| Negarawan Tetap Negarawan |
Saya tidak pasti samada Tun Dr Mahathir menyedari atau tidak
bahawa apa yang berlaku di dalam UMNO dan apa yang bergerak di dalam kerajaan
adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Kita di dalam kerajaan masih mengekalkan profesionalisme good
governance menjayakan dasar-dasar kerajaan sejak dahulu hinggalah sekarang.
Hanya sesetengah tidak begitu selesa dengan apa yang berlaku kepada parti
politik pemerintah khususnya konflik kepimpinan dalam parti UMNO. Namun, fokus
di dalam kerajaan tidak pernah lari.
Di dalam kerajaan sendiri, saya tidak pernah mendengar apa-apa
arahan, atau apa-apa pekeliling untuk menolak jemputan ke atas Tun Dr.
Mahathir. Tidak ada arahan untuk memulaukan Tun Dr. Mahathir sama ada secara
bersurat atau pun lisan. Arahan yang biasa diberikan adalah semua anggota
kerajaan mesti fokus kepada kerja kerana harapan rakyat semakin tinggi kepada
Kerajaan.
Pada hari ini, apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan seharian, hatta kereta pancit, roti canai semakin kecil malah sehingga perkara sekecil tahi gigi pun akan dipersalahkan kerajaan. Jika sesebuah jabatan kerajaan tidak mempunyai pasukan siber untuk menjawabnya 'on the spot' maka keseluruhan kerajaan akan menjadi mangsa. Paling terok akan kena adalah sesiapa sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri.
Barangkali apabila Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri, baharulah semua akan berhenti mengkritik kerana di Pulau Pinang hari ini Lim Guan Eng sangat-sangat selesa, aman dan damai!
Tidak ada arahan supaya dewan dan kompleks kerajaan ditutup jika
Tun Dr. Mahathir mempunyai acara. Apa yang berlaku sebenarnya ialah kebanyakan
acara-acara yang melibatkan Tun Dr. Mahathir dianjurkan oleh parti politik dan
NGO. Di dalam hal ini, sudah tentulah pentadbiran kompleks mempunyai
peraturan-peraturan biasa yang mesti dipatuhi.
Sekiranya sesuatu acara itu dianjurkan oleh jabatan kerajaan
atau badan berkanun kerajaan, wakil kerajaan samada Menteri, Timbalan Menteri
atau Ketua-Ketua Kerajaan di bawah bidang tugas masing-masing tetap akan hadir
bersama-sama Tun Dr. Mahathir. Persepsi pasti akan timbul tetapi mereka
meletaknya di belakang.
Sebelum Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, saya mendapati
portal-portal pembangkang memainkan sentimen kononnya Tun Dr. Mahathir dihalang
hadir, kononnya Tun Dr. Mahathir belum pasti hadir dan sebagainya. Walhal,
sebagaimana setiap tahun, semua mantan pemimpin UMNO apatah lagi mantan
Presiden UMNO dijemput secara formal. Yang bising sangat pun media udara
sahaja.
Begitu juga blog Tun Dr. Mahathir, tidak ada arahan kepada SKMM
atau kepada pihak berkuasa untuk menutup blog Chedet. Jika Kerajaan mahu
melakukannya, hanya dengan sekali click sahaja. Tetapi, kerajaan yang ada
hari ini bukan jenis seperti itu.
Tun Dr. Mahathir masih bebas untuk menyatakan pandangannya.
Kerajaan amat menghormatinya. Perdana Menteri berusaha untuk tidak menyakiti
hati Tun Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama Perdana Menteri masih mempunyai
tanggungjawab untuk meneruskan tugas-tugasnya.
Bukti
Adakah anda ada melihat di mana-mana dewan kerajaan, kompleks
kerajaan atau mana-mana venue terpampang arahan tidak membenarkan acara
melibatkan Tun Dr. Mahathir?
Kedua, adakah anda pernah membaca arahan daripada mana-mana
jabatan supaya menghalang kehadiran Tun Dr. Mahathir di dalam majlis-majlis
kerajaan?
Sebabnya mudah, kerana Kerajaan tidak pernah melupakan jasa-jasa
Tun Dr Mahathir yang sangat bernilai kepada agama, bangsa dan negara kita. Kebisingan atau kepekaan Tun Dr Mahathir dengan pena dan kata-kata adalah perkara
biasa, kerana Tun Dr Mahathir sejak awal 1940an sememangnya tidak pernah
berdiam diri. Bacalah riwayat Tun Dr. Mahathir. Anda tidak akan berjaya
menghalang Tun Dr. Mahathir menulis dan memuntahkan ideanya di atas kertas.
Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah. Dari segi politik, Pak Lah
seorang yang tenang, tidak bersifat keras dan mempunyai latarbelakang agama
yang menjadikan diri Pak Lah lebih lembut, steady dan memelihara
negarawanisme dalam dirinya.
Jatuh Menjatuh
Perbuatan jatuh-menjatuh di dalam politik yang berskala besar
seperti UMNO itu perkara biasa kerana mereka melihat banyak opportunities di dalam parti itu.
Seorang bekas Menteri Besar pernah berkata, di dalam UMNO mereka sangat mahir
jatuh-menjatuhkan sesama mereka. Mereka cuma tidak mahir menjatuhkan musuh di
luar UMNO.
Begitu jugalah berpecah dan berpisah di dalam PAS juga perkara
biasa. Kerana kedua-dua parti ini (UMNO dan PAS) mengamalkan demokrasi.
Berbezalah dengan DAP, jika anda mengkritik kepimpinan DAP, anda akan menerima
nasib malang sebagaimana mereka yang telah mengalaminya.
Konflik etnik (DKK, DKA, DKM)* dan kenegaraan (Politik dan Kerajaan)** nampaknya sedang berjalan di hadapan kita. Ciri-ciri inilah yang menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka dahulu! Melayu Mudah Lupa.
*Buku Kebudayaan Melayu oleh Budayawan A. Samad Ahmad. (1990)
**Malaysian Politics and Government oleh Profesor Jayum
Jawan. (2003)
-----------------------------------------------------------
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis.









10 Komen:
Bagus juga penjelasan ini. Sepatutnya pihak kerajaan ada satu pasukan khas yg menjelaskan semua kejayaan dan dasar kerajaan yg betul betul blh dipercayai .segala maklumat jangan ditambah kurang.sebenarnya rakyat tdk tahu apa apa dasar sebab mereka tdk peduli krn sibuk cari makan terutama luar bandar.
Assalam,Inilah yang sebenar kita mahukan.UMNO tidak ada masalah,Kerajaan tidak ada masalah TETAPI yang bermasalah ialah NAJIB.Dia yang menyebabkan keadaan huru hara baik UMNO atau Kerajaan.Dia mengheret UMNO dan Kerajaan ke dalam masalah yang dia sendiri mulakan.Jadi cara terbaik ialah Dia meletak jawatan.....
As salam ... Rakyat perlu diperjelaskan diantara Kerajaan, UMNO dan kepentingan Individu.... Yang penting perkara bersifat Peribadi jangan dikaitkan dengan Kerajaan dan UMNO.... Generasi Y yang mempunyai kuasa MEMILIH perlu diberi maklumat sepenuhnya jangan ada " Nothing 2 Hide "......
Kerajaan tidak berani untuk menghalang Tun kerana Tun adalah Suara Rakyat, daripada Rakyat.
Good Governanace??
Betol ka??
Kebanyakkan yang didalam Kerajaan cuma pentingkan poket masing2 itu yang nyata.
Demi untuk membela kroni tun m kerana bisnesnya dah semakin kurang nak buat keuntungan, terpaksa la mamak tu bising walaupun menuduh najib tanpa ada sebarang bukti. Kejap hilang rm42 bilion, kejap hilang rm27 bilion. Padahal kalau dilihat pada audit yang dilakukan pada 1mdb takde pula sebarang kehilangan dilaporkan. Yang ada hanya hutang yang ditanggung.
Yang dijadikan sadaran oleh mamak tu hanya bacaan dari wsj dan sarawak report, padahal waktu dia berkuasa dulu, laporan-laporan seperti itulah dia cakap pada rakyat supaya jangan percaya. Makin tua makin nyanyuk....
Masaalahnya ialah terlalu banyak pengampu. Dari peringkat bawah sampai keperingkat tertinggi.
Terimakasih di atas komentar yang diberikan
Maaf tuan jika tuan masih menerima pendapat 2.6B sebagai wang derma. Jika benar wang derma mengapa masih tercari kambing hitam sebagai perderma.
Lihat lah dengan mata hati tuan yg benar .
Maaf Tuan saya masih tak dapat menerima penjelasan duit 2.6b sebagai derma.Jika ia sebagai derma mengapa masih tercari kambing hitam sebagai perderma.
Lihatlah dengan mata hati yang benar.bukan sebagai penyokong.
Dari rakyat bukan ahli UMNO.
Post a Comment