| ARTIKEL ASAL DI BLOG SAYA BERTAJUK "DS NAJIB-JUSUF KALLA-ANWAR IBRAHIM" SAYA TERBITKAN PADA 20 JUN 2013 http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/ds-najib-tun-razak-jusuf-kalla-anwar.html |
Isu Hak Harta Intelek ataupun hak kekal intelektual yang digunakan tanpa pengetahuan malah tanpa kebenaran penulis sebenarnya melambangkan penyakit kewartawanan yang serius. Jika di Universiti, seseorang pelajar yang melakukan plagiat dengan apa cara sekalipun, pihak universiti akan membatalkan degree yang akan diberikan kepadanya.
Perbuatan seperti ini sangatlah tidak berpatutan dengan sesiapa sahaja yang mempunyai etika kewartawanan yang dihormati apatah lagi oleh sesiapa sahaja yang memegang nilai intelektualisme.
Oleh kerana perkara ini masih baharu kepada saya, maka saya perlu mengkaji perkara-perkara penting hak seseorang penulis dalam Hak Harta Intelek.
Apakah hak saya?














