| BERKARISMA |
Hak itu ialah hak pembangunan. Secara ringkasnya Lee Kuan Yew menulis, oleh kerana Sabah, Sarawak, Singapura sudah bersetuju bergabung untuk membentuk Persekutuan Malaysia maka Rancangan Malaya bertukar nama kepada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) ketika itu berlakunya pembentukan Malaysia.
Dalam Rancangan Malaysia Pertama, Lee Kuan Yew mendesak supaya Bajet Pembangunan untuk negeri Sabah dipinjamkan dahulu (didahulukan) kepada Singapura. Dalam buku Lee Kuan Yew, tidak dinyatakan apakah Tun Mustapha atau Tun Fuad Stephen membantah atau tidak perbuatan Lee Kuan Yew itu. Saya sudah terangkan lama di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/10/singapura-penyebab-sabah-mundur.html dan pernah didebatkan di forum-forum Sabah.
Kadang kala saya berfikir, oleh kerana artikel saya rupanya menarik minat pembaca sehingga menarik minat ramai orang termasuk rakan-rakan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, seperti ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/03/500000-keturunan-bugis-sabah-di.html dan http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html , maka saya mesti menerangkan supaya pembaca dapat menerimanya. Namun, ianya bukan mudah.
![]() |
| KARISMA TUN MUSTAPHA DAN TUN DATU MUSTAPHA |
Tahun ini (2013), saya tidak fikir sesuai untuk menulis hal Khairy Jamaludin di sini, namun kelihatan Khairy Jamaludin sedang berusaha memperbaiki keadaannya, persepsinya dan berusaha menyesuaikan perjuangan politiknya. Baru semalam saya terbaca di Harakah, bertanya mengapa Khairy Jamaludin kelihatan senyap di media arus perdana.
Apabila saya bertanya seseorang, katanya, "Pemuda sebenarnya sedang bekerja di bahagian grassroote tanpa laporan media".
| LEE KUAN YEW MERAMAL KEDUA-DUA MEREKA |
Namun begitu, DS Najib mempunyai pemikiran yang praktikal dan mudah. Tidak kira jika anda Pemuda, Wanita, Puteri, AJK Bahagian atau sekadar ahli biasa jika anda memenuhi kriteria calon boleh menang, anda pasti terpilih. Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). (http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130410/px_63/PRU-13-2-kriteria-calon-boleh-menang-BN-diutamakan---PM#ixzz2QM3gGap0)
Jika anda selalu mengikuti Perbahasan Khairy Jamaludin, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Dato Razali Ibrahim (sekadar beberapa nama) di Parlimen dan dalam dewan seminar, sememangnya mereka memiliki keampuhan yang diperlukan oleh sebuah parti yang besar seperti BN dan UMNO. Isu sebenarnya adakah tahun 2013 berpihak kepada mereka lagi?
| RUMURS BAKAL MENTERI BESAR KEDAH |
Saya yakin, DS Najib tidak pernah mengenepikan kepimpinan Pemuda. Seperti kata Khairy Jamaludin, dalam masa PRU lah untuk menunjukkan kesetiaan yang sebenar kepada parti walaupun tidak dicalonkan
















0 Komen:
Post a Comment