ANWAR BERCAKAP PASAL BIBLE DI PARLIMEN

on Tuesday, October 14

1. Hari ke-2 di Parlimen, Anwar sekali-sekala merujuk teks ucapannya, kadang membaca saja catatannya, kadang-kadang nada Anwar bergetar-getar, terketar-ketar, wajahnya menjadi bengis seperti hendak makan orang, tetapi bahasanya menyindir MP BN supaya bercakap cara sopan & beradab, bukan biadap ( penulis rasa Anwar mengata dirinya sendiri ).

2. Anwar memberi contoh Nabi Allah Yusuf yang dikurniakan 7 tahun subur dengan hasil pertanian kemudian Anwar menyamakan kisah nabi Joseph dalam Bible 7 tahun yang senang dan 7 tahun yang sukar. Adakah Islam serupa dengan Kristian? Anwar memberi Intrepetasi Islam sama saja dengan Bible. Kata Anwar lagi perbelanjaan negara harus merujuk kisah ini. Apabila YB Non Muslim PKR kata semua agama sama saja,..Anwar diam tidak membantah.

3. Anwar menuduh kerajaan masih melaksanakan dasar kontrak untuk keluarga dan kenalan, tidak telus tidak melalui tender. Namun apabila Dr Puad Zarkashi bertanya apa yg dia lakukan semasa menjadi TPM dengan memberi kontrak2 kepada kroninya seperti Syarikat Abrar,MRCP dll Anwar diam tidak menjawab!

4. YB Bintulu persoal siapa Menteri Pendidikan tahun 1980an kerana semasa itu orang Cina sgt susah dapat peruntukan membina sekolah Cina walaupun diminta beberapa kali. Semasa jadi Menteri Kewangan juga sgt susah memohon projek untuk pembangunan di Sarawak, tetapi hari ini menjadi Ketua Pembangkang Kerajaan semuanya salah belaka. Anwar terduduk diam menundukkan mukanya apabila MP Bintulu membalas hujah-hujah Anwar.

5. Kemudian MP Bintulu menempelak lagi Anwar kerana Anwar hari ini mengambil contoh konon perbelanjaan mengurus Taiwan lebih rendah berbanding Malaysia,MP Bintulu bertanya kenapa dulu sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Anwar tidak iktiraf pun lulusan Taiwan, tapi hari ini Anwar suruh pula contohi Taiwan/China konon sgt canggih.

Wajah Anwar kemerah-merahan!

6. Anwar menghujah konon Malaysia ini negara bertamadun dan ISA perlu dihapuskan tetapi,apabila Dr Puad Zarkashi mengingatkan satu forum mengenai ISA yg dihadiri oleh Ustaz Hadi Awang, ketika itu Anwar menyatakan ISA mesti dipertahankan kerana ISA penting untuk keselamatan negara. Anwar membela Teresa yg ditahan 7 8 hari di Kamunting, tetapi tidak membela Datuk Ibrahim Ali yg ditahan ISA dahulu, malah Anwar menentang penghapusan ISA.

7. Penulis dapati Anwar memang tidak boleh berhujah dengan konkrit,bahasa Anwar penuh dengan bunga2. Anwar bijak bercakap pasal rasuah, ketirisan, kronisma, salahguna kuasa, suruhanjaya itu suruhanjaya ini...malangnya Anwar tidak menghuraikan intipati semua itu.Yang Anwar huraikan ialah kerajaan rasuah, kerajaan tiris,kerajaan kroni, kerajaan salahguna kuasa...Anwar tak huraikan siapa dia? Bila? Dimana? Berapa jumlah?Siapa penerima siapa pemberi? Anwar hanya cakap Menteri pemberi kroni keluarga penerima!( Anwar seolah-olah bercakap pasal dirinya sendiri semasa menjadi TPM merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu ).

Sebab itulah penulis tidak hairan kenapa sebelah petangnya dewan hampir tak cukup korum, bisik punya bisik rupanya MP PR pun bosan dengan celoteh Anwar? Siapa MP PR itu adalah Rahsia penulis! YB Zulkifli pun tiada di tempat duduknya sejak sebelum Ramadan lagi.

6 Komen:

UMNO Rambai Sari said...

salam saudara,

analisis yang penuh informasi, anwar ibrahim ni kelebihannya adalah pada bicaranya. Kena ingat kelebihan ini boleh jadi kelemahan juga. Apabila beliau seronok berhujah, kadang-kadang akan ada slip of the tounge yang akan memakan diri.

Terus memerhati sikap dan perangai Anwar yang tidak konsisten itu, rakyat perlu dimaklumkan mengenai siapa sebenarnya anwar ibrahim.

hanya satu yang konsisten daripada anwar, "pembohongan tukar kerajaan"

cekka said...

Kadang-kala, banyak sangat bercakap boleh membuka pekung sendiri.. baguslah jika MP BN sudah berani 'counter-attack' hujah Anwar.

Untuk menghadapi orang spt Anwar ini, perlukan kepada seseorang yg tidak rendah diri dan yakin kepada diri sendiri. Anwar tidaklah sehebat mana sebenarnya, masalahnya.. YB Umno yg fobia kepadanya.

Saya teringat artikel tuan baru2 ini, sekiranya Anwar cakap tidak berlapik.. beliau akan diserang kembali dengan sejarah silamnya. Syabas utk tuan diatas ulasan tersebut.

Anonymous said...

pening..apa lagi yang ingin diharapkan ole anwar ni ole oorg2 melayu,sudah sah2 dia cakap tidak mau negara islam di malaysia dan menyokong Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh org bkn islam majlis peguam.orang melayu menjunjung agamanya dahulu sebelum bangsanya.sanggupka kita mengenepikan agama islam dengan mengagung2kn anwar yang gila kuasa pm ini mengenepikan islam semata-mata ingin mengambil hati org2 bukan islam..tanah di perak sudah didermakan, tanah di selangor sudah dibabikan,azan ingin dslowkan, jawi sudah dihapuskan, seks diumpamakan sedekah.mereka mlantik pemimpin2 yg mentah dlm politik dan akhirnya inilah hasil perubahan reformasi yang mereka pjuangkan..sedarla sebelum terlambat

Pok Nik Klate said...

Syabas Jentayu..satu analisis yg sngat baik saya kira. Sy tidak berkesempatan mengikuti perbahasan secara "live" hari ini sebab terpaksa pulang ke Kota Bharu atas urusan peribadi. Namun begitu ternyatalah Sdr Anwar ini menggunakan kepetahan lidahnya untuk menuduh tetapi tidak pula dia menyediakan asas2 konkrit terhadap tuduhan itu. Lidah tidak bertulang maka sebab itulah Anwar memutarbelitkan ucapan,kenyataan dan tuduhan. Hanya itu pun lagi senjata yang masih ada pada sdr Anwar..Lambat laun bila lidah pun sudah kelu..apa lagi senjata yang akan sdr Anwar mainkan.. Saya berharap benar PAS dapat membuka mata seluas-luasnya terhadap taktik sdr Anwar ini.
Saya juga berharap inilah masanya "bakal" Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat "counter attack" terhadap sdr Anwar. Ini adalah peluang terbaik sdr Mukhriz mengeluarkan segala ilmu didada untuk sama2 membentes sdr Anwar.. Ini juga merupakan satu peluang keemasan kpd sdr Mukhriz menunjukkan daya tahan, bakat kepimpinan dan jati diri untuk membuat serangan balas terhadap sdr Anwar..
Inilah pekung sdr Anwar sudah terbuka..mana dia mahu lari dan menyorok diri. Dia pernah berada dalam kerjaan..maka jerat tidak akan sekali-kali melupakan pelanduk walaupun pelanduk "cuba2" buat lupa pada jerat.. Maka perbahasan ini dapat kita tonjolkan kpd rakyat Malaysia siapa sdr Anwar ini..
Tuan Guru Haji Hadi and the gang.. inilah masanya nak menilai kata2 sdr Anwar.. buatlah perbandingan. InsyaAllah Allah akan memberkati kita...

Anonymous said...

KESABARAN DAN KETENANGAN (MENGAMBIL CIRI2 SIFAT ANAK UGIE) DS NAJIB MENUNJUKKAN DIA MENGAMBIL NILAI2 DAN SIFAT2 SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK. BUKAN MACAM PEMIMPIN SEORANG ITU YANG PANTAS BERTEMPIK,BERHUJAH DENGAN DALIL2NYA YANG MEMUTARBELIT, BERWAJAH YANG PENUH DENGAN DENDAM KEMARAHAN SEBALIKNYA DS NAJIB HANYA BERDIAM DIRI DAHULU WALAUPUN DIFITNAH MENGINGATKAN KITA PADA KEHIDUPAN NABI DAN RASUL KITA YANG PERNAH MELALUI SAAT SEPERTI ITU. NAMUN TOHMAHAN DAN FITNAH ITU TIDAK BOLEH BERTERUSAN DISEBABKAN ITU NAJIB TIDAK PERLU BERCAKAP BANYAK MENJAWAB DIRINYA YANG SELALU DIKAITKAN DENGAN KES ALTANTUYA SEBALIKNYA BELIAU HANYA BERSUARA SEKALI SAHAJA DENGAN MENGAMBIL LANGKAH BERANI BERSUMPAH LAKNAT DENGAN NAMA ALLAH DI DALAM MASJID BAHAWA BELIAU TIDAK MENGENALI ALTANTUYA ATAUPUN TERLIBAT DENGAN BELIAU. NAMUN MASIH ADA PIHAK MENGANGGAP SUMPAH ITU SEBAGAI TIDAK SAH DAN HANYA MAINAN POLITIK, ADAKAH DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH ITU SUATU PERMAINAN ATAU OMONGAN KOSONG? IRONINYA PARA ULAMA TURUT SAMA MENAFIKANNYA. SEBALIKNYA YANG DICABAR BERSUMPAH TETAPI ENGGAN DIDEWA2KAN, DUNIA MEMANG MENGHAMPIRI KIAMAT BILA KITA MENGUTAMAKAN YANG BATIL. MUNGKIN DARI SEGI LAIN ADA SEDIKIT KECACATAN DARI SEGI KEPIMPINAN BELIAU NAMUN ITU BUKAN UKURAN TERMAKTUB SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN KERANA IA MASIH BOLEH DIPERBAIKI. SEDIKIT KELEMAHAN ITU TIDAK BOLEH DIBANDINGAN DENGAN KELEMAHAN TERSEMBUNYI YANG BANYAK DAN AKHIRNYA AKAN MENYUSAHKAN RAKYAT TETAPI INILAH HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA YANG KECIL ITU DIPERBESAR2KAN YANG MASALAH BESAR ITU DISEMBUNYIKAN DAN DIHALALKAN. INSAFLAH ADA 'JERUNG' TENGAH MENUNGGU MEMBAHAM SI 'HARIMAU' YANG GILA KUASA ITU MENGUASAI RIMBA. YANG TINGGAL KITALAH TERKAPAI-KAPAI TIADA PENGEMUDI KAPAL. TIDAK MUSTAHIL NEGARA KITA AKAN KUCAR-KACIR SEPERTI DI IRAQ MALAHAN MUNGKIN LEBIH DAHSYAT LAGI KERANA KITA DI SINI BERBILANG BANGSA DAN AGAMA SEDANGAN DI IRAQ WALAUPUN SATU AGAMA SATU BANGSA TAPI BERLAINAN FAHAMAN SUDAH BERKEADAAN SEPERTI ITU. KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM AMBILLAH IKTIBAR JANGAN NANTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN. KEMBALIKANLAH KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA KITA SEPERTI SEDIAKALA, HENTIKANLAH MISI INGIN MENGEJAR KUASA BERLEBIHAN KERANA PASTI ADA YANG TAKKAN SENANG HATI DAN AKHIRNYA KITA SEMUA YANG RUGI JADILAH SEPERTI DI THAILAND PELABUR-PELABUR MEMANG SUDAH SAH-SAH LARI..ATAU MEMANG KITA TERPAKSA MENERIMA HAKIKAT SEKARANG KITA MEMANG MELALUI SAAT MANUSIA AKHIR ZAMAN SEPERTI YANG DIJELASKAN DALAM AL-QUR'AN DIMANA KITA LEBIH MEMPERCAYAI PERKARA YANG TIDAK BENAR DARIPADA YANG BENAR, DISEBABKAN ITULAH MUNGKIN BILA IMAM MAHDI DAN NABI ISA TURUN DARI LANGIT NANTI KITA TIDAK AKAN MEMPERCAYAINYA...KIAMAT SUDAH MARI....

balan said...

Inilah Anwar yang sebenar, namun hakikatnya ramai rakyat Malaysia terpedaya. Lagi lagi yang bukan melayu, taksub and mendewa-dewakan anwar.

Bukan 'melayu mudah lupa' orang Malaysia semua mudah lupa.

Inilah yang saya katakan sendiri dengan TDM baru baru ini.

Hari ini HINDRAF diharamkan, kita tengoklah apa kata penaungnya, saudara Anwar.

For more analysis on HINDRAF, the racist memorandum and all the lies, please visit my blog (all in Sept/Oct Archives)

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan