Calon jawatan Timbalan Presiden PAS, Datuk Nik Amar Nik Abdullah
menegaskan keperluan PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR
setelah parti itu gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu
pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
“PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang
dimenangi. Kita menang 21 kerusi parlimen berbanding 23 sebelum ini,
sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai
matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan
majoriti pengundi melayu Islam".
“Kita bukan nak menarik diri daripada Pakatan Rakyat tetapi kita
perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang melayu
menyokong Umno bukan PAS".
"Sungguhpun saya satu-satunya calon ulama ‘untuk jawatan timbalan
presiden’ saya berharap untuk mewakili semua pihak dalam PAS,” beliau
dipetik berkata oleh The Star.
Nik Amar akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan dua penjuru
untuk jawatan timbalan presiden pada muktamar parti 22-24 November ini,
saingan itu dilihat sebagai kemuncak pertandingan antara golongan
erdogan ‘Mat Sabu’ dan ulama yang diwakili oleh Nik Amar.
Calon lain yang layak untuk bertanding jawatan itu seperti Husam
Musa, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man memilih untuk bertanding
jawatan Naib Presiden.
Sekiranya menang Nik Amar akan memastikan dua jawatan tertinggi dalam
PAS diisi oleh golongan ulama ekoran desakan akar umbi yang mahu parti
itu lebih lantang bersuara dalam isu-isu agama.
Datuk Seri Abdul Hadi awang menang bertanding jawatan presiden parti untuk penggal keenam berturut-turut.
Sebelum ini ketua dewan ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata parti itu
harus mengkaji kerjasama berlandaskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR
ekoran kemerosotan undi Melayu untuk parti itu.
Beberapa pihak menegur PAS kerana didakwa berlembut dalam isu-isu
bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, ketegasan mendirikan
agama Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.
Hadi dan Mat Sabu menafikan perjuangan asasnya kerana tunduk kepada
tunduk kepada PKR dan DAP dalam hasrat untuk meraih sokongan bukan
Melayu pada PRU ke-13.















1 Komen:
JIKA NIK AMMAR MENANG. JIKA MAT SABU MENANG MAKNANYA PAS MEMANG PARTI CELARULAH. KARL MARX DAN KHOMEINI IDOLA MAT SABU..MAT SABU SENDIRI AGAKNYA APA PEGANGANNYA?
Post a Comment