Showing posts sorted by relevance for query liow tiong. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query liow tiong. Sort by date Show all posts

DS HISHAMMUDDIN - PEMANGKU MENTERI, CUCU BAHARU & UMRAH

on Tuesday, December 24

Kemenangan Chiew Mei Fun (Naib Presiden) Mengejutkan Namun Menarik
KEMENANGAN Datuk Liow Tiong Lai tidak mengejutkan saya, kerana saya sudah menulisnya pada 22 Mei, 2013 yang lalu di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/beri-peluang-ong-tee-kiat-liow-tiong.html bahawa beliau patut diberi peluang untuk memimpin MCA. Kemenangan Liow Tiong Lai juga berbaloi kerana beliau berjaya menunjukkan visi yang jelas untuk masa hadapan masyarakat Cina. Masyarakat Cina dilihat menunjukkan keyakinan dan harapan tinggi kepada beliau.
Kenangan Bersama Datuk Liow Tiong Lai
MCA adalah parti Cina yang sederhana, moderat dan tidak ganas. Kita mesti faham bahawa MCA bukan PAP atau DAP. Kemenangan Liow Tiong Lai diberi gambaran menyenangkan hati semua pihak di dalam BN. Liow Tiong Lai adalah seorang yang sederhana tetapi mempunyai visi perjuangan yang jelas.

Saya percaya Presiden baharu MCA akan membawa MCA keluar dari kemelut di mana saya sangat yakin beliau akan membawa semula MCA ke dalam kabinet dan jawatan-jawatan lain kerajaan di peringkat negeri, daerah dan kampung-kampung. Secara peribadi, dasar Presiden terdahulu yang mengasingkan dan kelihatan berkonfrantasi dengan BN tidak sesuai dan tidak kena tempat. 


SINAR BAHARU - PEMANGKU MENTERI, CUCU BAHARU, UMRAH
Sebagaimana semua sedia maklum, DS Hishammuddin akan memulakan kerja beliau pada awal tahun 2014. Sebagai pemangku Menteri Pengangkutan, saya yakin keputusan terbaharu dalam MCA boleh memberi kelegaan kepada DS Hishammuddin di mana beliau boleh menumpukan tugas beliau di Kementah dan juga sebagai Naib Presiden UMNO, sekiranya wakil MCA diterima semula menganggotai Kabinet.

Sebagaimana saya sebutkan sebelum ini di sini H20 Kerja Kuat Rehat Kurang, DS Hishammuddin terlalu kuat bekerja tanpa memikirkan rehat yang cukup. Pada saya, apa yang telah dialami oleh DS Hishammuddin ketika dirawat di Hospital adalah suatu Hikmah dari Allah SWT. Kini, sinar baharu sudah menjelma. 

Sinar baharu dengan cucu baharu, sinar baharu dengan perubahan di dalam MCA dan sinar baharu di Makkah dan Madinah.

Barangkali selepas ini, saya mencadangkan supaya DS Hishammuddin dan keluarga menunaikan Umrah di Mekkah Al-Mukarramah dan ziarah Masjid Nabawi, khususnya selepas menimang cucu baharu. 

Oleh kerana DS Najib Tun Razak dan keluarga setiap tahun melakukan ibadah Umrah, saya fikir dengan keizinanNYA jua, DS Hishammuddin perlu mempersiapkan diri beliau dengan cabaran yang lebih besar di masa hadapan. 

Saya menerima beberapa emel, khidmat pesanan ringkas dan komentar supaya DS Hishammuddin mempersiapkan diri dengan cabaran yang lebih besar, ada juga yang mahukan beliau menonjolkan diri, dan ada juga yang memberi komen sebagai tokoh dalam pembikinan.


MCA PATUT ADA PRESIDEN BAHARU

on Tuesday, September 10

MCA PERLU PRESIDEN BAHARU 
Secara Amnya, statistik PRU13 menunjukkan hampir semua Pusat Daerah Mengundi (PDM), pengundi Cina memberikan hampir 90% undi kepada DAP, di mana parti Gerakan mahupun MCA hanya memperolehi di bawah 10% undi. 

Saya hanya memberikan angka secara umum sahaja, kerana saya yakin parti-parti Cina seperti DAP, Gerakan, MCA, SUPP, LDP dan lain-lain parti Cina sudah melihat sendiri statistik tersebut di kawasan masing-masing.

MCA adalah parti terbesar masyarakat Cina di Malaysia, ianya semakin tidak relevan kepada masyarakat Cina apabila MCA gagal menunjukkan parti MCA lebih baik daripada DAP. Solusinya sangat mudah, pengendali pasukan hendaklah mengundur diri. 

Anda lihat Fandi Ahmad, walaupun berjaya membentuk pasukan Johor sebagai pasukan disegani, tetapi Fandi Ahmad terpaksa berundur kerana Johor masih tidak menjadi juara. KPI nya ialah Juara, bukan Naib Juara.

Ong Tee Keat adalah Calon Popular di Pandan, namun begitu Ong Tee Keat tidak dicalonkan. MCA tidak mahu meletakkan calon boleh menang Ong Tee Keat di Pandan, sebaliknya meletakkan calon baharu yang tidak dikenali dan tidak popular. Apakah peristiwa ini boleh disebut kebodohan atau kesombongan atau sabotaj? 

Selepas sahaja PRU13, taukeh-taukeh besar Cina malu-malu kucing untuk menunjukkan muka mereka kepada DS Najib. Sebelum PRU13, mereka meminta bermcam-macam kepada DS Najib, dan sebagai Perdana Menteri kepada semua kaum, DS Najib memenuhi banyak permintaan masyarakat Cina sehinggakan orang-orang UMNO dan Melayu marah dan geram kepada DS Najib. Itulah DS Najib, kebaikannya kepada masyarakat Cina dibalas dengan tsunami Cina kerana terpengaruh dengan hasutan DAP.

Saya berpendapat Datuk Liow Tiong Lai patut diberi peluang menerajui MCA. Kelihatannya beliau mempunyai wawasan yang jelas, berbeza dengan Presiden MCA sekarang kelihatan konservatif, ortodoks dan tepu. 

MITOS PENGUNDI MUDA PANGKAH PEMBANGKANG SUDAH BERLALU
Jika MCA tidak berubah, jika MCA masih memiliki Presiden yang sama untuk menghadapi PRU14, saya yakin nasib MCA akan lebih buruk berbanding dalam PRU13.

Bayangkan sahaja, sehingga bulan September ini, MCA masih tidak mampu menubuhkan pasukan siber mereka yang tersusun. Berbeza dengan UMNO malah MIC, kedua-duanya memiliki pasukan siber yang berkesan, ramai dan bersungguh-sugguh. 

Salah satu kejayaan UMNO di saluran 3,4 dan 5 ialah generasi muda berusia 20 hingga 30 tahun memberi undi yang sangat besar kepada UMNO. Saya sendiri sangat terkejut dengan statististik ini, sebelum ini semua orang bercakap kononnya pengundi muda menyebelahi Pakata Rakyat. Tetapi statistik di bandar-bandar yang dimenangi UMNO menunjukkan pengundi muda memberi undi mereka kepada UMNO dan BN! Saya yakin kondisi ini adalah hasil daripada kejayaan pasukan siber UMNO.

Bacaan Ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/beri-peluang-ong-tee-kiat-liow-tiong.html

Di mana-mana ada masyarakat Cina di seluruh dunia, mereka amat memberikan perhatian kepada empat perkara ini untuk memenangi undi mereka, iaitu Bahasa, Perniagaan, Pendidikan dan Kebudayaan (agama) mereka. 

Jika kita membaca buku-buku kebudayaan sesuatu bangsa, masyarakat Cina amat tersinggung sekiranya empat perkara di atas terganggu. Hari ini, untuk menjaga keempat-empat perkara di atas, masyarakat Cina mahukan kuasa Politik, dan mereka terpengaruh dengan janji-janji dan hasutan DAP. 

Maka berlakulah apa yang dinamakan 'tsunami Cina' iaitu statistik mendapati di kawasan-kawasan Cina majoriti di saluran-saluran yang saya dapati memberikan undi kepada DAP berbanding MCA atau Gerakan. Apakah Presiden MCA masih membutakan mata lagi?

*Pandangan di atas adalah dari kacamata saya secara peribadi. Barangkali anda mempuyai pandangan yang lebih baik. 

BERI PELUANG ONG TEE KIAT & LIOW TIONG LAI KEMUDI MCA

on Wednesday, May 22

ONG TEE KIAT DIKENALI & DISENANGI DI PARLIMEN PANDAN
KEPUTUSAN PRU13 sudahpun menjadi hak milik seluruh rakyat Malaysia, semua parti yang memenangi telahpun membentuk Kerajaan masing-masing. PKR mengetuai kerajaan negeri Selangor, DAP menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, PAS pula membentuk kerajaan negeri Kelantan. Manakala di negeri-negeri lain BN membentuk kerajaan termasuklah di peringkat Persekutuan. Inilah keputusannya, cantik bukan, tidak perlu mengheret rakyat melayan kekecewaan diri kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

Ahli PKR Sabah yang baru, Musli Oli mengkritik Anwar, katanya kalau Anwar tidak gopoh Pakatan Rakyat sudah membentuk Kerajaan, malangnya Anwar terlalu sibuk membuat himpunan menolak keputusan PRU13. Kata Mursi Oli lagi, saya menyertai PKR bukan kerana saya sokong Anwar, saya hanya tertarik dengan janji-janji Buku Jingga sahaja kepada negeri Sabah katanya.

Antara lain MusliOli menulis, "Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot"
 
Tambah beliau lagi, "Amat ketara, PKR telah gagal memenangi kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk."

Komen beliau lagi, "Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan"

Tegas beliau , "Saya menyertai PKR pada November 2011 kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga. Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20".

Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama 'Vicious Cirle Of Poverty' di Sabah. Di samping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.
 
Atas sebab-sebab itulah saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat 'NEW DEAL' daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.

Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea, bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist; walaupun saya seorang penulis politik.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau ini, "Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis; "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah"

Sambung Mosli Oli lagi, "Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU".
 
 
Sebagai seorang pemerhati politik, pandangan Mosli Oli adalah relevan dan saya mengikuti tulisan-tulisan beliau sejak sekian lama. Malah saya turut membaca artikel-artikel beliau dalam tesis sarjana saya.
 
CADANGAN
Isu sekarang ialah, selepas selesai PRU13, apa perancangan UMNO dan BN untuk mengenalpasti pengundi-pengundi muda dan mereka yang akan menjadi pengundi dalam 5 tahun akan datang (PRU14).
 
Menggembirakan diri dengan kemenangan 133 atau merampas Kedah, atau bersedih dengan kekalahan lagi di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukanlah satu tindakan yang bijaksana.
 
Jentera UMNO dan BN seharusnya digerakkan mula dari sekarang dengan mendekati anak-anak muda di kolej dan universiti, terutama di luar negara. Apakah UMNO dan BN ada menubuhkan pasukan untuk mendaftar pelajar-pelajar atau pekerja rakyat Malaysia di California, Las Vegas, New York dan sebagainya. Bagaimana mereka ini ramai pelajar tajaan JPA dan MARA yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak mengundi kerana masalah logistik. Bagaimana mereka hendak mengundi jika hendak pergi ke pusat mengundi di Washington DC mengambil masa berjam-jam perjalanan darat dan memerlukan kos kapal terbang jika lebih jauh. Saya fikir, SPR perlu mengkaji juga hal-hal seperti ini.
 
Kenangan Saya Bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia Seorang Pemimpin Cina Yang Moderat & Sederhana
RAHSIA UNDI CINA
Di dalam negeri, apakah UMNO dan BN ada menggerakkan sayap partinya untuk membuka kaunter pendaftaran pengundi di kolej-kolej Swasta. MCA dan GERAKAN patut menggerakkan hal ini jika kolej-kolej swasta itu seperti UNITAR dan sebagainya dipenuhi pelajar-pelajar Cina!
 
Pada tahun 2008, parti DAP khususnya sayap pemuda dan wanita DAP telah menggerakkan kios-kios bergerak di kolej-kolej swasta dan juga di pasaraya-pasaraya terpilih dengan mendekati golongan muda dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Target mereka adalah untuk menang pada tahun 2013. Dan ternyata mereka berhasil, di mana mereka berjaya memenangi negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan penuh bergaya. Inilah rahsia mereka. Bukan kerana undi Cina swing kepada DAP atau Cina tidak sokong BN semata-mata. Isu ini ialah isu dasar yakni pendekatan kita kepada mereka. 

KEMPEN DAFTAR MULAI SEKARANG
Di pihak agensi kerajaan pula, setiap kali kita mengadakan seminar dan kursus apa sahaja, perlu diwujudkan satu kios bergerak di mana kempen-kempen mendaftar sebagai pengundi ditempatkan di semua kursus-kursus atau seminar oleh mana-mana agensi kerajaan ataupun GLC kerajaan. Dalam hal ini, penglibatan SPR boleh dimanafaatkan kerana kesedaran pentingnya mendaftar sebagai pengundi perlu ditekankan dalam konteks kenegaraan dan demokrasi berparlimen.

Sebagai contoh, kita mendesak kerajaan dan kita bercakap tentang kewajipan mewajibkan Lulus pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Awam PMR, SPM dan STPM. Jika kita hendak dasar ini dilaksanakan,ianya perlu dibahaskan di Parlimen dan memerlukan sokongan majoriti dalam Parlimen barulah dasar-dasar seperti ini boleh dicadangkan dan dilaksanakan. Namun begitu, jika jumlah wakil rakyat kita tidak mencukupi, apa dasar pun kita tidak mampu laksanakan kerana kurangnya sokongan.

Begitu juga hal hudud, jika ada kesungguhan, ianya boleh dibentang di parlimen, dibahas dan dibincangkan di parlimen, jika wakil bukan Islam memahami hal-hal undang-undang Islam ini, ianya mudah dilaksanakan. Namun samalah juga bahawa kita memerlukan majoriti yang mencukupi di parlimen.

Bagaimana hendak mencukupi di Parlimen jika kita tidak mendaftar sebagai pengundi berdaftar? 

Kerajaan boleh melaksanakan banyak perkara yang baik kepada rakyat jika kita mempunyai Kerajaan yang kuat. Hari ini, tanpa dua pertiga pun, kerajaan mampu menurunkan harga minya RON97 sebanyak RM0.20 sen tanpa perlu menjerit-jerit di pentas ceramah.

Kita tidak harus meminggirkan masyarakat Cina hanya kerana keputusan PRU13 yang sedemikian rupa. Kita perlu mencari jalan dan melaksanakan lebih banyak program-program Perpaduan, Integrasi Nasional dan Integrasi Internasional (pelajar/rakyat Malaysia di luar negara), Patriotik, Nasionalisme, Kenegaraan dan ketatasusilaan.

Agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang berkaitan cinta negara perlu berganding bahu dengan mereka supaya mereka faham keperluan sebuah negara yang aman, sejahtera dan patriotik bukannya sebuah negara yang huru-hara dan tidak sejahtera.

Selamat membaca.


 

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan