Dato' yang dihormati,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.
Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.
Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.
Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?
Salam Hormat.
Assalamualaikum.















12 Komen:
stuju tuan, teruskan perjuangan.
saya tidak setuju dia meninggalkan pas..biar dia dipecat! kita lihat samada pas berani pecat dia atau tidak?
Saya pun tak setuju Datuk Hassan berundur. Elok jalankan tanggungjawab seperti biasa. Jika PAS pecat, ia terpaksa membayar dengan harga yang mahal pada saat krisis keyakinan terhadap kredibitinya dipersoalkan oleh pendukung gerakan Islam.
PAS hari ini, sangat berbeza jika dibandingkan dengan zaman Ustaz Fadzil Noor. PAS hari ini tampak letih dan lemah, sehingga diperkudakan oleh DAP.
Ini pandangan ikhlas saya, pengikut PAS sejak 1999.
kenapa perlu berundur dari PAS....puak2 erdogan ini akan terpelanting sebaik sahaja anwar masuk sungai buluh..
Pinjam surat tuan untuk siaran blog saya.tq
Saya setuju agar Dato` Hassan Ali teruskan perjuangan dalam PAS. Sudah sekian lama dia berjuang walaupun yang banyak memartabatkan dia ialah UMNO. Lagi pun penat lelah Hassan Ali menaiktarafkan PAS di Selangor belum berbayar lagi. Jika dipecat dari PAS tunggulah balanya.
pinjam surat tuan utk fb sy...tq..
Saya setuju...letakkan Agama dan kedaulatan bangsa no 1..bukannya Politik..kita kena tahu beza antara kehendak politik dan kehendak Agama dan bangsa..mcm mana nak bersatu kalau nak duduk semeja pun tak nak...jadi jgnlah cakap mengenai Islam..kerana Islam itu bersaudara...
Ambo setuju dgn KZSO....jika dipecat, akan terdedah kerakusan pemimpin Pas mengejar kuasa, pangkat dan kedudukan dari asas perjuangan parti, ambo juga yakin Pas tidak berani memecat Dato Hasan jika mereka fikir kredibiliti mereka akan tercabar.
menurut sumber...mesyuarat mahu dato' hassan ali digantung sahaja iaitu 6 hingga 18bulan (ada yg menyebut 15 bulan) sebab dato' hassan ali berjuang atas nama pas. disamping itu, dato' hassan ada banyak rahsia pas yang kalau dibongkar akan memalukan pas..tapi atas desakan (atau boleh dikatakan atas perintah) azmin, maka terpecatlah dato' hassan ali..
ramai ahli bawahan (grassroot) pas terkejut atas kepimpinan pas yang menurut perintah azmin (pkr)...
Jangan samakan Anwar dengan Erdogan. Erdogan memperjuangkan Islam di negara yang sekular. Anwar memperjuangkan kemusnahan Islam di dalam negara yang memiliki Islam sebagai agama rasmi.
Saya berbendapat, bila menyamaratakan status Anwar dengan Erdogan adalah satu penghinaan pada Erdogan iaitu pejuang Islam yang sejati.
Anwar adalah lebih mirip kepada Mustafa Kamal Altartuk lakatullah.
DARI UMNO KAMU DATANG, ESOK...ESOK...KE UMNO JUGA KAMU KEMBALI...
Post a Comment