SAYA tertarik dengan artikel terbaharu Lim Kit Siang ini. Sebenarnya saya
sudah membaca buku Lim Kit Siang bertajuk “Malaysia: Crisis Of Identity”
ketika saya berumur 20 tahun. Dalam buku terbaharu ini,
saya turut menulis ulasan mengenai buku Lim Kit Siang itu.
Tegas Lim Kit Siang, “Untuk menyelamatkan Malaysia, mungkin masa telah tiba untuk
membentuk sebuah kerajaan baru yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dari
parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan perlembagaan dan
kedaulatan undang-undang, dengan seorang Perdana Menteri baru”.
Lim Kit Siang sudah tahu apa akan berlaku kepada Pakatan Rakyat
selepas pembentangan Hukum Hudud di Parlimen tidak lama lagi. Lim Kit Siang tahu
UMNO akan menyokong private bill ini kerana UMNO sudahpun sebulat suara
menyokongnya di DUN Kelantan. Ianya tiada perbezaan.
Lim Kit
Siang membangkitkan isu baharu katanya Hukum Hudud ini bertentangan dengan
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan ‘Kesamarataan di sisi
undang-undang’. Lim Kit Siang lupa bahawa kepada PAS khususnya, alasan itu tiada ketakutan kebimbangan sedikit pun kepada PAS.
Pakatan Baharu: DAP-PKR-GERAKAN-MCA
Jika
dilihat semula cadangan Lim Kit Siang itu, bermakna mana-mana parti yang
menentang Hudud akan berdiri di sebelah DAP. Sudah tentu dalam hal ini,
parti-parti itu ialah MCA dan Gerakan di Semenanjung Malaysia dan PRS di
Sarawak. Parti-parti lain di Sabah dan Sarawak belum menyatakan pendirian rasmi
mereka.
Soalnya MCA dan Gerakan adalah dua buah parti pro Cina yang lemah dan dilemahkan sendiri oleh DAP. Mereka sudah terperangkap. Sekiranya MCA dan Gerakan memiliki 21 kerusi parlimen, maka mereka bernilai dan berharga. Malangnya mereka hanya memiliki 7(MCA) dan 1 (Gerakan) kerusi sahaja, maka mereka meninggalkan BN satu kerugian besar dan mereka menyertai DAP juga satu kerugian yang besar.
Manakala
BN boleh menambah kelompangan baharu yang ditinggalkan MCA dan Gerakan di atas dengan penyertaan baharu daripada parti
PAS yang memiliki 21 kerusi parlimen sekarang.
Komen Lim Kit Siang kepada PAS, “Dengan mengemukakan rang undang-undang
persendirian bagi pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan sama sekali keputusan
Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu bahawa sebarang
rang undang-undang persendirian berkaitan hal itu perlu terlebih dahulu
dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, serta sebagai
satu lagi pelanggaran setelah PAS Kelantan melanggar Kerangka Kerja Dasar
Bersama Pakatan dengan mengemukakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang
kemudiannya diluluskan oleh DUN Kelantan, Pakatan seolah-olah tidak lagi wujud
di mata Presiden PAS,”
Sekiranya idea ini menjadi kenyataan, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia akan bernazar.
Pengajaran Kepada UMNO dan PAS
Sementara itu, Malaysia akan memasuki era baharu dengan landskap politik baharu. Jangan menyalahkan sesiapa mengapa ianya berlaku, ini semua salah Lim Kit Siang sendiri. Teori politik Lim Kit Siang telah memakan dirinya sendiri, kerana membunuh habis-habisan bangsanya sendiri (MCA dan Gerakan), namun Lim Kit Siang tidak rugi 100% kerana dia sudah memiliki Pulau Pinang.
Sementara itu, Malaysia akan memasuki era baharu dengan landskap politik baharu. Jangan menyalahkan sesiapa mengapa ianya berlaku, ini semua salah Lim Kit Siang sendiri. Teori politik Lim Kit Siang telah memakan dirinya sendiri, kerana membunuh habis-habisan bangsanya sendiri (MCA dan Gerakan), namun Lim Kit Siang tidak rugi 100% kerana dia sudah memiliki Pulau Pinang.
Kepada UMNO jangan habis-habisan menentang PAS. Kepada PAS janganlah jua habis-habisan menentang UMNO. Pelajarilah apa yang telah berlaku kepada DAP, MCA dan Gerakan !









1 Komen:
Dont under estimate what has been written by admin above! Those things can just happen. PASMA and PKR Malays may just join ranks with them.
Post a Comment