Thesis PhD oleh Lee Ong Leong, Sarjana Univerisiti Singapore, mengesahkan kewujudan Mayarakat Bugis di Sabah dalam kajiannya sebelum tahun 1958
(Sabah hanya Merdeka pada 16 September 1963)
(Sabah hanya Merdeka pada 16 September 1963)
JUMLAH MASYARAKAT BUGIS SEBELUM TAHUN 1958 DI TAWAU YANG DIREKOD SAHAJA DI SATU ESTATE IMAM DI BORNEO ABACA LIMITED.
Perumahan Awal Masyarakt Bugis Di Tawau, Sabah pada awal tahun 1950.
Pada siri kedua kelak, saya akan menunjukkan bukti-bukti daripada tulisan Sarjana Belanda dan bekas pegawai-pegawai Belanda dan British yang menjajah daerah Tawau sekitar tahun 1770-an dan sekitar tahun 1870-an.
Kajian sarja membuktikan bahawa masyarakat Bugis di Sabah sudah wujud lebih awal daripada kedatangan masyarakat Cina ke Sabah. Malah lebih awal daripada kemasukan masyarakat lain ke Sabah beratus-ratus tahun sebelum syarikat-syarikat British dan Belanda sampai ke Sabah. Maka status Bumiputera perlu diberikan kepada masyarakat Bugis di Sabah. Kerajaan Negeri diminta pro-aktif di dalam hal ini.
Selamat Membaca.
Nota: Persatuan-Persatuan Bugis di Sabah sepertim PKBS, Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Bugis Melayu, Kecapi dan lain-lain. Sumbangan Dana dari anda diharapkan untuk mendedahkan Sejarah sebenar ini kerana kebanyakan Surat-surat lama, Manuskrip lama dan gambar-gambar lama berada di London dan Amstterdam. Ianya dalam bentuk mono skrip, gambar lama, akhbar lama dan sebagainya.
Kajian ini sangat penting, namun saya tidak mempunyai dana untuk semua itu. Apa yang saya usahakan ini hanyalah untuk masa depan generasi kita supaya kelak mereka akan dapat memberi sumbangan dengan lebih baik kepada agama, bangsa dan negara kita.
Saya sedang berfikir untuk menjadikan perkara ini sebagai thesis PhD saya. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sumbangan saya yang sangat kecil untuk generasi saya di Sabah.
Salam hormat.

















