MENJATUHKAN MUSA AMAN BAGAIKAN MERUNTUHKAN GUNUNG KINABALU

on Tuesday, December 11

SALAH SATU GAMBAR YANG SAYA AMBIL KETIKA  BERSAMA KETUA MENTERI SABAH (2010)

DSP Musa Aman, telah memegang teraju CM Sabah sejak 10 tahun yang lalu (2003), satu tempoh yang hebat mengatasi allahyarham Tun Datu Mustapha, Tun Muhamad Fuad Stephen, Datuk Harris Salleh dan DSP Pairin Kitingan sendiri. Artikel ini yang kedua saya tulis mengenai DSP Musa Aman, sebelumnya http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/gaya-ketua-menteri-sabah.html

Sebagai seorang yang memiliki backround korporat yang berjaya khususnya semasa menerajui Yayasan Sabah, beliau berjaya mentadbir Sabah dengan hebat. Sudah banyak kritikan terhadap beliau, tetapi kejayaan Negeri Sabah sebagai Negeri Terbaik di Malaysia dalam pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri mengatasi Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur malah Kelantan membuktikan DSP Musa Aman seorang yang bekerja dan berpengalaman. Ulangan di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120926/dn_15/Sabah-antara-negeri-terbaik-urus-kewangan---Ambrin

Bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat bahagian beliau di Sandakan pun sudah ada pihak yang hendak menjatuhkannya. Ianya lumrah dalam politik, seperti kata YB Datuk Ghapur Salleh kepada saya bulan lalu, " itu biasalah bah tu". Maksudnya dalam politik memang ada persaingan, sokong tak menyokong dan lawan berlawan. 

Serangan peribadi terhadap Musa sebenarnya bermula sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menghalang Musa dilantik telah diusahakan melalui 81 Dalil ini http://www.scribd.com/doc/39214/81-dalil-kenapa-Musa-Aman-hilang-kelayakan-menjadi-Ketua-Menteri-Sabah.

Cubaan menjatuhkan Musa dipopularkan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.

Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku PRK Permatang Pauh pada tahun 2008. Selepas PRK itu, Ketua Pemuda PKR membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa berlaku rasuah antara Musa dan seorang individu yang bernama Michael Chia.

Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP), dan pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.

Hasil daripada siasatan itu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara DSP Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.

Walaupun ICAC telah sebulan di Sabah, menyiasat setiap hari, Ketua Pemuda (PKR) masih tidak berpuashati, kononnya dia ada maklumat terkini berkenaan hal ini http://www.malaysiakini.com/news/216394. Bagi saya, ianya Sumbangan individu kepada parti, jika ianya Sumbangan, apa salahnya parti menerimanya. Sesebuah pertubuhan boleh menerima atau menolak sesuatu sumbangan, dalam kes ini UMNO Sabah menerimanya. Samalah juga dengan sumbangan-sumbangan yang diterima oleh parti PKR, PAS, DAP, SAPP, LDP, Parti Republikan dan Demokrat di Amerika, daripada pelbagai individu untuk aktiviti parti mereka. Berbezakah? Ianya sekadar Sumbangan. Apakah dia makna Sumbangan, kepada mereka yang belum faham ketibaan makna Sumbangan, sila rujuk di sini DBP makna Sumbangan.

Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat diterima oleh pihak PKR. Keadaan amat berbeza, apabila pihak SPRM membuat keputusan berhubung akuan bersumpah bekas Penolong Gebanor Bank Negara yang mendakwa bahawa DS Anwar Ibrahim mempunyai master akaun yang bernilai RM2bilion. Keputusan SPRM itu diterima dengan baik oleh pihak pembangkang.

Saya mendapat khabar DSP Musa Aman bukan hendak menjadi Ketua Menteri sepanjang hidupnya. Beliau membayangkan untuk menyerahkan terajui kepimpinan negeri kepada orang yang betul, orang yang layak dan berpengalaman. Sebagai manusia biasa, beliau juga mahu menikmati rehat yang cukup, bersama anak dan cucu, melancong dan tidak diganggu dengan kesibukan politik sepanjang malam.

Jika dilihat dari heirarki parti di peringkat negeri sudah tentulah DSP Salleh Tun Said. Satu perkara yang saya terlepas pada tahun 2009. Semasa kami berbual di Parlimen, DSP Salleh Tun Said mengajak saya ke rumah beliau di Kota Kinabalu kerana kebetulan saya akan ke KK ketika itu. Malangnya saya terus ke Ranau dan amat kecewa kerana tidak dapat singgah di rumah beliau, namun saya gembira kerana sehingga ke hari ini setiap kali saya sms DSP Salleh Tun Said beliau akan membalasnya.




1 Komen:

Anonymous said...

Taik mu la

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan