dalam Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah  (MAGEBS) dan menjadi wakil rasmi dalam aktiviti kebudayaan negeri Sabah. Dari segi sejarah, ianya adalah sesuai kerana PKBS merupakan NGO Bugis Sabah yang terawal ditubuhkan.

Bugis Sabah dengan lebih 22 sub etnik perlu mempunyai seorang Huguan Siou di mana Huguan Siou ini perlu diberi peluang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya isu-isu yang melibatkan mereka boleh dibahaskan di dalam DUN Sabah dan di peringkat Jawatankuasa DUN serta Kabinet.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat Bugis Sabah telah berada di dalam DUN Sabah sejak berpuluh tahun lamanya seperti allahyarham Salim Bacho, Said Senang, Dr. Patawari Patawe dan sekarang Muis Picho. 

Merujuk kepada Laporan RCI Sabah, jumlah etnik Bugis Sabah mencecah 250,000 orang yakni ketiga terbesar selepas KDM dan Bajau. Parti-parti politik di Sabah perlu membuka mata dengan angka ini. Generasi moden Bugis Sabah telah establish dalam kerajaan dan swasta. Mereka mempunyai pendidikan tinggi dan berada di mana-mana jabatan kerajaan. Mereka sangat maju di dalam private sector.

Laporan Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN;2010) menyebut etnik Bugis merupakan pekerja yang paling banyak diambil oleh syarikat-syarikat swasta di Sabah. Itu tidaklah menghairankan, kerana kajian sarjana (YLL;1956) mendapati etnik Bugis paling ramai diambil bekerja di ladang-ladang. Laporan tersebut menyatakan, di antara ciri-ciri etnik Bugis yang menarik minat mereka ialah kerajinan, amanah dan bertanggungjawab.

Etnik Bugis Sabah sudah berada di Borneo Utara sejak tahun 1870an lagi. Manakala sumber literature dari Filipina menyebut, pahlawan-pahlawan Bugis sudah berada di Kepulauan Sulu membantu Kerajaan Kesultanan Sulu menghalau penjajah sejak tahun 1511 lagi. 

Sejak beratus tahun, perkahwinan campur dengan etnik Tidung, Cina, Banjar, Suluk dan Arab menjadikan generasi demi generasi mereka tidak lagi tahu berbahasa Bugis apatah lagi membaca tulisan Bugis. Mereka dikenali sebagai Melayu Bugis (Melayu yang mempunyai darah Bugis).

Cuma, agak mengecewakan kerana Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tidak memasukkan sejarah etnik Bugis iaitu La Toampong Andi Bukku pernah dilantik menjadi Penghulu atau dikenali Ketua Daerah Tawau pada tahun 1870an. (Ken Goodlet,1977). Manakala Daeng Mappata telah mewakafkan tapak pembinaan Masjid Jamek, Tawau (1903). MPT patut mengambil juga sumber-sumber seperti tadi dan catatan sejarah oleh bekas Residen-Residen British di Tawau, Sabah. Sejarah tidak boleh ditidakkan apatah lagi dihapuskan. MPT patut memperbetulkan info mereka.

Kesimpulannya, Huguan Siou Bugis Sabah sangat perlu dalam keadaan semua etnik di Sabah memantapkan etnik masing-masing dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Banyaknya etnik di Sabah merupakan aset dan keunikan kepada negeri Sabah, ianya mesti diatur dengan adil dan saksama. 

Rujukan:
1. Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tahun 2014, LPPKN, Kuala Lumpur, 2014

2. Yong Leng Lee, The North Borneo, A Study In Settlement Geography, Eastern Universities, Singapore, 1965

3. http://www.mpt.sabah.gov.my/pages/sejarahtawau.html

4. Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS).

5. Al-Azharri Siddiq Kamunri, Bugis in Sabah: the strunggle to join Mainstream Society in Malaysia, TARC, Ohio University, USA, 2016.


Selamat Membaca.
Selamat Berhujung Minggu.
19 August, 2017.
Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.







MALAYSIA HANTAR NOTA BANTAHAN KEPADA AUSTRALIA

on Sunday, November 20

1. KEGAGALAN BERSIH5 semalam sudah dijangka, kerana kesedaran rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mahu diperbodohkan dengan slogan turun jalanan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik.

2. Syabas kepada PDRM kerana tidak menggunakan penyembur pemedih mata sebagaimana digunakan kepada kumpulan Reformasi 1998. Tidak ada insiden mata lebam kepada Maria Chin, dan lain-lain yang ditahan polis. Semua tahanan mendapat layanan yang baik oleh PDRM.

3. Kira-kira 200,000 demonstran di Jakarta, 100,000 orang di Seoul tetapi hanya 15,500 di Kuala Lumpur. Malaysiakini dalam laporannya memberi gambaran kemerosotan 90%. Sepatutnya BERSIH5 paling sedikit boleh mengumpul 100,000 orang dan paling banyak 500,000 orang kerana kehadiran orang baru Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin. Nampaknya petunjuk baru ini meresahkan parti serpihan, Pribumi.

4. Tidak ada BERSIH5 di Bangkok, Washington, Taiwan, Hong Kong, Singapura, London, Paris, Madinah tetapi ada sedikit di Melbourne, Australia.

5. Pada hujung 1990an, apabila Australia campurtangan dalam urusan politik Malaysia, Tun Dr. Mahathir menempelak kerajaan Australia.

6. Ucapan Senator Jamie Parker dari Australia yang memperjuangkan Gay di negaranya semasa perhimpunan BERSIH5 di Australia semalam patut diberi perhatian keras. Kerajaan Malaysia hendaklah menghantar Nota Bantahan jika tidak mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Australia.

7. Hal negara kita tidak boleh ditentukan oleh seorang warga asing apatah lagi dia seorang yang memperjuangkan Gay. Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita. 

8. Orang-orang putih seperti Jamie Parker di Australia bukanlah boleh dibanggakan pun, mereka sendiri tidak memberikan keadilan kepada orang asli Australia. Mereka boleh menghalalkan gay tetapi bukan di Malaysia.

Siapa Jamie Parker (MP Balmain, Parliment of NSW):-

Tonight I speak about the important matter of marriage equality, recognising that this weekend the Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras will celebrate its thirty-fifth anniversary festival “Sydney Mardi Gras 2013—Generations of Love.”

As a strong supporter of marriage equality I have joined my Greens colleagues in calling on the Parliament of the Commonwealth of Australia to amend the Commonwealth Marriage Act 1961 to provide for marriage equality, that is, to remove discrimination and allow people to marry regardless of sex, sexual orientation and gender.


CARA MUDAH DAPAT DANA SOROS

on Thursday, November 10

1. Seminggu dua ini, di Malaysia heboh dengan sumbangan dana Soros kepada beberapa pertubuhan khususnya disebut antara penerimanya adalah Malaysiakini.

2. Sebenarnya isu ini isu lama, kita sudah mengetahui hal ini sejak bertahun yang lalu, ketika Jamal masih berniaga ikan bakar.

3. Perkara yang sepatutnya dibuktikan ialah adakah Malaysiakini masih berterusan menerima dana Soros? Dan NGO mana lagi yang menerima bantuan daripada Soros dengan tujuan sebenar mereka untuk menanam kebencian kepada kerajaan yang demokratik, menghasut rakyat supaya rakyat bangun menentang kerajaan demokratik, dan sehinggalah kerajaan yang dibentuk melalui pilihanraya jatuh. 

4. Sejarah moden membuktikan campurtangan asing di Iraq, Libya, Yemen dan Mesir tidak pun menjadikan negara itu bertambah baik. Sebaliknya bertambah lebih buruk dan rakyat mereka semakin menderita. Percubaan Kudeta di Turki baru-baru ini ada elemen asing tetapi ianya gagal kerana rakyat Turki menolak campurtangan asing. Di Malaysia, kesedaran ini masih kurang.

5. Tun Dr. Mahathir (2012) menyebut Soros menyalur dana kepada SUARAM dan Malaysiakini untuk menjatuhkan kerajaan. Tun Dr. Mahathir berkata, "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?. Kata Tun lagi, “Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Kata Tun,“Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah,”.“Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik, Dia nak pilih orang dia jadi PM,” dakwanya.

6. Kritikan Tun Dr. Mahathir di atas adalah benar. Kita rakyat Malaysia hendaklah menolak elemen Soros dalam pembinaan negara kita. 

7. Semasa saya di USA, mereka memberitahu jika mahu senang mendapat dana asing seperti Soros, pastikan NGO anda adalah NGO yang tidak mesra kepada Kerajaan sedia ada. Jika NGO anda mesra Kerajaan, anda tidak akan mendapat bantuan dana itu.

8. Untuk lebih memahami peranan belakang tabir NGO-NGO Yahudi seperti American Jews Association dan sebagainya dalam mencatur politik antarabangsa, saya menyarankan anda membaca buku "They Dare To Speak Out" oleh Senator Paul Findley.











SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI USA, KERUSI TUN RAZAK, OHIO UNIVERSITY CEMERLANG HARUMKAN NAMA NEGARA

on Thursday, September 22

Peserta 'Qolloquium On Malaysian Studies'  Bergambar Kenangan Pada Hari Pertama Kolokium
Di Ohio University, USA.
1. Perjalanan kali kedua saya ke Amerika Syarikat kali ini amat berbeza. Jika dahulu saya tiba di Amerika Syarikat dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk mencecah 0-1 darjah celcius, kali ini saya datang dengan suhu mencecah 22-24 darjah celcius. 

2. Selepas melalui perjalanan lebih 24 jam dari Kuala Lumpur, saya tiba di Ohio University, USA bersama 4 sahabat baru saya dari UPSI dan UMT. Manakala, rombongan dari UPM, SEGI, UMK, IUMW dan National Graduate Institute for Policy Studies, Tokyo tiba sehari kemudian.

3. Kedatangan kami kerana menghadiri dan membentangkan kertas kajian masing-masing di 'Graduate Colloquium On Malaysian Studies', di Ohio University sebuah unversiti yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak lebih 36 tahun yang lalu (establish 1980).

Sempena Hari Malaysia 16-09-2016, Peserta Kolokium Memperagakan Pakaian Etnik Di Malaysia
4. Dalam hal ini, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nama baik Malaysia di sini ialah Profesor Jayum Jawan, Profesor Pelawat Sains Politik dan pemegang Kerusi Tun Razak di Ohio University, USA. Sebenarnya ini bukan pertama kali, pada tahun lalu Profesor Jayum dijemput membentangkan kertasnya mengenai politik Malaysia di Washington University, dan dijemput sekali lagi pada tahun ini. Anda boleh ulang baca di sini dan juga di sini
Juga di sini

Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin (KITA, UKM) juga pernah membentangkan topik yang sama di Ohio University di sini, juga sini

5. Semasa kolokium dilangsungkan pada 14-17 September, 2016 para seperta membentangkan disiplin kajian masing-masing meliputi pelbagai bidang antaranya politik, etnik, sosial, ekonomi, perbankan, teknologi maklumat, pilihanraya, gerakan pelajar dan isu keselamatan di perairan Laut China Selatan.

Saya membentangkan topik etnik, patriotisme dan keselamatan negara
6. Dalam konteks negara Malaysia kerana sering mendapat perhatian luar biasa oleh sesetengah pihak di luar negara, maka usaha ini sangat penting untuk memberikan gambaran yang lebih jelas khususnya dalam memahami dua isu besar iaitu mengenai keadaan politik dan keselamatan negara. 
Peserta Dibawa Melawat Aden Library, Ohio University
7. Semasa melawat Perpustakaan Aden, Ohio University, saya mendapati terdapat banyak teknologi baharu yang boleh dibawa ke Malaysia. Antara yang paling jelas ialah hubungan pelajar dengan perpustakaan kelihatan sangat 'akrab'. Kemudahan-kemudahan yang moden seperti bilik tutorial yang canggih, sistem fotokopi bahan yang mudah dan mesra, bilik multimedia serba moden, sistem 'kafe dalam perpustakaan' dan pelbagai kemudahan lagi kelihatan memberi kesan luar biasa untuk menghidupkan aura perpustakaan. Saya fikir di Malaysia juga perlu ada anjakan paradigma mengenai perkara ini.

8. Dalam situasi negara Malaysia tidak lama lagi akan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-14, saya percaya Kolokium ini perlu diteruskan dengan wacana yang lebih besar dan terbuka, meliputi agensi-agensi kerajaan dan para sarjana yang lain untuk memberikan kefahaman lebih jitu dan tepat akan keadaan masa hadapan politik Malaysia dan keselamatan negara. 

9. Amerika Syarikat sebagai sebuah negara besar mempunyai peranan sangat penting di seluruh antero benua tidak terkecuali Malaysia. Dengan masa hadapan Laut China Selatan yang semakin kabur, pilihanraya umum yang sangat penting akan menentukan hala tuju negara Malaysia pada masa hadapan, usaha-usaha akademik dan kenegaraan yang dijalankan dan akan dijalankan oleh Kerusi Tun Razak, Ohio University, USA sangat-sangat penting dan relevan.

Bersambung kisah "Soaring Upwards" di USA. 

Selamat Membaca.

Al-Azharri Siddiq.
Ditulis dalam Flight Philadelphia-Doha, Qatar.





MAJLIS PROFESOR NEGARA: JIKA ESOK PILIHANRAYA BN AKAN MENANG BESAR, RAKYAT SARAWAK TIDAK AKAN MINTA KELUAR MALAYSIA

on Saturday, June 25

"Perbincangan Meja Bulat Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14", pada 23 Jun, 2016 di Putrajaya.

1. Profesor Datuk Dr. Raduan Che Ros di akhir persidangan meja bulat ini memberi kesimpulan tuntas, "Jika Esok PRU-14, UMNO dan BN Akan menang besar".

2. Menurut beliau lagi, kemenangan besar BN di Sarawak dan UMNO di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar memberi nafas baru dan penemuan cara baru kepada BN. Menurut beliau lagi, BN boleh bermimpi untuk mendapat majoriti 2/3 dgn syarat BN hendaklah memainkan cara berpolitik seperti sekarang iaitu "memahami keperluan rakyat".

3. Tambahnya lagi, BN hendaklah menjadi Juara Rakyat sepertimana BN lakukan sekarang, majoriti 2/3 itu boleh diperolehi termasuk pengundi atas pagar, pengundi Cina dengan syarat BN dapat memenuhi keperluan rakyat.

4. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, jika ahli-ahli politik terlampau banyak politiking rakyat akan muak sebagaimana berlaku kepada Pakatan pembangkang yang terlampau berpolitik segala hal akhirnya rakyat muak dengan mereka.

5. Walaupun BN menang di Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, tetapi isu-isu 1MDB dan GST akan terus dimainkan oleh pembangkang, maka BN tidak boleh menggunakan keputusan PRK dan PRN sebagai penanda aras konon isu-isu telah selesai.

7. Tambah Profesor Ulung lagi, Track record 5 tahun seseorang Wakil Rakyat di kawasannya akan menjadi penentu seseorang calon di kawasan itu untuk menang.

8. Kemenangan BN di Sarawak disebabkan kelemahan pakatan pembangkang, dan rakyat Sarawak telah mendapat apa yang mereka inginkan melalui desakan-desakan ke atas Kerajaan Persekutuan.

Menurut Prof Jayum, tuntutan itu sebenarnya bukan baharu ianya sudah disebut sejak 1963 lagi seperti tuntutan melantik orang-orang Sarawak yang berkelayakan di kedudukan penting seperti Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, Ketua-Ketua Jabatan, Vice Canselor dan sebagainya.

9. Menurut Prof Jayum lagi, rakyat Sarawak tidak akan meminta untuk keluar dari Malaysia tetapi apa yg berlaku sebenarnya seumpama anak-anak yang meminta perhatian daripada bapanya.

Nota:
1. Profesor Datuk Dr.Raduan Che Ros, Ketua Pegawai Eksekutif MPN
2. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Bahruddin, Timbalan Pengerusi MPN
3. Profesor Dr Jayum Jawan, Timbalan Ketua Kluster Politik,Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, MPN

USTAZ ZAMIHAN YANG SAYA KENALI

on Tuesday, February 9

Satu Malaysia telah dihangatkan dengan perancangan debat di antara Ustaz Dr. Zamihan Al-Ghari dengan Dr. Mohd. Asri, Mufti Perlis.

Pada tahun 2003 jika tidak silap di Kuala Lumpur, saya telah menghadiri satu ceramah agama yang dianjurkan oleh sebuah NGO baharu diketuai mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman ketika itu baharu sahaja bersara. Itulah pertama kali saya mendengar ceramah Dr. Mohd. Asri ketika itu. 

Ustaz Zamihan pula, setahu saya merupakan seorang anak muda, pejuang agama dan pendakwah yang mengabdikan hidupnya siang dan malam kepada Islam. Sebagai pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ustaz Zamihan bertanggungjawab mendidik dan berdakwah kepada banduan, penagih dadah, salahlaku juvana dan sebagainya supaya menjadi insan yang baik apabila dibebaskan kelak.

Saya tahu ketika selesai masa pejabat, Ustaz Zamihan juga sibuk memenuhi jemputan kuliah agama di surau dan masjid. Pada hari Sabtu dan Ahad, beliau memberi kuliah agama di Aswaja Center. 

Ustaz Zamihan memang seorang yang lantang membicarakan kebenaran. Baik di dalam seminar-seminar atau mesyuarat-mesyuarat dengan pegawai tinggi kerajaan. Ustaz Zamihan bukan seorang yang suka bercakap secara lunak-lunak sahaja, tetapi akan bercakap yang benar walaupun pahit. Kelantangannya ditafsir sebagai keras, sebenarnya itu bentuk ketegasan. Pada zaman Nabi dahulu, apabila Saidina Umar marah, iblis-iblis pun lari lintang-punkang.

Semasa saya di USA tahun lalu, Ustaz Zamihan telah diberi tanggungjawab untuk menemui tahanan rakyat kita di Guantanamao. Ianya bukan isu keselamatan rakyat kita sahaja, malahan jauh daripada itu ianya adalah suatu perjuangan hidup dan mati. Ianya bukan kerja yang mudah.

Apabila Ustaz Zamihan berbicara dengan lantang, keras dan yakin itu semua adalah gambaran kesungguhan, ketegasan dan kebenaran yang dibawanya. Tidak bererti, apabila seseorang yang bercakap secara  lemah-lembut, penuh dengan psikologi dan berlapik-lapik lalu dialah yang lebih benar. 

Saya ingin mencadangkan diskusi di antara Dr. Asri dan Ustaz Zamihan diteruskan. Moderator hendaklah daripada ilmuwan yang fasih berbahasa Arab kerana sudah pasti terdapat perkara yang akan mereka sebut dan rujuk dalam kitab-kitab berbahasa Arab. 

Manakala tempat hendaklah diadakan di sebuah universiti yang establish dalam pengajian agama di Malaysia seperti UM, UIA dan UKM. Jemputan pula hendaklah terbuka kepada wartawan, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli UMNO, PAS dan parti Islam lain, pelajar universiti dan ahli-ahli pondok.

Penganjur yang paling relevan adalah Menteri JAKIM dari JAKIM dan oleh JAKIM. Jawapannya mudah, JAKIM adalah bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam di negara kita. Dalam ajaran agama kita sendiri, urusan agama Islam hendaklah diketuai dan diurus oleh mereka yang ahli dalam agama Islam jua. Menteri JAKIM tidak sepatutnya berdiam diri !

Tidak lama dahulu seorang Menteri terpaksa memohon maaf kepada Menteri Luar Negeri kerana kesilapan memberi ulasan yang bukan dalam bidang tugasnya. Baca ulangan anda di sini https://sg.news.yahoo.com/mistake-says-nazri-anifah-rebukes-100753685.html

Diskusi ini sangat penting demi kemashlahatan umat Islam di Malaysia, maka perancangannya hendaklah rapi. Tidak boleh dibuat secara asal jadi, atau main terjah atau main letak tarikh. Kedua-dua Ustaz Zamihan dan Dr. Mohd. Asri adalah pegawai kerajaan yang tertakluk dengan tugas rasmi sedia ada di mana jadual tugas mereka telah dirancang lebih awal.

Saya mencadangkan Ustaz Zamihan dan Dr. Asri meneruskan pertemuan ini sama ada dalam bentuk debat, forum atau diskusi. Tetapi perancangannya hendaklah teratur dan diatur oleh mereka yang ahli dalam bidangnya. 

Bersambung...








APA KHABAR UPM, SELEPAS 85 TAHUN (1931-2016)

on Friday, January 8

UPM: Pertanian, Makanan, Ekologi Dan Manusia Tidak Dapat Dipisahkan

Dalam lawatan saya ke beberapa universiti terkemuka di Amerika Syarikat, dan pertemuan saya dengan beberapa ahli-ahli akademik dan pelajar mereka, saya mendapati terdapat perbezaan yang agak penting perlu dihightlightkan barangkali boleh membantu universiti-universiti awam di Malaysia bertambah maju dan berdaya saing.

Pertama, mengejar ranking bukanlah keutamaan. Ranking terbaik dunia sudah pasti tidak akan dikecapi oleh universiti-universiti di Malaysia, kerana sistem ranking itu ciptaan sesetengah pihak untuk tujuan tertentu seperti kewangan, status quo dan iklan. Namun, jika universiti awam mahu menyertai sistem ranking bukanlah pula sesuatu yang merugikan.

Apabila saya bercakap tentang ranking, sesetengah pelajar dan ahli akademik di sini berpendapat itu bukanlah sesuatu yang prioriti. Berada di kedudukan 100 terbaik atau tidak sesuatu universiti bergantung kepada banyak kriteria. Antaranya aspek sejarah, value, penerbitan, jurnal dan hubungan universiti dengan dunia luar seperti pemain industri.

Sebagai contoh, Harvard University wujud sejak tahun 1683. Apakah yang anda ingati mengenai sejarah negara kita pada tahun itu? Pada tahun-tahun tersebut, kita sedar negara kita belum punya apa-apa jauh sekali sebuah universiti. Negara kita hanya mempunyai sebuah universiti (University Malaya) pada tahun 1949 ketika itu hasil gabungan Kolej Perubatan King Edward VII (1905) dan Kolej Raffles Singapura (1929). Maka, mampukah kita bersaing dengan mereka yang sudah wujud beratus tahun lebih dahulu daripada kita?

Kedua, aspek dana dan pelajar. Di Malaysia, kita sangat beruntung kerana Kerajaan masih membiayai universiti awam. Namun, sesetengah universiti terkemuka di sini tidak bergantung kepada dana dari kerajaan, sebaliknya mereka berusaha mencari dana. Di antara tugas utama Naib Canselor di sini adalah mencari seberapa banyak dana untuk universiti mereka, sama ada melalui program membawa masuk pelajar antarabangsa mahupun melalui program-program universiti dengan pemain industri khususnya di dalam negara. 

Di negara kita, puluhan ribu graduan dilahirkan setiap tahun. Di manakah mereka mencari pekerjaan? Adakah pasaran kerja di luar sana memenuhi ilmu dan kemahiran yang mereka telah perolehi semasa di dalam universiti? Akhirnya, majoriti graduan memohon kerja dengan Kerajaan dan sudah pasti Kerajaan tidak mampu memenuhinya 100%. 

Tidak lama dahulu, Kerajaan memperkenalkan dasar exit policy bertujuan memberi peluang kepada graduan yang baharu hendak memasuki sektor pekerjaan. Pada pandangan saya, isu ini adalah isu universiti bukan 100% isu kerajaan. Memenuhi pasaran buruh sama ada di sektor awam atau swasta adalah bermula di universiti. Jika universiti tidak mempunyai hubungan yang akrab dengan industri, maka universiti hanya berfungsi mengeluarkan graduan sahaja. Ia gagal berkesinambungan dengan pasaran kerja. Ini tidak baik kepada negara.

UPM 85 TAHUN (1931-2016)
Namun begitu, di Malaysia universiti-universiti tempatan semakin menonjol di persada dunia. Antaranya, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang semakin meningkat sebaris dengan universiti-universiti terawal seperti UM dan UKM.

Sekiranya UPM berjaya mendirikan Pusat Perubatan UPM (PPUPM) yang berasingan dengan Hospital Serdang, saya percaya UPM akan melangkah lebih jauh lagi. Dengan mengambil contoh PPUM dan PPUKM yang sudah establish, saya percaya kemenjadian PPUPM sebagai mercu tanda yang baharu bakal meletakkan UPM sebaris dengan universiti-universiti perubatan ternama di rantau Asia.

Di Amerika Syarikat, perlantikan Profesor Jayum Jawan dari Fakulti Ekologi dan Manusia, UPM sebagai Visiting Profesor dan menduduki Kerusi Tun Razak di Ohio University memberi gambaran yang jelas kemajuan UPM dalam persaingan global.

Kini, warga UPM sedang menunggu Naib Canselor yang baharu selepas Naib Canselor yang ada sekarang berakhir pada 31 Disember 2015. Ketika artikel ini ditulis, 7 Januari, 2016, UPM belum lagi mempunyai Naib Canselor. Kebiasaannya, seseorang Naib Canselor akan memegang dua penggal perkhidmatan untuk memastikan wawasan yang dimulakan pada penggal pertama akan disempurnakan pada penggal kedua atau ketiga. 

Namun, samada Naib Canselor yang lama akan disambung lagi 3 tahun bergantung kepada UPM dan YB Menteri. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan lama kerana ia tidak baik membiarkan universiti tanpa nakhoda dalam tempoh yang lama. 

Namun begitu, jika saya tidak silap perlantikan Naib Canselor UKM juga pernah tertangguh lama tidak berapa lama dahulu.

Dari jauh, saya berharap UPM akan mendapat seorang Naib Canselor yang hebat dan berwawasan dalam memacu kemajuan negara kita. Sebenarnya, ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa UPM amat penting dalam menghasilkan kemampuan makanan kepada negara pada masa hadapan (food security)

UPM, pertanian, makanan, ekologi dan manusia tidak dapat dipisahkan.

University City,
PA, USA.
January 7, 2016.
-----------------------------------------------------------
*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dalam konteks national identity dan patriotik.




















KENALI KETUA PENGARAH BTN YANG BAHARU

on Friday, January 1

Wajah KP BTN Yang Baharu: Orangnya Simple, Mudah Didekati, Tidak Sombong, Tidak Ego dan Dekat Dengan Masyarakat
Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan satu sejarah yang sangat besar ertinya kepada masyarakat pendidik, kakitangan kerajaan dan parti-parti politik yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.

Saya mula mengenali Datuk Ibrahim Saad pada tahun 2001 di Kota Kinabalu High School. Apabila saya berhijrah ke Labuan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah BTN Sabah sehinggalah tahun 2015. Ianya rekod iaitu 13 tahun.

Maka, perlantikan beliau sebagai KP BTN yang baharu oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Azalina Othman Said sangat-sangat tepat.

Dari segi keluarga, beliau berkahwin dengan orang Sabah yang mempunyai susurgalur yang menarik kerana mempunyai keluarga dari sebelah Kadazan, Dusun, Arab, Cina dan Melayu. Satu perkara yang amat membanggakan, anak-anak beliau semuanya berjaya dalam pendidikan. Tiga orang daripadanya di dalam bidang perubatan di mana yang tua sudah pun menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Seorang pula dalam bidang kejuruteraan. Kesemua anak-anak beliau melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di England, India, Mesir dan German.

Secara peribadi, amat membanggakan kerana walaupun beliau sangat sibuk siang dan malam memenuhi jemputan sebagai penceramah patriotik di seluruh Sabah malahan di Semenanjung Malaysia, tetapi beliau masih berkesempatan mengatur pendidikan anaknya. Beberapa tahun dahulu saya pernah bertanya, apa rahsia Datuk? Katanya, "kita mesti menggunakan masa dengan berkualiti walaupun sekejap ketika bersama keluarga". 

Ketika saya di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membantunya melawat anak-anaknya yang belajar di beberapa institusi pendidikan. Beliau berusaha menjenguk anaknya walaupun dalam 10 minit. Kadangkala sudah malam hari. 

Terdapat beberapa insiden yang menyedihkan sepanjang saya bersama Datuk Ibrahim.  Oleh kerana anak pertama beliau tidak mendapat pinjaman pelajaran ketika hendak memulakan pelajaran perubatannya di England, beliau terpaksa membuat pinjaman bank dengan mencagarkan rumah beliau sendiri. Inilah nasib pegawai kerajaan yang tidak diketahui oleh orang di luar sana,  janganlah berfikiran bahawa semua pegawai kerajaan mudah mendapat apa yang diingini.

Terdapat kes jua di mana beliau baharu mendarat di KLIA dan mendapat jemputan ceramah ke satu majlis. Oleh kerana beliau tidak membawa kelengkapan baju, saya berkata jika Datuk sudi, saya boleh pinjamkan baju saya. Ternyata Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang memilih. Walaupun baju saya agak besar, itu tidak penting kepadanya, yang utama kepadanya adalah beliau boleh menjalankan tugas untuk negara.

Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang suka duduk di pejabat berkerusikan empuk pun. Pada tahun 2008 jika saya tidak silap, BTN melakukan aktiviti berakit di sepanjang sungai perak yang sangat panjang dan deras itu. Namun, Datuk Ibrahim Saad merendahkan dirinya dengan turut sama mendayung rakit, berpanas dan mengikuti aktiviti spiritual seperti solat berjemaah, memberi kuliah Subuh dan menjadi imam. 

Datuk Ibrahim Saad telah melalui lebih 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan khususnya di Sabah. Beliau telah bercampur dengan lebih 30 suku kaum di Sabah. Maka, jika anda bertanya adakah Datuk Ibrahim akan membawa BTN ke arah yang sempit, anda perlu mengubah tanggapan itu. Beliau telah menjadi Pengarah BTN Sabah kepada 3 orang Perdana Menteri, 4 Ketua Menteri Sabah dan 4 Ketua Pengarah BTN. 

Datuk Ibrahim Saad adalah satu-satunya ketua jabatan kerajaan di Sabah yang telah memulakan Jelajah Kemerdekaan merentasi Borneo (Sabah-Sarawak) menggunakan jalan darat. Tujuannya satu sahaja, untuk meniupkan semangat cintakan negara dan patriotisme kepada rakyat di sepanjang perjalanan. Saya mengetahuinya dan mencatatnya ketika saya menjadi ketua editor majalah Gemilang dahulu. Banyak pengisian dalam program tersebut seperti ceramah kenegaraan, aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan sebagainya. Inilah yang sepatutnya diberi keutamaan oleh BTN dan inilah yang telah dilakukannya sejak sekian lama.

Pengalaman-pengalaman di atas cukup untuk membawa wadah baharu kepada rakyat Malaysia dalam konteks national identity, Patriotisme dan usaha nation building di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyarankan NGO dan parti-parti politik supaya bersama-sama dengan KP BTN yang baharu dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersatupadu dan patriotik.

Salam dari perantauan,

University City,
Philadelphia, PA, USA.
1 Januari 2016.















MENJELANG 2016: YANG MANA TERBAIK UNTUK MALAYSIA, ANWAR, HJ. HADI ATAU ZAHID ?

on Saturday, December 19


Lihat Wajah Mereka: Kedua-duanya Tidak Sabar Untuk Bekerjasama


SAYA terkejut dengan kenyataan BERSIH kerana mendesak Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin untuk menyokong cadangan BERSIH dan G25 termasuk di dalam isu undang-undang agama Islam. Kata mereka lagi, team Tun Dr. Mahathir sudah tewas dengan team DS Najib. Itu terserah kepada pembaca menilainya. Baca ulangan anda di sini

Di hujung minggu ini, mari kita berbicara mengenai 3 tokoh yang masih mewarnai politik negara kita ini. 

Lihat Kemesraaan Mereka Berdua, Persahabatan Menggamit Perasaan
1. DS Anwar Ibrahim
Di Amerika Syarikat, saya amat terkejut apabila seorang pemandu teksi bertanya kepada saya, apa khabar Anwar? Saya menjawab sedang menjalani hukuman penjara. Dia kata, di Amerika perkara itu tidak salah. 

Peluang pertama Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ialah pada tahun 1998. Ketika itu, Tun Dr. Mahathir sudah bersedia untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Anwar. Malangnya, kejadian serangan matawang dunia oleh Soros, terutama tuduhan-tuduhan penulis buku "50 Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" telah merencatkan harapan Anwar.

Peluang kedua Anwar ketika PRU12 pada tahun 2008. Peluang ini juga tidak menjadi kenyataan kerana kegagalan Anwar mendapatkan 30 ahli MP BN untuk menyeberang kepada PR.

Peluang ketiga Anwar ialah pada tahun 2013. Dalam PRU13 itu, Anwar menang majoriti undi individu (undi popular), namun Anwar kalah jumlah kerusi. Sebenarnya, Anwar kalah kepada sistem.  

Peluang keempat Anwar ialah semasa Rekonsiliasi. Ramai orang sudah mengetahui secara samar-samar mengenai tawaran Anwar sebagai TPM dan dua tiga MP PKR sebagai Menteri penuh. Saya tidak akan menghuraikan hal ini kerana saya mesti menghormati Jusuf Kalla yang kini sudah menjadi Naib Presiden Indonesia. Anda boleh baca semula pertemuan saya dengan Jusuf Kalla di Jakarta dalam blog ini atau mana-mana akhbar. Adakah jika saya mendedahkan surat perjanjian akan merubah politik nasional?

Lihat Langkah Mereka: Seiringan, Berani dan Bersemangat
2. Tuan Guru DS Hj. Hadi Awang
Kesilapan ahli-ahli PAS yang menyeberang kepada PAN yang pro DAP itu ialah mereka memandang rendah Hj Hadi di dalam berpolitik.

Saya telah mengikuti sejak sekian lama ucapan-ucapan politik Hj Hadi.  Ianya konsisten. Hj. Hadi mendidik ahli-ahli PAS bahawa yang dikejar bukan duniawi, bukan jawatan politik dan bukan semata-mata kemenangan politik. Yang dicari kata Hj Hadi ialah keredhaan oleh Allah SWT walaupun tidak menang dalam pilihanraya. Jika mendapat keredhaan dari Allah SWT, maka itulah kemenangan yang sebenar-benarnya.

PAS sudah mencuba dengan DAP sejak sekian lama. Namun, Hj Hadi melihat tiada faedah bersama DAP. Ahli-ahli PAS di peringkat bawahan ada pelbagai pandangan mengenai kerjasama UMNO-PAS. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada yang ragu-ragu. Namun, Hj. Hadi lebih bijak di dalam isu ini.

Saya meramalkan, menjelang PRU14, PAS akan membentuk kerajaan bersekutu bersama BN. Pada tahun 1974 dahulu, kesepakatan perpaduan UMNO-PAS diputuskan ketika Tun Razak dan wakil PAS bertemu di luar negara. Saya percaya, pertemuan DS Najib-Hj. Hadi semasa Multaqa Alumni Al-Azhar baru-baru ini adalah bibit-bibit ke arah itu. Nampaknya, masyarakat Islam di luar UMNO-PAS majoriti memberi pandangan yang positif. 

Saya meramalkan dalam tempoh 24 bulan ini, Hj. Hadi akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan persekutuan. Itu cita-cita majoriti umat Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Lihat Wajah Mereka: Penantian, Harapan Dan Kesetiaan  
DS Ahmad Zahid Hamidi
Amalan sejak merdeka, Timbalan Perdana Menteri biasanya akan menjadi Perdana Menteri apabila seseorang Perdana Menteri melepaskan jawatannya. Maka, secara mudah, DS Zahid akan menjadi Perdana Menteri seandainya Perdana Menteri melepaskan jawatan.

Namun begitu, pada pandangan saya, DS Zahid perlu menjadi Timbalan Presiden UMNO terlebih dahulu. Apa yang berlaku sekarang agak unik dan luar dari kebiasaan.

Namun begitu, DS Najib betul dalam tindakan pentadiran di dalam Kerajaan, di mana kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri terletak di tangan Perdana Menteri. Itu kuasa pregroratif siapa-siapa Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir sendiri mempunyai 4 Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga, DS Najib betul tindakannya di dalam parti UMNO tidak memecat TS Muhyiddin kerana itu jawatan politik yang ditentukan oleh ahli-ahli UMNO. 

Oleh yang demikian, sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid tidak mempunyai pilihan lain melainkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO pada masa akan datang. 

Ketika DS Zahid mempengerusikan satu mesyuarat di Kementah dahulu (2011), beliau menghadiahkan saya sebuah buku bacaan yassin yang saya masih gunakan sehingga ke hari ini.

Bagaimana pilihan anda?

Selamat Berhujung Minggu.



  

  

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan