DESAS-DESUS ANWAR MENYEBERANG KE BN

on Friday, October 31

1. KETUA PEMBANGKANG yang mendapat elaun hampir sama dengan gaji jawatan Perdana Menteri gagal membawa isu-isu rakyat yang penting sebaliknya, sesi Parlimen yang akan tamat tidak lama lagi hanya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan Anwar kepada Menteri-menteri dan Kerajaan secara umum berkaitan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan, yang sebenarnya berlaku juga semasa Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

2. Cadangan MP Sri Gading supaya membawa kes rasuah menteri-menteri dan kerajaan BN kemuka pengadilan ( pihak Polis & BPR ) tidak disambut oleh Anwar, sebaliknya Anwar terus meluahkan geramnya yang selama 10 tahun tidak berada di dalam Parlimen. Di Parlimen, Anwar seperti harimau lapar yang meluahkan A to Z semua yang terbuku di hatinya, satu pun tuduhan yang dibuatnya tiadak ada dibuat Laporan Polis dan Rasuah. Hanya meluahkan geram di dalam Parlimen sahaja.

3. Anwar sudah tidak lagi memperkatakan tentang Kronisme dan Nepotisme kerana dia sendiri sekarang sedang melakukan Nepotisme dan Kronisme dalam parti PKR dan kerajaan PKR. Bagi Anwar, orang lain kronis dan nepotis, bagi dia tidak.

4. Anwar berusaha melarikan isu kegagalan projek 916-nya, Anwar masih tidak menjelaskan kepada Parlimen jumlah wang yang diperuntukkan dalam projek 916, sebaliknya Anwar membawa isu di pihak kerajaan BN dan MP BN. Apabila Datuk Lajim menunjuk ke arahnya, masa dia jadi Menteri dahulu tidak rasuahkah? Semua barisan pembangkan duduk terdiam tidak berkata-kata!

5. Anwar tidak pun menjelaskan sama ada di luar atau di dalam parlimen keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap Kes YB Zulkifli. Ternyata Anwar yang lebih-lebih lagi Flip-Flop. Penulis yakin dan percaya, mereka tidak akan berani mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, baik semasa ucapan YB Zulkifli yang menyindir Anwar dan pembangkang di Parlimen atau semasa di luar Parlimen. Sebab itu penulis percaya YB Zulkifli lebih baik daripada Anwar, Anwar sudah hilang Kredibeliti.

6. Dengan keadaan sekarang yang tidak memihak kepada Anwar dan PKR, penulis dimaklmkan talian hayat sedang dipasang oleh Anwar merentasi kawan2 rapatnya dalam BN. Pendek kata, rumos Anwar menyertai BN semakin jelas. Siapa dalam PKR boleh nafikan Anwar sedang membuat talian hayat kepada BN!

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan