GRAND DESIGN UNITED GOVERMENT MASIH HIDUP = PRESIDEN PAS YANG MAHA BIJAKSANA

on Thursday, January 12

1. SATU perkara yang masih disembunyikan di antara Dr Hassan Ali dengan Cikgu Mustapha Ali ialah siapakah di antara mereka yang paling kerap berunding menubuhkan United Goverment tempoh hari. Jika di peringkat negeri Selangor, barangkali Dr Hassan Ali lah orang yang bertemu Dr. Mohd. Khir Toyo, yang sudah tentu perundingan itu mengarah kepada jawatan Menteri Besar yang akan dipegang oleh PAS. Namun ianya tidak menjadi akibat Kepantasan Anwar dan PKR memintas rundingan itu.

2. Siapakah individu-individu PAS dan UMNO yang dimaksudkan oleh Cikgu Mustapha Ali bila dia merujuk pertemuan Dr. Hassan Ali dengan beberapa orang di sebuah hotel!

3. Serangan itu dijawab oleh Dr Hassan Ali, dengan menyatakan siapakah sebenarnya yang kerap bertemu kepimpinan UMNO Pusat untuk membentuk United Goverment. Beberapa orang tengah yang mewakili PResiden PAS terselamat di dalam Pelan Rahsia Presiden ini seperti YB Nasharudin, YB Salehudin Ayub (mantan Ketua Pemuda PAS), dan anda mesti juga menyebut ulama Terengganu Ustaz Harun Taib.

4. Di dalam kemelut ini, Presiden PAS juga bijak menyelamatkan dirinya apabila mengambil sikap berdiam diri dan tidak membantah bangkangan Mursidul Am dan Datuk Husam Musa dan yang sealiran mereka itu. Sebab itu, penulis melihat yang menjadi mangsa di dalam hal ini ialah Dr. Hassan Ali, sedangkan mereka sekapal. Sebab itulah tidak menghairankan apabila Nasharudin berpihak kepada Dr Hassan Ali, dan tidaklah hairan kenapa Cikgu Mustapaha Ali juga terus menutup mulutnya apabila Dr Hassan Ali bertanya siapakah sebenarnya yang berjumpa kerap mengatur Pelan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

5. Sementelahan itu pula, tekanan-tekanan yang diberikan oleh PKR dan DAP tidak dapat tidak terpaksa dituruti, maka dipecatlah Dr Hassan Ali. Presiden PAS tidak ada jalan lain selain daripada mengikuti tekanan itu, ataupun nantinya akan ketahuan siapa sebenarnya design semua plan ini. Semua pergerakan ini adalah usaha yang amat sukar untuk menjadikan PAS sebagai Perdana Menteri di dalam Pakatan Rakyat, bukannya DS Anwar Ibrahim.

6. Kita mestilah ingat, Dr Hassan Ali adalah pengikut setia Presiden PAS, maka kata-kata Dr Hassan Ali dan kata-kata Nasaharudin bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri adalah datangnya dari Presiden PAS. Tak kanlah Presiden PAS yang menyuarakan Anwar tidak layak menjadi PM! Walaupun telah dipecat, namun mereka masih berharap Dr Hassan Ali akan kembali semula kepada PAs, sebab itulah tempoh rayuan diberikan kepadanya.

7. Misteri Dr Hassan Ali dipecat sehari sebelum 901 pun mempunyai mistik di sebaliknya. Tindakan itu adalah tindakan memberi tekanan kepada PR dan Anwar, terutamanya kepada DAP, bahawa PAS kini mempunyai sesuatu untuk membuat hal di dalam pakatan. Penulis melihat, PAS kini semakin matang di arena politik nasional.

8. Penulis percaya, baik Dr Hassan Ali mahupun Cikgu Mustapha Ali tidak akan memecahkan butir-butir Rahsia perjanjian United Goverment tempoh hari. Jika kedua-duanya bercakap, sudah pasti tawaran itu lebih baik berbanding apa yang mereka kecapi kini di dalam Pakatan Rakyat. Sudah pasti negeri Selangor yang kaya ini akan berMenteri Besar kan parti PAS. Dan sudah pasti beberapa Menteri Kanan Persekutuan juga berada di tangan PAS.

9. Dalam pada itu juga, baik Pak Lah atau pun Hj Hadi Awang, masing-masing menutup rapat mulut mereka daripada memecahkan rahsia Pelan Kerajaan Perpaduan yang diatur mereka. Selepas 4 tahun berlalu, Hj Hadi (bukan PAS) semakin bijak menilai pergerakan DAP dan PKR, sebab itulah tindakan-tindakan mereka kini semakin ke depan yang tidak dijangkau lagi oleh DAP dan PKR.

10. Dalam tempoh 12 bulan ini, penulis tidak terperanjat sekiranya sesuatu yang lebih besar. Sedikit-sedikit anda mungkin boleh percaya telahan penulis, kerana beberapa perkara yang penulis dedahkan benar-benar berlaku, antaranya kes YB Zulkifli dan lain-lain YB PKR dan DAP yang keluar, dan berbulan-bulan menulis mengenai Dr Hassan Ali turut juga keluar, kali ini penulis ingin berkata, anda berhati-hatilah dengan Pelan istimewa Presiden PAS. Anyway, mungkin penulis kebetulan sahaja...selamat membaca...

4 Komen:

Anonymous said...

Salam tuan tanah...
Nak minta pencerahan ni...
PR belum wujud sebelum PRU12...
Minggu pertama selepas PRU12 pun PR belum wujud...
Ketika ini penubuhan kerajaan bagi negeri-negeri Selangor dan Perak tidak dapat dibuat kerana BN kekurangan kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah...
Pilihan yang ada bagi BN pada ketika itu ialah PAS...
Ketika inilah munculnya idea kerajaan perpaduan...
Betulkah begitu?

Ummatan Wasata said...

GRAND DESIGN UNITED GOVERMENT MASIH HIDUP = PRESIDEN PAS YANG MAHA BIJAKSANA?? Tuan Penulis Blog, berhati-hati bila menulis, Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah ajar Maha Bijaksana hanya Allah Azza Wa Jalla shj. TQ

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Anony, maaf lewat agak sibuk: yang cerahnya ialah pertemuan itu berlaku, perbincangan itu berlaku, sudah tentu ada tawar-menawar, ianya berehenti apabila Mursyidul Am dan kumpulannya menentang. Yang cerahnya lagi, Dr Hassan Ali dan YB Nasharudin masih bercakap isu perbincvangan UMNO dan PAS, mereka masih bercakap isu masa.PAS ini bukankah dari tulang rusuk PAS, dahulunya partyi Islamik ialah Hizbul Muslimin tetapi penjajah barat tidak luluskan penubuhan paerti itu, UMNO dan PAS diluluskan. Jika anda melihat trend hari ini, masa yang disebut oleh YB Nasharudin itu akan sampai.Cuma bila?

Ummatan Wasata, terimakasih teguran, tidak semua pendapat saya sesuai kepada org yg membacanya, tidak semua akan bersetuju dengan saya, sebagai pemerhati, semoga ianya boleh membantu dalam usaha kecil menyatukan umat Islam dan Melayu, sama ada bersatu dalam parti, terutama dalam agama. Salam/

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

pembetulan lagi...PAS ini bukankah dari tulang rusuk UMNO...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan