ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN

on Thursday, February 7

ANWAR SUPPORT ISRAEL, NAJIB YB NASHA KE GAZA BANTU RAKYAT PALESTIN
DS Anwar Ibrahim (Anwar), satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri, bermimpi dan mengimpikannya sejak 1970an lagi. Namun, sesungguhnya kita boleh merancang, namun Allah SWT maha merancang. Jika Allah SWT mahu Anwar menjadi PM ia sudah berlaku sejak 1990an lagi ketika Tun Dr. Mahathir berkira-kira mahu menyerahkan jawatan kepada Anwar.


Pada tahun 2008, 2009 dan 2010, saya telah menulis tiga artikel mengenai tajuk ini. Kali ini saya ingin mengupas dari sudut menjelang PRU13. Bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/08/anwar-sudah-tidak-relevan.html dan http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/02/anwar-sudah-tidak-relevan-2.html dan http://www.al-azharrisiddiq.com/2010/05/anwar-sudah-dibenci-amerika-semakin.html

Terkini, Kesalahan Anwar yang paling besar apabila Anwar berkata, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dengan maksud mudahnya Anwar memang penyokong Israel tatkala Israel tanpa berhati manusia menyerang umat Islam di Gaza dan Tebing Barat, menyekat kebebasan di Masjidil Aqsa dan banyak lagi. Palestin, Yahudi dan Israel adalah satu cerita yang sangat panjang, namun pendek cerita sama ada kita berpendidikan tinggi atau rendah, bekerja di kampung atau di bandar, kaya atau miskin dan sebagainya, perkataan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel tidak tidak boleh diterima.


TIDAKLAH MENGHAIRANKAN I SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT ISRAEL
Pada tahun 1970an, Anwar berdemo di sekitar Kuala Lumpur memperjuangkan Bahasa Melayu, kononnya Iklan-Iklan di Kuala Lumpur terlampau kecinaan. Itu saya faham sebab sebagai pelajar Pengajian Melayu di Universiti Malaya, demo bahasa itu adalah jati diri pelajar Pengajian Bahasa Melayu. Itu ketika itu, bagaimana hari ini.

Kemudian, kebuluran di Baling. Anwar tidak membuktikan berlakunya Kebuluran di Baling. Tiada gambar, kajian mahu pun barang kes. Kebuluran sehingga mati kerana kebuluran. Tuduhan Anwar ini ditolak mentah-mentah oleh seorang Profesor. Malaysia, sebuah negara yang subur, apatah lagi di Baling, kebuluran tidak mungkin sehingga kematian. Baling adalah tanah yang subur! Apabila Anwar sangat-sangat berkuasa dahulu, Anwar tidak berusaha membuktikan tuduhan-tuduhannya itu.


BENDERA-BENDERA ISRAEL ITU LAMBANG-LAMBANG YANG KITA KENA FAHAM KENAPA ANWAR MENYOKONG ISRAEL
Bercakap tentang kronisme, Anwar patut pandang ketika dia berkuasa dahulu dan sekarang di beberapa negeri khususnya di Selangor. Saya ambil satu contoh sahaja, ketika pembinaan sistem LRT di Kuala Lumpur siapakah kroni yang mendapatkannya. Contoh lain tidak perlu sebutlah. Hari ini, adakah Anwar mahupun anaknya Nurul Izzah mahu menafikan akan kewujudan mereka dalam campurtangan bisnes pasir di Selangor!

Di Barat, Anwar menunjukkan dirinya sebagai pejuang Hak Asasi Manusia dengan menghalalcarakan apa jua, sebab itu Anwar tidak segan silu menyokong Pluralisme agama, Kebebasan Beragama di kalangan umat Islam, mengkritik PAS di Australia.


SAHABAT-SAHABAT ANWAR KHUSUSNYA DI AMERIKA, TIDAK HAIRANLAH ANWAR MAHU KEMBALI KE WASHINGTON JIKA TEWAS PRU13
Bagi saya, Anwar sudah tidak relevan kepada rakyat Malaysia. Anwar sudah kaya raya di dalam negara dan di luar negara. Anwar boleh bersarapan di Jakarta, kemudian makan tengahari di Australia, makan malam di Washington dan kembali semula di Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, sangat-sangat jelas Anwar hanya mahu menggunakan DAP dan PAS untuk menjadi PM sahaja. Itu sahaja. Bukan sangat hendak memperjuangkan agama Islam, bangsa dan tanah air ini. Isu Kalimah Allah, anda fikirlah, Tuan Guru Dr. Haron Din sendiri menentang sekeras-kerasnya. Tak kanlah ilmu pengetahuan Anwar lebih baik daripada Dr. Haron Din AL-Hafiz dalam hal ini.


AMERICAN-YAHUDI ASSOCIATION DAN ISRAEIL DAN ANWAR IBRAHIM, 
Bagi kita pula, kita sendiri tidak dapat menerima penganut-penganut Kristian memanggil Tuhan mereka dengan nama Allah. Bayangkan 10 dan 20 tahun akan datang, anak-anak kita yang bergaul dengan anak-anak mereka, masing-masing menyebut nama Allah, tetapi satu Allah untuk kita umat Islam, satu lagi Allah untuk Kristian. Ia akan memberi kesan besar kepada Aqidah anak-anak kita. 

Kejadian mengedar kitab kristian kepada pelajar Islam di Pulau Pinang satu contoh terdekat. Sebenarnya, YB Zulkifli Nordin sudah mempunyai bukti sejak sekian lama di mana buku-buku kecil dakwah Kristian telahpun dicetak untuk diedarkan. Bayangkan anak-anak kita sedang menunggu bas sekolah, kemudian mereka diberikan bahan-bahan dakwah kristian itu. Kita menghormati agama Kristian, kita juga kena hormat penganut agama Islam, sensitiviti dan Perlembagaan sendiri tidak membenarkan dakwah agama lain didakwahkan kepada penganut Islam. Kenapa? Kerana negara ini negara Islam.

LINGKARAN GANAS YAHUDI AMERIKA, TIDAK PERNAH SIMPATI KEPADA PENDERITAAN UMAT ISLAM DI PALESTIN
Saya mendengar di mana-mana sekarang, di Selangor, Kelantan dan Kedah di mana ahli-ahli PAS sendiri berkata kepada saya DAP ini sangat kurang ajar. Seorang pemimpin PAS dalam ceramahnya berkata dalam PRU13 ini, kita mesti undi calon UMNO untuk mengelak Kemudaratan yang lebih besar jika DAP berkuasa melalui Pakatan.

Buku Anwar pada awal tahun 1980an ialah "Menangani Perubahan" iaitu kompilasi ucapan-ucapannya. Antara lain, dalam buku itu Anwar memberi bayangan untuk merobah negara ini. Apa yang hendak dirobahnya pun tidaklah jelas. Tahun ini timbul isu penggunaan Kalimah Allah yang diminta oleh DAP dan Anwar menyokong, tetapi saya ingin memetik semula artikel tahun 2008 saya di mana Anwar bercakap tentang Bible di Parlimen. Silakan baca semula http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/10/anwar-bercakap-pasal-bible-di-parlimen.html . Kemudian selepas sahaja terbit buku The Renaissance yang mengangkat Anwar berlebih-lebihan, akhirnya dia jatuh kerana terlalu tinggi dilambung.
CUBA TEKA PERKARA APA YANG DIPERSETUJI DALAM PERTEMUAN DI SINI
Saya bersetuju dengan Anwar tentang satu perkara sahaja, iaitu beliau kembali di Washington sekiranya beliau tewas dalam PRU13 nanti. Itu pun Anwar sendiri yang mengungkapkannya sendiri. Saya hanya mengulangnya sahaja.

Jika anda hendak copy artikel saya, tiada masalah, hanya janganlah tokok tambah kerana ianya akan menimbulkan salah faham seperti portal ini http://sabahkini.net/ di mana saya dapati terdapat artikel saya dicopy paste telah ditokok tambah. 


ANWAR MENYOKONG KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH PENGANUT KRISTIAN ATAS PERMINTAAN LIM GUAN ENG, PROF. DR. HARON DIN BERKATA KUFUR JIKA BERSETUJU MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH PENGANUT AGAMA LAIN.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan