Showing posts sorted by relevance for query jusuf kalla. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query jusuf kalla. Sort by date Show all posts

KOMPLOT JATUHKAN PM: DIA TUDUH PM TIDAK JUJUR DAN DIA KATA PENJARAKAN DS NAJIB

on Saturday, April 25

Portal Malaysiakini Turut Beri Perhatian Komplot Jatuhkan PM
Intro
Artikel ini telah dibaca hampir 20K dalam tempoh 48 jam, tetapi ianya masih belum dapat mengatasi entri ini kerana ianya dibaca hampir 30K dalam tempoh yang sama. 

Bukan itu pun tujuan saya menulis, saya tidak pernah menerima satu sen pun daripada orang-orang politik baik ketika saya bertemu bapak Jusuf Kalla, sekarang wakil Presiden Indonesia di Jakarta, Indonesia di sini. Di antara akhbar yang menyiarkannya ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, The Malay Mail, NSTP, Kosmo dan banyak lagi termasuk portal/blog pro-kerajaan serta pro-pembangkang. 

Walaupun ada orang-orang akhbar menyatakan kepada Setpol Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Perdana Menteri, kononnya mereka membayar saya sejumlah wang yang besar ketika akhbar-akhbar perdana menyiarkan rencana pertemuan saya dengan bapak Jusuf Kalla itu. Ada di kalangan mereka menipu dengan memberitahu Setpol Perdana Menteri kononnya mereka sudah membayar saya sejumlah wang. Saya menafikannya kepada Setpol Perdana Menteri dan beliau sangat-sangat terkejut!

Malahan, mantan Ketua Pengarah JASA, allahyarham Datuk Fuad Hassan turut terkejut kerana usaha saya yang sukar ketika bertemu bapak Jusuf Kalla tidak diberikan saguhati, kerana ramai beranggapan saya sudah diberikan bayaran beribu-ribu ringgit setelah terbang jauh mempertahankan DS Najib dan mempertahankan keputusan PRU-13 tempoh hari.

Begitu juga ketika saya menerangkan legasi perjuangan Dato' Seri Hishammuddin di sini, sini, sini dan siniSahabat lama saya Tun Faisal mantan Pengerusi UMB UMNO juga terkejut apabila mengetahui saya tidak dibayar satu sen pun ketika akhbar perdana menyiarkan artikel saya mengenai sejarah perjuangan Dato' Seri Hishammuddin tiga hari berturut-turut ketika pemilihan Naib Presiden(Berita Harian;2013). 

Jawapan saya kepada anda, satu sen pun tiada! Jika ada saya ucapkan Alhamdulillah, bolehlah saya menerbitkan tesis sarjana saya yang bertajuk "UMNO Di Sabah 1990-2004" yang kini masih tersimpan di Universiti Malaya di sinisupaya boleh menjadi rujukan kepada generasi baharu akan perjuangan suci UMNO. 

Tujuan
Maka saya ingin tegaskan, bahawa tujuan sebenar saya tetap sama, supaya kita mempertahankan kerajaan yang dimenangi secara demokrasi, mempertahankan institusi Perdana Menteri dan institusi kePresidenan UMNO daripada dirosakkan secara membabi-buta oleh nafsu-nafsi seolah-olah negara ini tidak punya undang-undang. 

Jikalau di Indonesia, kumpulan komplot yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri di Rompin itu diberi gelaran sebagai 'Warganegara Sial' (sila baca bibliografi perjuangan Presiden Soekarno dalam buangan).

Kamu Mahu Penjarakan DS Najib ?
Saya sangat pelik mengapa pemimpin Pemuda UMNO setaraf Naib Ketua Pemuda UMNO mempunyai pemikiran yang sangat cetek, buruk dan busuk hati untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. 

Satu Malaysia mengetahui bahawa DS Najib sedang memberi peluang kepada PAC, SPRM dan khususnya Jabatan Akauntan Negara untuk menjalankan siasatan mereka secara terperinci terhadap apa jua salahlaku jika ada dalam pengurusan 1MDB. Malahan, DS Najib berjanji jika sesiapa sahaja di dalam 1MDB melakukan salahlaku, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sudahlah Rompin adalah kerusi parlimen allahyarham TS Jamaluddin Jarjis, dan kematiannya pula sangat menyedihkan, anda semua tidak menjaga sensitiviti keluarga allahyarham apatah lagi sensitiviti keakraban DS Najib dengan allahyarham TS JJ. Perbuatan anda semua tidak beradab, di luar norma dan amat menyinggung kenangan DS Najib-allahyarham TS JJ. Sedangkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang menghormati allahyarham TS JJ, apakan lagi kamu pemuda-pemuda UMNO yang buruk perangai itu.

Jika kamu mengatakan kamu tidak pandai menerangkan isu 1MDB kepada rakyat bermakna kamu memang satu-satunya generasi Pemuda UMNO paling goblok dalam sejarah Pemuda UMNO. 

Cabaran kamu sangat mudah, jika Perdana Menteri bersalah kamu hendak penjarakan Perdana Menteri. Baiklah, bagaimana kalau Perdana Menteri tidak bersalah?

Tuduhan Perdana Menteri Tidak Jujur ?
Saya tidak pernah membaca mana-mana buku bibliografi Pemuda UMNO akan adanya pemimpin Pemuda UMNO mempersoalkan Presiden parti sendiri sebagai tidak jujur. 

Refleksikan soalan itu kepada diri anda, siapakah yang tidak jujur dalam perjuangan? Adakah kamu berada di dalam Pemuda UMNO untuk mendapatkan sebidang tanah dan apabila kamu gagal mendapatkan tanah itu maka kamu berkata Perdana Menteri tidak jujur? 

Jika kamu mahu tahu, ada beribu-ribu permohonan geran tanah di Sabah belum mendapat geran tanah walaupun sudah 40 hingga 50 tahun dipohon! Sepatutnya itulah yang kamu pergi perjuangkan kerana itulah masalah rakyat!

Jangan tegakkan benang yang basah, kelak kamu akan kebasahan
Setelah pokok bergoyang kuat, ketika pokok hampir tumbang, baharulah kamu dengan muka yang tidak tahu malu menafikan apa yang berlaku di Rompin itu.

Pemuda yang hebat ialah Pemuda yang berani mengakui perbuatannya yang salah dan yang benar. Pemuda yang buruk ialah Pemuda yang berani mempertahankan dirinya walaupun dia tahu dia bersalah.

UMNO tidak perlu Pemuda seperti ini. Ada pun tidak berguna, tidak ada pun tiada diguna. Pemuda seperti ini hanya akan merosakkan parti dan negara. Saya nasihatkan nontonlah semula filem allahyarham P.Ramlee 'Sarjan Hassan'.

Kesimpulan
UMNO mesti mengambil tindakan segera membersihkan parti daripada anasir-anasir komplot yang tidak setia ini lagi merosakkan. 

Kalaulah Tun Dr Mahathir masih Presiden UMNO sekarang ini, sudah pasti mereka sudah digantung kalaupun tidak dipecat. Kepada Tun M, sebelum virus dan kuman bermaharajalela merosakkan sesebuah organisasi, elok dibuang segera untuk menyelamatkan parti yang perjuangannya belum lagi selesai memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.


Selingan: Filem Sarjan Hassan Memberi Peringatan 
Dan Pendidikan Sejarah Generasi Akan Datang

Bersambung...di zaman kecanggihan smartphone hari ini, mustahil tiada seorang yang merakam pertemuan itu?

MALAPETAKA TANDING PRESIDEN, KHAIRY JAMALUDIN & KUALA BESUT

on Sunday, July 21

Ketua Pemuda UMNO
SAYA agak terkejut dengan ulasan YB Khairy Jamaludin berkenaan dengan keputusan PRK Kuala Besut sebagai memberi kesan besar kepada DS Najib sebagai Presiden UMNO. Ianya satu ucapan yang nakal tetapi bertanggungjawab.

Bagi saya ada dua perkara, sebagai reaksi, saya melihat sebarang keputusan PRK Kuala Besut sebenarnya memberi tanda aras kepada YB Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO. Oleh kerana calon UMNO di Kuala Besut adalah orang muda, maka ianya secara prinsipal di bawah tanggungjawab YB Khairy sebagai Ketua Pemuda. Kemenangan UMNO akan memberi persepsi positif dan imej bagus kepada YB Khairy, sebaliknya kekalahan di PRK akan memberi mesej negatif kepada beliau.

Perkara kedua, adalah menjadi tradisi UMNO bahawa mana-mana Pilihanraya Kecil akan menjadi tanggungjawab Timbalan Presiden parti mengemudinya. Ketika PRK Permatang Pauh dahulu dan lain-lain PRK, DS Najib bertanggungjawab mengemudi jentera kerana beliau merupakan Timbalan Presiden parti. Makanya juga, sebarang keputusan di PRK Kuala Besut turut memberi kesan kepada TS Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti.

Presiden parti sudah memberi amanah dan tanggungjawab kepada mereka. Ianya sangat jelas.

Buku Barrack Obama Bertajuk "The Audacity Of Hope" Ada Menghuraikan Maksud Gambar-Gambar Seperti Ini
MALAPETAKA YANG BAGAIMANA
Saya telah menulis bahawa jangan underestimated DS Najib sebagai Presiden UMNO di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/07/jangan-underestimated-ds-najib-sekali.html, namun masih ada ahli UMNO yang kurang faham.

Sebelum itu, saya tidak hendak mengulas surat bapak Jusuf Kalla dua hari lalu yang disiarkan di dalam blog DS Anwar Ibrahim, pertamanya kerana saya mahu terus menghormati bapak Jusuf Kalla sebagaimana penuh hormat dan amat berdiplomasi tinggi isi surat itu. Saya berusaha tidak hendak melukakan hati bapak Jusuf Kalla, kerana dari segi usia saya meletak diri saya sebagai anak manakala beliau seorang negarawan serumpun yang berjiwa besar. Hal-hal lainnya, biarlah menjadi rahsia antara beliau dengan saya sahaja.

Berbalik kepada DS Najib, saya percaya DS Najib mempunyai banyak pilihan. Beberapa pemimpin UMNO tidak membaca teliti dan tidak memerhati dengan bijaksana peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas PRU13. Saya memberi satu contoh sahaja, iaitu Isu Altantunya, kenapa isu ini tidak relevan semasa PRU13 di mana mereka sudah melupakannya, mereka sudah tidak menyebutnya lagi, akhbar-akhbar mereka, jurucakap-jurucakap mereka bahkan pasukan peguam mereka sudah tidak melihatnya sebagai relevan lagi. Ianya tidak dijadikan isu besar semasa PRU13!. Tidak ada sesiapa lagi di dalam Pakatan Rakyat yang menjerit-jerit nama Altantunya ataupun Mongolia! 

Adakah semua itu berlaku kerana kebetulan atau ianya sebahagian daripada kebijaksanaan? Mungkin kita boleh dengar kata-kata artis Nabil, "lu pikirlah sendiri".

Selain ulasan YB Khairy, UMNO Pahang dan Pemuda UMNO Johor turut memberi "signal" supaya diadakan pemilihan untuk semua jawatan. Desakan ini mudah difahami, namun mereka sendiri tidak faham emosi sedang menguasai mereka. Namun mereka tidaklah salah, kerana UMNO adalah parti demokratik, mereka boleh memberi pandangan untuk kebaikan parti.

Pertama, Tun Dr. Mahathir dan selang sehari kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi kenyataan terbuka supaya, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu ditandingi. Mesej mereka jelas, dan satu-satunya bahagian yang faham ialah UMNO Bahagian Kalabakan. Semalam saya bercakap dengan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan untuk mengucapkan tahniah dan bicara hal-hal lain, pertama kerana UMNO Kalabakan merupakan antara yang terawal bermesyuarat dan memutuskan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

Malapetaka yang berlaku bukannya UMNO akan berpecah dan bukannya DS Najib akan tewas. Malapetaka itu sangat besar khususnya kepada ahli-ahli UMNO yang sekian lama mempertahankan status quo kepartian UMNO. Kali ini, mungkin mereka terpaksa menerima status quo baru. Saya tidak dapat menulis status quo baru itu dalam bentuk apa di sini, kerana saya bimbang ianya akan menjadi "news of the year". Baru-baru ini saya sempat bertemu seorang ketua editor media arus perdana, beliau faham apa yang saya tulis ini. Insya'allah ketemu semula.

Bersambung...







MENJELANG 2016: YANG MANA TERBAIK UNTUK MALAYSIA, ANWAR, HJ. HADI ATAU ZAHID ?

on Saturday, December 19


Lihat Wajah Mereka: Kedua-duanya Tidak Sabar Untuk Bekerjasama


SAYA terkejut dengan kenyataan BERSIH kerana mendesak Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin untuk menyokong cadangan BERSIH dan G25 termasuk di dalam isu undang-undang agama Islam. Kata mereka lagi, team Tun Dr. Mahathir sudah tewas dengan team DS Najib. Itu terserah kepada pembaca menilainya. Baca ulangan anda di sini

Di hujung minggu ini, mari kita berbicara mengenai 3 tokoh yang masih mewarnai politik negara kita ini. 

Lihat Kemesraaan Mereka Berdua, Persahabatan Menggamit Perasaan
1. DS Anwar Ibrahim
Di Amerika Syarikat, saya amat terkejut apabila seorang pemandu teksi bertanya kepada saya, apa khabar Anwar? Saya menjawab sedang menjalani hukuman penjara. Dia kata, di Amerika perkara itu tidak salah. 

Peluang pertama Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ialah pada tahun 1998. Ketika itu, Tun Dr. Mahathir sudah bersedia untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Anwar. Malangnya, kejadian serangan matawang dunia oleh Soros, terutama tuduhan-tuduhan penulis buku "50 Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" telah merencatkan harapan Anwar.

Peluang kedua Anwar ketika PRU12 pada tahun 2008. Peluang ini juga tidak menjadi kenyataan kerana kegagalan Anwar mendapatkan 30 ahli MP BN untuk menyeberang kepada PR.

Peluang ketiga Anwar ialah pada tahun 2013. Dalam PRU13 itu, Anwar menang majoriti undi individu (undi popular), namun Anwar kalah jumlah kerusi. Sebenarnya, Anwar kalah kepada sistem.  

Peluang keempat Anwar ialah semasa Rekonsiliasi. Ramai orang sudah mengetahui secara samar-samar mengenai tawaran Anwar sebagai TPM dan dua tiga MP PKR sebagai Menteri penuh. Saya tidak akan menghuraikan hal ini kerana saya mesti menghormati Jusuf Kalla yang kini sudah menjadi Naib Presiden Indonesia. Anda boleh baca semula pertemuan saya dengan Jusuf Kalla di Jakarta dalam blog ini atau mana-mana akhbar. Adakah jika saya mendedahkan surat perjanjian akan merubah politik nasional?

Lihat Langkah Mereka: Seiringan, Berani dan Bersemangat
2. Tuan Guru DS Hj. Hadi Awang
Kesilapan ahli-ahli PAS yang menyeberang kepada PAN yang pro DAP itu ialah mereka memandang rendah Hj Hadi di dalam berpolitik.

Saya telah mengikuti sejak sekian lama ucapan-ucapan politik Hj Hadi.  Ianya konsisten. Hj. Hadi mendidik ahli-ahli PAS bahawa yang dikejar bukan duniawi, bukan jawatan politik dan bukan semata-mata kemenangan politik. Yang dicari kata Hj Hadi ialah keredhaan oleh Allah SWT walaupun tidak menang dalam pilihanraya. Jika mendapat keredhaan dari Allah SWT, maka itulah kemenangan yang sebenar-benarnya.

PAS sudah mencuba dengan DAP sejak sekian lama. Namun, Hj Hadi melihat tiada faedah bersama DAP. Ahli-ahli PAS di peringkat bawahan ada pelbagai pandangan mengenai kerjasama UMNO-PAS. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada yang ragu-ragu. Namun, Hj. Hadi lebih bijak di dalam isu ini.

Saya meramalkan, menjelang PRU14, PAS akan membentuk kerajaan bersekutu bersama BN. Pada tahun 1974 dahulu, kesepakatan perpaduan UMNO-PAS diputuskan ketika Tun Razak dan wakil PAS bertemu di luar negara. Saya percaya, pertemuan DS Najib-Hj. Hadi semasa Multaqa Alumni Al-Azhar baru-baru ini adalah bibit-bibit ke arah itu. Nampaknya, masyarakat Islam di luar UMNO-PAS majoriti memberi pandangan yang positif. 

Saya meramalkan dalam tempoh 24 bulan ini, Hj. Hadi akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan persekutuan. Itu cita-cita majoriti umat Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Lihat Wajah Mereka: Penantian, Harapan Dan Kesetiaan  
DS Ahmad Zahid Hamidi
Amalan sejak merdeka, Timbalan Perdana Menteri biasanya akan menjadi Perdana Menteri apabila seseorang Perdana Menteri melepaskan jawatannya. Maka, secara mudah, DS Zahid akan menjadi Perdana Menteri seandainya Perdana Menteri melepaskan jawatan.

Namun begitu, pada pandangan saya, DS Zahid perlu menjadi Timbalan Presiden UMNO terlebih dahulu. Apa yang berlaku sekarang agak unik dan luar dari kebiasaan.

Namun begitu, DS Najib betul dalam tindakan pentadiran di dalam Kerajaan, di mana kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri terletak di tangan Perdana Menteri. Itu kuasa pregroratif siapa-siapa Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir sendiri mempunyai 4 Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga, DS Najib betul tindakannya di dalam parti UMNO tidak memecat TS Muhyiddin kerana itu jawatan politik yang ditentukan oleh ahli-ahli UMNO. 

Oleh yang demikian, sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid tidak mempunyai pilihan lain melainkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO pada masa akan datang. 

Ketika DS Zahid mempengerusikan satu mesyuarat di Kementah dahulu (2011), beliau menghadiahkan saya sebuah buku bacaan yassin yang saya masih gunakan sehingga ke hari ini.

Bagaimana pilihan anda?

Selamat Berhujung Minggu.



  

  

SIAPA CURI TULISAN SAYA? UTUSAN MALAYSIA ATAU NG LUM YONG?

on Saturday, May 3

ARTIKEL BERTAJUK "LUPAKAN PRU-13, MARI MEMBANGUNKAN NEGARA" DISIARKAN OLEH UTUSAN MALAYSIA PADA 26 JUN 2013 DENGAN NAMA PENULIS NG LUM YONG, PRESIDEN JARINGAN CINA MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130612/re_07/Lupakan-PRU-13-mari-membangunkan-negara
ARTIKEL ASAL DI BLOG SAYA BERTAJUK "DS NAJIB-JUSUF KALLA-ANWAR IBRAHIM" SAYA TERBITKAN PADA 20 JUN 2013
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/ds-najib-tun-razak-jusuf-kalla-anwar.html
Isu Hak Harta Intelek ataupun hak kekal intelektual yang digunakan tanpa pengetahuan malah tanpa kebenaran penulis sebenarnya melambangkan penyakit kewartawanan yang serius. Jika di Universiti, seseorang pelajar yang melakukan plagiat dengan apa cara sekalipun, pihak universiti akan membatalkan degree yang akan diberikan kepadanya.

Perbuatan seperti ini sangatlah tidak berpatutan dengan sesiapa sahaja yang mempunyai etika kewartawanan yang dihormati apatah lagi oleh sesiapa sahaja yang memegang nilai intelektualisme. 

Oleh kerana perkara ini masih baharu kepada saya, maka saya perlu mengkaji perkara-perkara penting hak seseorang penulis dalam Hak Harta Intelek. 

Apakah hak saya?

REFORMASI 2.0 TOTALI GAGAL, CONTOHI POLITIK MATANG INDONESIA

on Saturday, March 22

Muram 
Kajang, 22/3/2014 - Semalam saya berjalan-jalan di sekitar Stadium Kajang, sama ketika saya berjalan-jalan di Kuala Lumpur sekitar 26 hingga 28 September 1998. Saya ingin melihat perbezaan suasana tahun 1998 dan tahun 2014. Apakah emosinya masih sama?

Ketika itu, rentak Reformasi 1998 begitu kuat hinggakan di mana-mana sahaja orang bercakap tentang Reformasi. Baik di dalam keretapi, di lapangan terbang, dalam teksi, di kampus ketika itu saya di USM, dalam surat khabar dan sebagainya.

Tentu anda masih ingat bagaimana DS Anwar (Anwar) dan jenteranya mengumpul massa di dataran merdeka dan khususnya di Masjid Negara. Anda tentu masih ingat bagaimana Anwar melarikan diri menggunakan motorsikal ketika itu.

Sebaliknya di Kajang semalam, suasana Reformasi kelihatan lembab, lembik dan tidak bermaya. Jika tidak ada gerai-gerai jualan keadaan akan lebih sunyi. Ianya umpama perhimpunan di pasar malam.

Di dalam acara besar dan penting ini, Tiada kelibat Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohd. Sabu, Datuk Mustapha Ali Setiausaha Agung PAS juga tiada. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kelihatan. Saya melihat tidak ada kesungguhan.

Gambar Di Bahagian Belakang Stadium
Keluasan Stadium Kajang yang boleh memuatkan 10,000 orang hanya dihadiri lebihkurang 4,000-5,000 orang sahaja. Saya melihat dengan mata saya sendiri ketidaksungguhan sebilangan yang hadir. Juga amat mengejutkan saya kurang sekali orang Cina hadir dalam pembukaan Reformasi 2.0 semalam. 

Tidak jauh dari Kajang, umat Islam juga berkumpul di Putrajaya dalam acara Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Anda saksikan sendiri kehadirannya. Dari hadapan bangunan Perdana Putra, di dalam Masjid Putra, sehingga jauh ke Bangunan Putrajaya Holding lautan manusia membanjiri Putrajaya mengucapkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Alangkah indahnya ketika kita bibir kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perdana Menteri Bersama Umat Islam Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Umat Islam Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Ratusan Ribu Memenuhi Putrajaya  
DS Najib Bersalaman Dengan Orang Ramai
Perdana Menteri Berpelukan Dengan Habib Syech Bin Abdul  Qodir Asseqaf Dari Indonesia

Isteri Perdana Menteri Turut Bersama Bersalawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Kesimpulannya mudah, saya ingin mengajak Anwar supaya membatalkan sahaja Reformasi 2.0 kerana Majoriti rakyat sudah tidak ada mood, tidak ada keinginan dan tidak lagi melihat Reformasi 2.0 itu sesuatu yang perlu. 

Zaman sudah berubah, masa reformasi sudah berlalu, generasi baharu mahukan kehidupan yang lebih aman, tenang dan rileks. Mereka mahu menikmati kehidupan dengan bahagia dan mereka mahu bekerja dengan gembira.

Negara jiran kita Indonesia sudah tidak lagi berReformasi di jalanan kerana kehidupan rakyat Indonesia dari sudut politik sudah kelihatan bahagia. Mereka sudah jarang berteriak-teriak di jalanan, mereka sudah tidak lagi ada ketaksuban membuta tuli, mereka sudah semakin matang di dalam berpolitik. 

Apabila Habibie tidak menjadi Presiden Indonesia, adakah Habibie merosakkan negaranya di jalanan? Apabila Jusuf Kalla tidak berjaya menduduki jabatan Presiden Indonesia atau Wakil Presiden Indonesia, adakah Jusuf Kalla merosakkan negaranya di jalanan? 

Saya bersetuju negara kita memerlukan pasukan pembangkang yang kuat, tetapi saya juga bersetuju negara kita memerlukan sebuah kerajaan yang lebih kuat.

Manusia yang ganjil ialah manusia yang tidak mahu menerima kekalahan (S.Ogata).

*Bacaan Iringan : http://www.anwaraidc.com/?p=45205 dan http://khairulryezal.blogspot.com/2014/03/live-laporan-reformasi-20-laungan.html









Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan