Showing posts sorted by relevance for query majlis patriotisme negara. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query majlis patriotisme negara. Sort by date Show all posts

MERDEKA 56 HAMBAR: KURANG BAJET ATAU KURANG IDEA?

on Wednesday, August 28

Bahasa mudah kepada 'Kemerdekaan" ialah bebas daripada cengkaman penjajahan politik, penjajahan ekonomi dan penjajahan agama. Dari satu sudut, negara kita sudah 56 tahun bebas daripada penjajahan British, iaitu pada 31 Ogos 1957 dan pada 16 September 1963 bagi Sabah, Sarawak dan Singapura.

Singapura pula, oleh kerana Kerajaan Ratu England tidak hendak memberi kebebasan kepada Singapura walaupun lebih 10 kali Ketua Menteri Singapura dan delegasinya ke London memohon kemerdekaan, ditolak oleh Kerajaan Ratu England. Akhirnya, Lee Kuan Yew berfikir, untuk Singapura merdeka ada satu jalan sahaja iaitu "perlu melalui Malaysia". 

Kemudian, Lee Kuan Yew menjadi ego dan Singapura berjaya merdeka sepenuhnya, merdeka dari Kerajaan Ratu England dan merdeka dari Malaysia. Adakah kamu fikir Lee Kuan Yew seorang ahli politik yang bercakap benar, namun saya setuju kata-kata Lee Kuan Yew bahawa adalah mustahil Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memerintah Malaysia.

Sebenarnya bukan tahun 2013, sahaja tetapi sebelumnya sambutan kemerdekaan negara kita turut di tahap kurang memberansangkan. Tahun lalu isu besarnya berkenaan logo, tahun ini Logo Kemerdekaan negara kita sangat cantik dan berkesan. Saya pasti ramai yang suka dan teruja.

Tahun ini isu "hambar" pula?

KURANG BAJET ATAU KURANG IDEA ?
Jika kita imbas tahun-tahun dahulu, pelbagai aktiviti diadakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk menyedarkan dan memupuk semangat Patriot kepada negara. 
MENANG TEMPAT PERTAMA PERADUAN MENULIS NOVEL SEJARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA (DBP)
Secara ringkas, dahulu DBP mengadakan Peraduan Menulis Novel Sempena Hari Kemerdekaan. Pada tahun 2003, sempena Sabah Merdeka Dalam Malaysia, saya menyertai Peraduan Menulis Novel oleh DBP. 

Sebanyak lebih 40 Naskah Manuskrip dipertandingkan, dan saya sendiri tidak menjangka memenangi Peraduan tersebut. Sangat mengujakan apatah lagi ianya dinilai oleh Tokoh-Tokoh Sasterawan di peringkat Nasional seperti Datuk Firdaus Abdullah sebagai Ketua Pengarah DBP ketika itu, Haji Hamzah Hamdani dan sebagainya. Saya tidak pasti apakah novel Sejarah tersebut akan memasuki penilaian buku teks Komsas oleh Kementerian Pendidikan?

Apakah pula yang anda akan ingati kepada Tan Sri Nordin Kardi, mantan Ketua Pengarah BTN dan NC UUM. Beliau berjaya menghidupkan suasana Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti seperti Perjalanan Kemerdekaan di seluruh negara, Deklamasi Puisi Kemerdekaan di mana Sasterawan Negara seperti A. Samad Said sentiasa menyertainya, serta edaran bendera Jalur Gemilang, malah beliau turut mencipta lagu "Warisan" bertema Patriotik dengan makna yang amat mendalam. 

Selepas beliau bertukar di UUM sebagai Naib Canselor UUM, usaha-usaha Patriotisme beliau diteruskan oleh Datuk Shagul Hamid, juga mantan Ketua Pengarah BTN melalui aktiviti seperti edaran Jalur Gemilang, Deklamasi Puisi Kemerdekaan dan Kembara Merdeka Seluruh Negeri Sabah yang digerakkan pula oleh Datuk Ibrahim Saad, Pengarah BTN negeri Sabah sekarang.

SEGERAKAN PENUBUHAN MAJLIS PATRIOTISME NEGARA
Malah, ketika zaman Datuk Shagul Hamid juga berjaya mengeluarkan beberapa buku Kemerdekaan dan Patriotik. Sebelumnya, beliau turut berjaya mengadakan Kongres Patriotisme Remaja (18-19 Ogos 2007) yang pertama dengan usul penting daripada Kongres Patriostisme Remaja itu ialah penubuhan Majlis Patriotisme Negara di samping beberapa Program dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Barangkali sudah sampai masanya Resolusi Penubuhan Majlis Patriotisme Negara diteruskan bilamana pelbagai isu-isu Patriotisme dibangkitkan sekarang ini.

Saya sertakan semula Resolusi Kongres Patriotisme Remaja (2007) untuk percambahan fikiran kita bersama, inilah antara bantuan barangkali saya boleh berikan untuk menangani isu-isu "kehambaran" sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.

RESOLUSI KONGRES PATRIOTISME REMAJA (18-19 Ogos 2007)

Resolusi Kongres Patriotisme Remaja 18 hingga 19 Ogos 2007 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya perlu sedar bahawa elemen dan semangat patriotisme adalah satu keperluan yang nyata untuk dibina, dijana dan dimajukan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kedua, melalui semangat patriotisme, perpaduan antara kaum serta wilayah dapat diperluaskan.
Ketiga; era globalisasi mencabar kepekaan rakyat Malaysia khususnya remaja supaya tidak mudah terperangkap dengan gejala-gejala yang dapat melemahkan jati diri dan dapat seharusnya melonjakkan keupayaan untuk bersaing dan memanfaatkan negara.
Keempat: semangat patriotisme menyediakan panduan kepada remaja bagi mencorakkan gaya hidup mereka dan negara.
Kelima: kegiatan dan program patriotisme negara ketika ini bersifat invidualis, terpisah-pisah dengan pelbagai definisi yang berbeza tanpa satu pendekatan yang menyeluruh.
Sebulat suara bersetuju akan perlunya;
  • Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah secara teratur dan berterusan.
  • Menjadikan semangat patriotisme sebagai pengukuh program-program perpaduan kaum dan wilayah;
  • Ketiga: generasi Malaysia semasa menginsafi serta mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri sendiri demi untuk memandu remaja masa kini.
  • Semua agensi kerajaan, bukan kerajaan, swasta, masyarakat dan keluarga sama-sama berusaha untuk mendidik , mempertingkatkan dan memperkukuhkan semangat patriotisme di samping mengawal dan memperkasakan semangat ini.
Sebulat suara dengan ini memperakukan supaya;
  • Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah-langkah strategik bagi mengusahakan penubuhan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Patriotisme Negara.
  • Merangka pelan strategi bagi membina sebuah dasar yang kelak dikenali sebagai Dasar Patriotisme Negara
  • Menubuhkan Majlis Patriotisme Negara dan mengadakan Dasar Patriotisme Negara;
  • Bagi menjadi PAYUNG dan RUJUKAN NEGARA kepada semua aktiviti, amalan, program, semangat dan hala tuju patriotisme negara.

Promosi Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Negara Kita Di https://www.facebook.com/penerangan/posts/10151619887768884

BAJET 2015 PERLU BERSIFAT PATRIOTIK

on Thursday, August 7

PATRIOTIK
NEGARA kita Malaysia mempunyai kira-kira 6 tahun lagi untuk sampai ke tahun 2020 iaitu sasaran untuk mencapai status negara maju.

Saya ingin mengajak YAB Perdana Menteri supaya memberi fokus kepada menanam nilai-nilai Patriotisme dalam Bajet 2015 nanti. Saya amat bimbang melihat kesedaran Ketatanegaraan rakyat Malaysia semakin lemah, antaranya disebabkan oleh fenomena global khususnya kesan besar medium internet.

NEGARA CHINA
Kita ambil contoh negara China bukan sahaja terkenal kerana Tembok Besar, atau Terracotta, atau negara bangsa yang dapat kekal sebagai negara komunis tetapi lebih daripada itu. China sejak dahulu lagi mempunyai maruah yang tinggi sebagai sebuah negara yang mula mengenalkan mata wang kertas, candu dan gun-powder, tetapi tidak pernah menakluki negara-negara lain walaupun mereka mempunyai kemampuan berbuat begitu sejak abad ke-12 lagi setelah berjaya mencipta kompas magnetik untuk kegunaan navigasi dan serbuk letupan untuk pembuatan senjata.

Admiral Cheng Ho, seorang pelayar China beragama Islam telah mulakan pelayaran sejak kecil lagi. Bersama armada seramai lebih 12 ribu orang anak kapal dan menggunakan kapal-kapal besar, mereka dapat menjelajah sehingga ke negara-negara Afrika dan Sepanyol pada tahun 1403-1405. Berbanding dengan pelayar-pelayar Barat seperti Magellan dan Vasco da Gama yang belayar seabad kemudian. Vasco pada tahun 1497-1500 manakala Magellan pula pada tahun 1519-1522.

Barat menidakkan kejayaan China, walaupun mereka kemudiannya memperkembangkan teknologi berkaitan wang kertas kepada wang plastic (kad ATM), candu kepada dadah dan serbuk letupan (gun powder) kepada senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Kejayaan negara China bukan terhenti di situ sahaja malah terus membangun dengan pesatnya.

Salah satu faktor kehebatan negara China itu ialah kematangan tamadun dan semangat Patriotisme rakyatnya. Tamadunnya dikaitkan dengan ilmu-ilmu kefalsafahan, matematik, perubatan, atronomi, sains dan kesenian. Kejituan patriotisme China pula telah dapat menghasilkan dua struktur binaan terbesar di dunia iaitu Tembok Besar dan takungan air (dam) dan hidro elektrik di Sungai Yangtze.

Dari titik mula perkembangan, China diperintah oleh lebih daripada 20 dinasti beraja sehingga 1911 apabila dinasti terakhir dijatuhkan dengan munculnya nasionalis China (Guomintang) pimpinan Sun Yat Sen. 

Nasionalis China pula dikalahkan oleh "Gong Chang Dang" atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis China, pimpinan Mao Zedong. Jika disusuli secara kritikal perkembangan sejarah China, kita akan mendapati sejarah China juga ada menghadapi perpecahan, peperangan, rampasan kuasa dan segala macam konflik, dari berabad lamanya hingga kepada pendudukan Barat dan Jepun.

Namun China telah bersatu padu dan pada hari ini juga perpaduan yang digembeling oleh kerajaan China adalah berdasarkan semangat patriotisme yang tinggi.(Shao Ying)

CADANGAN
1. Memberi tumpuan kepada aspek ekonomi semata-mata boleh memberi malapetaka kepada negara jika melupakan aspek Patriotik. Negara China maju kerana rakyatnya Patriotik. 

2. Mengapakah sebilangan rakyat Malaysia menterbalikkan Jalur Gemilang? memijak Jalur Gemilang? dan terkini merosakkan imej DYMM Seri Paduka Baginda YDA Agong sebagai lambang Perpaduan Negara. Walhal ianya perbuatan tidak Patriotik kepada negara sendiri. Jawapannya mudah, kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai semangat Cinta Negara, tidak Patriotik dan tiada semangat kekitaan. Mereka tidak dapat membezakan kepentingan Negara dengan kepentingan fahaman politik mereka. Sepatutnya, apabila berhadapan sesuatu isu mengenai Negara sendiri, kita hendaklah bersatu hati.

3. Saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Majlis Patriotisme Negara di mana badan ini akan menjadi badan pemikir cara-cara untuk menyemai, mendidik dan meningkatkan Patriotisme rakyat Malaysia dari aspek politik, sosial dan ekonomi. 

Pendek kata, negara boleh hancur jika hanya dengan kekuatan ekonominya tanpa semangat jati diri yang kental. 

Tatkala kita menempuhi saat-saat getir dengan tragedi MH370 dan MH17 juga isu keselamatan di Sabah, apakah yang paling penting kepada negara kita? Patriot !
Baca Ulangan Ini


NEGARA SABAH TIDAK MASUK AKAL

on Thursday, September 4

SABAH SEBUAH NEGARA, SATU REALITI SEJARAH (Gambar Hiasan)
MENJELANG Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 2014, terdapat pihak tertentu yang mengapi-apikan suasana khususnya di alam siber kononnya Sabah itu sebuah negara mengikut perjanjian 1963 dan pelbagai lagi isu-isu di dalam Perkara 20. 

Lebih lanjut lagi, usaha digerakkan seperti kempen mendapatkan tandatangan, ceramah dan seminar. Jika ianya bersifat akademik, saya fikir tiada masalah, tetapi seandainya ianya bersifat provokasi dan mempunyai niat yang jelas, pihak kerajaan tidak sepatutnya berlengah-lengah.

Sebagai ahli sejarah, saya tidak menafikan akan kewujudan Perjanjian 20 Perkara itu. Namun begitu, harus juga dilihat secara tepat sepanjang Sabah merdeka dan menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, adakah kerajaan persekutuan pernah menafikan mana-mana isu dalam Perkara 20 itu?

Soal agama rasmi misalannya, adakah kerajaan di Sabah sejak perikatan USNO/UNKO/SANAP/Pasok Momogun, BERJAYA,PBS dan BN sekarang pernah mengisytiharkan mana-mana agama sebagai agama rasmi Sabah? Sudah tentu jawapannya tidak bukan. 

Dalam konteks kerajaan persekutuan, Perkara 3 memang jelas menyatakan agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Hal ini tidak berlaku di Sabah kerana menghormati Perkara 20. 

Begitu juga dalam konteks istilah 'Negara' kerana wujudnya perkataan Yang DiPertua Negara dalam Perkara 18. Ianya bukanlah bermaksud Sabah itu sebuah negara, kerana dalam Perkara 19, dinyatakan nama bagi negeri dalam Perkara 19 itu ialah "Sabah" bukannya "Negara Sabah". Ini sangat jelas.

Pada era penjajahan, istilah state itu didefinisikan sebagai Negara dalam bahasa Melayu, sedangkan dalam terjemahan moden state itu merujuk kepada Negeri. 

Kita ambil contoh negara United Kingdom (UK). United Kingdom merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales. 

UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara,London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh. 

UK mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai UK secara resam. Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. 

Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya. Sehingga ke hari ini ramai dalam kalangan bekas tanah jajahan British masih duduk di hadapan TV menonton bola sepak Inggeris (EPL), kerana hakikatnya masih lagi English Nice. Malah ada yang sangat kecewa apabila Manchester United, Liverpool atau Arsenal tidak menjadi juara.

NEGARA DALAM NEGARA
Kita hendaklah faham, bahawa Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sesebuah negara hendaklah hanya mempunyai sebuah kerajaan yang sah sahaja, bukannya dua kerajaan. Bayangkan apakah akan terjadi sekiranya sebuah negara mempunyai 2 Perdana Menteri? Kita mesti faham bahawa tidak boleh wujud konsep "Negara dalam Negara", yakni tidak boleh ada dua pentadbiran dalam sesebuah negara.

Saya berpandangan, kita di Sabah tidak perlu terlalu emosi dan bermain dengan persepsi kerana sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia, hak-hak kita sebagai "Sabahan" tetap terpulihara khususnya semua Perkara 20 itu.

Sebagai contoh yang lain, dalam hal Imigresen, walaupun Kerajaan Persekutuan berkuasa ke atas Imigresen tetapi dalam konteks Sabah & Sarawak, negeri kita masih mempunyai kuasa eksekutif di mana YAB Ketua Menteri mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak permohonan mana-mana pihak untuk memasuki Sabah. 

Sebab itulah apabila sesetengah individu yang dikesan berpotensi menimbulkan kekacauan di negeri Sabah atau Sarawak, YAB Ketua Menteri mempunyai kuasa untuk menghalangnya memasuki negeri. 

Begitu juga dalam hal Tanah, Kerajaan Persekutuan walaupun mempunyai Majlis Tanah Negara (MTN), tetapi kuasa-kuasa Tanah di negeri Sabah dan Sarawak masih di dalam genggaman kuasa kerajaan negeri.
BERNAMA TV, Topik : Hari Malaysia, Cabaran Baharu Patriotisme Dan Perpaduan
Pada 1 September 2014, apabila saya dijemput oleh Bernama TV dalam program Ruang Bicara, saya telah menyatakan bahawa keamanan, ketenangan dan kedamaian di negeri Sabah sekarang janganlah diruntuhkan hanya kerana ketidakpuasan kita di dalam beberapa perkara.  Saya sangat yakin Tun Datu Mustapha dan Tun Fuad Stephens semasa mereka memimpin negeri Sabah telah meletakkan asas yang kukuh untuk rakyat Sabah hidup aman bahagia di dalam Malaysia.

Malah, saya telah meminta pihak Kerajaan Persekutuan supaya menyenaraikan dan mendedahkan kepada rakyat Sabah dengan lebih terperinci jumlah Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan projek-projek di kawasan masing-masing. Dengan cara itu, rakyat di Sabah boleh melihat sendiri jumlah peruntukan yang disalurkan di kawasan mereka. Kita mesti terbuka kerana rakyat semakin bijak. Dedahkan butir-butir Bajet itu secara terperinci di tiap-tiap kawasan bukannya secara jumlah besar, baharulah rakyat di Sabah merasai pembangunan di kawasan mereka tidak dianaktirikan.

Pengalaman ketika Lee Kuan Yew di Singapura dahulu, walaupun Singapura sudah berada di dalam Malaysia tetapi apabila Lee Kuan Yew melakukan lawatan ke luar negara, Lee Kuan Yew mengamalkan konsep "Negara dalam Negara". Dia membahasakan dirinya sebagai Perdana Menteri walaupun dia tahu Perdana Menteri adalah Tunku Abdul Rahman. Dia memperkenalkan pegawai-pegawainya di luar negara sebagai Duta-Duta walhal Singapura bukannya sebuah negara pada ketika. Anda boleh baca kisah ini di dalam buku "Memoir Lee Kuan Yew" yang ditulis oleh dirinya sendiri.

Kesimpulannya, konsep Negara Sabah adalah tidak masuk akal. 





BTN VERSI DAP

on Saturday, June 27


Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff, BERNAMA TV
Saya tertarik untuk mengulas cadangan Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff, Pengarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi USM dalam Rancangan Ruang Bicara Bernama TV (24/06/2015), supaya Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan Kementerian Kenegaraan. 

Ianya suatu idea yang menarik kerana ianya datang dari ahli akademik Melayu. Cadangan tersebut mencabar kewibawaan BTN sebagai satu-satunya agensi yang melaksanakan visi patriotik kepada rakyat Malaysia.

Saya kurang bersetuju BTN dimansuhkan kerana saya mengetahui BTN mempunyai banyak aset kenegaraan yang berguna kepada generasi muda, tetapi saya bersetuju BTN dijenamakan semula dalam bentuk yang lebih baik, mungkin idea Kementerian Kenegaraan, atau kerajaan menubuhkan Majlis Patriotisme Negara (MPN), rujuk di sini.

DAP sentiasa kekal dengan persepsi BTN sebagai agensi racist sejak sekian lama. Jika begitu, DAP perlu membuktikan mereka memiliki modul Kenegaraan mereka yang lebih baik dan membentangkannya untuk didiskusikan. Janganlah hanya saban tahun mengkritik dan mendesak BTN dimansuhkan tanpa solusi. 

Adakah buku 'The Crisis Identity of Malaysia' karangan Lim Kit Siang merupakan salah satu idea kenegaraan. Saya sudah membacanya 25 tahun dahulu, ianya nampak menarik namun perlu dibincangkan lagi supaya tidak bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan sesuai dengan perkembangan semasa dalam dan luar negara.

DAP perlu menyedari bahawa patriotik bukan statik. Ia berubah mengikut peredaran zaman. Saya percaya DAP bersetuju dengan pandangan tokoh-tokoh kenegaraan seperti Profesor Francis Fukuyama, Profesor Noam Chomsky, Profesor Samuel P. Huntington termasuklah Profesor Tan Sri Dato Dr. Nordin Kardi dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bahawa pembinaan sebuah negara-bangsa memerlukan pengorbanan yang besar. 

Adakah DAP sebuah parti yang boleh bertolak ansur dengan prinsip mereka? Saya fikir, sejarah membuktikan DAP lebih rela menyingkirkan PAS daripada menggadaikan prinsip perjuangan mereka. Betul atau tidak?

Saya telah melawat beberapa universiti terkemuka di Amerika Syarikat yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Semua mereka telah melalui proses kenegaraan di BTN. Saya tidak nampak mereka bersikap racist sesama mereka walaupun berbeza agama, budaya dan kepercayaan. Saya juga bertemu sekumpulan pelajar Malaysia yang berbeza kaum duduk dalam satu rumah. Semangat a sense of belonging mereka menyerlahkan dan menepati konsep 1Malaysia.

Pertanyaan saya ialah, adakah DAP mempunyai hasrat dalam hati supaya peneraju BTN yang baharu dilantik di kalangan mereka? Siapakah dia? Adakah YB Zairil Khir Johari atau Dyana Sofya Mohd Yusop? 

Selamat Berhujung Minggu,
Pennyslavania, USA,
May, 25, 2015.

Bacaan ulangan anda di sini sangat penting.










KENALI KETUA PENGARAH BTN YANG BAHARU

on Friday, January 1

Wajah KP BTN Yang Baharu: Orangnya Simple, Mudah Didekati, Tidak Sombong, Tidak Ego dan Dekat Dengan Masyarakat
Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan satu sejarah yang sangat besar ertinya kepada masyarakat pendidik, kakitangan kerajaan dan parti-parti politik yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.

Saya mula mengenali Datuk Ibrahim Saad pada tahun 2001 di Kota Kinabalu High School. Apabila saya berhijrah ke Labuan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah BTN Sabah sehinggalah tahun 2015. Ianya rekod iaitu 13 tahun.

Maka, perlantikan beliau sebagai KP BTN yang baharu oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Azalina Othman Said sangat-sangat tepat.

Dari segi keluarga, beliau berkahwin dengan orang Sabah yang mempunyai susurgalur yang menarik kerana mempunyai keluarga dari sebelah Kadazan, Dusun, Arab, Cina dan Melayu. Satu perkara yang amat membanggakan, anak-anak beliau semuanya berjaya dalam pendidikan. Tiga orang daripadanya di dalam bidang perubatan di mana yang tua sudah pun menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Seorang pula dalam bidang kejuruteraan. Kesemua anak-anak beliau melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di England, India, Mesir dan German.

Secara peribadi, amat membanggakan kerana walaupun beliau sangat sibuk siang dan malam memenuhi jemputan sebagai penceramah patriotik di seluruh Sabah malahan di Semenanjung Malaysia, tetapi beliau masih berkesempatan mengatur pendidikan anaknya. Beberapa tahun dahulu saya pernah bertanya, apa rahsia Datuk? Katanya, "kita mesti menggunakan masa dengan berkualiti walaupun sekejap ketika bersama keluarga". 

Ketika saya di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membantunya melawat anak-anaknya yang belajar di beberapa institusi pendidikan. Beliau berusaha menjenguk anaknya walaupun dalam 10 minit. Kadangkala sudah malam hari. 

Terdapat beberapa insiden yang menyedihkan sepanjang saya bersama Datuk Ibrahim.  Oleh kerana anak pertama beliau tidak mendapat pinjaman pelajaran ketika hendak memulakan pelajaran perubatannya di England, beliau terpaksa membuat pinjaman bank dengan mencagarkan rumah beliau sendiri. Inilah nasib pegawai kerajaan yang tidak diketahui oleh orang di luar sana,  janganlah berfikiran bahawa semua pegawai kerajaan mudah mendapat apa yang diingini.

Terdapat kes jua di mana beliau baharu mendarat di KLIA dan mendapat jemputan ceramah ke satu majlis. Oleh kerana beliau tidak membawa kelengkapan baju, saya berkata jika Datuk sudi, saya boleh pinjamkan baju saya. Ternyata Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang memilih. Walaupun baju saya agak besar, itu tidak penting kepadanya, yang utama kepadanya adalah beliau boleh menjalankan tugas untuk negara.

Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang suka duduk di pejabat berkerusikan empuk pun. Pada tahun 2008 jika saya tidak silap, BTN melakukan aktiviti berakit di sepanjang sungai perak yang sangat panjang dan deras itu. Namun, Datuk Ibrahim Saad merendahkan dirinya dengan turut sama mendayung rakit, berpanas dan mengikuti aktiviti spiritual seperti solat berjemaah, memberi kuliah Subuh dan menjadi imam. 

Datuk Ibrahim Saad telah melalui lebih 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan khususnya di Sabah. Beliau telah bercampur dengan lebih 30 suku kaum di Sabah. Maka, jika anda bertanya adakah Datuk Ibrahim akan membawa BTN ke arah yang sempit, anda perlu mengubah tanggapan itu. Beliau telah menjadi Pengarah BTN Sabah kepada 3 orang Perdana Menteri, 4 Ketua Menteri Sabah dan 4 Ketua Pengarah BTN. 

Datuk Ibrahim Saad adalah satu-satunya ketua jabatan kerajaan di Sabah yang telah memulakan Jelajah Kemerdekaan merentasi Borneo (Sabah-Sarawak) menggunakan jalan darat. Tujuannya satu sahaja, untuk meniupkan semangat cintakan negara dan patriotisme kepada rakyat di sepanjang perjalanan. Saya mengetahuinya dan mencatatnya ketika saya menjadi ketua editor majalah Gemilang dahulu. Banyak pengisian dalam program tersebut seperti ceramah kenegaraan, aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan sebagainya. Inilah yang sepatutnya diberi keutamaan oleh BTN dan inilah yang telah dilakukannya sejak sekian lama.

Pengalaman-pengalaman di atas cukup untuk membawa wadah baharu kepada rakyat Malaysia dalam konteks national identity, Patriotisme dan usaha nation building di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyarankan NGO dan parti-parti politik supaya bersama-sama dengan KP BTN yang baharu dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersatupadu dan patriotik.

Salam dari perantauan,

University City,
Philadelphia, PA, USA.
1 Januari 2016.















Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan