1. Semalam saya bersembang dengan seorang
Profesor mengenai ASEAN dari Universiti di Arizona, Amerika Syarikat. Kami
berbincang hal ehwal semasa. Beliau menceritakan kesukaran Presiden Trump
sekarang, survival dan aktiviti kumpulan elit traders di belakang tabir dalam
politik di Amerika Syarikat.
2. Saya bertanya apakah pandangan beliau
terhadap media Amerika Syarikat seperti Washington Post, New York Times dan DoJ
baru-baru ini menyerang Kerajaan Malaysia. Katanya, anda jangan terlalu percaya
mereka kerana rakyat Amerika juga tidak mempercayai mereka. Di belakang mereka
adalah traders dan semua yang mereka bangkitkan bukannya percuma tetapi
mempunyai kepentingan perniagaan.
3. Maka benarlah kata Tan Sri Khalid
Ibrahim, bahawa cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia
adalah serupa dengan alasan Amerika Syarikat kononnya negara itu mahu
menyelamatkan dunia dengan mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq. Kata TS
Khalid lagi, apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang
diberikan adalah percuma.
4. Semasa saya duduk di Amerika Syarikat,
saya membaca Washington Post, New York Times dan lain-lain kerana jiran saya
tidak membaca akhbar-akhbar itu walaupun penjual akhbar setiap pagi membaling
akhbar-akhbar itu di depan pintu rumahnya. Saya bertanya dia kenapa tidak baca.
Dia jawab, 'okey kamu boleh ambil untuk membacanya jika kamu mempercayainya'.
Oleh kerana setiap pagi saya berjalan kaki menghantar anak-anak ke
sekolah, maka setiap hari saya lalu di rumahnya dan memungut akhbar-akhbar dalam bungkusan plastik itu dan membacanya.
5. Walaupun ada ruangan antarabangsa,
tetapi tidak pernah saya membaca apa-apa berita mengenai Malaysia di dalam
akhbar-akhbar itu. Oleh itu, berita memburukkan Kerajaan Malaysia yang hanya
muncul sekali dua kali dalam 5 tahun apa cerita? Adakah ia dibayar? Siapa
bayar?
6. Semalam saya bertemu kawan lama dari ibu
pejabat UMNO. Sepuluh tahun dulu saya mengenalinya dengan kerjanya yang sama,
perawakan alim yang sama, kelembutan berbicara yang sama, watak Islamnya jelas
terpancar. Apabila saya bertemu dengannya semula selepas 10 tahun, saya melihat
tiada apa-apa berubah kepada dirinya. Dia kekal seperti itu. Kami berpelukan
ketika hendak berpisah. Katanya, di keliling UMNO ini ada pelbagai ragam
manusia, ada yang ikhlas berjuang ada juga yang traders. Nasihatnya, 'apabila
kita meninggal dunia, kita dikubur di atas tanah yang sama, yang tinggal kepada
kita amalan, amanah dan tanggungjawab'. Kesimpulan saya, patutlah dia boleh
kekal lama walaupun Ketua dia silih-berganti.
7. Baru-baru ini saya ke Abu Dhabi,
bersembang-sembang dengan ahli perniagaan di sana. Mereka membawa saya melawat
bangunan Burj Khalifa tertinggi dunia. Mereka sebut syarikat Aabar yang
dimiliki penuh oleh syarikat Ipic. Mereka kenal syarikat 1MDB dari Malaysia
kerana mempunyai bisnes dengan syarikat Aabar. Bagi mereka tiada yang pelik
dalam perniagaan hutang-berhutang. Hampir semua peniaga syarikat besar atau
syarikat kecil akan meminjam untuk memulakan perniagaan mereka. Jika tidak,
bagaimana Bank hendak untung?
8. Sama seperti anda ingin berniaga tetapi
hanya memiliki syarikat trading lesen bernilai RM20.00. Anda kemudian mendapat
projek memasang 1000 unit penghawa dingin di dalam sebuah bangunan baharu. Anda
terpaksa meminjam dengan pelbagai pihak untuk menjayakan bisnes baharu itu
kerana pembekal/kilang mahukan deposit dan cash money. Namun, akibat serangan
bertubi-tubi musuh perniagaan anda yang cemburu, syarikat anda terjejas.
Siapakah yang bersalah? Anda? Syarikat induk anda? Pemberi pinjaman? atau
Perdana Menteri jugakah yang bersalah?
Rujukan:
1. Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan MB
Selangor
2. Catatan perjalanan di USA
2. Catatan perjalanan di Abu Dhabi









5 Komen:
Burj Khalifa di Dubai, bukan Abu Dhabi. Dubai dan Abu Dhabi adalah 2 negeri yg berasingang dlm Arab Emirates. Got that?
Terima kasih. Saya menetap di hotel di Dubai, kemudian menaiki kereta ke Abu Dhabi. Yea, Memang benar Burj Khalifa di Dubai. Gambar saya berikan kemudian. Sedang joging.
salam. penutupan beberapa buah bank dan pendakwaan beberapa otang sehingga ke penjara bukanlah satu retorik dan boleh dilakonkan. Ini melibatkan pelbagai jenayah yang serius...
setuju, penutupan bank di negara asing dan pendakwaan beberapa org di negara asing melibatkan pelaku yg disebutkan, contohnya Amerika mempunyai undang2 ketat mengenai pengubahan wang haram di negara mereka, sesiapa yg terlibat di negara mereka org itu boleh didakwa. Bagi saya dipersilakan dakwa. Adakah mereka sebut dengan terang dan nyata nama Arul Kanda atau Perdana Menteri Malaysia? Saya membaca kertas pendakwaan itu dan tidak ada sebutpun nama PM dan Arul Kanda.
Memang benar mereka menyebut beberapa nama daripada syarikat2 yg berurusan dengan 1MDB. Begitu juga di Singapura dll negara di Eropah, individu2 tertentu yang mereka sebut nama mereka, tidak pun menyebut nama Arul Kanda dan PM Malaysia. Hal2 ini saya pun bersetuju ia bukan retorik.
Yg retorik adalah bila musuh2 politik yg mahu menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak pro termasuk menggunakan Sarawak Report yg tidak diiktiraf oleh Mahkamah London (dalam kes Hj Hadi Awang). Anda boleh rujuk laporan Sarawak Report dahulu dan skrg, berapa banyak mereka tersalah fakta termasuk memadam artikel mereka sendiri kerana tersalah fakta.
Penjelasan TS Khalid Ibrahim (Bebas Pro PAS), Dr Tan Seng Giaw (DAP) serta Arul Kanda (CEO) sangat jelas.
Sedara tak perlulah ko pertahan PM tu, buat penat u jer, yg utung org keliling dia jer, mcm u cakap ler, byk traders keliling PM, org jujur mcm u mereka tak hirau pun, jom masuk DAP !
Post a Comment