Akhbar China Press, 27 November 2011: Lim Guan Eng berpura-pura
Penulis:
Cheah Cheng Huat
1. Pengerusi
parti Gerakan Koh Tsu Koon mengisytiharkan tidak mencalonkan dirinya pada PRU
akan datang, orang yang paling kecewa tidak lain tidak bukan ialah setiausaha DAP Lim Guan Eng, kerana beliau
secara tiba-tiba kehilangan “padang sasar”,
tempat beliau membuat persediaan untuk serang pada PRU akan datang sudah
hilang, sebab itu beliau “berpura-pura” menyeru supaya Koh Tsu Koon diberi
peluang kali yang kedua seterusnya dicalonkan untuk bertanding pada PRU akan
datang.
2. Pada
Tsunami politik tahun 2008, Lim Guan Eng secara tidak sengaja menjadi ketua
menteri Pulau Pinang, apa yang memeranjatkan orang ramai ialah bidalan dalam
perpatah Cina “bapa harimau tidak mungkin melahirkan anak anjing” yang
dikatakan “ anak tunggu di belakang pintu sahaja”. Lim Guan Eng juga mempunyai
“kelebihan” seperti bapanya Lim Kit Siang, apabila mereka hadapi musuh
“suaranya sangat menekan musuh”, tidak hiraukan orang lain, “benarkan perbuatan
diri sendiri sebaliknya tegah orang lain buat perkara yang sama” dan
sebagainya.
3. Tentang
isu ini sebenarnya Lim Kit Sing lebih hebat, kerana beliau pandai berpura-pura
baik, selalu bersikap pura-pura, contohnya apabila Lim Guan Eng jadi ketua
menteri, Guan Eng berkata beliau sanggup beli rumah sendiri di situ semasa
pergerakan kempen Tanjung 1, Tanjung 2 dan Tanjung 3, tidak mahu terlibat
dengan perpindahan di kediaman rasmi ketua menteri, akhirnya beliau berpindah
juga ke kediaman rasmi ketua menteri, sebenarnya di dalam jiwa beliau memang
beliau sangat inginkan tinggal dalam kediaman rasmi itu, kerana di situ beliau
boleh tunjukkan status pangkat ketua menteri.
4. Anak
muda yang berjiwa muda dalam parti dan juga speaker DUN Selangor Teng Chang Khim,
agak tergesa-gesa berkecimpung dalam politik, rasa tidak puas hati sikap
pura-pura itu, dimana Teng keluarkan
satu artikel dalam suratkhbar bertajuk: ‘pegang jawatan kerajaan jangan
berpura-pura’, apa yang disebut oleh Teng Chang khim itu amat bagus, dan apa
yang disebut itu memang benar dan tepat: dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang,
pegawai kerajaan mempunyai kenderaan rasmi dan tempat kediaman rasmi, itu semua
adalah satu kenyataan benar.
5. Lim Guan
Eng lebih hebat daripada Lim Kit Siang, kerana kelebihan Lim Guan Eng pandai membuat
sebaran berita, beliau boleh pergi ke warung di kaki lima cipta berita menjamu
selera, secara kebetulan wartawan tiba-tiba boleh muncul di situ, di keesokan
harinya gambar-gambar beliau dimuatkan ke dalam suratkhabar, memuji ketua
menteri sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat jelata dan beramah mesra
dengan rakyat.
Wartawan Akan Hadir Pada Masa Yang Tepat
6. Pada
hari Ching Ming Jie (hari membersih kubur Cina), Lim Guan Eng balik ke Batu
Pahat membersihkan kubur di sana, wartawan muncul pada masa yang tepat, dengan
itu Lim Guan Eng “cuba kaitkan kisah lama’ di situ, berwatakan memperingati
orang-orang lama di situ, dan dapat paparan luas di dalam suratkhabar.
7. Sebaliknya
watak Koh Tsu Koon, memang bersikap orang terpelajar dan berwatak seorang
berilmiah tinggi walaupun beliau telah berkecimpung dalam politik selama 30
tahun, Koh tetap kelihatan lembut dan sederhana, memang mempunyai sikap seorang
ahli politik yang sejati, tidak terlibat dengan perbalahan dalam berpolitik.
Pada masa beliau masuk ke dalam politik beliau adalah diangkat oleh Dong Zong
ataupun beliau sebenarnya berasal dari Dong Zong, beliau bertanding di atas
tiket mewakili pendidikan sekolah-sekolah Cina, pada masa itu beliau telah
menyinggung perasaan Lim Kit Siang. Sebenarnya pada masa itu oleh kerana Lim
Kit Siang mahu alihkan pandangan orang ramai, kerana tidak berani lawan Lim
Chong Eu bertanding PRU di Seremban, Kit Siang tumpukan kekuatan lawan Koh Tsu
Koon di Pulau Pinang.
8. Pada PRU
2008 selepas Gerakan kalah teruk, Koh Tsu Koon dengan segera secara pantas susun
atur upacara angkat sumpah untuk Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang,
ini menggambarkan bahawa Koh Tsu Koon bersikap ahli politik yang sejati yang boleh
terima apa jua keadaan, sikap-sikap seperti ini yang kurang pada Lim Guan Eng.
Sumbangan Terjemahan oleh A.H./D.N.A.
















1 Komen:
mana2 mereka ni.. tetap cina MA!!! rasis tetap rasis!!
Post a Comment