"Perbincangan
Meja Bulat Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14", pada 23 Jun,
2016 di Putrajaya.
1.
Profesor Datuk Dr. Raduan Che Ros di akhir persidangan meja bulat ini memberi
kesimpulan tuntas, "Jika Esok PRU-14, UMNO dan BN Akan menang besar".
2.
Menurut beliau lagi, kemenangan besar BN di Sarawak dan UMNO di PRK Sg Besar
dan Kuala Kangsar memberi nafas baru dan penemuan cara baru kepada BN. Menurut
beliau lagi, BN boleh bermimpi untuk mendapat majoriti 2/3 dgn syarat BN
hendaklah memainkan cara berpolitik seperti sekarang iaitu "memahami
keperluan rakyat".
3.
Tambahnya lagi, BN hendaklah menjadi Juara Rakyat sepertimana BN lakukan
sekarang, majoriti 2/3 itu boleh diperolehi termasuk pengundi atas pagar,
pengundi Cina dengan syarat BN dapat memenuhi keperluan rakyat.
4.
Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, jika ahli-ahli
politik terlampau banyak politiking rakyat akan muak sebagaimana berlaku kepada
Pakatan pembangkang yang terlampau berpolitik segala hal akhirnya rakyat muak
dengan mereka.
5.
Walaupun BN menang di Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, tetapi isu-isu
1MDB dan GST akan terus dimainkan oleh pembangkang, maka BN tidak boleh
menggunakan keputusan PRK dan PRN sebagai penanda aras konon isu-isu telah
selesai.
7.
Tambah Profesor Ulung lagi, Track record 5 tahun seseorang Wakil Rakyat di
kawasannya akan menjadi penentu seseorang calon di kawasan itu untuk menang.
8.
Kemenangan BN di Sarawak disebabkan kelemahan pakatan pembangkang, dan rakyat
Sarawak telah mendapat apa yang mereka inginkan melalui desakan-desakan ke atas
Kerajaan Persekutuan.
Menurut
Prof Jayum, tuntutan itu sebenarnya bukan baharu ianya sudah disebut sejak 1963
lagi seperti tuntutan melantik orang-orang Sarawak yang berkelayakan di
kedudukan penting seperti Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, Ketua-Ketua
Jabatan, Vice Canselor dan sebagainya.
9.
Menurut Prof Jayum lagi, rakyat Sarawak tidak akan meminta untuk keluar dari
Malaysia tetapi apa yg berlaku sebenarnya seumpama anak-anak yang meminta
perhatian daripada bapanya.
Nota:
1. Profesor Datuk Dr.Raduan Che Ros, Ketua Pegawai Eksekutif MPN
2. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Bahruddin, Timbalan Pengerusi MPN
3. Profesor Dr Jayum Jawan, Timbalan Ketua Kluster Politik,Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, MPN









0 Komen:
Post a Comment