YB NASHARUDIN GERAKKAN SEMULA UNITED GOVERNMENT

on Sunday, January 22


YB NASHARUDIN SEMAKIN TERKEDEPAN

1. ANALISIS Penulis beberapa kali tepat pada sasaran. Sebelum penulis mengupas isu-isu besar yang akan membawa Dr Hassan Ali dikeluarkan atau keluar PAS, penulis juga dahulunya telah mengikuti perjalanan politik Yb-Yb PKR dan DAP yang telah meninggalkan parti mereka. Kini penulis ingin memberi perhatian kepada YB Nasharudin, mantan Timbalan Presiden PAS. Penulis pernah bertemu dengan beliau di Parlimen, walaupun beliau tidak mengenali penulis secara rapat.

2. Pada bacaan penulis, YB Nasharudin adalah penggerak utama Kerajaan Perpaduan yang sudah pasti datangnya arahan itu dari pucuk pimpinan beliau ketika itu. Pertemuan-pertemuan yang di atur dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, bukanlah pertemuan minum kopi biasa. Pertemuan Presiden PAS dengan Presiden UMNO secara tertutup sudah tentu dengan agenda yang lebih besar. Penulis yakin, kedua-dua Presiden UMNO dan PAS, sama-sama melihat kepada kepentingan umat Islam di negara kita, khususnya nafsu besar DAP dan PKR yang amat membahayakan kepada masa depan umat Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.

3. Jika tidak, amat mustahil Dato Dr Hassan Ali dengan begitu berani bercakap isu Bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu walhal itu bukan keutamaan PAS. YB NAsharudin menyokong kuat pendirian Dato Dr Hassan Ali. Kedua-duanya adalah pengikut Presiden PAS yang taat. Anda mesti berfikir begini, selepas pertemuan demi pertemuan diadakan di peringkat pusat dan negeri, di antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO, sudah tentu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS akan menjadi kenyataan, jika tidak kerana bangkangan Mursyidul Am.

4. Hari ini, baik Dato Dr Hassan Ali mahu pun YB Nasharudin, kedua-duanya sudah berani menyanggah Mursyidul Am. Kata Dato Dr Hassan Ali, jika siapa yang menyuruhnya tutup mulut orang yang bercakap itu juga mesti tutup mulut. YB Nasharudin pula berkata, dia akur dengan jalan dakwah yang ditempuhinya sekarang. Shanon Ahmad, Sasterawan Negara yang menulis SHIT juga sudah mula bercakap bertentangan dengan Mursyidul Am.

5. Penulis amat bimbang, bahawa, seandainya Presiden PAS membuka mulut, seandainya Cikgu Mustapha ALi juga membuka mulut, mereka semua yang terlibat di dalam gerakan United Government ini akan mendedahkan banyak perkara yang akan mengejutkan ahli-ahli PAS! Namun, mereka berdua masih menutup mulut.

6. Hari ini, YB Nasharudin semakin berani, beliau meminta supaya diadakan lebih banyak perbincangan dan pertemuan di antara UMNO dengan PAS. YB Nasharudin kelihatannya sangat optimis. Naib Presiden UMNO, Dato AHmad Zahid Hamidi turut menyambut pelawaan YB Nasharudin supaya ianya difikirkan secara positif dan dijayakan. Pertemuan YB Nasharudin dengan salah seorang lagi Naib Presiden UMNO, Dato Hishamuddin Tun Hussein minggu lalu sudah tentu mengundang lebih banyak cerita menarik. Kita tunggu.

7. Isu kedua, apakah YB Nasharudin sekarang bertindak dengan izin Presiden PAS? Apakah YB Nasharudin sekarang lebih selesa menggerakkan United Government di luar PAS (sebagai bukan Timbalan Presiden PAS)? Mengapakah YB Nasharudin menyokong kuat Dato Dr Hassan ALi walaupun beliau tahu Mursyidul Am sudah marah sangat dengan Dato Dr Hassan Ali? Apabila ditanya isu tidak takutkah beliau akan dipecat, YB Nasharudin dengan pasrah berkata beliau reda dengan jalan yang berliku ini.

8. Penulis melihat, gerakan United Goverment ini nampaknya semakin lancar pula sejak mereka tidak berada di barisan kepimpinan PAS. Apakah Sejarah akan berulang? Jika Tun Razak berjaya menyatukan PAS-UMNO, apakah DS NAjib akan mengulangi sejarah itu? Nampaknya gerakan itu semakin lancar. Sesungguhnya wamakaru wamakarallah...tiada siapa sangka Dato Dr Hassan Ali sudah insaf, tiada siapa sangka YB Nasharudin semakin berani...

10 Komen:

Anonymous said...

Ustaz Nasha nak buat test market , beliau tahu Hj hadi tidak akan pecat beliau kerana banyak rahsia berkenaan UG ada ditangan Ustaz Nasha . Banyak pemimpin PAS akan berbuih mulut menjawap kalau Ustaz Nasha dedahkan perkara ini. Lagi pun Dr Hassan Ali sekarang telah mendapat sokongan yang kuat dari akar umbi . Untuk meneruskan perjuangan politik nya Ustaz Nasha memilih Dr.Hassan Ali kerana didalam PAS sekarang politik beliau dah hancur buat apa tunggu lagi. Mungkin beliau tidak dicalunkan lagi dalam PRU 13 ini. Yang seronok nya Ustaz Nasha boleh cakap apa saja sekarang kerana beliau tidak mengganggu PKR dan DAP cuma PAS yang akan kepanasan. Kalau nak dibandingkan Pemikiran Ustaz Nasha dan Dr.Hassan Ali dengan keseluruhan pemimpin PAS nyata kepimpinan Pas sekarang jauh ketinggalan.

Unknown said...

Bila kita baca memang seronok didengar. Penyatuan PAS-UMNO atas dasar persaudaraan sebagai mimpi indah.

Saya sebagai Ahli PAS amat menyokong pergerakan ini. Tetapi, persoalannya, adakah UMNO akan jujur dalam perhubungan ini? Adakah menteri-menteri UMNO sanggup mengorbankan sesetengah jawatan penting di dalam parti?

Sanggupkah, Muhyiddin memberikan laluan kepada pemimpin PAS sebagai TPM atau mungkin PM boleh ada dua TPM.

Saya tahu ramai ahli PAS sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sekarang.

Hanya satu yang di harapkan agar UMNO tidak mengkhianati perhubungan ini.

Saya menyeru, umat Islam terutamanya rakan-rakan di dalam PAS agar bersatu untuk menjayakan pergerakan murni ini. Allahu Akbar!!!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saya sudah mengusahakan hal2 perpaduan ini sejak lama, ianya bukan atas tiket mana2 parti atau mana2 pihak,dalam bidang menulis ini, penulis ada sedikit sahaja kemahiran,maka penulis ingin menyatukan semula umat Islam, PM dan Hj Hadi pun dilihat tiada masalah, yg menjadi mangsa hanyalah penyokong2 sahaja,bayangkan2 bertahun2 penyokong PAS menghina DS Hishamudin...tup tup pemimpin PAS sendiri datang menunjuk diri, bertahun2 menyokong Dr Hassan, la ne Dr Hassan dihinadina oleh ahli2 PAS sendiri, maka anda menjadi mangsa pemimpin2 anda sendiri...kalau esok Hj Hadi sertai Kerajaan Perpaduan apa agaknya Hj Hadi dinista bermacam2...wallahuaalam. Jawapannya mudah, besarkan hati anda, belajar merendah diri, belajar mengalah, give and take, semuanya permainan dunia, mari kita lihat perpaduan.

Anonymous said...

salam...

katakanlah pada masa itu UG menjadi kenyataan...

DSAB akan menjadi pm, DSHA akan menjadi tpm...

di mana pulak kedudukan tpu pada ketika itu...

bukankah UG gagal kerana tpu ketika itu bimbang kehilangan peluang menjadi pm...

untuk itu pm pada masa itu perlu disingkirkan...

selepas jadi pm dia pulak nak jadi juara UG...

sebab itukah TGNA segera tutup jalan kerana terbau aroma 'pengkhianatan' v2...

walaupun pada mulanya tak menentang...

malah pertemuan pu dan pp sememangnya telah diberitahu oleh DSHA sendiri...

ke cam mana?

Anonymous said...

salam al-azharri...

kalau tak sedia dihina mereka tak kan menjadi ahli politik...

itu semua ahli politik dah tahu...

malah orang politik ni tidak sebodoh yang kita lihat atau sangka...

perpaduan mudah dicapai jika tak pernah dikhianati...

sekali dikhianati seribu kali tak kan percaya lagi...

Anonymous said...

salam AnonymousJan 21, 2012 06:17 PM...

DHA bukan dipecat oleh DSHA ye...

tak mustahil UN juga boleh dipecat...

tak gitu?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Kita harus ingat Pak Lah mempunyai hubungan yg akrab dgn allahryarham Ust Fadhil Nor, TGHA dll di pihaknya. Projek UG secara skala besarnya tidak melibatkan DSAB ketika, malah DSAB ketika itu lebih fokus kpd menjadi PM dibawah panji2 PR.

TPU adalah org yang setia kpd parti, TPU menjadi PM bukan kerana kegagalan UG, sebagaimana byk diperkatakan KJ juga patut bertanggungjawab diatas kejatuhan Pak Lah disamping isu2 ekonomi yg tidak berpihak kpd Pak Lah ketika itu. Zaman 2008, sesiapa saja jadi calon, berkemungkinan besar boleh menang hatta anda seorg posmen atau penganggur. Tahun 2008 adalah tahun di mana peluang PR adalkah besar, tetapi Allah belum nak bagi.

Akibat drpd kelemahan Pak Lah sendiri, campurtgn KJ khabarnya, isu2 ekonomi spt minyak bonus harga barang dll, maka TPU mendpt keuntungan poilitik. Hanya Allah swt tahu mengapa TPU menjadin PM kenapa bukan DSAB, walhal rancangan 16 Sept DSAB sudah dlm tangan dia.

Sebenarnya, masih byk rahsia UG masih tersembunyi. Mereka ini, YB Nasha, Mustapha Ali, Dr Hassan belum bersedia membukia mulut. Insyaallah, saya sedang berusaha menemui Pak Lah.

Kepada saya, perseteruan UMNO-PAS sudah sampai ke penghujungnya untuk ditamatkan. Kerana tatkala penyokong bersengketa, pemimpin kedua-dua parti bergelak ketawa minum kopi bersama di sana ...

Anonymous said...

salam al-Azharri...

benar tpu ketika itu jadi pm bukan kerana kegagalan ug...

sebaliknya dialah yang menggagalkan ug...

cuma selepas jadi pm dia cuba jadi juara ug pulak...

ke cam mana?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saya melihat DS Najib hendak menjadi PM yg terbaik kpd rakyat dan negara ini, DS Najib tidak mengira kaum juga parti, selepas PRU beliau melihat semua rakyat Malaysia mesti menikmati dasar2 kerajaan utk rakyatnya. Sebab itu DS Najib berjaya mendamaikan Pak Lah dan Tun M. Malah DS Najib tidak mengenepikan pembangunan di Kelantan, Kedah, Selkangor dan Penang.

Dlm konteks UG, DS Najib telah menyatakan jika PAS ikhlas dia turut lebih ikhlas. Sebab itu, saya melihat DS Najib mahu menjadikann dirinya yg terbaik dlm hidupnya. Katanya, jika Pas mahu bersatu dia tiada masalah.

Sy tidak lihat DS Najib yg menjadi punca kegagalan UG semasa zaman Pak Lah, sy lebih melihat kpd faktor kekuatan PR pd masa itu dan peranan DSAB yg menggagalkan UG itu. DS Najib ketika menjadi TPM, memberi fokus kpd Kementerian Pertahanan dan sbg TPU. Projek UG ini amat jelas antara Pak Lah dgn DSHA.

TPU sgt tahu batas2 kuasanya sebagai TPU ketika itu, sebab TPU seorg yg sgt berpengalaman dlm Pentadbiran, Kerajaan dan Parti...bagi sy itu semua sudah menjadi sejarah.

Yg penting skrg ini, sy sgt yakin DS Najib tiada masalah dalam hal ini. Sy sgt yakin DS Najib mahu menjadi PM yg terbaik di zamannya...itu yg sy lihat.

ROSMA said...

DARI UMNO ANUAR IBRAHIM DATANG, KE UMNO JUGA DIA AKAN KEMBALI...DARI UMNO DR HASSAN ALI DATANG, KE UMNO JUA DIA AKAN KEMBALI...HATI-HATI WAHAI PEMIMPN PAS!!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan