a) Diantaranya, kesamarataan Melayu/Cina/India/dll dalam semua aspek, tiada hak istimewa Melayu, tiada kuasa istimewa Raja Melayu, tiada DEB dsbnya.
b) Mudah kata, jika DAP majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak, seharusnya DAP lah berhak menjadi MB. Itulah demokrasi, tidak kira apa sejarahnya, siapa tuannya, dan apa budayanya.
c) Persoalannya tatkala orang Melayu dipaksa menyamaratakan segala-galanya, kenapa pula orang Melayu di Singapura tidak pula boleh menikmati apa dinikmati oleh bukan Melayu di Tanah Melayu?
d) Kenapa Singapura, sebabnya selepas Singapura tentulah Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Itulah perjuangan PAP yang disambung oleh DAP hari ini.
e) Dalam buku 'The Chinese Dilemma' menyatakan DEB dan dasar perlindungan Melayu merupakan ketidakadilan kepada Cina Malaysia.
2. Dengan keadaan kritikal sekarang dan 20 tahun akan datang, penulis mencadangkan Brunei menyertai Malaysia setelah gagal pada tahun 1963...(akan dihuraikan sebab kenapa Brunei tarik diri selepas ini).
3. Teori & kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman 50 tahun dahulu membawa masuk Sabah & Sarawak ke dalam Malaysia telah menyelamatkan negara daripada diperintah oleh saki-baki PAP. (baca buku The Memoir Of Singapore by Lee Kuan Yew)
4. Jika tidak, Lim Kit Siang sudah menjadi Perdana Malaysia hari ini... setuju Lim Kit Siang jadi PM?
2 Komen:
salam
kenapa brunei mesti join malaysia after 20 yrs?:)
penulis ini sangat takut dengan kebangkitan kami bukan melayu yang akan menentang ketidakadilan bangsa melayu kepada kami. rakyat brunei hanya 600,000 sahaja ,gerenti tidak akan jejas undi, semua orang sudah sokong dap sekarang
Post a Comment