1. 10 negara termiskin di dunia, terletak di benua Afrika iaitu Madagascar, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Kongo, Guniea, Eritria, Mozambique, Burundi dan Liberia. Antara sebab utama kemiskinan negara-negara ini ialah perang yang tidak pernah henti dan kelemahan kerajaan yang memerintah walaupun negara-negara tersebut mempunyai potensi hasil bumi yang boleh dimajukan.
2. Seorang teman saya dari JB pernah melalui jalan sukar untuk melabur di Guniea, katanya kepada saya, "saya melalui 3 hari jalan darat ke sana, saya menyaksikan kesukaran yang amat sangat. Apabila saya kembali dan mendarat di KLIA saya terus sujud syukur mencium tanah Malaysia". Katanya lagi, "jika ada rakyat Malaysia yang suka komplen sana sini, memburukkan kerajaan dan negara, cuba hantar dia ke negara Guniea, nescaya dia akan mencium tanah sekembalinya mendarat di KLIA". Saya terdiam mendengarnya.
3. Manakala 30 individu terkaya di dunia (2016), rakyat China termasuk 3 orang iaitu Wang Jialin, Li Ka Shing dan Lee Shau Kee
4. Mantan Gabenor Sulawesi Selatan (2014) yang mempersembahkan pidato akademiknya di UKM sini menyatakan era sekarang adalah era China. Tidak ada sesiapa boleh menghalang China bertapak di mana-mana di seluruh dunia. Sebab itulah sentimen dan persepsi apa pun yang berlaku kepada pelaburan China di Malaysia atau Indonesia, ianya tidak akan mampu ditolak. Rakyat perlukan pekerjaan dan peluang perniagaan, rakyat tidak perlukan persepsi negatif sahaja dalam kehidupan.
5. Seorang teman di Peru di Amerika Selatan berkata kepada saya, orang Cina di Peru bukan sahaja menguasai ekonomi malah mereka sudah bertapak di pelbagai bidang. Terdapat lebih 1.6 juta orang Cina di Peru yang sudah menjadi rakyat Peru. Adakah bendera negara Peru, bahasa dan politik pemerintahan negara Peru diperintah oleh imigran China?
6. Di negara kuasa besar Amerika Syarikat, apakah barang China yang tidak ada di Washington atau New York. Hampir semua cenderamata yang dijual di sana adalah "Made In China". Bandar-bandar China tumbuh bagai cendawan di Boston, Philadelphia dan sebagainya. Namun, undang-undang negara Amerika, perlembagaan mereka tidak tergangggu-gugat atau berubah oleh mereka. Pergilah melawat bandar Philadelphia, orang-orang China ada di mana-mana. Malahan salah satu universiti terbesar di sana University Drexel berlogokan Naga China menghiasi seluruh bandar itu.
6. Di negara kuasa besar Amerika Syarikat, apakah barang China yang tidak ada di Washington atau New York. Hampir semua cenderamata yang dijual di sana adalah "Made In China". Bandar-bandar China tumbuh bagai cendawan di Boston, Philadelphia dan sebagainya. Namun, undang-undang negara Amerika, perlembagaan mereka tidak tergangggu-gugat atau berubah oleh mereka. Pergilah melawat bandar Philadelphia, orang-orang China ada di mana-mana. Malahan salah satu universiti terbesar di sana University Drexel berlogokan Naga China menghiasi seluruh bandar itu.
7. Maka, ura-ura syarikat-syarikat China untuk melabur dalam syarikat Proton bukanlah pelik atau luar biasa. Sebelum ini pun Proton sudah bekerjasama dengan syarikat-syarikat dari negara luar seperti Mitshubishi dan Renault dahulu. Apakah perbezaannya? Jika pelaburan China boleh mengembangkan lagi bisnes Proton dan create lebih banyak kerja untuk rakyat Malaysia, ianya sudah cukup baik.
8. Di Universiti Xiamen Malaysia di Sepang, beribu pelajar yang datang dari negara China telah mengaktifkan perniagaan di kawasan tersebut. Sewa rumah semakin laris, perniagaan pasar malam semakin laku kerana mereka seronok membeli di pasar malam, dan banyak lagi impak ekonomi yang menguntungkan masyarakat tempatan.
9. Apa yang perlu kita jaga hanyalah undang-undang kita dihormati, penguatkuasaan undang-undang, kita perlu meningkatkan good governance dan transperancy di tahap terbaik. Dengan semua aspek keselamatan ini dipulihara, maka sesiapapun yang datang ke Malaysia untuk melabur tidak akan berjaya merosakkan asas-asas kenegaraan kita.
10. Di tanah suci kota Mekkah dan Madinah, apakah barang yang para jemaah kita beli bukan "Made in China". Dari sekecil-kecil cenderamata hinggalah kepada sebesar-besar kain umrah, tikar sembahyang, karpet majoriti 'Made in China'. Itu tidak kira lagi barangan-barangan China di luar kota Mekkah dan di luar kota Madinah.
11. Adakah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak berurus niaga dengan syarikat-syarikat dari negara China? Semasa Husam menjadi Exco kerajaan Kelantan, Husam turut terbang ke China mencari-cari pelabur yang sudi melabur di Kelantan.
12. Hari ini Jakarta sendiri nampak kurang berminat dengan Proton walaupun Tun Dr Mahathir melawat Megawati (PDPI) sebelum PRU Presiden Indonesia dan walaupun Tun M turut mendekati Presiden Jokowi melawat Malaysia dahulu. Indonesia juga sedang membangunkan kereta nasional mereka sendiri. Cerita Proton di Jakarta boleh dibaca di sini sini dan sini. Kini apakah nasib Proton di Indonesia ?
13. Maka jika pelabur China membantu industri kereta Proton, sudah pasti akan memberi impak positif kepada pekerja proton, industri kereta nasional dan paling penting harga proton dapat diturunkan. Proton tidak boleh statik dan bergantung setiap masa dari dana kerajaan untuk menyelamatkannya. Proton perlu belajar dari Hyundai dan Chery walaupun mereka lebih muda berbanding Proton.
14. Rakyat akan terus membeli Proton jika Proton meningkatkan kualiti, R & D, good marketing dan menyuntik elemen patriotik dan nasionalisme dalam rekabentuk Proton. Perbuatan yang kelihatan menjadi trend Proton mengambil badan kereta lain dengan hanya menukar logo adalah tidak Patriotik. Dalam buku Noam Chomsky (America's Quest For Global Dominance; The American Empire Project), berkata perbuatan tidak patriotik apabila menjadi dan berpihak dan meniru patriotisme orang lain.
Selamat Berhari Minggu.
KLIA.
5 Februari 2017














