Kenangan Bersama DSP Ghapur Hj. Salleh (1993). Ketika Itu Penulis Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Pertama Bombalai & Beliau Pula Baru Memenangi Ketua Bahagian UMNO Tawau
Semasa proses mendaftar ahli-ahli USNO dan ahli-ahli baru ke dalam UMNO dahulu (1990), Tuan Hj Said Senang yang merupakan Wakil Rakyat Merotai ketika itu memberi ruang yang banyak kepada AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau. Beliau membenarkan Pejabat ADUN Merotai di Wisma Bumi dijadikan pusat mendaftar, mesyuarat AJK dan sebagainya untuk memastikan kelancaran pendaftaran ahli-ahli USNO ke dalam UMNO.Keihlasan sangat penting dalam perjuangan. Maka itu, Cawangan Kg. Pertama Bombalai di mana ayah penulis merupakan Ketua Cawangan telah berjaya mendaftar lebih 250 ahli daripada pelbagai suku kaum Bugis, Jawa, Tidung, Suluk dan sebagainya. Cawangan ini merupakan antara cawangan terbesar di Bahagian Tawau (sekarang Bahagian Kalabakan).
Semasa penulis aktif berpolitik dahulu, penulis turut membantu mengisi borang dan sebagainya. Penulis sering dibawa oleh YB Tuan Haji Said Senang ke kampung-kampung. Hj Said Senang bukanlah ahli politik yang kaya atau mempunyai wang ketika itu, tetapi beliau sangatlah kaya hati. Beliau akan bersalam dengan semua orang di mana sahaja.
Satu perkara yang sangat baik ialah di mana-mana Tuan Hj Said Senang melawat, beliau akan cari surau atau masjid untuk bersolat. Pernah satu malam, ketika satu majlis di Merotai, kami berjalan kaki mencari surau. Beliau akan tinggalkan cerita panjang di dalam majlis untuk mencari surau nak bersolat.
Dalam Pilihanraya tahun 1986 dan 1990 kalau saya tidak silap, Hj Said Senang bermalam di Masjid Nurul Iman Bombalai pada pukul 2 hingga 4 pagi jika saya tidak silap. Saya lihat beliau solat sunat dan berzikir. Pada keesokan harinya beliau ke bandar menunggu keputusan pilihanraya. Ternyata beliau menang. Rumah beliau sangatlah sederhana, hanya rumah kayu dan di kawasan penduduk kampung sahaja, bukanlah di kawasan elit dan berpisah dari penduduk kampung.
Ada orang berkata kalau rapat dengan YB ne banyak dapat projek dan sebagainya. Sebenarnya itu sangat tidak tepat. Sepanjang bersama dengan YB Hj Said Senang, beliau suka datang ke rumah saya di Kg Mawar dan Kg Pertama Bombalai, Nak tahu apa dia suka ambil, dia suka ambil bunga-bunga kertas yang ayah saya tanam. Dia sangat suka sebab ayah saya sangat pandai tanam bunga kertas (bunga kertas kahwin).
Semasa Hj Said Senang hendak naik haji, ayah saya menurunkan dia dari rumah. Inilah satu adat di mana acara menurunkan bakal haji dari tangga rumah diadakan dengan doa-doa yang sesuai semasa majlis tersebut.
Kali terakhir saya berjumpa Tuan Hj Said Senang ini 5 tahun yang lalu. Semoga beliau sihat sahaja. Minggu depan bersambung pula pengalaman penulis bersama YB yang lain pula.
Selamat Membaca.















