
1. YB Zulkifli Nordin mempunyai pandangan yang jelas bahawa Dr. Asri lebih baik tidak memihak kepada mana-mana parti supaya beliau boleh berdakwah dan diterima dengan berkesan. NAmun, YB Zulkifli tidak menyatakan tentangannya yang jelas, sebagaimana YB Kalabakan menentang kemasukan YB Zahrain menyertai UMNO.
2. Namun, beberapa tindakan Dr. Asri seperti kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kemudian kritikan besarnya supaya DS Anwar Ibrahim bersara daripada politk merupakan bayangan yang sangat jelas Dr. Asri berpihak di mana.
3. Pada pandangan penulis, Dr. Asri yang pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis mempunyai sebab yang kuat untuk menyertai UMNO dan memperkuatkan semula UMNO. Beliau sudah lama bekerja dengan kerajaan negeri yang diperintah UMNO.
4. Isu Wahabi yang dilekatkan kepada dirinya adalah isu lain, khilaf dan tafsiran yang berhak diulas oleh mereka yang pakar. Di Malaysia, ada juga negeri lain yang mengamalkan fahaman Wahabi, tidak Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana lazimnya.
5. Pilihanraya Umum Ke-13 semakin dekat, penulis percaya jalan Dr. Asri semakin dekat. Beliau dan idea Imam Muda semestinya dari satu sumber yang sama. Imam Muda mestilah daripada idea orang muda. Dr. Asri bercakap mengenai pemimpin tua yang perlu bersara.














