Showing posts with label Hishamuddin. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin. Show all posts

PESANAN DATO' ONN JAAFAR

on Thursday, October 3

DATO ONN JAAFAR MELAWAT KANAK-KANAK & KAUM IBU (1949)
Assalamualaikum ahli UMNO yang saya hormati,
Tahukah kalian, pada 11 Oktober 1945, Harold Mac Michael mendarat diam-diam di Pelabuhan Klang, Selangor. Dia yang sedang bertugas di Palestin, dihantar ke Tanah Melayu dibantu penterjemah Alec Newbolt  dengan satu misi untuk merampas pemerintahan Tanah Melayu ini menjadi "Malayan Union". Di antara intipati Malayan Union berbunyi, "...Segala harta benda kepunyaan negeri hendaklah diserahkan kepada kerajaan Malayan Union...".

Tahukah kalian asal-usulnya UMNO itu lahir, 
Tatkala itu (1945), berhubunganlah Dato' Onn Jaafar ketika itu bekerja sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dan memimpin Persatuan Melayu Semenanjung Johor dengan pemimpin-pemimpin di seluruh Tanah Melayu.
PERARAKAN AHLI-AHLI UMNO BERJAYA MEMUJUK DATO ONN JAAFAR KEMBALI MEMIMPIN UMNO (1950)
Akhirnya tokoh-tokoh awal seperti ZABA, Tunku Abdul Rahman(Kedah), Panglima Bukit Gantang(Perak), Yunus Hamidi (Pengarang akhbar Majlis), Kamarudin Hj. Idris (Bendahari) bersama-sama dengan Dato' Onn Jaafar mengadakan Kongres dan menubuhkan UMNO yang kita orang Melayu warisi dan nikmati hasilnya di kala ini.

Marilah kita baca semula pesanan dan ucapan pertama Dato' Onn Jaafar 67 tahun dahulu,

"Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah...Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita...Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk-nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati" (1 Mac 1946).
UCAPAN TERAKHIR DATO' ONN JAAFAR SEBAGAI YDP UMNO (1951)
Pada tahun 1950, Kerajaan Penjajah British akan membuat Undang-Undang Kerakyatan di mana Dato' Onn Jaafar adalah wakil UMNO di dalam Majlis Mesyuarat (seperti Parlimen hari ini). Dato Onn Jaafar mahukan supaya suatu Undang-Undang Kerakyatan yang jelas kepada Rakyat Raja-Raja Melayu, Rakyat Negeri-Negeri Melayu, Rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau Rakyat British. Namun, beberapa cadangan Dato Onn Jaafar tidak diterima.

Semasa Perhimpunan UMNO ke-dua pada tahun 1950, Dato' Onn Jaafar meminta supaya dirinya tidak dicadangkan sebagai Yang Dipertua UMNO (Presiden UMNO) bagi sesi 1951/1952.

Tun Razak yang ketika itu sebagai Naib Yang Dipertua (Pemuda) datang berjumpa Tunku Abdul Rahman yang baharu balik dari London memujuknya bersetuju menerima pencalonan Yang Dipertua UMNO. Pada mulanya Tunku tidak berkehendak malah meminta Tun Razak menerima jawatan itu, tetapi Tun Razak menolak kerana katanya dia masih terlalu muda. Akhirnya, selepas dipujuk Tunku Abd Rahman bersetuju dicalonkan sebagai Yang Dipertua UMNO.
ENCIK IBARHIM MAHMOOD WAKIL UMO PULAU PINANG BERUCAP MEMUJUK DATO' ONN JAAFAR (1950)
Semasa mesyuarat pemilihan UMNO 1951-1952, Dato Onn Jaafar meminta supaya dicari orang lain yang boleh menggantikannya untuk memimpin UMNO. Marilah kita lihat beberapa intipati ucapan terakhir Dato Onn Jaafar,

"Saya juga telah dituduh berkehendak dengan sebab mengambil satu langkah kepada satu langkah berkehendak mengambil atau mencari faedah bagi diri saya sendiri atau kesenangan saya sendiri. Maka tuduhan ini juga saya sifatkan dengan sekeji-kejinya...oleh kerana saya sendiri tidak dapat hendak menerima syarat-syarat yang didatangkan oleh DYMM Sultan Johor ke atas saya menyekat pekerjaan dan perjalanan saya semasa menjadi YDP UMNO ini maka saya telah meletakkan jawatan Menteri Besar itu. Adakah langkahan semacam itu, langkahan seorang yang semata-mata mengejar kepada kesenangan atau yang semata-mata berkehendak mencari kebesaran dirinya" (teks penuh dalam simpanan saya).

Selepas mengucapkan Selamat kepada semua AJK UMNO 1951-1952, Dato Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya kerana, salah satu tujuan UMNO dalam Undang-Undang Tuboh UMNO ialah mendapatkan kemerdekaan.

Kata Dato Onn Jaafar, "walaupun saya tidak lagi sebagai YDP UMNO, tetapi kita (UMNO dan IMP) akan bersama-sama berjumpa semula dalam pilihanraya 1955."
PERSIDANGAN ALIM-ULAMA DI KUALA LUMPUR BERSAMA DATO' ONN JAAFAR (1951)
Pada masa itu (1951-1952), Tun Hussien Onn adalah Setiausaha Agung UMNO dan Tun Razak adalah Timbalan YDP UMNO yang menang tanpa bertanding.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, Dato' Onn Jaafar turut mengucapkan tahniah kepada Tunku Abd. Rahman.

Begitulah sepintas lalu perjuangan Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO, menyerahkan kepimpinan UMNO kepada Tunku Abd. Rahman dengan cara yang tertib, sopan dan mulia. Hari ini, legasi Dato' Onn Jaafar disambung oleh allahyarham Tun Hussien Onn dan kini DS Hishammuddin Tun Hussien.
ALLAHYARHAM TUN HUSSIEN ONN, SETIAUSAHA AGUNG UMNO 1951-1952
PERDANA MENTERI KE-7 DAN KE-8
Saya pernah meramalkan Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Saya belum lagi meramal siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-7, mungkinkah DS Hishammuddin Tun Hussien! Bolehkah agaknya saya menggantikan penulis Syed Hussien Al-Attas yang pernah meramalkan Ustaz Ashaari Muhammad dan YB Khairy Jamaludin bakal Perdana Menteri sebelum 40 tahun? 

Sebelum ini saya pernah meramal DS Mukhriz dilantik di dalam kabinet persekutuan (http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/03/mukhriz-menteri-timbalan-menteri.html)  dan Menteri Besar Kedah (http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/rombakan-kabinet.html), nampaknya kedua-dua ramalan saya benar-benar belaka.

Saya tidak berani hendak meramalkan Dato' Zahid Hamidi, kerana dalam satu perjumpaan tertutup yang saya hadiri Dato' Zahid Hamidi berkata, "saya tidak bercita-cita menjadi Perdana Menteri". Mungkin beliau bermain-main sahaja dengan kata-kata itu. Wallahu'alam. Apapun ketegasannya amat bagus, boleh bikin DAP panasaran. Apabila saya membaca surah yassin pemberian DS Zahid Hamidi mudah di bawah kemana-mana.

Apa pun, "Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmaakirin", dalam bahasa orang putih bermaksud "we plan, Allah plan, and the best planner is Allah's" .
DALAM KENANGAN : ALLAHYARHAM DATO' ONN JAAFAR DI AWAL TAHUN 1940-AN
DS HH : RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Selamat Malam Jumaat. Selepas ini kita fokus kepada pertandingan Wanita pula. Sebagai permulaan, "Adakah Dia Orang Pak Lah?"




TAK MENGHAIRANKAN 100% UMNO SABAH UNDI DS HISHAMMUDDIN, SIAPA TARIK DIRI?

on

CALON POPULAR DI SABAH
Dalam tiga artikel saya sebelum ini, ianya mendapat respon daripada ahli-ahli UMNO khususnya. Selain daripada DS Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Akhramsyah Tan Sri Sanusi, saya memberi tumpuan kepada DS Hisyammuddin. 

Calon-calon lain masih dalam penilaian ketat saya. Saya tidak boleh mengadili perkhidmatan seseorang di dalam Kabinet sahaja, tetapi juga di dalam UMNO.

Sebagaimana anda sendiri, saya juga mempunyai asas saya untuk menilai dan memberi sokongan kepada mereka. Pernahkah saya menghina dan memfitnah calon-calon lain dalam tulisan saya?. 

UMNO ialah parti demokrasi, tetapi bukan demokrasi barat, demokrasi UMNO ialah Demokrasi Tradisi (Baca Ucapan Tun Dr. Mahahthir pada tahun 1988 di dalam buku saya Dilema Melayu Sabah). Ulasan makna demokrasi tradisi di dalam ucapan itu.

DS ALI RUSTAM DICADANG YB SENATOR MANAKALAH TS ISA SAMAD PENGERUSI FELDA YANG BERJAYA
TARIK DIRI, SIAPA?
Saya percaya, beberapa calon wajar menarik diri menjelang hari pemilihan tidk berapa lama lagi. Saya tidak perlu mendedahkan siapa dia sama ada calon Ketua Wanita, Ketua Puteri, Ketua Pemuda atau calon-calon Naib Presiden.

Pemilihan UMNO 2013 kali ini sangat seronok kerana tiada kem "team wawasan" sebagaimana zaman Anwar dahulu. Kelihatannya, masing-masing calon bertanding secara sehat dan masing-masing penyokong hightlight calon masing-masing. 

Kedemokrasian dalam Pemilihan UMNO kali ini kelihatannya memberi kecemburuan kepada parti-parti lain khususnya PAS turut menjejaki cara-cara UMNO dengan menekankan integriti dan sebagainya.

Jika beberapa calon Naib Presiden dan beberapa orang Ketua Pemuda UMNO menarik diri, pemilihan akan lebih menarik. Fokus ahli-ahli UMNO untuk memilih akan lebih fokus.

Kita sendiri boleh mengagak siapakah yang akan menarik diri. Mereka yang tidak berkempen sangat, mereka yang kurang berkempen sangat dan mereka yang sering terseyum lebarr bilamana disapa oleh wartawan, saya percaya mereka sedang dilanda keseronokan oleh kehebatan diri sendiri.

Tidak perlu saya memberi nama, kerana kita perlu menghormati sehinggalah mereka mengumumkannya sendiri.

Bukanlah mereka takut atau telah dibeli, tetapi mereka melihat kekuatan UMNO sekarang perlu dipulihara. Mereka sedar UMNO mesti menjadi contoh dan kebanggaan kepada orang-orang Melayu untuk diberitunjuk kehebatanperpaduan di dalam UMNO.

Saya ingin mengucapkan Tahniah peribadi saya kepada DS Ali Rustam kerana berjaya menghabiskan pengajian Sarjana Sejarah beliau di Universiti Malaya, kerana kami satu kelas dan memiliki Profesor penyelia yang sama. Saya hadir semasa DS Ali Rustam mempertahankan thesisnya. Cuma beliau lambat menghabiskan pengajianya kerana kesibukan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sebelum ini, terdapat gossip beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Namun, ternyata beliau mengisi borang juga. Jika beliau menarik diri sekarang pun tidak mengapa, kerana beliau baharu sahaja dicadangkan oleh DUN Melaka untuk dilantik sebagai YB Senator. Jika sudah menjadi YB Senator, bukanlah sesuatu yang pelik beliau akan dilantik sebagai Menteri pula. Beliau seorang yang sibuk, minggu lalu beliau bersama-sama dengan Persatuan Melayu Bugis Selangor melawat Wilayah Riau di Indonesia.

Bagaimana dengan Tan Sri Isa Samad? Senyap sahaja? Janganlah membuat spekulasi, saya menyebut namanya di sini bukanlah bermaksud beliau akan mengundur diri, nanti orang Negeri Sembilan marah kepada saya.

Apapun bunga tiruan kalau dikias menjadi sangat cantik bukan, walaupun bau nya tidak harum (sebab bunga plastik).

UNDI SABAH SEMAKIN PENTING
PERWAKILAN SABAH 
Nama DS Hishammuddin, DS Shafie Afdal, DS Zahid Hamidi amat popular di Sabah. Namun begitu, jasa Tun Dr. Mahathir kepada UMNO Sabah dan umat Islam di Sabah sangatlah besar, maka mereka mempunyai ingatan yang juga besar kepada anaknya Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir. 

Saya tidak hairan jika 100% perwakilan UMNO Sabah memberi undi mereka kepada DS Hishammuddin? Saya juga tidak hairan jika perwakilan Johor dan Pahang memberi 100% undi kepada DS Hishammuddin. 

Percayalah UMNO mempunyai magik yang boleh menyebabkan anda sakit jantung ataupun anda akan ketawa terbahak-bahak. Bukankah suatu yang magik bilamana calon popular Pemuda UMNO, Tun Faisal sekelip mata sahaja namanya gugur dari senarai calon walaupun sudah diwar-warkan, sudah berkempen di alam siber dan sudah memiliki poster siber. (sama ada digugurkan, tergugur, berguguran itu sendiri fikir). Sangat magik! Nasib baik Tun Faisal bukan penghisap rokok.

Bukankah juga sangat magik tetiba ada Ketua-Ketua Bahagian di Kelantan menerima surat digantung keahlian ketika kempen pemilihan. Bukankah sangat magik tetiba Dato' Azalina Othman menarik diri, maka berloponglah Wanita-Wanita UMNO yang menyokongnya sebelum ini.

Beberapa komentar sangat tidak bersetuju apabila saya mempertahankan DS Hishammuddin. Manusia memang mempunyai penilaian yang berbeza-beza, dahulu kita mempunyai jurulatih bertaraf dunia Claude Le Roy tetapi kita menyalahkannya dan memecatnya atas alasan dia gagal. Kemudian Claude Le Roy melatih pasukan Cameroon, dan pasukan Cameroon yang serba kekurangan kemudahan dan tidak pernah pergi ke Piala Dunia akhirnya berjaya ke Piala Dunia dan menjuarai juga Piala Afrika. Hari ini FAM sedang berfikir untuk membawa semula jurulatih Peranchis semula. 

UMNO MEMERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI INI (MR. CLEAN)
Syor penting: YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Calon Majlis Tertinggi dari Tawau, Sabah adalah salah satu pemimpin UMNO yang amat menjaga solatnya, kerana beliau memiliki latarbelakang sekolah agama yang baik. 

Semasa ayah saya menjadi Ketua Kumpulan Kursus Islam di Sekolah Islamiah Tawau pada tahun 1970an anjuran USIA (United Sabah Islam Association), YB Datuk Tawfiq ketika itu masih bersekolah sudah menjinakkan dirinya kepada aktiviti-aktiviti Islamiah.

Malah ketika saya masih menetap di Tawau, beliau masih membantu aktiviti-aktiviti berunsurkan dakwah Islamiah. UMNO perlu kepimpinan seperti ini, khususnya di Sabah. Saya syorkan perwakilan UMNO memberi undi kepadanya.

Apapun yang kita sedang bincangkan tentang parti UMNO ini, satu perkara yang mesti kita utamakan, "berusahalah solat lima waktu tepat pada masanya".

















DS HISHAMMUDDIN BAYAR HARGA YANG MAHAL

on Tuesday, October 1

HH PRIHATIN
Saya sangat memahami mengapa terdapat pembaca saya begitu geram kepada DS Hishammuddin atas sikapnya yang terlalu bertoleransi dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu sebelum ini.

Daripada banyak komentar yang diberikan di dalam artikel-artikel ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html dan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/rahsia-amaran-ds-hishammuddin.html, saya membuat kesimpulan DS Hishammuddin terpaksa membayar harga yang mahal untuk memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia dan negara ini.

Sebagai sebuah pasukan, anggota-anggota Kabinet tidak semuanya berwatak tegas, garang sehingga dibenci (ditakuti). Perlu ada menteri yang mempunyai toleransi yang tinggi terutama untuk mengimbangi permintaan pelbagai masyarakat, mengimbangi harapan pelbagai kaum dan mengimbangi tekanan-tekanan dari luar negara. 

Adakah DS Hishammuddin pernah memukul rakyatnya dengan tangannya? Jika anda mempunyai 4 orang anak atau adik-beradik anda, adakah semuanya garang-garang belaka? Atau adakah anda ibubapa kedua-duanya garang dan bengis belaka, sehingga tiada tempat untuk anak bermanja dan merayu.

Tidak semuanya perlu dihadapi dengan pukulan TKO, sebagai sebuah pasukan perlu ada seseorang yang mengorbankan dirinya untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan. Kita bercakap tentang kasih-sayang, iaitu kasih dan sayang seorang pemimpin kepada rakyatnya. Inilah dia DS Hishammudin. Saya ulangi semula, pernah anda mendengar DS Hishammuddin memukul rakyatnya?

Saya tidak perlu risau menulisnya, kerana saya ikhlas dan saya menilai dari sudut yang mungkin orang lain tidak dinampak. Bolehkah anda memberi jaminan seorang yang berperawakan mulia, mulus dan anggun memiliki hati yang juga mulia, juga mulus dan juga anggun. 

Terdapat komentar yang mengatakan saya dibayar dan sebagainya untuk ini, anda boleh sms atau forward di tweeter DS Hishammuddin sekarang, artikel saya dan bertanya kepadanya, adakah DS Hishammuddin mengenali saya atau pernah berjumpa saya? Mungkin dia hanya mengetahui nama saya sahaja. 

Di kalangan orang politik, saya hanya pernah bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pak Lah, DS Najib, TS Mohamad Taib dan baru-baru ini bapak Jusuf Kalla. Saya mungkin akan bertemu mantan Presiden negara jiran kita pula selepas ini.

DS Hishammuddin tidak tahu pun saya menulis tentang dirinya, dan DS Hishammuddin pasti terkejut mengapa saya mengetahui banyak perkara tentang dirinya dan politiknya.

Lihatlah, oleh kerana ahli-ahli Parlimen Republikan tidak bersetuju dengan bajet baharu kerajaan Amerika, yang menjadi mangsanya ialah kira-kira 700,000 penjawat awam yang tidak mampu dibayar gaji dan elaun. Perkhidmatan kaunter terpaksa ditutup. Bertindak secara keras dan mengambil keputusan secara kasar, sudah pasti kesannya ada negatif.

Jasa-jasa DS Hishammuddin kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera Islam khususnya di Sabah tidak terkira. Apakah jasa-jasa itu, saya tidak hendak huraikan di sini, namun jika ada perjumpaan tertutup ok saya boleh terangkan. Hal ini tidak diketahui oleh kebanyakan orang Melayu khususnya ahli UMNO. Hakikatnya, UMNO Sabah berjaya menang 100% kerusi parlimen dan 99% kerusi Dewan Undangan Negeri.
HH SETIA
BUKAN PERSEPSI YANG MENENTUKAN
Saya berusaha memberi penerangan mengapa DS Hishammuddin tidak mengambil tindakan drastik, keras dan sesegera yang mungkin untuk mengatasi kejahatan parti-parti pembangkang khususnya DAP.

Pakatan Rakyat khususnya DAP telah melakukan "all out" untuk memenangi Putrajaya pada PRU13 baru-baru ini. Jika Gelang Patah boleh dimenangi Lim Kit Siang, sepatutnya tsunami pengundi Cina juga mengalahkan DS Hishammuddin di Sembrong. Namun, didapati pengundi Cina di Sembrong masih memberi sokongan kepada DS Hishammuddin.

Hakikatnya, semasa PRU13 DS Hishammuddin menang di Sembrong dengan jumlah undi 22,841 orang berbanding semasa PRU12 dengan jumlah kemenangan 17.988 undi. Kita bercakap tentang fakta, bukan persepsi.

Saya memberi sokongan kepada DS Hishammuddin kerana saya berpendapat pengorbanan beliau bersikap toleran, memujuk dan sabar telah disalahtafsir. Ianya bukan bermaksud penakut, ianya kerana negara dan kerana rakyat. Kedua, saya berpendapat berlaku ketidakadilan kepada beliau.

Apabila PRU sudah berakhir, dan seseorang telah dilantik sebagai Menteri, maka dia adalah Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan hanya kepada orang Melayu atau ahli UMNO semata-mata. Kita hendaklah sedar, UMNO tidak akan menang jika hanya diundi oleh ahli-ahli UMNO sahaja. Tetapi UMNO menang juga kerana diundi oleh orang-orang lain yang bukan ahli UMNO.

Orang-orang Melayu dan ahli-ahli UMNO telah sedar bahawa mereka mahu mengajar DAP lagi dalam PRU14 nanti. Bagi saya, bagus, teruskan ajar DAP bahawa inti kepada negara ini adalah Melayu, teras kepada negara ini adalah Melayu, dan sudah tentunya orang Melayu tidak akan membiarkan DAP menggugat survival mereka apatah lagi kesucian agama Islam.
HH TOLERAN
HUKUM KARMA
Jika DS Hishammuddin tidak boleh berkeras dengan rakyatnya kerana sebab-sebab "kenegaraan", sebab-sebab keselamatan, sebab-sebab global dan seantero,kitalah yang ke depan. Bukankah kita sebahagian daripada pasukan ini.

Ada orang menyalahkan Tunku Abd. Rahman sehingga Singapura terkeluar dari persekutuan Malaysia. Hari ini, jika Singapura berada di dalam Malaysia, DAP dan PAP sudah pasti memerintah Malaysia pada tahun 2008!

Ada orang menyalahkan Tun Razak kerana berjumpa Dato Asri Muda (Presiden PAS) pada tahun 1974 di Eropah untuk membawa masuk PAS ke dalam BN. Hari ini bayangkanlah betapa berliku-likunya hendak membuat perpaduan semula sehinggakan Datuk Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali dan ramai lagi terpinggir.

Ada orang berkata, Tun Dr. Mahathir "gila" kerana membuat kereta proton saga. Beberapa tahun kemudian, orang yang kata gila itu dia sendiri memakai proton.

Kisah-kisah di atas menunjukkan "sejarah" akan memberi penilaian yang tepat tentang tindakan semasa kita. Tindakan DS Hishammuddin memberi sokongan kepada Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 dahulu berjaya meletakkan UMNO di kedudukannya sekarang. Kuat walaupun "slow slow".

Selamat membaca, boleh memberi komentar.












RAHSIA "AMARAN" DS HISHAMMUDDIN

on Sunday, September 29

SIAPAKAH AGAKNYA PEMUDA UMNO YANG SEBERANI HH MENGHUNUS KERIS DALAM PEMILIHAN 2013
SAYA terkejut melihat jumlah pembaca dalam artikel sebelum ini iaitu http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html, rupa-rupanya ramai yang berminat membacanya.

Kali ini saya mahu menulis cara biasa, supaya kiasan-kiasan yang sering saya gunakan tidak lagi membuatkan pembaca saya keliru.

Sinotre Menteri Amaran diberi gelar kepada DS Hishammuddin Tun Hussien kerana style beliau yang kerap bertolak-ansur, berhati-hati dan cool. Mereka yang fanatik mahu style itu diubah kepada cara DS Zahid Hamidi yang kelihatannya lebih nampak garang. Adakah garang itu akan memberi keuntungan kepada politiknya dan negara kita? 
ADAKAH KEGARANGANNYA PENYEBAB KEJATUHANNYA
Kegarangan DS Anwar Ibrahim (1997) telah membunuh masa depannya di dalam UMNO. Kegarangan Tun Musa Hitam (1985) mengurus insiden Memali turut membunuh politiknya di dalam UMNO. Di Singapura, kegarangan Syed Jaafar Albar (1950)  terus membunuh masa depan UMNO di Singapura. Kegarangan Tengku Razaliegh Hamzah (1987)turut membunuh cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia, malah UMNO turut diharamkan (1988). Inilah akibat jika 'garang' di dalam UMNO!.
Wajah ' look Garang'  Ketika Muda-Muda Dahulu
Sebaliknya "kesederhanaan" allahyarham Tun Ghafar Baba membawanya ke puncak walaupun ada orang tidak memandangnya. Sebelumnya, Kesederhanaan Pak Lah membawanya ke puncak kuasa. Kesederhanaan Dato' Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO) turut membawanya ke puncak lebih halus berbanding KJ. Begitu juga DS Najib, kesederhanaannya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus berada di puncak.
Look "Garang Dalam Diam"
Sebenarnya, DS Hishammuddin telah banyak menyelamatkan UMNO, BN dan negara kita daripada ditimpa malapetaka yang teruk. Dek kerana kesederhanaannya.

Satu perkara yang kita kena sedar, bahawa tidak semua perkara yang berlaku perlu didedahkan kepada khalayak umum. Tidak semua tindakan boleh dilaksanakan dalam keadaan kerajaan UMNO/BN mengalami kemerosotan majoriti di dalam Dewan Rakyat.
Teka : Tegas atau Garang?
Kita ambil satu contoh yang amat dijengkeli oleh sebahagian ahli-ahli UMNO iaitu dalam kes demo haram BERSIH, Hindraf dan sebagainya. Emosi amarah orang Melayu dan UMNO kepada pelampau-pelampau BERSIH ialah mereka mahu DS Hishammuddin ketika itu mengambil tindakan lebih keras seperti menangkap dan menyumbat semua pendokong-pendokong Demo haram di dalam penjara. Malangnya, DS Hishamuddin tidak begitu.

Anda lihat ketika itu Ketua Pemuda UMNO sendiri hanya mampu mengumpul kira-kira 300 "patriot" berbanding ribuan peserta demo. Sebabnya mudah, Ketua Pemuda UMNO cuba melawan arus dan ianya satu tindakan berani yang tidak cantik hasilnya. Kita tentu agak malu melihat jumlah yang sangat sedikit itu. Saya fikir jika diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali, dia boleh mengumpul 70,000 orang dalam masa 3 hari sahaja! Dia pernah melakukannya semasa dia masih muda.

Dalam hal Serangan Sulu di Lahad Datu, keinginan sebahagian ahli-ahli UMNO ialah mahu supaya DS Hishammuddin menghapuskan serta merta para penceroboh tersebut. Sebahagian rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak mengetahui dengan detail apakah agenda besar di sebalik serangan orang Sulu di Lahad Datu tempoh hari. 

Jika tempoh hari kerajaan kita membuat Keputusan dan Tindakan terburu-buru, percayalah bukan sahaja DS Hishammuddin, DS Zahid, Panglima Angkatan Tentera atau Perdana Menteri kita akan menerima kesan yang amat-amat terburuk kepada negara kita, malah rakyat kita di Sabah paling besar menerima kesan buruknya.

Apakah kamu mengetahui "Muncung-Muncung Torpedo" sudah menghala ke Bumi Malaysia sekiranya kita membuat keputusan dan tindakan yang silap?

Namun di atas kesabaran, ketenangan, kebijakan, tidak emosi, tidak terburu-burulah maka negara kita selamat. Rakyat kita selamat. Saya tidak perlu menghuraikan kesemuanya di sini, kerana mahkamah sedang bersidang.
Ketenangannya Membawa Ke Puncak
Sesungguhnya, musuh-musuh di dalam dan di luar negara sangat-sangat "kecewa" kerana kerajaan kita dapat mengatasi kemelut Lahad Datu dengan tenang. Target mereka tersasar, mereka ingat Malaysia dipimpin oleh orang-orang seperti Marcos, Nurmisuari, AlGore, Netanyahu atau George Bush Senior. 

Daripada cerita saya ini, sebenarnya saya melihat di depan mata saya, DS Hishammuddin telah mengorbankan masa depannya, mengorbankan ketegasannya, mengorbankan kemandiriannya...demi "menjaga parti UMNO, menjaga negara kita, menjaga rakyat Malaysia" supaya selamat.

Syed Hussien Alatas meramal bermacam-macam ramalan kononnya Ustaz Ashaari Arqam akan jadi Perdana Menteri, YB Khairy akan jadi Perdana Menteri sebelum 40 tahun, juga meramal DS Anwar Ibrahim, namun semua ramalan itu tersasar.
Kesederhanaan, Toleran & Cool Menyatukan Ummah
Kerana mereka semua terlebih "garam". Saya mengajak para perwakilan di seluruh negara, supaya memberi peluang kepada DS Hishammuddin atas faktor-faktor yang telah saya dedahkan buat kali kedua ini. Saya tiada kepentingan dalam hal ini,kepentingan saya ialah saya mahu melihat UMNO terus ke hadapan mendepani survival.

Selamat membaca, dan selamat berfikir.

*Fikiran adalah kekuatan yang sangat efektif. Tanpanya, setiap kekuatan tiada ertinya (Victor Hugo)





KETURUNAN DS HISHAMMUDDIN YANG PERLU DIKETAHUI

on Friday, September 20

DS Hishammuddin : Toleran, Sederhana & Tenang
DS HISHAMMUDDIN Tun Hussien merupakan legasi Tun Hussien Onn, legasi pula daripada Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO, legasi pula daripada Dato' Jaafar Abdullah Menteri Besar Johor, legasi pula  Dato' Abdullah Jaafar juga Menteri Besar Johor, legasi pula daripada Dato' Jaafar Mohamad juga Menteri Besar Johor. 

Ramai keturunan DS Hishammuddin pernah menjadi Menteri Besar Johor kerana mereka adalah keturunan Bangsawan (pemimpin).

Dato' Jaafar Mohamad adalah Menteri Besar yang bijak di mana beliau sering membawa guru-guru agama, guru-guru sastera dan guru-guru bahasa Inggeris untuk mengajar anak cucunya. Saya juga mengetahui bahawa DS Hishammuddin juga sering memanggil guru-guru Sejarah, guru-guru bahasa ke rumahnya untuk mengajar anak-anaknya, kerana kebetulan guru itu rakan saya dahulu.
Tun Hussien Onn: Tenang & Sabar
Semasa Perang Dunia Kedua, allahyarham Tun Hussien Onn telah dihantar berlatih selok-belok ketenteraan di India bersama-sama dengan allahyarham Tun Ibrahim Ismail, mantan Panglima Angkatan Tentera. Setelah perang tamat, Tun Hussien Onn berhasrat menjadi pegawai tentera di tanah air. Namun begitu, allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak memohon bantuan Tun Hussien Onn untuk sama-sama menjayakan penubuhan UMNO. 

Semasa transisi Jepun kalah, dan Tun Ibrahim serta Tun Hussien Onn dalam perjalanan pulang ke Tanah Melayu, khabar angin bertiup kencang bahawa kedua-dua mereka sudah mati di dalam perjalanan. Walhal ketika itu, mereka berada di dalam kapal selam dari Ceylon menuju ke Tanah Melayu untuk membantu pasukan Force 136 yang sedang beroperasi di tanah air ketika itu.
Dato Onn Jaafar : Sabar, Tenang & Bijak
Saya pendekkan cerita, akhirnya Tun Hussien Onn bertukar karier kepada politik, manakala Tun Ibrahim Ismail kekal di dalam bidang ketenteraan. Tun Hussien Onn berjaya sehingga menjadi Perdana Menteri, manakala Tun Ibrahim berjaya sebagai Panglima ATM.

SITI HISHAMMUDDIN
Satu-satunya jasa DS Hishammuddin (Hisham) yang tidak boleh dilupakan oleh ahli UMNO ialah semasa krisis politik 1998.

Hisham tidak terikut-ikut nada DS Anwar kononnya berleluasa Kolusi, Korupsi dan Nepotisme (KKN). Hari ini, anda lihat sendiri siapa lebih KKN?

Hisham membawa dirinya ke hadapan, membantu UMNO, membantu Presiden UMNO berhadapan dengan segala macam fitnah dari kumpulan reformasi. Tun Dr. Mahathir dituduh 'MahaFiraun', Hisham pula disindir 'Siti Hishammuddin' kerana sikap Hisham yang terlalu bertoleransi. Namun, Hisham tetap "steady" tidak menggelabah.
Hisham berada di Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri dan kini Kementerian Pertahanan masih membawa imej Toleransi, Sabar & Tenang.

Jika Hisham bertindak seperti Tun Musa Hitam sewaktu krisis Memali dulu, saya yakin Hisham sudah terkeluar dari arus perdana. Jika Hisham bertindak seperti DS Anwar pada tahun 1998 dahulu, saya yakin Hisham tidak akan berada di kedudukannya sekarang. 
UMNO adalah sebuah parti yang sederhana. Hisham membawa imej Kesederhanaan UMNO. Tun Hussien Onn ayahnya juga seorang Perdana Menteri yang sederhana, tenang dan sabar. Dato' Onn Jaafar juga seorang Presiden UMNO yang sabar ketika zamannya, berjalan kaki dan menaiki basikal masuk ke kampung-kampung menyedarkan orang kampung supaya bersatu di dalam UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan.

Mereka yang 'berdarah panas' memang cepat menaiki takhta dalam kepimpinan UMNO tetapi cepat juga jatuh dengan terjunam dan menjunam.

Beberapa contoh yang terdekat, jika Timbalan Presiden UMNO mempunyai kesabaran dan ketenangan pada tahun 1998 barangkali dia boleh menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Jika Tengku Razaliegh Hamzah mempunyai sedikit lagi Kesabaran dan Ketenangan pada tahun 1987, saya yakin Tengku Razaliegh sudah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Tun Abd. Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdulllah Badawi dan DS Najib sendiri adalah antara pemimpin UMNO yang sabar, tenang dan tidak gelojoh. Akhirnya, Allah SWT bersama mereka membawa mereka memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri.

Apakah DS Hishammuddin juga akan diberi tunjuk oleh Allah SWT untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri kelak, kerana ketenangannya, kesabarannya dan toleransinya yang tinggi.

Jika anda bertanya saya secara peribadi, saya mahu anda mengekalkan DS Hishammuddin sebagai Naib Presiden UMNO. 

Ingatilah jasa-jasa DS Hishammuddin, khususnya jasa-jasa allahyarham Tun Hussien Onn, Dato Onn Jaafar, Dato' Jaafar Abdullah, Dato' Abdullah Jaafar dan Dato' Jaafar Muhammad.

Akan datang; "Kisah DS Zahid Hamidi berkata "saya tidak ada cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri".




                                                                                                                    

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan