ADAKAH DAP AKAN TARIK BALIK DASAR INI !

on Monday, November 14



1. Walaupun pemimpin-pemimpin PR seperti DS Anwar Ibrahim dan YB Sallehudin Ayub menafikan akan memberhentikan kakitangan awam seandainya PR memerintah, ianya dilihat sebagai satu usaha mereka divertkan isu tersebut.

2. Namun, Tony Pua, pemimpin kanan DAP yang memberikan taklimat tersebut kepada akhbar-akhbar Cina belum lagi menafikan atau menarik balik hasrat tersebut. Jika anda tinggal di Selangor, walaupun MB daripada PKR namun Exco-Exco DAP merupakan 'pembuat keputusan' di mana MB Selangor hanyalah 'tukang membaca keputusan mesyuarat kabinet', kerana DAP memiliki Exco teramai dalam Kabinet Selangor.

Ini adalah gambaran sebenar apabila PR memerintah negara ini, di mana mereka akan memainkan peranan membuat keputusan. DAP (29) memiliki kerusi paling banyak di Parlimen hari ini berbanding PKR(23) dan PAS(22). Tidak ada sesiapa yang berani menegur atau meminta DAP menarik balik dasar DAP untuk mengecilkan jumlah kakitangan awam di Malaysia apabila berkuasa. Terjemahan,


Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.


3. Perkara inilah yang dilihat sangat merugikan oleh YB Dato' Dr. Hassan Ali.

1 Komen:

Anonymous said...

bro...skg pun kerajaan telah tamatkan kontrak pekerja kontrak yg melebihi 2 thn...penamatan ini secara tergesa2.adik kwn sy ditamatkan dgn notis hanya sebulan saja.sepatutnya klu kontrak xdisambung bgtau awal spy sng cri krja lain.tp tanpa notis tiba2 ditamatkan.dhla ada anak istri.truk menanggung beban.nasib baikla dpt krja cepat klu x....ini semua politik...bila DAP ckp heboh satu malaysia..tp bla krjn sndiri yg buat xda apa2 tindakan..pekerja yg ditamatkan kontrak digantung tdk brtali.mmg ramai kakitangan awam yg krja malas.pkrja kontrak dibuli sbb diorg tau staf 2 kontrak..ada jgk yg ckp gji aku setakat ini saja so krja aku pun cum 2 stakat 2 jela...pirah...krjn kena bertindak trhadap kakitangan yg xbrkualiti...jgn mkn gji buta saja..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan