Showing posts sorted by relevance for query BUNG MOKHTAR. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query BUNG MOKHTAR. Sort by date Show all posts

LANTIK BUNG MOKHTAR MENTERI HAL-EHWAL KHAS SABAH

on Saturday, March 14

SAYA sangat terkejut kerana artikel saya ini dibaca hampir 30,000 pembaca dalam tempoh 48 jam. Manakala semalam dalam tempoh 24 jam sahaja ianya dibaca oleh lebih 20,000 orang.

Nampaknya, YB DSP Bung Mokhtar tidak perlu berkempen setengah mati dalam PRU14 kelak, cukup dengan saya menulis beberapa artikel sahaja. Jika saya masih berada di tanahair, barangkali Bung Mokhtar boleh belanja saya minum secangkir kopi.


Elaun Perumahan & Elaun Cola
Berkenaan isu-isu perkhidmatan awam di Sabah, saya telah berjuang melalui penulisan beberapa kali. Namun, Cuepacs khususnya yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kakitangan awam khususnya isu-isu Elaun Cola dan Elaun Perumahan yang adil dan saksama kepada Sabahan dan Sarawakian 100% Gagal. 

Cuepacs jelas kelihatan hanya memperjuangkan kakitangan awam dari Semenanjung sahaja. Cuepacs sendiri tidak ada jawapan dalam isu ini, mereka sengaja memekakkan diri mereka atas kemarahan kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak. 

Dari segi politik, sikap Cuepacs ini merugikan kerajaan Barisan Nasional. Saya percaya, mereka tidak ada kemampuan dan tidak ada kebijakan menyelesaikan isu ini. Cuepacs sengaja membiarkan sokongan kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak beralih angin kepada Pakatan Rakyat.

Anda boleh membaca semula artikel-artikel yang berkaitan di bawah:-




Kebetulan pula hari ini di dalam parlimen, saya membaca Bung Mokhtar bercakap hal Elaun Perumahan yang berbeza di antara kakitangan Sabah/Sarawak dengan kakitangan dari Semenanjung Malaysia. Perkara ini sudah terlalu lama diperkatakan dan diperjuangkan tetapi tidak pernah diambilpeduli termasuklah oleh menteri-menteri dari Sabah di peringkat persekutuan, barangkali kerana isu ini bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Maka, sebab itulah amat wajar dicadangkan kepada Perdana Menteri supaya mempertimbangkan seorang Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (khusus menjaga portfolio kebajikan kakitangan awam Sabah). Nampaknya, Bung Mokhtar wajar dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Sudah lama kementerian ini tidak diwujudkan, kali terakhir diduduki oleh allahyarham Bapa Kemerdekaan negeri Sabah Tun Datu Hj. Mustapha Datu Harun. Anda bersetuju?

Kita janganlah lupa, bahawa semasa DS Anwar membuat tawar-menawar dengan wakil-wakil rakyat UMNO supaya melompat ke Pakatan Rakyat (16 September 2008), Bung Mokhtar lah ketika itu mengetuai Barisan Nasional BackBenchers Council (BNBBC) telah menyelamatkan Kerajaan Persekutuan daripada bertukar tangan.

Isu-isu yang kita perjuangkan seperti tulisan-tulisan saya di atas, hanya akan mencapai kejayaan apabila kita memiliki Menteri yang vokal seperti Bung Mokhtar. UMNO Sabah patut mempertimbangkan cadangan ini.

Bagaimana pandangan anda?

Selamat berhujung minggu,

Pennyslavania, USA,
Mac, 14, 2015.



RAHSIA BUNG MOKHTAR RADIN ?

on Thursday, March 12

Saya tidak mengenali YB DSP Bung Mokhtar (Bung Mokhtar) secara peribadi, tidak pernah bertemu walaupun sering bersimpang-arus semasa saya bertugas di parlimen. Tidak sempat berdiskusi. Bung Mokhtar dikenali ramai dengan suara dan skil berucap di dalam Parlimen.

Jika tidak silap, saya hanya pernah bercakap dengannya melalui telefon sekitar tahun 2007 kerana satu perkara yang memerlukan pertolongannya.

Saya menerima beberapa kiriman gambar bandar baharu Kinabatangan. Saya fikir wakil rakyat di Sabah khususnya patut mencontohi Bung Mokhtar membangunkan kawasannya dengan memiliki sebuah bandar yang lengkap dengan kemudahan asas seperti jalanraya, hospital, balai polis, deretan kedai moden, kemudahan perbankan (ATM), padang permainan dan sebagainya.

Maka tidak perlulah rakyat Kinabatangan pergi jauh ke bandar Sandakan (sejauh 78.1km) atau bandar Lahad Datu sejauh 97.7km) untuk membeli keperluan harian dan perkhidmatan. Kali terakhir saya melawat Kinabatangan pada tahun 2013, pembangunannya memang mengkagumkan.

Bermegah-megah
Seseorang wakil rakyat diiktiraf berjaya apabila dia berjaya membantu rakyat menyediakan kemudahan asas di kawasannya 

Sebaliknya seseorang wakil rakyat dikategorikan gagal apabila pembangunan di kawasannya sangat menyedihkan, walaupun dia bermegah-megah kerana bangganya sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat. Sekiranya kita melawat di kawasannya, seolah-olah kita berada di tahun 1960an. Biasanya wakil rakyat seperti ini tidak mahu mengakui kegagalannya. 

Rakyat amat sukar mempercayai alasan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak memberikan apa-apa peruntukan pembangunan. Setiap tahun Perdana Menteri dan Ketua Menteri membentangkan Bajet. Rakyat akan menyoal ke manakah Bajet itu?

Salah satu masalah kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dahulu, ialah isu implementasi. Perancangan dan dasar Pak Lah yang bagus tidak sampai di peringkat bawah. 

Jika Bung Mokhtar boleh memajukan kawasannya daripada hutan belantara kepada bandar baharu, apakah rahsianya? Bung Mokhtar barangkali tidak perlu berundur kerana teriktiraf berjaya, bagaimanakah pula yang gagal? 

Kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, berhentilah makan sebelum kenyang. Maka jika terbukti gagal, berhentilah menjadi wakil rakyat sebelum diturunkan oleh rakyat sendiri.
MINI MARKET DAN KEDAI
KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN
AGRO BANK KINABATANGAN
BANGUNAN KERAJAAN
KFC PUN ADA !
BANGUNAN KERAJAAN UNTUK PERKHIDMATAN



MANA KPI MENTERI KESIHATAN ?

on Wednesday, April 29

1. TAHNIAH kepada YB M Saravanan kerana kebetulan mencekup Doktor yang dikatakan curi tulang, jika diselidiki sebenarnya mungkin ada lagi, maksud penulis Doktor yang tiba-tiba hilang dari radar.

2. Namun, semua Doktor terikat pada etika dan konvensyen Geneva khususnya. Peratus mereka yang sedemikian rupa pastinya kecil.

3. Bagaimana pula Doktor-doktor yang kerja 48 Jam tanpa henti? Bermula kerja 8.00pagi-5petang tanpa henti! Sambung ON-Call dari 5.00petang hingga 8.00pagi keesokannya, Kemudian sambung lagi sehingga 5pm atau 6pm. Kesemua rutin Doktor ON-Call sedemikian rupa!

4. Tiada masa untuk makan, Tiada masa untuk baring meluruskan kaki, dan tiada masa untuk membaca akhbar sebenarnya, malah ada Hospital yang tidak pun menyediakan makan malam mereka, malah ada hospital bilik tidur Doktor On-Call pun tidak terurus!

Silakan YB Saravanan menyamar dan melihat keadaan ini. Menteri Kesihatan yang ada sekarang pun tidak ada membuat pembaharuan, tidak ada KPI tentang ini, dan tidak ada outcome menyelesaikan isu ini.

5. Semasa sidang parlimen tahun lepas, penulis menghantar SMS kepada YB Bung Mokhtar betapa ada Doktor yang keguguran kerana berdiri lebih 24 Jam tanpa henti.Hanya Bung Mokhtar satu-satunya YB yang berani bersuara dalam Parlimen tahun lepas untuk memperjuangkan nasib Doktor-Doktor di hospital Kerajaan.

6. Penulis bukan Doktor, namun penulis memahami kepayahan Doktor-Doktor di hospital kerajaan terutamanya. Bercakap pasal gaji dan elaun= kesimpulan penulis mudah, pendapatan Tuisyen guru Bahasa Melayu di Kuala Lumpur lebih besar dari gaji Doktor Pakar Kerajaan. Namun bukan itu prioriti mereka, prioriti mereka ialah pesakit diutamakan.

7. Seharusnya inilah yang diKPIkan oleh Menteri Kesihatan . Jika menteri tidak percaya sila buat kaji selidik kepada Doktor-Doktor On-Call ini.

BUGIS SABAH DIIKTIRAF

on Tuesday, February 28

SIRI ETNIK SABAH : BUKU TERBARU BUGIS SABAH
DI SABAH, masyarakat Bugis masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera, atau lebih tepat Bumiputera Islam Sabah. Jika di Semenanjung Malaysia, sama ada orang Bugis, Jawa, Banjar, Arab dan seumpamanya semuanya dikategori sebagai Melayu dan mereka dikategorikan juga sebagai Bumiputera.

YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, adalah keturunan Bugis dari Wilayah Goa, Sulawesi Selatan. Apakah bezanya dengan keturunan Bugis dari Wilayah Goa juga yang kini sudah bermastautin beratus tahun di Sabah, tetapi masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera Sabah? Jika Kerajaan Negeri Sabah tidak dapat mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Sabah, apakah bermakna mereka juga mempersoalkan keturunan Bugis Perdana Menteri kita?

Mari kita buka buku Sejarah. Seorang sarjana Belanda, telah menulis di dalam tesisnya mengenai Pentadbiran Awal Belanda di Borneo, menulis, bahawa wilayah-wilayah Tawau hingga ke Semporna pernah diperintah dan ditadbir oleh dua bangsa yang utama iaitu suku Bajau di kawasan Semporna dan suku Bugis di wilayah Tawau. Katanya, kerajaan Penjajah Belanda terpaksa memohon izin Penggawa Bugis di Tawau sebelum mereka bertapak, berniaga dan berurusan. Peristiwa ini berlaku sebelum British menjajah North Borneo lagi.

Seorang lagi sarjana Cina dari Singapura, dalam tesis Sarjananya "The North Borneo" menulis bahawa pendatang-pendatang China telah datang ke Pantai Barat Sabah membuka tanah untuk membuat ladang-ladang sayur. Akhirnya  anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang tidak pernah dikaji oleh SAPP yang asyik mempersoal orang lain?

Semasa UMNO Sabah mula-mula bertapak di Sabah, penulis yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Pertama Bombalai, Tawau, Sabah telah memasukkan usul dalam Mesyuarat Cawangan dan Bahagian supaya masyarakat Bugis, Banjar, Tidung, Suluk, Bajau dan sebagainya yang beragama Islam, yang bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu supaya diiktiraf sebagai Melayu dan digazetkan oleh Kerajaan Sabah sebagai Bumiputera.

SENGAJA DISALAH FAHAM
Istilah pendatang asing atau pekerja asing atau warga asing memang wujud di mana-mana di dalam dunia. Di Sabah orang Cina yang sudah menjadi Warganegara Malaysia memanglah berbeza dengan orang Cina yang baru sampai dari Taiwan, Hongkong, China ataupun dari Cina Indonesia.

Samalah juga bahawa orang India yang sudah menjadi Warganegara Malaysia sudah tentulah berbeza dengan orang India yang baru sampai dari Chennai, Malbari, Mumbai dan Kalikat.

Begitu juga orang Suluk yang sudah lama menetap di Sabah menjadi warga Sabah memanglah berbeza dengan orang Sulu Filiphina yang baru setahun dua sampai di Sabah. Samalah juga orang Jawa, Banjar atau Bugis yang sudah hidup menetap di Sabah (Pantai Timur Sabah) sebelum British dan sebelum Belanda sampai di Sabah, tentulah berbeza dengan orang Jawa, Banjar atau Bugis yang baru sehari dua sampai di Sabah.

Walaupun dari bangsa yang sama, tetapi negara mereka berbeza. Samalah juga dengan orang Melayu Patani dengan orang Melayu Kelantan, sama bangsanya, sama agamanya, sama bahasanya tetapi berlainan kerakyatan.

UMNO Sabah mesti menyelesaikan masalah ini kerana berlaku penindasan yang tidak sepatutnya berlaku. Kita ambil contoh dalam aspek pekerjaan, terdapat ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan berketurunan Bugis di Sabah tidak dapat berkhidmat di Sabah kerana kekeliruan persepsi yang disengajakan ini. Dato' Osman Jamal, Pengarah Tanah Negeri Sabah yang juga Presiden Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Datuk Dr. Patawari Patawe, Mantan Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah seorang pakar perubatan terkenal di Asia Tenggara, Saudara Samsul Alang Hamsah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, sebelum itu lagi mantan Pembantu Menteri Belia Sabah zaman Perikatan PBS-USNO YB Tuan Hj Said Senang, mantan YB Kunak Datuk Salim Bacho, atau lebih jauh lagi OKK di Tawau Datuk Zainal Kerahu, YB Datuk Muis Picho YB Pulau Sebatik, dan banyak lagi individu-individu Bugis Sabah yang memberi perkhidmatan kepada negeri Sabah dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. 

Bagaimanakah kedudukan mereka dalam konteks perbincangan ini? Sumbangan dan jasa mereka kepada pembangunan negeri Sabah sejak sebelum Sabah merdeka bukanlah sedikit.

Mengapakah UMNO Sabah yang menjadi tulang belakang Kerajaan BN Sabah tidak dapat mengiktiraf mereka sebagai Bumiputera Sabah? Masyarakat Bugis yang tidak dilahirkan di Sabah, mereka datang dari Indonesia kerana diambil sebagai pekerja memang sahlah bukan warganegeri Sabah, itu sudah jelas samalah kesnya dengan orang China yang baru sampai dari negara asalnya. Apakah YB Datuk Bung Mokhtar Raden boleh disamakan dengan suku kaumnya yang baru sampai dari Indonesia? Sudah tentu berlainan bukan. Bagaimana dengan latarbelakang Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP?

Penulis berharap Kerajaan Negeri Sabah lebih terbuka dan profesional dalam menyelesaikan isu ini. Data dan kajian yang lebih telus mesti dibuat untuk mengkategori hal-hal ini. Jika Kerajaan Persekutuan mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai entiti Melayu, mengapa Kerajaan Negeri tidak seiringan dengan dasar Kerajaan Persekutuan ini?

Penulis membangkitkan perkara ini kerana penulis juga menyokong RCI di Sabah dengan syarat yang sememangnya layak janganlah dipersoalkan, sebaliknya akuinya dan menerima yang layak itu. Yang sememangnya tidak layak dan bukan warganegeri Sabah, sememangnya tidak layaklah walaupun satu rumpun. Dengan cara ini sahajalah barulah isu-isu berbangkit boleh diselesaikan dan seterusnya kita membangunkan negeri Sabah dengan lebih hebat.

Anda mungkin ada pendapat yang berbeza. Yang jelas Sejarah tidak akan menipu! Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963 sahaja. Bagaimana sejarah Sabah sebelum merdeka, 100 tahun sebelum merdeka. Bacalah tesis PhD oleh Lee Ong Leong, Sarjana Univerisiti Singapore, mengesahkan kewujudan Mayarakat Bugis di Sabah dalam kajiannya sebelum tahun 1958 (Sabah hanya Merdeka pada 16 September 1963) bertajuk "The North Borneo" dari Universiti Singapura, yang menerangkan dengan panjang lebar Demografi, Sosiopolitik dan Sosioekonomi Sabah sebelum tahun 1800 Masehi. Dia menyebut orang Bugis sudah menjadi Penggawa (Ketua Daerah) di Tawau pada tahun 1770-an! Selamat Membaca. Buku itu ada di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan di Arkib Negara Kuala Lumpur.

YB Datuk Lajim Okin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Persekutuan (sebelum berhenti) dalam perjumpaan dengan penulis sangat mengiktiraf Bugis Sabah, malah dalam wawancara beliau dengan akhbar Utusan Malaysia setahun yang lalu, beliau juga menyebut sumbangan orang Bugis Sabah. YB Datuk Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dalam ucapannya yang saya hadiri turut menghargai sumbangan masyarakat Bugis kepada pembangunan negeri Sabah. Kerajaan Negeri Sabah bilakah pula akan mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Sabah?


*Oleh kerana artikel ini dibaca lebih 30,000 pembaca dan melibatkan lebih 300 komentar saya mengemaskini ejaan, ayat dan nama tanpa mengubah artikel asalnya. Saya nasihatkan tuan/puan/saudara/saudari memberi komentar secara baik. Sama ada setuju atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ialah pandangan-pandangan yang bernas. Terima kasih. (Asal pada 28.2.2012)(kemaskini kedua 07.01.2013) (jumlah terkini 14.04.2014)

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan