Saya telah menerima kiriman email dari seorang profesor di
luar negara yang saya fikirkan perlu dikongsikan bersama dengan pembaca. Terdapat 10 nasihat beliau yang saya kongsikan di bawah.
1. Pada pandangan saya, ahli akademik di Malaysia
perlu didisiplinkan. Jika tidak rakyat bawahan akan menjadi lebih teruk
daripada ahli akademik itu.
2. Apabila ahli akademik tidak tahu menghormati
pemimpin negara, maka rakyat bawahan akan lagi-lagilah tidak pandai menghormati
pemimpin sesiapa pun pada masa hadapan, termasuklah dirinya sendiri. Kita boleh berbeza parti politik dan fahaman politik, tapi perlu beradab dalam kerangka
Islam dan adat Melayu.
3. Ahli akademik yang menyertai politik tidak
boleh dipanggil 'penganalisis politik'. Ahli akademik perlu meletakkan nama jawatan yang sebenar dalam parti politik, bukannya 'penganalisis politik' supaya masyarakat tahu status sebenar mereka, disiplin ilmu mereka, pengalaman dan sejarah akademik mereka.
4. Ahli akademik perlu mempamerkan akhlak, etika
dan adab yang tinggi kerana mereka ilmuwan yang disanjung masyarakat.
5. Walaupun mereka menyertai politik, mereka tidak
perlu terikut-ikut dengan perangai ahli politik yang tidak mempunyai nilai akademik, penting diri sendiri dan merosakkan masyarakat.
6. Jika terdapat ahli akademik menggunakan
istilah, perkataan dan ayat-ayat yang tidak sesuai, macamana anak-anak murid
mereka akan ikut, mereka akan melahirkan graduan yang kurang berakhlak dan
beradab sebagaimana mereka jua.
7. Jika ahli akademik masuk parti politik dan terlalu 'sibuk' dalam politik, adalah lebih baik mereka keluar dari dunia akademik dan
menjadi ahli politik sepenuh masa
8. Ahli akademik sebagai penjawat awam ada
perintah am dan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika mereka melanggarinya, maka
mereka telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan generasi seterusnya.
9. Masyarakat mengharapkan ahli akademik berlaku
jujur dan benar dalam penilaian mereka, bukannya menggunakan kedudukan mereka
untuk menarik sokongan kepada parti politik tertentu.
10. Ahli akademik Islam terutamanya, seharusnya membawa politik
Malaysia dalam kerangka Islam dan adat budaya Melayu yang merupakan teras
budaya di peringkat nasional di negara kita. Jika mereka tidak memberi contoh Islam yang unggul, dikhuatiri mereka akan memberi mesej dan imej Islam yang negatif kepada penganut agama lain.









0 Komen:
Post a Comment