| PORTAL POPULAR SABAHKINI.NET MEMETIK TULISAN ASAL SAYA, MALANGNYA DITOKOKTAMBAH |
PRU13
akan
diadakan bila-bila masa sahaja. Di Sabah terdapat beberapa Persatuan suku kaum
yang memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan komuniti mereka.
Antaranya Persatuan Suluk Sabah Bersatu (PSSB), United Sabah Bajau Organitation
(USBO), Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), saya juga ada berjumpa dengan
Persatuan Keluarga Timor Sabah, selainnya ada Persatuan Kebajikan Bugis Sabah
(PKBS) yang kini lebih dikenali sebagai Persatuan Komuniti Bugis Sabah. Sebenarnya banyak lagi persatuan berdasarkan suku kaum di Sabah yang tidak saya sebutkan di sini.
Baru-baru ini pula tertubuh Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) yang
kebanyakan penggeraknya ialah orang-orang Bugis Sabah yang sudah lama menetap
di Selangor. PMBS ini mendapat sokongan kerabat DiRaja Selangor dan pihak keluarga DiRaja di Istana Negeri Selangor, juga mendapat
sokongan individu seperti YB Senator Saudara Mohd. Ezam Noor dan lain-lain.
Pada masa terdahulu, terdapat beberapa Wakil Rakyat
dari masyarakat Bugis di Sabah antaranya YB Datuk Salim Bacho di Kunak dan YB
Tn Hj. Said Senang di Merotai. Pada masa itu (1980an) keluasan DUN Merotai
hampir-hampir sama dengan keluasan Parlimen Kalabakan pada hari ini.
Namun demikian, pada Pilihanraya DUN Sabah pada tahun
1994, YB Datuk Salim Bacho dan YB Tn Hj Said Senang telah memilih Kerajaan
Campuran USNO-PBS bertanding melawan parti UMNO yang baru masuk ke Sabah.
Akhirnya, kedua-dua wakil rakyat Bugis tersebut tewas
dan tidak adalah wakil YB Bugis dalam DUN Sabah. Inilah kesilapan besar yang
berlaku ketika itu. Jika tidak, saya yakin kedua-dua kerusi Kunak dan Merotai
akan masih kekal diberikan kepada masyarakat Bugis di Sabah.
| DI SABAHKINI.NET TERDAPAT TOKOK-TAMBAH (5/2/2013) |
| ARTIKEL ASAL DI SINI http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html (28/2/2012) |
JANGAN ULANGI KESILAPAN
LALU
Apabila Parlimen Kalabakan diwujudkan, terdapat 3
kawasan Dewan Undangan Negeri telah diwujudkan dalam Parlimen Kalabakan iaitu Pulau Sebatik, Tanjung
Batu dan Merotai.
YB Datuk Ghapur Salleh, Ketua Bahagian UMNO tidak meminggirkan masyarakat Bugis apabila memberikan tempat kepada Wakil Bugis di kawasan Merotai melalui YB Datuk Dr. Patawari Patawe (1998) dan seterusnya di Pulau Sebatik pada tahun 2004 dan 2008.
Persoalan yang timbul hari ini ialah Adakah pada tahun
2013 ini masyarakat Bugis akan mendapat semula salah satu kerusi mereka? Kalau
dapat di kawasan manakah? Persoalann yang paling besar ialah siapakah wakil
masyarakat Bugis yang akan dicalonkan itu?
Walaupun terdapat permintaan dari kalangan masyarakat
Bugis untuk menambah satu lagi kawasan, ianya bukan satu perkara yang mudah,
terutama selepas kehilangan Kunak suatu ketika dahulu. Harga kesilapan
masyarakat Bugis sendiri amat mahal, maka itu dalam PRU13 nanti jangan lagi
melakukan kesilapan.
Apakah maksud saya kesilapan itu? Jawapannya mudah,
jangan biarkan tangan anda mengundi parti lain melainkan Barisan Nasional.
UMNO Kalabakan telah pun mendesak supaya kerusi Merotai
yang lebih 70% adalah Bumiputera Islam hendaklah dikembalikan semula kepada
UMNO setelah dua penggal dipinjamkann kepada parti LDP iaitu pada tahun 2004
dan 2008. Secara peribadi, ianya satu permintaan yang wajar. Parti LDP boleh
kembali semula di kawasan yang masyarakat Cina mereka lebih majoriti seperti di
Sri Tanjung dan kawasan Kota Kinabalu.
Masih banyak lagi masalah-masalah masyarakat Bugis yang
perlu diatasi menjelang tahun 2020, khususnya dalam bidang pendidikan,
pekerjaan dan perniagaan.
Semua masalah tersebut boleh diatasi secara perlahan-lahan,
“slow-slow” apatah lagi jika kita berteduh di atas rumah yang besar dan selesa.
Rumah itu ialah Barisan Nasional, maka undilah Calon Barisan Nasional. Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Bugis Sabah sama ada yang menetap di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung Malaysia supaya memilih Masa Hadapan yang cemerlang untuk survival dan anak cucu kita, survival itu ada pada Perdana Menteri DS Najib Tun Hj. Razak. Insyaallah dengan Izin Allah SWT.
Selamat
Mengundi.














