PESANAN PERDANA PILIH KETUA PEMUDA UMNO YANG INI

on Friday, October 11

Adakah Dia Ahli DAP ? Ada sesiapa boleh buktikan?

Helen Ang menyindir ahli-ahli UMNO yang tidak sedar akan kerosakan yang dibawa dari dalam kepada UMNO, sindir Helen Ang mengapa membawa masuk penyokong tegar DAP, sindirnya lagi mengapa melantik penyokong tegar DAP, atau dalam bahasa lain Helen Ang menyindir tidak adakah Ahli UMNO yang lebih hebat daripada Regina Lee, atau tidak adakah ahli MCA atau GERAKAN yang lebih fantastik berbanding Regina Lee.

Blogger Helen Ang seperti saya juga, tidak suka bersembunyi di sebalik "anonymous" kerana orang seperti kami menyukai keikhlasan semasa menulis. Insyaallah lama kelamaan para blogger yang lain akan lebih terbuka menunjukkan identiti mereka seperti Akhramsyah, Tun Faisal, Blog APA, OutSyed The Box, Apanama, Rocky Bru, MSO, Che'det, Kadir Jasin, Zamkata,Sri Tri Buana dan ramai lagi. Tidak mengapa ianya mengambil masa. Kerana bukankah "assabaru minal iman".

Adakah anda ada mendengar Kepimpinan Tertinggi UMNO menegah dan melarang Akhramsyah bertanding? 

Adakah anda ada mendengar Kepimpinan Tertinggi UMNO memberi sokongan terbuka kepada KJ? Jika tiada, apakah maksudnya itu? Fikirkanlah.

Saya ingin membawa satu cerita betapa sukarnya membawa pesanan kepada seorang MB suatu masa dahulu bahawa dia diminta untuk menyerahkan jawatannya kepada orang lain. Bukan dia tidak baik, tetapi ada sebab tertentu. Situasi-situasi sebegini sering berulang di dalam sejarah.

Kematangan UMNO hari ini ialah kita bebas untuk menyokong siapa dan kita bebas untuk memberi pandangan kita. Demokrasi matang dalam UMNO semakin menyerlah, ianya tiada di dalam DAP mahupun PKR.

Jika di lihat di alam siber, kelihatannya Akhramsyah mendahului KJ khususnya orang-orang lama dan blogger elit majoriti menyerlahkan pendirian pro Akhramsyah. Saya tidak pasti kenapa. Saya cuba membuat kajian sendiri, lalu saya menghubungi beberapa ahli UMNO. Mesej di bawah perlu dibaca dengan jelas.

TELEFON DAN SMS
Bagaimana pula 'world view' pemilih UMNO di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan. Saya menelefon secara rambang beberapa bahagian dan cawangan di seluruh negara. Saya ingin mengetahui 'pandangan' mereka tentang kepimpinan Pemuda UMNO yang baharu. 

Ada yang berterus-terang menyokong KJ, ada yang dengan berani mahu berubah memilih Akramsyah. Daripada 20 orang yang saya telefon, 7 orang "direct" menyebut nama KJ. Manakala 11 dengan berani menyebut nama Akhramsyah. Selebihnya menjawab "tengoklah" dan "nantilah".

Daripada 30 sms yang saya kirim kepada pengundi-pengundi yang saya kenali. Sebanyak 11 orang menulis nama KJ, dan 13 orang menulis Akhramsyah, selebihnya 6 orang menulis "mana-manalah", "belum fikir" dan "esoklah".

Anda semua tahu saya telah banyak menulis tentang DS Hishammuddin, Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Akhramsyah. 

Pendirian saya amat jelas, Melayu dan Islam jangan dipisahkan. Islam mesti diutamakan manakala survival bangsa Melayu jangan diperjudikan, Kepimpinan Melayu jangan diliberalkan, Kepimpinan Melayu jangan dipluralismekan. Dasar UMNO mengutamakan bangsa Melayu mesti dipulihara, kerana bangsa Melayu dan ugama Islam adalah teras kepada negara ini. 

Apa akan jadi jika semua dasar-dasar hak istimewa, maklumat-maklumat sulit polisi khas dan sebagainya yang dijamin dalam perlembagaan, jatuh di tangan musuh-musuh orang Melayu apatah lagi musuh-musuh Islam. 

Adakah Lim Guan Eng melantik ahli UMNO sebagai Pegawai Khasnya? Adakah TS Khalid Ibrahim melantik ahli UMNO sebagai Setiausaha Sulitnya? Kenapa DS Anwar Ibrahim tidak melantik ahli UMNO sebagai Pembantu Khasnya?

Kata Nabil, "Lu pikir lah sendiri..."

Bacaan Tambahan : http://dinturtle.blogspot.com/2013/10/last-kopek-kempen-kp-kenapa-saya-sokong.html juga http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/10/apa-beza-antara-akramsyah-dan-kj.html dan http://mole.my/content/latest-blog-opposition-loves-kj-and-will-destroy-umno-within


SELAMAT MENGUNDI KEPADA AHLI-AHLI UMNO.
















Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan